Jumaat, November 26, 2010

Undangan Majlis Kesyukuran (Asmida : 5 Disember : Pagoh)


Assalammu'alaikum--

Post ini menyampaikan hajat seseorang-- Hajat menjemput-- Jemput ke Majlis Kesyukuran sempena perkahwinan-- Perkahwinan Asmida dengan pasangannya- Yeehhaa!!!

Asmida ni Lambaian batch 2004 (sama batch dengan aku la ni) -- Pernah menjadi MT Kelab Lambaian Masyarakat dalam 2 sesi-- Sebagai Timbalan Setiausaha dan Setiausaha-- Dia pernah suapkan nasi ke mulut aku dengan tangannya sebab satu dulang nak makan ramai-ramai; tak muat nak duduk keliling dulang (plus ngade-ngade dengan As sebenarnya)-- Dia-- okay; lain kali je la tambah lagi hehehe--

So; jemput datang lah ye--

Kepada As; Selamat Kahwin!!!! Muaaah!


Rabu, November 24, 2010

...................



Hisy... hangin aku dah taip penuh rasa sentimental ale-ale hilang semuanya. Arrrgghh!!!
Maka aku tulis semula dengan jaaaauuhh lebih pendek.

Life is too short for us to not telling or showing how we appreciate and love people.
But life is too long when we really miss them.

Selasa, November 23, 2010

25 Disember, Sabtu : Undangan ke Majlis Perkahwinan abang Moy!!!!

Assalammu'alaikum warahmatullah,

Berwakilkan saya, abang Moy, atau nama sebenarnya Mohammed Mohaizan, ingin menjemput warga @Lambaian sekalian hadir ke majlis perkahwinan beliau bersama pasangannya pada 25 Disember nanti. Boleh klik pada kedua-dua gambar di bawah untuk melihat kad jemputan dengan lebih jelas (termasuk alamat dan pelan).



Semoga yang dapat hadir, akan menambah-nambah lagi kemeriahan majlis. InsyaAllah. Semoga majlis dapat berjalan dengan lancar. Tahniah buat abang Moy dan pasangan, semoga ikatan yang dibina nanti mendapat rahmat daripada-Nya, bahagia hingga ke nafas terakhir, amin...

** Sedikit kebocoran cerita.. Family Day @Lambaian, 22-23 Januari 2011. Sila kosongkan plan di kalendar you allz daripada aktiviti lain =p Abang Moy, dijemput bersama-sama isteri join Family Day kali ini ya...!!

Isnin, November 15, 2010

Jemputan Perkahwinan Eizs 20/11/2010 (Sabtu)


Salam Semua...

Atas permintaan bakal pengantin, rakan alumni kita (KLM batch 2000/2001) ingin menjemput rakan-rakan alumni yang mengenali beliau untuk memeriahkan majlis perkahwinannya yang akan diadakan di rumah pengantin perempuan nanti.
Butir-butir majlis adalah seperti dibawah:-



Nama Pengantin : Faizah binti Hj Mohd Dahan
Nama Pasangan : Mohd Firdaus bin Abdul Hamid
Tarikh Majlis : 20 November 2010 (Sabtu)
Masa : 11.00 pagi hingga 5.00 petang 2.30 petang - Bersanding
Alamat : No. 15, Lorong Intan 5, Bandar Mas, 81900 Kota Tinggi, Johor



Selamat Pengantin Baru untuk Eizs & Firdaus...semoga perkahwinan ini diberkati dan berkekalan hingga ke akhir hayat...

Moga segala persiapan dan kenduri nanti berjalan dengan lancar yup.

Khamis, November 04, 2010

Sambungan : 9-10 Oktober 2010 : JB-KL-Shah Alam-Klang-Ayer Keroh-Jasin-JB

Sedutan episod lepas ...
  1. Dari rumah sevva, (okay, masalah keyboard hari ini ialah tiada huruf double U) ahad pagi-pagi.
  2. Berkumpulnya Mai, Kak Syila, Aemi, abang Din, aku dan abang Sport di Serdang.
  3. Ke majlis kenduri kahvvin abang VVan dan isteri di KL.
  4. Ke majlis kenduri kahvvin abang Zairi dan isteri di Shah Alam.
  5. Ke rumah Zul dan isteri (kak Liza) di Klang.
Episod 2...

Hahaha.. ala-ala sinetron atau slot drama bersiri di petang hari, macam Chinta (oh tidak! Aku tersangkut dengan cerita Chinta! Bukan sebab Fasha Sanda, tapi sebab Azlina Pa'vvan, penulis skrip.. okay, sebab Adi Putra juga hehehe..). Ada episod-episod bagai...

Apa yang dibincangkan di ruang tamu rumah Zul ni? Sampaikan pisau yang menghala ke abang Sport membuatkan kakinya tidak mampu bersila dengan sempurna? Petang dan malam 8 Oktober berakhir dengan mudah ke? Apa lagi agenda membirah dan profesional pada 9 Oktober sampai aku hanya dapat masuk ke rumah sewa aku di Johor hanya selepas 6:30 petang?

Masa di rumah Zul, plan asal adalah Pot Luck. Pot Luck itu bermaksud para hadirin sepatutnya membavva makanan atau apa-apa untuk tujuan dijamah @ ditelan @ dicekik. Tapi dah namanya pun banyak sangat tempat singgah, sudahnya sampai rumah Zul & kak Liza tanpa sumbangan untuk Pot Luck, kecuali mulut buat bising dan perut kosong buat letak makanan. Maka berlangsunglah operasi ramai-ramai sediakan makanan, termasuklah keluar membeli-belah apa yang patut. Kira daripada Pot Luck, jadi revvang dan jamuan lah.

Ada banyak sebenarnya acara-acara terselit, seperti menyediakan coselovv, termasuk menghiris kobis, membasuh dan memerap ayam sehinggai di barbeque kan di luar rumah serta mencuba pelbagai skil menggunakan kamera DSLR dan skil menjadi model (serius giler). Tak lupa juga mendengar cerita abang Pilo tentang tanah suci Mekah, yang ditambah dengan cerita Mai dan abang Sport juga. Oh, kak Anur bersama suami dan dua anak comel mereka turut hadir di fasa beberapa hadirin hampir syahid (tidur). Ketidak-keringan-gusi yang kami tempuh tak mampu aku sebarkan dengan tulisan di post ini kerana itu hanya akan menambah kekejangan jari-jari aku je. Pendek cerita, memang meriah!

Gambar-gambar? Abang Sport!! Mana gambar ni...??!! hehehe.. Aemi jugak.. Tapi Aemi sibuk tengok gambar tunang tu agaknya. haaa..
Aemi dan abang Din telah selamat bertunang!
Tahniah! :)

*sukeeeerr nyeeerrr*

Antara hasil berkampung di rumah Zul yang patut aku sebarkan ialah, berlangsungnya mesyuarat yang dipengerusikan Muhamad Sukanul (abang Sport) tentang Family Day @Lambaian akan datang!!! Ovvh yeah! Maka.. nantikan.. dalam masa terdekat..
Our next Family Day...!!! Ovvh yeah...!

Err.. apa yang boleh diceritakan secara tidak rasmi di sini, kita nak buat Family Day kemungkinan besar di Melaka, tapi bukan pantai.. Ayer Keroh! Kemungkinan avval tahun 2011. Maklumat lanjut, coming soon!

Okay, lepas mesyuarat comel itu, di mana abang Sport memang tak reti nak bersila, dan pisau serta air sirap dalam gambar di Episod pertama memang tiada kena mengena dengan mesyuarat tersebut, kami pun, makan....! Lepas makan, ada manusia yang sanggup menambah aktiviti luar rumah, iaitu ke I-City.. Cukup satu gambar, lain-lain cari di FB hehehe..

Itu dia dua lembaga, satu lembaga yang belikan ayam dan buat air soya, satu lagi lembaga yang vvaktu siang dia bersama isteri ke kenduri kahvvin abang Zairi tapi vvaktu malam dia perasan bujang. Hahaha..

Okaylah, nanti aku sambung sikit lagi lah ye pasal pagi Ahad, sarapan di rumah Zul sebelum bertolak pulang ke Skudai.. Daaa..

Sedikit ucapan :
  1. Tahniah kepada adik-adik KLM di KTC yang telah selesai satu AGM KLM baru-baru ini, dan tahniah buat SPR atas usaha perlantikan MT KLM yang baru.
  2. Tahniah buat MT KLM yang baru, semoga saling bahu-membahu memikul amanah yang diterima atas rasa percaya dan mahu.
  3. Tahniah dan terima kasih buat MT KLM yang lepas, atas usaha dan keikhlasan menjaga dan memperbaiki titik peluh banyak pihak dan kesayangan ramai ini, KLM. Semoga kenangan terindah terus tersemat menjadi semangat untuk lebih berbakti.
  4. All the best buat adik-adik yang tengah mode final exam. Take care!
  5. Happy Deepavali buat semua yang menyambut pesta cahaya esok.. Semoga vvarna-vvarni terus menceriakan semua!

p/s : Aku tengah cari sebab, "kenapa aku harus update blog @Lambaian?"

Jumaat, Oktober 22, 2010

9-10 Oktober 2010 : JB-KL-Shah Alam-Klang-Ayer Keroh-Jasin-JB

Bismillahirrahmanirrahim

Laporan membirah datang lagi! (Sila baca dengan nada "Tora datang lagi!")

