Isnin, November 30, 2009

Jodoh Dah Sampai...

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Selamat hari isnin buat semua pembaca, terutama warga @Lambaian dan adik-adik Lambaian yang masih sakan bercuti mungkin. Mari meneruskan hari ini dengan penuh semangat..! Esok telah masuk bulan terakhir bagi tahun 2009. Selamat muhasabah diri bagi sepanjang tahun 2009 ini, dan tahun 1431 hijriah.

Apa yang pasti, perkara yang amat indah ada dalam kalendar kehidupan Zul hari ini (semalam nikah kot rasanya). Malangnya hari ini aku tak dapat sama-sama tengok Zul menyegakkan diri di samping 'kak ipar'. Takpe, aku pasti, majlis tetap berjalan tanpa aku. Cewah.. "Kau ingat kau diva??", kata abang Azwar.

Alhamdulillah, jodoh Zul dah sampai. Dalam masa terdekat nanti, ada dua pasangan juga insyaAllah akan diijabkabulkan, Atok-Eni dan Nabil-Ainul. Kedua-dua pasangan adalah warga Lambaian, yang tidak kurang hebat jasa mereka terhadap Lambaian. Atok dan Nabil, masing-masing pernah menjadi Pengarah Kelab Lambaian Masyarakat yang mesra rakyat. Eni dan Ainul pula, masing-masing adalah watak gadis sopan dan ayu yang amat menyenangkan, namun tegas dan yakin (aku serius!).

Teringat pada satu malam jamuan Kelab Lambaian Masyarakat, semasa semester pertama penglibatan aku dalam Lambaian. Tema malam itu, biru. Di luar dewan alumni, UTM. Abang Zairi pada masa itu baru ditabalkan menjadi pengarah Kelab Lambaian Masyarakat dan ada persembahan pantomin di mana watak utama lakonan ialah abang Din dan Asmida, manakala suara latar watak utama adalah abang Chuck dan kak Aina (mama Arissa). Okay, bukan tentang jamuan yang hendak aku imbaskan, cuma sebaris ucapan jenaka dari seorang abang senior (aku tak pasti siapa, masa tu tak kenal) iaitu, ".... kelab lambaian ni, kelab lambai-melambai..."

Amacam kak Eni, Ainul, abang Atok, dan Nabil. Terasa tak? hehehe... Just kidding.. jangan ambil hati no.. nanti tak awet muda hari majlis nanti ;)

Antara pasangan suami isteri sesama Lambaian yang lain, yang aku kenal ialah abang Adam-kak Ezi dan Sina-kak Aina. Dan aku rasa, macam ada lagi pasangan lain lah, tapi tak berapa nak pasti. Takut salah sebut pulak, kes naya..

Huh, aku takut nak cerita dan komen lebih tentang bertemu jodoh di kalangan keluarga Lambaian ini, sebab ada amaran berjaga-jaga dari seseorang satu ketika dulu. Maka cukuplah sampai di sini, aku membuat kesimpulan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang (tiba-tiba). Jodoh itu ketentuan Dia, namun usaha harus ada. Kalau dah jodoh, tak ke mana, kalau tak jodoh, nak buat macam mana. hohoho.. aku macam rindu kelas bahasa Melayu zaman sekolah lah aku rasa hari ini.

Mungkin faktor mengenali satu sama lain lebih dekat, mengagumi, memahami, dan selesa bersama (bak lagu Irwansyah, terbiasa bersama) semasa saling berusaha untuk aktiviti/program, mampu mengikat hati-hati itu. Cewah..

Aku pernah baca sesuatu, antara yang aku ingat,
Kegagahan lelaki terletak pada kemampuannya menahan marah
Kehebatan lelaki mampu dilihat ketika lelaki itu diberi tanggungjawab
Kecantikan wanita terletak pada kemampuannya menjaga malu .....

mungkin adalah antara petunjuk. Namun semua itu hanyalah penyebab. Allah lah yang mengatur segalanya, walaupun nasib sehelai daun yang gugur.

