Rabu, September 15, 2010

Pengumpulan Sumbangan untuk Program Soul Fusion IV 25-26 Sept 2010

Salam semua yang membaca.

Untuk alumni @Lambaian yang sejahtera dan sering mengambil berat tentang hal ehwal yang berlaku dalam Kelab Lambaian Masyarakat kita di UTM sekarang. Di sini aku sebagai wakil dari @Lambaian ingin memperpanjangkan permohonan dari Jawatankuasa Soul Fusion IV yang memohon bantuan sumbangan dari @Lambaian untuk melancarkan program mereka dan juga memberi sumbangan kewangan kepada pelajar-pelajar SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru.

Seperti yang sedia maklum, program ini adalah satu khidmat kemasyarakatan yang berbentuk pendedahan dan pendekatan untuk kanak-kanak kurang upaya penglihatan berinteraksi dengan pelajar-pelajar universiti yang datangnya dari Kelab Lambaian Masyarakat.

Dengan itu, untuk segala sumbangan ikhlas yang kalian ingin salurkan, berikut adalah butir-butir yang boleh dihubungi untuk Jawatankuasa Penaja Soul Fusion IV, sila berhubung terus dengan mereka.



Di blog ini adala 5-6 kali juga cerita tentang program Soul Fusion yang lepas-lepas dan pengalaman yang dikongsi dari beberapa alumni lain yang pernah turut serta dalam program ini. Boleh ketip untuk mengimbas kembali kisah-kisah tersebut.

1. Berdua Lebih Baik
2. Awal Ramadhan - Soul Fusion
3. Bila besar nanti nak jadi apa?
4. Soul Fusion 3 - Masih Ada Yang Sayang
5. Soul Fusion - Penyatuan Jiwa? 1, 2, 3


Kini, kamu juga berpeluang untuk turut serta menyumbang di dalam program ini.

Program ini 25 & 26 September 2010. Yang ingin menyumbang dari jauh, boleh hubungi Saudari Penajaan yang disertakan di atas. Kalau boleh secepat mungkin untuk memudahkan urusan mereka.Yang ingin turut serta, boleh tinggalkan komen disini. Nanti ada la yang akan folo up.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekian.

3 ulasan:

ayen =D berkata...

timing sungguh bagus..
habis raya.. tapi sebelum gaji.. cantek... hahaha....

ayen =D berkata...

alumni dpt emel dari Syila tak...
dalam emel tu bgtau; sila transfer ke akaun sy utk diberi atas nama @Lambaian sehingga tghri esok ye...

please write here if you didn't receive the email

ayen =D berkata...

buat maklumat semua; @Lambaian telah berjaya mungumpul RM 350 daripada warga Alumni Lambaian dan disumbangkan terus kepada SKPK Princess Elizabeth melalui saudari pengarah program Soul Fusion 4 kita; Rozaleeza:

Roza bagi pihak sekolah dan MT program mengucapkan terima kasih kepada pemberi sumbangan--

Bak kata pengerusi Alumni Lambaian; Abang Adam;
"Semoga dapat dimanfaatkan"

Amin--

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's