8 Oktober lepas; selepas tidur selama 2 jam; aku akhirnya berjaya menghidupkan enjin kereta jam 7:15 pagi untuk ambil Kak Syila yang selang beberapa baris rumah saja dari rumah sewa aku: Hentian seterusnya adalah di bawah bumbung Masjid Sultan Ismail; UTM; untuk mengutip Aemi dan Abang Din: Kami pun bergerak keluar dari tol Skudai jam 8 pagi; lewat 30 minit dari tentatif cadangan; bersama-sama dengan Mai:

Hentian pertama; Ayer Keroh- Sebab-- Hmm-- Malas nak cerita panjang: Dipendekkan cerita; kami berlima menyumbatkan diri ke dalam kereta Mai pula keluar dari tol Ayer Keroh menuju puncak! Ops; menuju KL:

Ke kenduri kahwin abang Wan! Owh yeah!

Okay; itu bukan kenalan lama aku: hehehe: excited je over: Itu adalah senior Lambaian yang pertama kali aku; Mai dan Aemi jumpa: Jauh lebih muda lah kami ni katakan: Nasib baik Abang Wan kenal Abang Din dan Kak Syila: Kalau tak-- errr-- kalau tak kami dah makan dah pun:

Eh; lupa; kami telah mengutip abang Sport di hentian Serdang sebelum tu =)

Kat majlis abang Wan kan; ada sepasang pengacara majlis: Masa diorang tanya "ada tak kawan-kawan pengantin lelaki?" Kami teruskan makan tanpa menghiraukan mereka: hahahaha-- Kami low profile; tak suka mikrofon atau kamera (sedikit dusta)--

Gambar dengan pengantin? Alamak! Not with me! Someone help!

Lepas tu kami menghala ke Shah Alam; tak sempat tengok abang Wan and his sweet wife bersanding:

Dan; "kami dah sampai!!!!!"

*gambar bersama pengantin paling ramai yang aku boleh jumpa*

*Arissa!!!!! Sila abaikan kak Aina yang tidur hahahaha*

*gadis-gadis manis bersama suami orang merangkap DJ hari kejadian*

Sudah; cukup! Cukup! Gambar-gambar lain cari dalam mana-mana akaun Facebook ya: Meriah sebab jumpa ramai orang (ramai lagi yang tak de dalam gambar ni): Paling dirindui; my lovely sister; kak Aina: Last jumpa masa dia bergelar pengantin perempuan: Ini jumpa bila dia dah bergelar mama kepada Arissa! Arissa yang sangat pandai!

Okay; di bawah ini adalah plot yang agak penting: Plot di mana abang Din dengan yakinnya nak bergambar membuktikan itu hadiah daripada dia dan Aemi: Yakin; ya; yakin itu penting:

Dengan panas terik itu; sikit lagi; sikiiiiiit lagi; kami akan sampai ke khemah: Ya; khemah: Di depan sebuah rumah: Khemah rumah terbuka; bukan khemah kenduri kahwin abang Zairi!

Dengan tenang; masuk kereta semula; menuju ke arah yang ditunjukkan oleh seorang uncle: Juga dengan yakin: Ya; uncle itu yakin!

Ale-ale; uncle itu pun salah tuju: Aiseh:

Takpe; di kalangan kami tetap ada jodoh dengan uncle tu: Akhirnya mereka makan semeja dengan uncle itu: 1 Malaysia!

Kumpul punya kumpul; akhirnya cukuplah rombongan cik kiah: Kami sampai di rumah Zul & kak Liza lebih kurang 5 lebih: (kot)

Apa yang dibincangkan di ruang tamu rumah Zul ni? Sampaikan pisau yang menghala ke abang Sport membuatkan kakinya tidak mampu bersila dengan sempurna? Petang dan malam 8 Oktober berakhir dengan mudah ke? Apa lagi agenda membirah dan profesional pada 9 Oktober sampai aku hanya dapat masuk ke rumah sewa aku di Johor hanya selepas 6:30 petang?

Nantikan sambungannya ;)

Tahniah - Konvokesyen September 2010

Assalammu'alaikum warahmatullah;

Alhamdulillah- Allah kurniakan aku daya ingatan untuk menyelesaikan satu tugas yang aku beri pada diri sendiri; iaitu update blog ni ;) Walaupun lab manual tengah terngaga; laporan student tengah terdedah; pen merah tengah tertanggal dari penutupnya; aku nak juga curi masa untuk mengucapkan :

TAHNIAH BUAT KAWAN-KAWAN DAN ADIK-ADIK LAMBAIAN
YANG TELAH DENGAN KACAK DAN CANTIKNYA
MEMAKAI JUBAH KONVOKESYEN
DI UTM SEPTEMBER LEPAS!


Mungkin terlambat sikit; maaf; tapi you all tahu kan; aku sangat yakin bahawa konvo tu adalah hari yang boleh tahan besar bagi seseorang yang pernah bergelar pelajar universiti: Maka aku nak juga wish tahniah kat sini =) Macam aku dulu; pertama kali aku nyanyi lagu UTM dan keluar air mata; masa konvo aku lah: Haih; sentimental mode masa tu:

Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya
.........
.........
.........
UTM sanjungan bangsa.....

Suka duka dengan kawan-kawan; para pensyarah; senior junior; sokongan dan doa belakang tabir dari keluarga sanak saudara; serta paling utama; atas rahmat Allah lah dapat dirasa nikmat konvo tu kan: Asalkan ingat; that is not the final! It is only the begining: All the best for your future and keep in touch!

Okay; Gambar di atas ialah gambar konvo kali ini paling best yang aku pernah nampak dari Facebook: Ada Hanim (dari kiri); Kejan dan Achik: Merangkap orang kuat Lambaian batch mereka (2005): Dah mengajar dah masing-masing: Bukan aku tak nak letak gambar yang lain; tapi aku tak dapat mencapainya: Ada yang ku tunggu-tunggu; tak approved-approved: Maka; inilah pemenang anugerah the best photo of the konvo! (Memandai je aku buat pertandingan sendiri)

Hadiah? Publisiti istimewa di blog @Lambaian!

Kalau you all nak tahu (kalau tak nak tahu; berhenti membaca sekarang hahahaha); kaitan Lambaian dengan konvo bagi aku sangat dekat:

*Konvo Kak Ikin; aku dan Mai!*

** we are working on our next family day!!! coming soon!!!

Khamis, September 30, 2010

Ain dan Modul di Lambaian - Bahagian 2 (Road To Glory)



Niat asal nak baca beberapa chapter dalam buku Slow Light : Science and Application sebab esok atau lusa; 'supervisor' aku boleh muncul dengan soalan; "Okay; awak nak cerita apa pada saya hari ni--"

Tapi itu cuma niat asal; hakikatnya; aku baru baca satu perenggan hari ini sambil jaga labwork student tadi: Aku tak kira; aku nak sambung juga cerita Ain dan Modul di Lambaian: Apa yang ajaibnya; keyboard laptop aku ni kejap okay; kejap tidak: Maka anda akan nampak tanda noktah (:); tanda koma (;) serta tanda soal (--) yang ganjil: Apa kan daya; momentum menulis datang tiba-tiba:

Dalam bahagian pertama (boleh klik kalau tak tahu atau lupa); aku kata nak tulis pasal
1-Modul paling bodoh aku pernah buat - Kasih Dikasih
2-Modul khidmat pendidikan program Metamorfosis
3-Modul & ketua fasi program Road to Glory
4-Kelahiran program Soul Fusion
5-Majlis Tertinggi Kelab : Unit Modul & Aktiviti - Aku jalan-jalan cari program
6-Dulu aku dan modul Lambaian; sekarang aku dan 'modul Lambaian'

Haih; macam malas pulak: Hahaha: Macam mana ni ya-- Tak nak rasanya jadi;
"Antara ciri-ciri orang munafik ialah apabila berkata-kata (boleh jadi juga menulis kot); mereka berdusta"

Okay; aku tulis apa yang aku suka dulu: Walaupun hakikatnya aku akan suka mana-mana tulisan aku (syok sendiri): Aku nak cerita pasal Road To Glory:

Road To Glory adalah program khidmat pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Kluang; pada tahun akhir pengajian aku (tahun 200607) 3 hari 2 malam: Pengarah program Apek aka Jimmy (KLM Batch 2005); penasihat merangkap network kuat ialah Bad; batch aku (yang deal dengan pengetua sekolah untuk program); kem komanden Azri; sama batch dengan Apek; dan lain-lain MT aku tak ingat: Hehehe: Tak ingat bukan sebab tak penting; tapi sebab semua orang sama je besar influence dalam memori Road To Glory aku; maka aku tak dapat nak bezakan MT dengan fasilitator: (serius membela diri)

Paling aku ingat; aku ketua fasi: Of course lah ingat: Pertama dan terakhir kali aku jadi ketua fasi: Aku takkan lupa peristiwa aku menangis dalam dewan; selepas tu dipujuk oleh adik-adik fasi: Serius ****!