Mungkin 'lambai-melambai' itu luas maksudnya, bukan sekadar hayunan tangan-tangan. Teruskanlah usaha, doa dan tawakal, asalkan 'lambai-melambai' itu tidak membelakangkan Dia, malah mendekatkan diri dengan-Nya. Bahagia itu dari Dia.

p/s Aku tahu secara brief cerita 'lambai-melambai' kak Aina dan Sina je semasa majlis persandingan mereka kat Tapah dulu. Original dari mulut tuan-tuan punya badan. Cerita pasangan lain? Kita terjah!

Rabu, November 25, 2009

Salam Aidiladha buat warga Lambaian

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Semoga dengan segala apa yang kita ada, dulu, sekarang dan akan datang, kita syukuri, tanda cinta kepada Yang Maha Pemurah itu.

Salam Aidiladha, dari para penulis @Lambaian.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Isnin, November 23, 2009

Persediaan Program (sambungan)

Alhamdulillah, kita masih ada nikmat mata, untuk membaca. Kita masih ada nikmat mata untuk melihat muka kita pagi tadi di cermin. Kita masih ada mata untuk nampak jalan raya dan kereta-kereta semasa kita drive tadi. Kita masih ada mata untuk melihat ragam manusia. Semoga kita masih ada 'mata' untuk melihat keburukan dan kelemahan diri.

Berbalik kepada cerita tentang persediaan program, dan khususnya persiapan kad matriks program yang aku hampir-hampir cerita minggu lepas, sudi aku menyatakan bahawa kerja designing ni adalah kerja yang perlukan keyakinan yang amat tinggi. Kalau tak yakin, kita akan sentiasa ada penyakit was-was dengan hasil kerja kita. Huh. Aku sangat kagum dengan orang-orang yang boleh malah mahir siapkan kad matriks program. Seangkatan dengan kerja itu ialah membuat buku program atau sebarang bentuk design, termasuk banner dan cenderahati.

"Photoshop adalah benda ajaib di dunia yang ke-8", kata seorang kawan aku baru-baru ini. Jadi, orang yang mahir menggunakan software tersebut, atau sebarang software untuk designing, aku kagum.. Antara watak-watak Lambaian yang aku terbayang sekarang bila bercakap soal designing ini, abang Zairi, Amar dan Aufa. Ramai je lagi nama lain, tapi ni yang ada alkisah-alkisah lah. Seperti alkisah Amar membuat kad matriks program Soul Fusion yang pertama, tapi silap tahun daaa.... Ops.. terbocor cerita..

Pengalaman pertama sebenarnya aku baru-baru ni buat kad matriks program, brosur dan buku program. Sebab itu lah aku tiba-tiba sangat menjiwa bidang tugas itu, menghargai jerih payah dan memahami erti kepuasan berkarya di situ.. cewah.. Perasaannya bila orang masing-masing ambil kad matriks tersebut dan pakai. Hahaha..

Kan best kalau post kali ni ada gambar-gambar kad matriks program-program Lambaian kan? Hisy, ain ain.. cakap pun tak guna kalau tak upload gambarnya. InsyaAllah, operasi mengumpul dan menjadikannya salinan lembut (softcopy) masih diteruskan, demi nilai sentimental itu. Siapa-siapa nak tolong, masih dialu-alukan.

Pendapat peribadi aku, kad matriks paling unik ialah kad matriks program Alumni Lambaian di Desaru (Ada Apa de Desaru). Kad matriks transparent gitu. (gambar? later)

Pendapat peribadi aku lagi, banner program paling unik, ialah banner program Dekat Padamu 3. Errr.. yang ke 3 kot. Yang ada corak dam merah sebagai hiasan. Namun, Amin atau Apek beritahu, mereka dapat design tersebut selepas menyelongkar stor KLM dan menjumpai banner program dulu-dulu. Haaa.. program apa itu, dan siapakah orang disebalik tabir? (gambar? later)

Pendapat peribadi aku seterusnya, pertunjukan multimedia paling best, oleh Aufa. Program apa, aku tak berani sebut, sebab aku rasa semua best. hahaha..

Akhir kata, hargailah setiap saat yang kita atau sahabat kita luangkan untuk sebarang program atau kerja dalam kehidupan seharian juga. Tidak kira tugas belakang tabir atau tidak, mudah atau susah, cantik atau tidak. Kerana nilai sabar dan ikhlas itu tak dapat dilihat, tapi manisnya dapat dirasa selagi hati tidak sehitam arang.

Bersambung...

Selasa, November 17, 2009

Persediaan Program

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Keinginan untuk menulis yang tak tertunai-tunai, buat aku hangin dengan diri sendiri. huh.. Sekarang aku cuma ada beberapa minit sahaja untuk menulis.. Julung-julung kalinya, post di blog @Lambaian aku tulis seringkas ini. hehehe... (post yang bukan berbentuk pengumuman)

Aku cuma nak kongsi, sekarang masa rehat satu program yang kami anjurkan. Kami di sini ialah, Advanced Photonics Science Institute, Fakulti Sains, UTM. Eh, tiba-tiba baru aku teringat, kenapa lah aku tak war-warkan di blog ini untuk tujuan promosi kan? hahaha.. sabar je lah.. Program tersebut ialah, Laser Safety Course.

Apa yang aku nak kongsikan, tentang persiapan program. Memang berbeza persiapan program semasa bergelar pelajar dan setelah bergelar staf. Namun tak dapat aku elak untuk terbayang, terkenang malah mengambil pengajaran dari pengalaman semasa pengendalian program sebagai warga Lambaian satu masa dulu. Tak dapat elak. Malah cara kerja terikut-ikut pula dengan cara kerja amat efektif yang diamalkan dalam Lambaian, sehingga membuatkan beberapa orang tertentu terpancit-pancit mengejar. Ops.. Nak puji Lambaian, tapi macam hampir termengata orang lain pula. hehehe.. Okay, ringkaskan saja. Percayalah, Lambaian memang best! hehehe..

Niat di hati nak tulis point by point, sebagai perkongsian. Tapi disebabkan kengkangan masa, cukup aku tulis tentang satu hal sahaja. Tentang.. kad matriks program.

Alamak, nak tengok lab lah, kejap lagi ada hands-on training..

Bersambung...

Isnin, November 09, 2009

Undangan Majlis Perkahwinan Nabil + Ainul

Dengan rasa sukacita dan rendah diri. Telah diamanahkan kepada aku untuk menghebahkan undangan majlis Perkahwinan antara 2 warga @Lambaian, Nabil & Ainul. Mukadimahnya Afiq dah war-warkan sebelum ini.

Butir-butir penting:

Tarikh : 6 Disember 2009 (Ahad)
Masa : 11.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna DBKL
Alamat : Jalan 9/141, Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi, KL.

Nota lagi penting:

*Tiket menyaksikan konsert ini telah diturunkan dari RM220 kepada PERCUMA, ye PERCUMA dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan.

Erkk, in bukan konsert ye? Oh ok ok. Jemputan majlis kahwin ini adalah untuk semua yang mengenali mereka tanpa perlu sebarang syarat-syarat khas. Jadi, datanglah beramai-ramai.

Mukadimah

Isi penting.


Lampiran.

Agak-agak sapa-sapa nak kad jemputan sebenar buat rujukan di masa akan datang. Boleh hubungi Nabil sendiri atau tinggalkan komen di sini untuk Nabil folo-up. Sekian.

Nota sisi : Aku baru buat satu capaian pantas untuk ringkasan jemputan kahwin @Lambaian yang terdekat di blog ini supaya semua jemputan punyai tatapan sama adil. Macam berpakat pulak, semua majlis terdekat diadakan di 'Sungai-Sungai sekitar Malaysia".

Jejak @Lambaian's

Sejak lepas kenduri kahwin dia, tak pernah dah nampak rupa dan bayang brader ini. Ajakan gi Gathering di PD pon tak berbalas.