Mana tak nya: (Intro untuk pertahankan diri)
Selepas selesai satu LDK; semua berkumpul dalam dewan; duduk membentuk bulatan kumpulan masing-masing bersama fasi-fasi mereka: Aku dengan comelnya berdiri dan mengawal dewan di depan mereka; yang aku dah tak ingat aku bebel apa ke; buat refreshment apa ke; serius aku tak boleh ingat: Tapi standard tugas ketua fasi lah: Yang aku ingat;

"Okay; kejap lagi kita boleh makan tengah hari di kantin:"
Adik-adik mula bersedia untuk bangun (mereka bersila di atas lantai):

"Kumpulan nombor 1; ::::" ayat arahan aku terhenti:

Sebenarnya aku nak mereka keluar group by group supaya tidak berterabur dan penuh gaya:
Tapi alangkah kecewa dalam hati bila mata aku yang cantik ni memandang hampir separuh dewan bangun dan terus berasakan keluar dewan dengan gembira tanpa aku habiskan ayat aku: Paling dapat mata aku melihat; fasi yang aku panggil 'abang' pun sama excited berdiri dan mengajak adik-adik keluar dewan:

Dalam hati;
"Hello; I am talking to you!"

Aku diam: Aku terus ke belakang pentas; duduk di belakang sesuatu (tak tahu nak panggil apa): Nasib baik tidak berdrama dengan mencampakkan mikrofon: Dengan bongeknya aku pun menangis: Serius **** sekali lagi:

Ada kumpulan yang tak terus keluar: Aku sangat sayang fasi-fasi kumpulan tu sebab aku dapat sense respect yang diorang beri pada aku: Ada beberapa adik-adik juga dapat sense ketidak-'respect'-an kawan-kawan mereka; dan adik-adik itulah yang pergi jumpa aku dan minta maaf:
"Kak Ain; kami minta maaf; kami tahu kawan-kawan kami tadi kurang ajar: Maybe diorang tak perasan juga kot: Minta maaf ye kak Ain: Jangan lah macam ni kak Ain: Nanti tak best la:"

Serius **** (kali ke-3)

Ini adalah point yang besar kenapa aku sangat anti dengan orang yang bercakap dengan kawan sebelah masa ada orang bercakap dengan mereka di depan: Biasanya ini berlaku semasa induksi program atau program itu sendiri: Tak susah kan nak hormat orang-- Tapi tak susah juga kan nak guris hati orang--
Pada masa depan nanti; jangan berani cakap kat anak kita;

"kurang ajar! mak cakap dengan kau ni!"

jika kita terus tak sedar yang kita sebenarnya telah banyak kali 'kurang ajar' dengan orang sekeliling kita: Peerrrgghh jauh pergi aku ni kan:

Macam biasa; orang yang kenal aku akan tahu; aku bukan manusia jenis cakap belakang: I love; I care; so I share: Post moterm malam tu juga aku buat 'drama':

"Diorang tak perasan kot Ain"; Azri memujuk bila aku tak dapat terus berkata-kata:

Serius ****! (bukan Azri; tapi keadaan masa tu hehehe)

Apa yang aku belajar; sangat besar:
  1. Aku bukanlah ketua fasi yang sudah bagus: Untuk first timer; aku patut terima kenyataan bahawa aku terdedah dengan pelbagai kekurangan:
  2. Aku takkan biadap dengan siapa-siapa yang bercakap dengan mengabaikan mereka: Aku perlu sokong mereka dengan mendengar: Aku perlu hormat mereka dengan memahami: Aku perlu tolong mereka dengan memperbaiki mana kurang melalui teguran cara baik: (kadang-kadang TERtak baik; tapi aku cuba) Itu apa yang kawan-kawan baik aku buat pada aku:
  3. Masalah perlu cepat dikongsi dan diselesaikan untuk elak salah faham dan kurangkan rasa terguris; maka mood akan lebih ceria; hubungan akan jadi lebih akrab; dan program takkan jadi mangsa: (mungkin tak semua setuju; tapi itu pengajaran aku dapat)
  4. Keempat; banyak laaaaaaaa: Sudah-sudah lah tu:

Road To Glory juga membawa aku kepada satu tanggungjawab yang aku tak pernah pikul; iaitu handle slot psiko (orang biasa sebut pasal psikodrama):

Abang Yerk ada pesan semasa sesi briefing sebelum slot tersebut:
"Korang decide nak point outkan pasal apa: Mulakan dengan slow; lepas tu ada klimaks yang buat diorang marah; geram; sedih atau tak puas hati; ikut korang lah: Yang penting kena ada cool down"
Kami semua mendengar dengan tawaduk lagi khusyuk:
"Dan; jangan banyak sangat orang bersuara"
Aku buat muka kosong; menanti ayat diteruskan:
"Hmm; jangan banyak sangat orang bersuara lah senang kata: Habis slot nanti abang Yerk bagitahu kenapa"
Masa dah suntuk:

Pendekkan cerita; walaupun ada orang kata slot tu kurang ummph dek isu kurang universal untuk semua peserta (isu rokok; yang tak merokok tak terasalah kan); slot itu berjaya ditamatkan tanpa sebarang kecederaan fizikal; tapi sedikit kecederaan emosi je: Emosi seseorang cedera sebab saudara terdekatnya meninggal dunia dengan paru-paru yang sangat rosak: Cedera itu cuba dirawat: Sembuh atau tak; wallahu'alam: Semoga roh itu dicucuri rahmat:

*Bila rokok menguasai diri (sumber: google image; hehehe)*

Berbalik kepada pesanan abang Yerk tu; kenapa tak boleh ramai bersuara (lebih daripada 2; 3 orang) ialah sebab; hmmm; alah; korang tahu kot:

Apa-apa pun; aku takkan lupa Road To Glory yang bagi aku; program yang penuh cabaran (sampai ada adik-adik lari dari sekolah; mak bapak datang; minta tolong kat abang fasi iaitu abang Black lagi; ada adik yang kena 'kacau'; ada toilet yang dikatakan tidak selamat sebab ada 'penjaga'); penuh halangan menarik (jungle tracking yang buat aku rasa aku lah manusia paling slow di dunia) tapi terlalu penuh dengan nilai-nilai kasih sayang bila kakak-kakak; abang-abang; kawan-kawan dan adik-adik saling memberi: Tak lupa juga bermulanya teeeeeeeetttttt; yang terus mematangkan diri: Fuh:

Eh; aku tak cerita banyak pasal buat modul ek-- Okay; bahagian seterusnya ;)

* Peace! Dari Gunung Berlumut; Kluang: On the way nak ke sini hari tu lah tergerak hati nak tulis pasa Road To Glory sebab lalu jalan yang sama =) Walaupun kaki berkobar-kobar nak rasa air yang jernih tapi mengalir perlahan untuk kategori air terjun dek musim kemarau haritu; walaupun jari tangan berkobar-kobar nak buat PEACE!; tapi laksa dalam tupperware takkan aku tinggalkan: Yummy!

Rabu, September 29, 2010

Jemputan Majlis Perkahwinan Reduan (09/10/2010)

Salam semua....

Alhamdulillah seorang lagi alumni kita, Sdra. Reduan Abd. Lah Sani akan menamatkan zaman bujang dan majlisnya akan diadakan pada 09/10/2010 (Sabtu). Kawan-kawan batch 1999 mesti ingatkan?. Jadi menyampaikan amanah daripada Wan meminta saya memaklumkan jemputan ini kepada kawan-kawan semua untuk datang memeriahkan majlis beliau & bakal isteri.

Semua alumni adalah dijemput hadir.


Kebetulan beberapa alumni telah berpakat untuk ke majlis Sdra Zairi yang jatuh pada hari yang sama. Murah betul rezeki kita selalu mendapat jemputan, walaupun lama tak berjumpa ingatan dan persahabatan kita tak terputuskan.
Jadi apa kata kita ambil peluang ini untuk berjumpa dengan Wan dan berkenalan dengan isteri beliau nanti. Maka bakal bertambah lagilah bilangan ahli keluarga @Lambaian kita.
Bagi pihak @Lambaian...terima kasih kepada Wan atas kesudian menjemput kami. InsyaAllah jika tiada aral melintang dapat kita berjumpa disana.
p/s: kepada yang berminat untuk hadir, harap dapat tinggalkan komen supaya senang kami hubungi. Mungkin kita boleh berkonvoi ke sana....


Isnin, September 27, 2010

Jemputan Jamuan Raya KLM & Geli Gelak Lambaian

Salam kawan-kawan...

Semalam saya mendapat panggilan telefon daripada adik Danial wakil AJK Jamuan raya KLM meminta saya uploadkan poster Jamuan Raya KLM di blog @Lambain dengan niat untuk menjemput SEMUA alumni Lambaian Masyarakat hadir ke jamuan tersebut.

Kehadiran kawan2 diharap dapat meriahkan suasana sambil berkenal-kenalan dgn adik2 junior kita. Kesian diorang, mesti dah bosan asyik jumpa muka yang sama jer hehe...


Ini pula email yang diterima dari adik Naimah. Juga jemputan kepada ahli2 @Lambaian ke aktiviti seterusnya sehari selepas jamuan iaitu Program Geli Gelak Lambaian (GGL).
Berdasarkan pengalaman (pada yang tertanya2...GGL ni apa menda?) GGL lebih kurang macam sukaneka le jugak, aktiviti bersuka ria untuk eratkan hubungan sesama kita.

Harapnya kawan2 yang berada berdekatan pada kedua-dua hari kejadian jangan malu2 untuk datang.