Tapi menjadi kebetulan pula, 2 kali aku terserempak dan berjumpa dengan brader ini ketika dalam urusan kerja. Sekali masa OGA 09 di KLCC Ogos yang lalu. Kali ini di IEW 09 di BCCK (Borneo Convention Centre Kuching).

Jadi aku tidak melepaskan peluang bersembang dan bergambar dengan brader ini supaya rakan-rakan tidak luput ingatan terhadap beliau dan semoga dapat berjumpa brader ini dalam platform @Lambaian pada ketika dan masa akan datang.

Pekerjaan beliau sekarang ini melibatkan urusan jual beli dan sokongan terhadap injap-injap, panel kawalan elektronik, DCS, motor dan pam, pemampat dan turbin dalam sektor Minyak dan Gas. Agak-agak tak paham apa ke mende alah ini, hafal sahaja ye.

Gosip mengatakan yang brader ini dalam 2-3 bulan dari sekarang akan menimang cahaya mata. Tahniah dan selamat menempuhi alam keibubapaan.

Sampai ke Kuching baru dapat jumpa brader ini.

Sabtu, November 07, 2009

Lambaian Ber'Refreshment'

oo epo etai etai eeaayaaah...
oo epo etai etai eeaayaaah..

oo epo etai etai..
epo itu kitu, epo itu kitu..
eeaayaaah..


Begitulah serangkap lirik yang dimelodikan semasa berkumpulnya warga Lambaian sesama sendiri atau semasa membuat khidmat pendidikan, satu masa dulu. Kombinasi lagu dan gaya itu dilabelkan sebagai, 'refreshment'. Lirik yang kadang-kadang tak terjangkau dek akal, maksud dan tujuan. Melodi yang tiada notasi muzik didokumenkan tapi mampu menenangkan dan menggembirakan. Dan gaya yang tiada nasihat pakar sukan dan rekreasi tapi mampu menyegarkan dan merapatkan 'gap-segan-silu'.

Seingat aku, refreshment epo etai itu yang juga pernal dilabelkan sebagai refreshment sembelih itik (sebab ada gaya nak sembelih itik) diajar oleh kak ikin tengku (ada kak ikin tengku sebab ada kak ikin aizad.. hehehe).

Sesi sesuatu 'refreshment' biasanya ditambah dengan kehebatan kakak/abang/adik yang mengajar dengan ayat 'gorengan' yang mantap, akan mampu menghiburkan, merapatkan ukhuwah dan mencatat satu memori indah. cewah..

Ada banyak lagi refreshment gaya lagu berulang yang diajar sedikit demi sedikit ini dengan tempo yang sederhana laju, lagi menenangkan. Contoh lain,

Dam dam da da,
di dam dam da da,
di dam dam da da,
di dam di dam dam dam..

haaa.. Serius, kalau taip, memang tiada yang spesial. Entah hape-hape.. tapi bila dimelodi dan digayakan, sangat best! Dam dam da da ni siap ada dua versi. Satu, abang Din ajar. Dua, Bad + abang Afiq, versi Borneo katanya, dekat-dekat gelanggang tenis KTC masa tu. Lebih kurang ala remix, but I like the traditional one more.. hehe.. Jangan kecil hati ye Bad dan abang Afiq ;)

air terjun tepi gunung
tempat orang bermain
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya mahani

Juga adalah serangkap dari 3 rangkap sejenis 'refreshment' yang dimainkan berkumpulan, duduk dalam bulatan. Sweet je rasanya 'refreshment' ni walaupun lirik ntah hape-hape. Boleh digam oleh pihak tertentu.

Tak kurang juga 'refreshment' moden, yang lebih kontemporari.