Adik-adik KLM semuanya ramah-tamah belaka...ada juga yang pemalu tapi kalau tak tegur pun diorang akan senyum. So senior2 yang nak datang tapi rasa segan, jangan risau paling kurang pun korang akan dapat sebuah senyuman....
Last skali, jangan lupa maklumkan kehadiran korang, sms pun takpe bagitau nama & bil yg akan hadir bersama korang nanti ke no yang tertera pada poster diatas.
Atas kesudian korang hadir bagi pihak @Lambaian, kami dahulukan ucapan ribuan terima kasih.
p/s: Terima kasih kpd Danial, Naimah, AJK Jamuan & AJK GGL atas kedua-dua jemputan dari kami @Lambaian.

Selasa, September 21, 2010

Jemputan ke Program Soul Fusion 4

Salam buat rakan-rakan di @Lambaian.

Saya memperpanjangkan jemputan ke program Soul Fusion 4 yang bakal diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini di Sekolah Kanak-Kanak Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru. Butir-butir program dapat dilihat seperti di dalam kad jemputan seperti di bawah:






Untuk sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran, bolehlah dipanjangkan kepada:

Syahirah di nombor 0194523908.

Jumpa di sana...!!!


..

Rabu, September 15, 2010

Pengumpulan Sumbangan untuk Program Soul Fusion IV 25-26 Sept 2010

Salam semua yang membaca.

Untuk alumni @Lambaian yang sejahtera dan sering mengambil berat tentang hal ehwal yang berlaku dalam Kelab Lambaian Masyarakat kita di UTM sekarang. Di sini aku sebagai wakil dari @Lambaian ingin memperpanjangkan permohonan dari Jawatankuasa Soul Fusion IV yang memohon bantuan sumbangan dari @Lambaian untuk melancarkan program mereka dan juga memberi sumbangan kewangan kepada pelajar-pelajar SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru.

Seperti yang sedia maklum, program ini adalah satu khidmat kemasyarakatan yang berbentuk pendedahan dan pendekatan untuk kanak-kanak kurang upaya penglihatan berinteraksi dengan pelajar-pelajar universiti yang datangnya dari Kelab Lambaian Masyarakat.

Dengan itu, untuk segala sumbangan ikhlas yang kalian ingin salurkan, berikut adalah butir-butir yang boleh dihubungi untuk Jawatankuasa Penaja Soul Fusion IV, sila berhubung terus dengan mereka.



Di blog ini adala 5-6 kali juga cerita tentang program Soul Fusion yang lepas-lepas dan pengalaman yang dikongsi dari beberapa alumni lain yang pernah turut serta dalam program ini. Boleh ketip untuk mengimbas kembali kisah-kisah tersebut.

1. Berdua Lebih Baik
2. Awal Ramadhan - Soul Fusion
3. Bila besar nanti nak jadi apa?
4. Soul Fusion 3 - Masih Ada Yang Sayang
5. Soul Fusion - Penyatuan Jiwa? 1, 2, 3


Kini, kamu juga berpeluang untuk turut serta menyumbang di dalam program ini.

Program ini 25 & 26 September 2010. Yang ingin menyumbang dari jauh, boleh hubungi Saudari Penajaan yang disertakan di atas. Kalau boleh secepat mungkin untuk memudahkan urusan mereka.Yang ingin turut serta, boleh tinggalkan komen disini. Nanti ada la yang akan folo up.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekian.

Jumaat, September 10, 2010

Salam Aidilfitri 1431h ... !





Fuh, aku stay up tau semata-mata nak post selamat hari raya ni.. hehehe.. Jemput beraya ke rumah ye, roger-roger lah kalau lalu Melaka.. dan...

pssst... pssttt...dengar cerita ada Jamuan Raya KLM di KTC 2 Oktober ni.. so, selamat mencari info di Group KLM di Facebook!!!! Dan jom buat kecoh raya!

Sekali lagi, Selamat Aidilfitri, have a fun and the best Eid!

Jumaat, September 03, 2010

Akibat benci kakak menjelang Syawal

Sempena kehadiran Syawal yang tak lama ja lagi neh, meh sini nak habaq cerita yang mungkin ada sikit2 motivasi buat diri dan anda semua~ sila baca dengan penuh perasaan, kalau nak buat mimik muka menghayati pun boleh~

p/s: watak2 yang ada tiada kaitan dengan siapa2 dalam @Lambaian ye


SALLEH (bukan nama sebenar) merupakan antara tokoh korporat yang dikenali ramai di ibu negara. Walaupun dia baru berusia lingkungan awal 30-han tetapi memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat.


Dia menjadi rebutan kerana idea-ideanya yang bernas sekaligus dapat mentadbir syarikat dengan cekap.

Bagaimanapun berbeza bila Salleh telah berisiteri. Idea-ideanya seolah-olah semakin tumpul. Satu demi satu jawatan yang pernah disandangnya terlepas. Dia seolah-olah tidak lagi mendapat kepercayaan banyak pihak.

Paling menyedihkan syarikat yang merupakan hasil titik peluhnya sendiri ketika masih bujang turut berdepan dengan pelbagai masalah.

Syarikat yang dulu lebih 50 pegawai kini hanya lebih kurang 10 sahaja. Itu pun sering keluar masuk, yakni bekerja sebulan atau dua bulan mereka berhenti. Datang pegawai baru pun masalah sama.

Pendek kata tidak kekal lama. Kalau bekerja enam bulan sudah dikira cukup baik. Ada saja masalah yang menyebabkan mereka hantar notis berhenti.

Oleh kerana Salleh tidak tahan memikirkan masalah syarikatnya yang makin meruncing, ada mencadangkan supaya dia ke Mekah. Salleh akur dengan cadangan rakannya itu lalu menunaikan umrah untuk mencari ketenangan.

Dia membawa isteri Soleha (bukan nama sebenar) serta tiga anaknya. Mereka menginap di hotel yang diuruskan oleh pihak agensi.

"Ketika di hotel barulah terbongkar bahawa Salleh terlalu ikut telunjuk isteri. Apa saja isterinya cakap dia tidak berani bangkang," dedah ustaz Bakar mengenai peristiwa yang berlaku kira-kira tiga tahun lalu itu.

Sewaktu di tanah suci, Soleha komplen makanan di hotel itu tidak menyelerakan. Setelah tiga kali tukar menu masih juga tidak sesuai dengan selera Soleha. Sudahnya pihak agensi sudah enggan melayan karenahnya lagi.

Dia membebel setiap kali ambil makanan. Ada saja yang tidak kena. Sedangkan Salleh serta anak-anaknya langsung tidak ada masalah.

"Allah beri kita rezeki dan sedap hanya di halkum sahaja. Kalau lepas halkum dah tak rasa apa-apa kelazatan lagi.

Kalau setiap kali makan rasa sedap berpanjangan sudah tentu banyak restoran tutup," akhirnya ustaz Bakar terpaksa masuk campur,

"Tapi ustaz kita bayar tambang termasuk penginapan serta makan minum. Tak kan pihak agensi nak beri makan lebih kurang saja," balas Soleha dengan geram.

"Puan perlu ingat, kita semua datang ke sini sebagai tetamu Allah. Bermakna atas keredaan Allah juga kita berkumpul di sini. Kita datang bukan sekadar hendak melancong atau hendak membeli-belah," ustaz Bakar juga bertegas.

Soleha diam seketika. Dia enggan melawan cakap ustaz Bakar lagi. Mungkin baru menyedari kesilapannya sehingga lupa tujuan sebenar menunaikan umrah.

Salleh yang berada di sisi isterinya tidak bersuara. Dia sedar isterinya mengada-ngada tetapi tidak berani menegumya.

Kalau dia masuk campur sudah tentu semakin kecoh. Ada baiknya tutup mulut.

"Saya minta maaf banyak-banyak ustaz dengan karenah isteri saya tadi," tiba-tiba Salleh bersuara setelah isteri serta anak-anaknya beredar agak jauh sedikit.

"Tak mengapa. Saya dah berdepan dengan macam-macam perangai manusia bila sampai di sini," kata ustaz Bakar.

"Sebenamya saya sendiri pun tak berapa seronok dengan sikap dia macam tu," ujar Salleh yang terkilan dengan isterinya.

"Saya faham perasaan encik. Sebab itu saya kata pelbagai perangai manusia di Mekah. Mungkin Allah tidak mengizinkan isteri encik rasa nikmat makanan di sini. Boleh jadi ada kesilapannya tetapi encik tidak tahu."

"Sebenamya ustaz, nampak saja saya bahagia. Mempunyai syarikat serta berkedudukan tinggi, tetapi pada hakikatnya hidup saya terkongkong. Saya tidak boleh tegur atau kritik isteri, pasti dia melenting," dedah Salleh mengenai masalahnya.

"Maksudnya rumahtangga sentiasa bergolak?"

"Bukan bergolak, tetapi isteri saya terlampau garang," luah Salleh teragak-agak.

Barulah ustaz Bakar faham Salleh takutkan bini. Patutlah bila isterinya komplen mengenai menu yang tidak menepati citarasanya dia tidak berani tegur. Dia macam menurut saja.

Di hadapan isteri, Salleh tak ubah seperti tikus dengan kucing.

Kakitangan syarikatnya tidak tahu dia takutkan bini.

Lagipun, Soleha jarang ke pejabat suaminya. Pentadbiran syarikat di bawah genggaman isterinya. Salleh hanya menjalankan sahaja sedangkan semua arahan daripada wanita itu.