Ada nilai tersendiri untuk tiap satu 'refreshment'. Untuk sekadar hiburan, menyegarkan, menguji kepantasan dan kepekaan, dan tak kurang juga yang boleh bentang 'moral value of the refreshment'. Semuanya bergantung kepada cara persembahan dan pembawaan seseorang semasa mengajar/mengetuai sesi 'refreshment'. Ye tak? Hmm.. susah pulak aku nak terangkan perenggan ini dengan tulisan. Kalau tak paham, kita 'face to face' je lah. hehehe...

haaa.. semasa sesi 'refreshment'. Kadang-kadang yang dikatakan 'refreshment' ini bukan lah ada sesi tertentu. Tiba-tiba je nak main. Ye tak? Sambil berkumpul, mula-mula 5 orang, ale-ale 7, 10, 15.. semakin besar bulatan dalam satu pemainan tu. Contoh, game ,

Pindahkan tempat batu kecil itu
Pindahkan ia ke sana ke mari
Si betina bertelur telurnya tinggal satu
Telur, telur, telur, telur

Huh, tak larat pulak aku nak review satu persatu 'refreshment' atau game di sini. Nanti dah jadi ala dokumentasi 'refreshment' yang pernah satu ketika dulu nak diwujudkan sebagai aset Kelab Lambaian Masyarakat, tapi tak terbuat oleh generasi aku dan sebelumnya. Generasi selepas aku, atau generasi akan datang, wallahu'alam. Mungkin ada kelebihannya menjadikan aset Lambaian ini, iaitu kumpulan 'refreshment' atau game secara bertulis/video sebagai rujukan, tujuan persembahan atau kenangan. Tapi kalau tidak pun, turunkan 'refreshment' dan game ini secara tradisional, melalui lisan pun, tak kurang hebat nilainya.

Semoga dalam berhibur, dalam merapatkan ukhuwah, kita sentiasa ingat bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, yang lebih kurang maksudnya,
Baginda risau umat Baginda akan lupa Allah pada dua ketika. Iaitu, ketika dipuji dan ketika ketawa. Semoga dalam bersuka ria sehingga ketawa itu, kita cuba untuk tidak lupa Dia, sebab nafas dan detik jantung kita milik Dia.

Wallahu'alam...

Selamat Hari Sabtu ;)

Rabu, November 04, 2009

Barisan MT Baru KLM 2009/2010

Ketua SPR Dato Seri Mohd Hafiz Zakaria melalui perkenan Yang Dipertuan Penasihat Tuanku Muhamad Azwar Azhari dan Raja Permaisuri Aimi Ruzaini Ahmad telah mengumumkan barisan Kabinet baru bagi kerajaan KLM bagi penggal 2009/2010. Senarai penuhnya adalah seperti berikut

Menteri Pengarah: Izaat bin Roslan Lau
Menteri Timbalan Pengarah: Mohd Shafiq bin Shukor
Menteri Timbalan Pengarah II: Siti Nadia binti Ishak
Menteri Kewangan: Nadia Shahirah
Menteri Setiausaha: Amalina
Timbalan Menteri Setiausaha: Syaza binti Tasnimudin

Menteri Modul: Syed Mohd Naufal bin Sayed Mat Noor
Menteri Aktiviti: Amir Hasrul
Menteri Kerohanian: Mohd Fahim
Menteri Dokumentasi: SHahrul Haziq bin Rosman
Menteri Peralatan: Erizuwan bin Soib

Kepada yang tak letak bin atau binti saya minta maaf. Tak tau nama penuh.

Sekian yang adanya.

Majlis Perkahwinan Mohd Azhan dan Rozaini

Sukacita ingin saya maklumkan (terima kasih kepada anur for the notice) majlis perkahwinan antara saudara Mohd Azhan atau lebih dikenali dengan panggilan manja "Atuk" dan saudari Rozaini. Ahli @lambaian dijemput memeriahkan majlis tersebut pada 5 dan 12 Disember ini.

Pihak Alumni ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada mereka berdua dan mendoakan kebahagiaan bakal rumah tangga mereka.

Untuk details kedua2 majlis tersebut, sila click link di bawah:

Kad Kahwin (1)
Kad Kahwin (2)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's