Walaupun syarikatnya makin meruncing dan berdepan dengan kehancuran, Salleh masih tidak berani bersuara. Di bimbang kalau isterinya tahu, bukan hendak mengaku kesalahan diri sendiri, sebaliknya menuding balik pada dirinya.

"Saya tidak mahu masuk campur rumahtangga encik. Ia merupakan urusan Allah mempertemukan jodoh antara encik berdua.

Nasihat saya kalau boleh jangan terlalu tunduk pada isteri.

Suami merupakan ketua rumahtangga dan tidak kena kalau mengikut perintah isteri.

"Saya hanya mahu masuk campur mengenai syarikat encik yang makin merosot. Saya yakin ada yang tidak kena telah encik lakukan. Cuba ingat balik mungkin telah mengecewakan ibu bapa atau orang lain," terang ustaz Bakar.

"Tapi saya dah tak ada ibubapa ustaz. Kedua-dua telah meninggal beberapa tahun lalu."

"Begini sajalah! Malam nanti buat tawaf serta solat hajat depan kaabah. Minta petunjuk apa yang telah encik lakukan," nasihat Ustaz Bakar lagi.

Malam itu kira-kira pukul dua pagi Salleh melakukan tawaf.

Setelah selesai menunaikan solat hajat dia mohon Allah beri petunjuk mengenai apa kesilapannya sehingga satu demi satu syarikatnya gulung tikar.

Kesungguhan serta keikhlasan Salleh, Allah memperlihatkan kesilapannya selama ini. Tanpa berselindung tokoh korporat itu menemui ustaz Bakar.

Antara kesilapannya kerana terlalu mengikut telunjuk isteri, sehingga telah mengecewakan kakak kandungnya.

Soleha sememangnya kurang senang kalau kakak Salleh bertandang ke rumah mereka. Lebih-lebih lagi ketika menjelang syawal. Dia mensyaki kakak iparnya itu ingin minta bantuan kewangan daripada suaminya.

Salleh pula kerana terlalu takutkan isteri, dia layan kakaknya acuh tak acuh sahaja. Hendak bantu bimbang isterinya marah. Sudahnya dia biarkan saja pulang ke kampung tanpa memberi sedikit wang belanja.

"Memang ramai di kalangan masyarakat kita mengabaikan kakak kandung. Sebenarnya jika tidak mempunyai ibu, kakak sebagai pengganti ibu. Doa kakak mustajab sebagaimana doa ibu," terang Ustaz Bakar.

"Saya mengaku banyak buat salah dengan kakak kandung saya," Salleh mengakui kesilapannya.

"Balik ke tanah air nanti, jangan lupa berjumpa kakak. Layan dia sebagaimana ibu. Minta dia doakan dan mudah-mudahan syarikat encik akan kembali menyerlah."

Salleh akur dengan nasihat ustaz Bakar. Sebaik saja kembali ke tanah air, orang pertama yang ditemuinya adalah kakak kandungnya.

Salleh juga tidak mengabai kakaknya lagi. Dia berniat jika syarikatnya pulih akan membawa kakak serta abang iparkan ke Mekah. Dalam waktu sama dia tidak lagi mengikut telunjuk isterinya.

Doa Salleh dimakbulkan Allah Tidak sampai setahun syarikat yang hampir bankrap kembali pulih. Hutang piutang telah dapat dilangsaikan. Dia juga tidak lagi naik turun mahkamah kerana pelbagai kesalahan berhubung dengan kewangan.

Malah kini dapat pula membeli beberapa syarikat gergasi lain.®


Sumber: Variasi

testing

Testing lagi ni, lalala

Khamis, September 02, 2010

Blog @Lambaian dalam status 'Under Maintenance!'


Salam semua, macam yang anda lihat terpapar bersama2 darah kaler pink ala-ala ungu di atas nih, 
yaa,,, nak maklumkan pada semua warga @Lambaian yang Blog ini dalam proses pembikinan wajah baru, nak pakai kan dia botox, susuk, make-up sikit..
aaaa uummm... apa lagi,

Ok, ni nak habaq mai, nak membina blog kesayangan kita semua ni boleh aja, tapi tu la, ketandusan idea-idea superb dari anda semua, mai la mai la, 
meh comment and bagi cadangan apa yang patut kita tayangkan dengan riang-rianya di blog ini~

hiduplah blog demi @Lambaian!
Oh YeaHH!!

UPDATED:
  1. New layout (image slider, links, widget, etc)
  2. Connected to FB (@Lambaian fanpage) - Sila click LIKE button kat bottom of this blog if mahukan diri anda di update dgn new post dari blog ni
  3. Lagu (yang mana kalau mau senyap sunyi melayan perasaan, leh lah di stop/pause) ^__^
  4. @Lambaian dah ada twitter, so, blogger2 yang lain yang nak tau update @Lambaian, leh la follow twitter @Lambaian

Ucapan akhir Ramadhan

Salam sepertiga akhir Ramadhan buat semua warga Lambaian;
  1. daripada kumpulan pengasas Kelab Lambaian Masyarakat,
  2. barisan penggerak di awal perjuangan Lambaian,
  3. warga Lambaian yang pernah menyumbang walau sesaat mengimarahkan meeting-kelab,
  4. apatah pagi warga Lambaian yang sentiasa memperbaiki perjuangan kelab,
  5. sehinggalah kepada warga Lambaian yang masih ambil berat dengan cara masing-masing terhadap Kelab Lambaian Masyarakat, baik warga @Lambaian sendiri,
  6. mahupun adik-adik yang masih mempertahankan hasil usaha selepas lebih sedekad.

Semoga amal baik sepanjang hidup terutama sepanjang bergelar warga Lambaian diterima-Nya.
Semoga amal buruk sepanjang hidup terutama dengan nametag "saya budak Lambaian" mendapat keampunan-Nya.
Bukan amal baik & buruk terhadap masyarakat saja, tapi kebaikan ikhlas dan salah silap terhadap sesama warga Lambaian juga.




Semoga keampunan daripada-Nya diperoleh, semoga kemaafan daripada sesama warga Lambaian juga dapat diraih.

Di kesempatan ini, saya nak minta maaf banyak-banyak untuk salah silap yang nyata atau tidak, sengaja atau terbuat, terhadap semua kakak-kakak, abang-abang, kawan-kawan dan adik-adik yang saya kenal di alam nyata atau alam maya.

*******************************

Sekadar berkongsi :

Firman Allah Surah Al-Hujuraat ayat 12 yang bermaksud;
" Hai orang-orang yang beriman, jauhila kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Umar R.A berkata janganlah kamu berperasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik.

Riwayat At-Tabrani : "Dari Haritha bin an-Nukman berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku 1)Kepercayaan sial 2) Hasad dengki 3)Prasangka. Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tatayur hendaklah dihapuskan.

sumber : ayat Quran tu dah di-check kebenarannya, hadith tu dapat dari internet (tak usaha check lebih pun, tapi ambillah pengajarannya) Google je pasal sangka buruk tu, berlambak penerangan. Sob sob sob...

***********************************

Haaa.. ni bukan mengumpat a.k.a gosip-gosip je tau.. baru buruk sangka pun dah DOSA!! Banyak aku buat ni.. huhuhu.. Ain, Ain... Sorry you allz!!! Terutama yang aku ajak dengar sangka-sangka buruk aku, hahaha.. Semoga kita tak buat lagi ye.. Mari kita hapuskan sangka buruk kita tu..
Sangka kawan tu tak ikhlas la, sangka kawan tu saje nak glamor lah, sangka kawan tu tak berusaha 100% la, sangka kawan tu tak ambil berat dan kononnya kita lah yang usaha dan caring lebih.. sangka kawan tu do nothing padahal kita penuh penat lelah (padahal kawan tu dah all out dah) semua tu sangka buruk pe... insaf yuk~!


Selasa, Ogos 31, 2010

Ain dan Modul di Lambaian - Bahagian 1

Assalammu'alaikum warahmatullah;

Tanpa menggunakan external keyboard; tulisan kali ini terpaksa menggunakan punctuation yang pelik:
; merujuk kepada koma
: merujuk kepada noktah
-- merujuk kepada tanda soal

Okay--

Jiwa meronta-ronta hendak menulis entah kenapa; tak kira lah orang jemu atau malas nak baca; aku tetap akan tulis: Sebab aku tak tau aku sempat menulis apa-apa lagi atau tidak esok lusa: Maka ada kesempatan; aku cuba untuk memberi; dengan menulis: Aku bukan meminta; aku nak memberi:

Alamak; giler seram intro: Okay; antara sebab lain; aku nak tulis juga sekarang sebab tak tahu nak buat apa: Aku di Promosi Kraf Aidilfitri di Jalan Conlay KL ni: Mak bapak aku tengah buat demonstrasi pembuatan songkok (Paling Atas Enterprise; cewah; iklan sekejap): Nak layan orang beli songkok pun aku bukan tahu tengok kepala orang nak teka saiz nya apa: Apatah lagi nak tolong cari saiz songkok berkenaan di rak yang disusun: Maka aku duduk di pangkin di luar bangunan; menikmati angin yang bertiup sambil dengar lagu raya: Biarlah adik aku yang lebih menjiwai perniagaan songkok itu yang terpacak di booth depan pentas tu: Alang-alang ada laptop dan modem jalur lebar; pantas jari klik untuk new post di blog @Lambaian; salah satu aset yang dibelakangnya bersusun pengalaman suka duka; aku bersama Lambaian:

Merujuk kepada tajuk entri kali ini; aku nak cerita tentang kehidupan aku bersama modul sejak mula aku melafazkan; "aku budak KLM":

Jawatan pertama dalam Majlis Tertinggi yang aku dapat ialah setiausaha Program Dekat Padamu 2: Besar pengalaman dan pengajaran yang aku dapat termasuklah nasihat pengarah program; abang Munir yang berbunyi "Ain jangan lupa simpan duit untuk emergency: Macam abang ni haaa; tengah kopak; sebab komputer dan motor rosak serentak" Tiba-tiba nasihat sebegitu diterima sebelum mesyuarat di kafe abang Win (S01) bermula: Hehehe: Tapi jawatan yang kemudiannyalebih menjadi jiwa aku; ialah membuat modul: Peerrrghh; jiwa tu: Dalam ayat anak-anak muda zaman sekarang; "Asal muka aku je; buat modul: Asal buat modul je; muka aku:"

*Jadi setiausaha tu bukan tak jiwa; tapi memang tak berbakat; sebab tulisan hanya aku sorang je yang paham: huhuhu: leceh! Bak kata Nabil "aku ingat tanskrip zaman bila ni"

********************************

"Okay; korang dah jumpa apa dah--"
"Ni Ain; kita ada jumpa kat internet; macam-macam modul: Kita boleh tengok sama-sama; then pilih"
Sambil si gadis manis bernama Hasnizom menghulurkan sebebat kertas yang tercetak banyak tulisan:
"Wah! Terharu aku; banyak betul"
"Kita tak tahu nak pilih; kita print je semua"

"Okay; tak pe; meh kita tengok sama-sama"


"Haaa; yang ini best Ain: Boleh buat ice-breaking: Nama dia BINGO card"

"Ah ha"
Dalam 4; 5 orang gadis juga mengelilingi timbunan kertas itu dan duduk berbincang; di surau KTC:
"Abang Din mana--"
"Entah; belum sampai lagi"
jawab aku sambil berdeghau darah (ni perkataan universal satu Malaysia kah--)
"Rasanya nampak dia kat bawah tadi" Surau berada di tingkat atas bangunan S01:
"Owh ye ke-- Haaa cepat-cepat; at least ada sikit hasil sebelum dia sampai"
aku mencadang dengan nada cemas: Apsal entah takut sangat aku dengan orang tua yang dipanggil abang Din tu:

Aku masa tu sedang memikul tugasan pertama aku berkaitan modul dalam Lambaian sebagai Ketua Khidmat Pendidikan bagi Program Wawasan'05; sebuah program anak angkat; dibantu beberapa gadis batch Haszni (2005) dan seorang senior iaitu abang Din: Selain terlibat dengan Majlis Tertinggi program Wawasan'05; aku secara khususnya perlu menguruskan satu slot khidmat pendidikan di sebuah sekolah rendah yang satu-satunya terdapat di Kg Tanjung Resang itu:

"Aku tak pernah buat modul" mengeluh dalam hati; tanpa membantah tugasan diberi; apatah lagi mengada-ngada menagih simpati senior untuk tunjuk ajar daripada A B dan C:
"Tapi aku pernah jadi fasi" memotivasikan diri sendiri tanpa meninggi diri depan orang lain:

********************************

Sedutan bahagian akan datang;

1-Modul paling bodoh aku pernah buat - Kasih Dikasih
2-Modul khidmat pendidikan program Metamorfosis
3-Modul & ketua fasi program Road to Glory
4-Kelahiran program Soul Fusion
5-Majlis Tertinggi Kelab : Unit Modul & Aktiviti - Aku jalan-jalan cari program
6-Dulu aku dan modul Lambaian; sekarang aku dan 'modul Lambaian'

Haih; entah selesai berapa bahagian lah nampaknya kan:

** Aku selesai menulis jam 2:30 pm; 29 Ogos; sambil dengar dendangan live lagu Pahlawanku rentak Melayu Asli:


Ahad, Ogos 29, 2010

Perpisahan dalam satu Ramadhan

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Berkumandang lagu dendangan kumpulan nasyid Brothers di HotFM semasa aku tengah driving ke tempat kerja, tiba-tiba aku termasuk ke dalam lagu, feel nak lebih. Nak kata nak ke luar negara dalam masa terdekat, macam tak nampak bayang-bayang. Berkedudukan selesa je di UTM ni. Habis yang feel tak memasal ni kenapa pulak?

Segan nak cerita sebenarnya...

Tapi aku cerita je lah.. Bukan tak ramai orang tahu pun.. =p

Aku sebenarnya teringat suasana satu Ramadhan 2007 yang lepas. Kisah Ramadhan lagi.. Masa tu mak bapak aku hantar aku ke KLIA. Dalam kereta ada adik aku. Ke adik-adik ek? hahaha... Makngah, nenek, pakngah, tok itam, nek itam, adik sepupu bagai semua berkumpul kat depan masjid KLIA, tempat parking kereta.

***********************

"Nah Ain, makan nasi ayam mak ngah. Kat sana nanti takut kau tak jumpe pulak"
Masa tu rasa nak lempang laju je mak ngah sebab buat aku rasa lagi sedih! Hehehe...

Okay aku habiskan cerita hal family aku.

Sebenarnya ada satu lagi sudut dalam kotak memori aku ni kereta-kereta lain yang berkumpul di kawasan parking itu. Kereta-kereta itu wujud sebab ada manusia-manusia lain datang untuk hantar diva (diva di situ) ini di KLIA. Manusia-manusia itu adalah keluarga Lambaian. Huhuhu.Terkejut juga ramai-ramai datang. Macam lebih daripada 4 kereta je. Rasa macam nak buat senarai, tapi malas la..

"Abang bukan apa Ain, nak jugak hantar Ain dengan kawan-kawan sebab tak pernah pergi KLIA" kata abang Afiq. Cis! Arrghh tak kira lah apa tujuan diorang, aku tetap terharu dengan kehadiran diorang, hantar aku dan 3 gadis lain di KLIA.

"Aku ingat lagi Ain, masa on the way nak hantar korang kat KLIA tu kan, aku cakap kat abang Pilo, kalau lambat tak sempat hantar Ain dengan Mai, siap abang Pilo!" cerita Fizah baru-baru ni. Macam baru je Fizah cerita, kalau tak masa trip ke Batu Layar haritu, mungkin semasa di hutan program Simbiosis V. Fizah, ko sayang aku dan Mai rupanya. *blink,blink*

Haaa. Mai ada sekali: =) Kami kan pakej. Satu, percuma satu.

"Kitorang berbuka KFC..."
Aku rasa ini aku dengar daripada penumpang kereta yang dipandu abang Zairi. Ke, sahur sebenarnya?

Dan macam-macam dialog lagi yang aku dengar dan ingat.

Tak lekang dari ingatan juga ramai-ramai keluarga Lambaian terpaksa menunggu, memerhatikan aku membuka beg BARU gedabak besar aku yang dipunggah semula sebab terlebih berat. Huahuahua.. Stok yang konon takut tak jumpa kedai, tak cukup makan, semua terpaksa dikurangkan. Memang yang memerhati dapat tengoklah stok ketupat segera yang terpaksa ditinggalkan, makanan dalam tin.. Macam banyak juga lah. Nasib baik tinggalkan, kalau tak, kapal terbang tu tak mampu terbang agaknya =p

"Dah lah, pergi cepat, aku tak nak nangis, semalam dah puas nangis.."
Mak aku cakap masa salam, peluk, cium, sebelum blah.. Keluarga Lambaian dok tengok drama sebabak yang berlangsung. Aku babai-babai semua, tengok muka sorang-sorang, happy lah rasa, teruja terharu tengok ramai-ramai melambai. Kurang lah sedihnya. Ye lah, nak terbang jaaaauuuhhhh tu.. Habis penuh sepanjang pagar besi tingkat atas aku tengok semasa turun ke tingkat bawah menggunakan eskelator dengan diorang jer. Fuyoh, ramainya.. keluarga, saudara-mara.. Kawan-kawan Lambaian juga yang lebih dan havoc, macam selalu...

***********************

"Eh korang! Ain telepon aku lah! Waahh.. Ain kau betul ke kat Poland ni? Eh korang! Ain telepon aku dari Poland lah wei...!"
Excited aku dengar suara Apek yang excited bagitahu budak-budak blok dia (KTC) masa aku telefon, dari asrama aku di Warsaw. Aku rasa tu bukan drama. Hehehe.. So kerinduan aku untuk bergosip pasal keluarga Lambaian sangatlah terubat dek layanan si Apek.

Selain Apek, Lambaian batch 2005, banyak je lagi keluarga Lambaian yang aku call, atau dalam istilah yang lebih tepat, bergayut, termasuklah abang Pilo yang sangat macam abang, As yang tak macam kakak, dan lain-lain yang tak pernah buat aku menyesal topap VOIP aku yang tak lah mahal pun, untuk berbual macam meeting-larut-malam di Kolej 9. Perbezaan benua bukan halangan. Cewah. Jauh di mata... tapi dekat...

***********************

Mana tak nya lagu nasyid di atas buat aku feeling bukan main kan. Hmm.. Okay Ain, STOP!

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

***********************

Hargailah sebuah pertemuan sebelum sebuah perpisahan...
We will miss someone when he/she is missing...
Cayolah cakap den..

Rabu, Ogos 25, 2010

Lambaian Memang Havoc - Malam Pengenalan Kelab, 2010




Alamak.. ada siapa-siapa perasan tak post ini yang hanya ada gambar, tapi tiada tulisan? Sebelum ini? Tak de kot.. hohoho.. Aku punya kerja lah tu, edit gambar, upload, tapi tak siap tulis lagi. This post was automatically posted, mengikut schedule yang tak pasal-pasal aku buat buat, sebagai salah satu teknik mendisiplinkan diri. Malangnya, tak terkejar.. huhuhu.. Tu yang ada beberapa jam post ini keluar gambar sahaja, tanpa tulisan. Faham? Tak faham, abaikan..

Okay, kembali kepada niat asal. Owh.. sebelum tu, aku telah siasat tentang penggunaan perkataan 'havoc' di kalangan muda-mudi Melayu zaman sekarang yang menjana idea untuk aku letak perkataan tersebut di tajuk post kali ini. Aku dapati, dalam Bahasa Inggeris, maksud sebenarnya lebih kurang macam porak-keranda.. eh, porak-peranda. Sepatutnya suasana negatif. Contoh, masa korang dalam kelas sekolah rendah, cikgu ada mesyuarat, maka, keadaan dalam kelas adalah havoc. Sepatutnya negatiflah (tapi masa aku jadi anak murid, aku rasa itu positif je..). Betul tak wahai cikgu Bahasa Inggeris? Walaubagaimanapun (cewah..), 'havoc' pada post ini adalah bermaksud seperti kebanyakan fahaman anak Melayu (mungkin anak Malaysia, campur Cina, India sekali), iaitu MERIAH.

"Engkau, kalau pergi booth orang, tak buat onar tak boleh ek?"
"Biasalah... Lambaian..."

Dialog antara Abang Azwar dan Anis Sabri semasa di Dewan Astana, semasa malam pengenalan kelab di Kolej Tuanku Canselor (KTC), 19 Julai lepas, yang diceritakan semula kepada aku. Aku tak dengar dialog ni di tempat kejadian sebab aku tengah luruskan pinggang di rumah. Ahakz...

Tengok gambar-gambar di atas, terutama yang pertama sekali, baru aku ingat yang aku pernah ada satu azam. Nak kumpulkan semua kad matriks program aku, dan senior Lambaian, untuk dijadikan tatapan di blog ini. Tapi, aku tak dapat sumber tambahan lagi melainkan kad matriks yang dalam simpanan aku. Ingat nak tengok juga revolusi kad matriks program Lambaian. Amacam? Zaman sekarang punya kad matriks ni, aku rasa dah canggih-manggih dah. Macam-macam design. Maklumlah, ramai yang berbakat dan mahir menggunakan benda ajaib di dunia yang ke-8 (Adobe Photoshop).

Gambar ke-2 tu, kain rentang, atau yang selalu dipanggil sebagai banner. Hmm.. banyak juga cerita di keliling banner yang aku boleh imbas semula. Contoh, hal pertama kali makan pisang goreng di Johor (aku rasa lah) dengan keluarga Lambaian semasa mengecat banner program Ulik Mayang (Khidmat Masyarakat di Terengganu) di Dewan Serbaguna, iaitu Dewan Astana sekarang. Program ni tak jadi last minute selepas segala banner, cenderahati siap sedia.. Cabaran betul buat Majlis Tertinggi kan.. Hmm.. Cerita lain.. Tapi, tak terbuat pula kerja-kerja yang patut aku buat dalam kepala aku ni karang. Huh.. Nanti-nanti lah aku tambah.. Abang Adam pun dah pernah cerita pasal satu banner (boleh klik kalau tak pernah baca).

Gambar ke-3 tu pula sebahagian daripada warga Lambaian yang memeriahkan suasana. Dah lah sudut untuk Lambaian dua kali ganda lebih besar daripada kelab lain, (kenapa, aku tak tahu), manusia-manusia berbaju oren pula meriah semacam. Tak ke havoc?

Okaylah.. penat.. nanti sambung..

Isnin, Ogos 23, 2010

Berdua Lebih Baik

Lihat awan di sana
Berarak mengikuti
Pasti dia pun tahu

Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus ku jalani

Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu

Bila sendiri
Hati bagai langit

Berselimut kabut




Lagu ni, memang musik (ada bunyi Indonesia sikit) dan liriknya menceriakan. Hati berbunga-bunga, rasa nak melompat girang. Kan? Dah la Acha tu comel kan..

Sekarang, cuba 'masuk' dalam lagu ini, dengan mengimbau kembali seorang adik perempuan kecil comel, menyanyi dengan suara yang indah. Comel sangat. Adik itu membuat persembahan depan kakak-kakak dan abang-abang Lambaian yang datang cuba menggembirakan semua adik-adik yang ada dalam program Soul Fusion, Mac 2007. Adik kecil berwajah suci itu berdiri di hadapan orang lain tanpa dapat melihat mereka.


Lihat awan di sana
Berarak mengikuti
Pasti dia pun tahu

Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus ku jalani

Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu

Bila sendiri
Hati bagai langit
Berselimut kabut


Aku tak dengar live persembahan adik itu, tapi selepas Nabil bercerita pada aku tentang persembahan tersebut.. Hmmm... Semoga jauhlah daripada hati yang bagai langit berselimut kabut tu..


Tahukah you allz, kalau kita melawat Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, JB, you allz akan dapat lihat adik-adik yang cacat penglihatan itu sentiasa jalan berdua-duaan, berpimpin tangan dengan rapat, mengikut jejak kawan dengan dekat? Seorang daripada mereka yang kebiasaannya berada sedikit ke belakang adalah adik yang buta manakala yang 'memandu' jalan adalah adik yang buta separa. Buta separa maksudnya masih nampak samar-samar atau sekadar cahaya. Tahukah you allz?


** Maaflah, mode Soul Fusion (padahal apa je aku terlibat kan..)


Jumaat, Ogos 20, 2010

Awal Ramadhan - Soul Fusion


Assalammu'alaikum warahmatullah,
Align Center
Alhamdulillah, Allah kurniakan kita hari ke-10 Ramadhan, kurnia yang berupa peluang untuk terus merasa nikmat cinta Allah. InsyaAllah, Ramadhan ini akan terus dilalui dengan kegembiraan yang dijanjikan kepada kita, hamba-hamba yang Allah kasihi. Salah satu kegembiraan yang Allah janjikan kepada orang berpuasa ialah ketika berbuka. Semoga kemanisan berbuka puasa itu dirasai, nak-nak bila dikongsi bersama dengan kawan-kawan yang ikhlas bersahabat atas dasar ukhwah yang suci.



Awal Ramadhan, aku berada di rumah sewa di Johor, berseorangan sebab housemate semua menyambut Ramadhan di kampung halaman masing-masing. Selepas bersahur apa yang ada, selepas solat Subuh, aku kembali ke hamparan tilam di ruang tamu, depan televisyen. Bila tinggal seorang, volume TV sebesar-besar tidak kan. Belum sempat kepala disorongkan bantal, terpandang Ustazah Asni, dalam rancangan Kalamullah di TV3. Ustazah Asni sedang khusyuk menyemak bacaan al-Quran seorang adik lelaki, yang mungkin berumur 10 tahun. Aku tenung kosong wajah adik itu.

" Wah.. Adik ni hafal Quran.. mata tak tengok bawah" (kalau baca Quran kan mata tengok bawah sikit untuk lihat ayat-ayat Quran) aku bercakap dalam hati.
Aku tenung lagi. Kali ini kurang kosong.
"Adik ni macam..."

Kamera zoom ke arah Quran adik itu.
Putih tanpa hiasan dakwat.
Yang ada hanyalah kesepuluh-sepuluh jari adik-adik itu diseretkan sedikit demi sedikit.
Dengan alunan suara yang sedikit tidak dengar celanya, aku sedar, jari-jemari adik itu sedang me'rasa' ayat Quran. Ya, itulah al-Quran dengan tulisan Braille, untuk pembaca Quran yang buta! Adik itu buta!

Secara automatik aku terkenang saat aku melawat SKPK (Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas) Princess Elizabeth, JB tahun 2007. 3 tahun lepas dah. Beberapa lawatan yang dibuat untuk tujuan perbincangan dan pembelajaran bagi merealisasikan program Soul Fusion mengajar aku banyak perkara. Sedang adik-adik itu berlari-lari seperti kanak-kanak normal yang lain, aku duduk memerhati sambil mencari peluang berbual dengan adik-adik yang singgah di tempat aku melabuhkan punggug. Sehinggalah ada yang singgah, duduk dan meletakkan beberapa set kertas yang di'binding' di depan aku.

Aku ambil 'buku' itu, dan cuba berbual.
"Ini buku apa?"
"Ini Quran kak..."

Glup...

"Ini juz..."
Aku tak ingat juzuk berapa yang dibawa adik tu. Tapi aku ingat yang aku diterangkan bahawa 'buku' yang besar dan tebal itu adalah sebahagian al-Quran dalam tulisan Braille. Saiz yang besar itu tak menjadi alasan untuk adik itu membawanya ke hulur ke hilir.. membudayakan al-Quran.. walaupun tanpa nikmat penglihatan macam aku..

Kebanyakan manusia dah ada Quran besar penumbuk pun tak sentiasa bawa apatah lagi hari-hari baca. Tak orang, aku. Semoga Ramadhan kali ini hati lebih dekat dengan al-Quran.

Walaupun aku tak pernah berpeluang hadir semasa mana-mana program Soul Fusion, beberapa lawatan sebelum program itu pun dah cukup banyak menyedarkan aku tentang perkara yang selama ini aku tak ambil berat.

Lawatan pertama ; selesai solat berjemaah di surau pada siang hari (zuhur@asar) ;

Jemaah muslimah saling bersalaman termasuk aku. Adik-adik itu aku perhatikan meraba-raba mencari muka rakan mereka, sebelum yakin kedudukan tangan rakan untuk dicapai. Sah-sah lah muka aku berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada adik-adik tu kan. Maka yang pertama dicapai oleh seorang adik itu ialah kad matriks aku sebab aku dah selak kain telekong yang aku pakai.

"Eh ni. . . . . "
"Ni kak Ain "
Aku pun berteleku cuba menjadi sama tinggi.
Selepas bersalaman adik itu masih rasa ingin tahu tentang benda yang dipegang mula-mula tu.
"Kak Ain, apa ni"
"Ni kad matriks macam name tag. Kak Ain dapat daripada universiti Kak Ain. Bukti kak Ain student universiti tu. "
"Owh. . . . . Kak Ain mesti pandai kan"

Aku aminkan dalam hati.
"Biasa je"
"Saya pun nak jadi pandailah macam Kak Ain"
"Eh mestilah boleh jadi pandai"
Aku senyum dengan harapan nada suara aku memberi gambaran senyuman aku pada adik tu.
"Saya nak belajar pandai-pandai dan nak masuk universiti macam kak Ain"

Glup. . . .

Pada masa tu aku belum cukup pengetahuan tentang masa depan kanak-kanak yang buta. Aku tak tahu apa adik-adik di situ boleh jadi bila dah habis sekolah nanti. Aku tak tahu apa adik-adik tu nak buat habis SPM nanti. Aku tak tahu apa target adik-adik itu ke sekolah pada masa aku hanya membayangkan kertas keputusan peperiksaan SPM PMR dan UPSR. Malah aku tak tahu sama ada harapan adik tu boleh jadi kenyataan atau tak iaitu nak masuk universiti macam aku. Kalau boleh macam mana. Kalau tak boleh pilihan apa yang ada. Aku patut tahu masa tu!

Serius terkilan sebab aku rasa aku tak menjawab kata-kata adik tu.
Pelukan dan ciuman kasih sayang saja aku hadiahkan sambil tahan sebak.
Semoga adik itu sudah dan akan jumpa hala tuju kehidupannya. Mencapai bahagia dalam cita-cita yang ditakdirkan untuknya.

Sehingga sekarang aku sangat yakin bahawa program Soul Fusion bukan program calang-calang. Adik-adik itu mungkin menaruh harapan tinggi pada kakak abang yang datang. Bukan sekadar suka-suka. All the best kepada Majlis Tertinggi Program Soul Fusion 4 yang insyaAllah pada Aidilfitri ini. Semoga pengalaman yang ditimba dapat dibaca sebagai ayat-ayat Allah untuk pedoman dan bekalan.

=)

Rabu, Ogos 18, 2010

Iftar di JB + Simbiosis V + SBL di Batu Layar

Bismillahirrahmanirrahim;

Belum terlambat rasanya untuk jawatan kuasa Pertubuhan Alumni Lambaian Masyarakat mengucapkan kepada warga Lambaian semua; Selamat Menyambut Bulan Ramadhan; semoga Ramadhan dihiasi dengan pelbagai kemanisan dalam kehidupan =) Daripada manisnya kurma; kuih lopes; air tebu dan bubur jagung; kepada manisnya suasana berbuka bersama keluarga dan kawan-kawan; sehinggalah kepada manisnya perasaan tenang beribadah untuk Pencipta:

Rasa memang nak menulis macam-macam: Tapi nampaknya tulisan yang paling senang nak dibuat ialah tulisan berbentuk laporan: Terbaru; iftar bersama warga @Lambaian dan adik-adik Lambaian yang di UTM Sabtu lepas (14 Ogos); di Johor Bahru: Diuruskan oleh kak Syila hebat kita: Warga @Lambaian yang berkumpul di Dataran Kempas seawal 5:40 petang dalam keadaan hujan lebat: Sejooookkk::: Disebabkan hujan lebat tu; kereta-kereta yang ada berpecah ke blok adik-adik dalam KTC untuk menjemput mereka; ala-ala diva gitu korang ek: Kemudian sampailah di tempat yang dituju; pegang je pinggan; azan pun berkumandang: Berbuka lah aku dan adik-adik kereta aku dengan buah betik yang ternampak dek mata:

Ini satu-satunya gambar yang dirakam di D'Terrace; tetapi bukan Shafiq yang berada di belakang lensa sebab Shafiq ada dalam gambar: Alah; Shafiq jurukamera tetap Lambaian tu =D Shafiq ada juga letak dalam blog nya (boleh klik tengok); Aku rasa; kalau tak rugi pun; mungkin tuan punya kedai kurang untung dek kesungguhan manusia-manusia ini makan: Memang syok lah makan ramai-ramai =) Dah makan selepas separuh masa pertama pun; Ain Lee cakap "rasa macam belum makan apa-apa lah kak Ain": Apa lagi; makanlah lagi: Ada yang aiskrim potong sampai 5 pun tak da hal:

Semoga kemeriahan berbuka puasa dapat dirasa juga oleh warga KL yang dikelolakan oleh Ainun (KLM batch 2004; sama dengan aku) minggu ini; insyaAllah =)

Weekend sebelum tu pula; program Simbiosis V di Hutan Rekreasi UTM merangkap resort rasmi KLM (6-8 Ogos): Dengan penuh kegembiraan dan ketenangan; aku datang walaupun tak 100%: Paling aku suka untuk ingat ialah semasa wargame: (Macam biasa): Mood nak main masa tu memang kurang; maka aku jadi pemerhati tegar bersama kak Syila; Elya dan Fizah: Scene paling menarik ialah Ratu War Game beraksi iaitu Roza: Aiseh; sangatlah tak boleh nak tulis sebab scene itu sangat menarik =p Jangan marah:

Alamak; Lambaian kah ini? Lambaian gambar serius? Aku pulak bukan main bersimpuh: Aaarggh kecelaruan identiti agaknya sekejap: Apa pun Budin kat belakang tu tetap spastik; ada gang dengan Ijat: Haih; adik-adik: Comel pulak mengenangkan diorang ni panggil aku kak Ain; kak Ain: muda setahun dua je pun: hahaha:

Haaa: rekod yang dipegang oleh batch 2003 (batch aku) iaitu memiliki peserta untuk program pemantapan (masa tu dipanggil program Induct sempena dengan sekali gus induksi untuk satu program khidmat pendidikan) seramai 14 orang telah dipecahkan dalam Simbiosis V ini: Sebabnya; kali ini peserta seramai 12 orang! Waw! Rekod batch aku dah pecah! Peserta Simbiosis sikit ni; ada hitam; ada putihnya; pandai-pandailah campur-campurkan supaya jadi seindah warna pelangi: ye tak?
Apa-apa pun; all the best semua terutanya pengarah Nadia; ketua fasi Haziq dan kem kom Aizat: Thanks buat aku yang tak sedar diri nak menyemak kat program korang ni seronok=)

Okay; rewind lagi: 1 Ogos; Ahad; berlangsungnya program Mesra 9 yang pengurusannya diketuai oleh Abang: Tengok; senior pun panggil dia Abang tau: Kali ini Mesra 9 berlangsung di bawah masjid (MSI): Ye lah; tempat kita ambil exam dulu-dulu tu: Sebab? Hujan: Tapi memang sweet; bak kata abang Azwar; "kita kembali mengimarahkan masjid macam zaman Rasulullah": InsyaAllah =) Tapi tu lah ku tunggu-tunggu; tak nampak-nampak sebarang gambar semasa program Mesra 9 ni: Takpe lah lain kali ya: Haih; sebenarnya habis program Mesra tu aku teringin nak menulis dan kaitkan dengan Mesra 4 yang aku join dulu (eerrr yang ke-4 ke ek?) Tapi tu lah; tak sempat aje: Lain kali insyaAllah: Yang penting; makan-makan selesai program tetap sempat: Makan McD KTC (dan dan KTC ada McD kan) bersama adik-adik yang sudi selepas siap kemas-kemas barang program:

Haaa; sebenarnya aku pergi lambat program Mesra 9 (sebagai pemantau je pun) sebab bangun lambat: Sebab? Sungguh-sungguh mengerah tenaga untuk bersuka ria hari sebelumnya di Batu Layar: Wallaweh!

31 Julai 2010 menyaksikan manusia-manusia yang berendam lama dalam air laut yang cantik dan nyaman di Batu Layar; Johor: Kali ke-2 ke pantai Batu Layar tak menghampakan walaupun port kali ni agak berbatu: Dapatlah aku hadiah kat kaki kiri aku ni kan: Tak pe: Walaupun pedih ku tahan Jebat! Gambar di atas menunjukkan aktiviti permainan "if I go to the moon; I will bring...." Serius; inilah operasi berendam dalam air laut paling lama aku pernah buat:

Okay lah; kalau rajin; wujudlah laporan penuh: Kalau tak; tunggu cerita lain je la =P

Selamat berpuasa =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's