Jumaat, Januari 30, 2009

Kenapa kami nak tubuhkan @Lambaian?

Salam, ini adalah maklumat yang pernah diletak di forum Frenster, kali ini diedit dan dimasukkan semula ke laman ini sebagai catatan kekal untuk kefahaman semua.
Matlamat untuk kami tubuhkan @Lambaian:

i. Platform untuk mengeratkan kembali ikatan perhubungan yg telah terbina semasa sama2 berada di UTM+KTC+KLM bagi semua ahli KLM yang telah pon keluar dari UTM. Rugi jika ikatan ini terlonggar hanya semata-mata kerana semua sibuk dengan hala tuju masing-masing dan tiada suatu jambatan/platform/media untuk sama2 bersama2 semula.

ii. @Lambaian adalah kesinambungan KLM. KLM hanya untuk para pelajar KTC, UTM. Tapi bila dah keluar secara rasmi tak lagi bergelar ahli KLM. Dengan adanya @Lambaian, semua yang telah grad ada suatu kesinambungan untuk meneruskan perhubungan sesama kita dalam suatu kumpulan yang kita suka & rela. Dengan menggunakan @Lambaian, kita boleh menyumbang kembali pada KLM yang kita suka apa jua yang boleh kita sumbangkan (pengalaman, kewangan, peluang pekerjaan, peluang perniagaan, dsb).

iii. @Lambaian juga untuk kita sama2 tolong kawan2 yang dulu sama2 dengan kita atau pernah berada dalam KLM yang sama. Juga kalau-kalau super duper senior ada peluang pekerjaan, antara mengambil orang yang tidak dikenali dengan mengambil bekas graduan UTM, KTC, KLM, jika kelulusannya sama, bekas KLM mungkin ada peluang yang lebih. Skarang mungkin kita tak nampak bahagian ini, tapi 5 tahun akan datang, kalangan kami (batch 96,97,98) mungkin sudah bergelar pengurus atau senior executive atau pensyarah atau senior engineer atau apa apa jua jenis propesenel bertaraf management level. Disini peluang cerah untuk adik2 dari KLM yang sama boleh beroleh manfaatnya dari segi menimba pengalaman, mendapat peluang praktikal (LI) & mendapat peluang pekerjaan.
Bagaimana akan ditubuhkan @Lambaian?

i. @Lambaian akan ditubuhkan secara rasmi sebagai SIG (Special Interest Group) Persatuan Alumni UTM. Dengan itu, perhubungan kita dengan UTM amnya dan KLM, KTC khususnya akan sentiasa berterusan.

ii. Tiap seorang bekas pelajar UTM dikehendaki membayar RM100 sebagai yuran keahlian kepada Persatuan Alumni UTM (PAUTM). RM30 akan disalurkan kembali kepada SIG @Lambaian dan selebihnya digunakan oleh PAUTM. Untuk menampung kegiatan SIG @Lambaian, buat masa ini yuran itu belum ditetapkan, bergantung kepada keputusan di dalam AGM nanti.

iii. Kami (Jawatankuasa PENAJA @Lambaian sekarang) akan mengadakan satu AGM khas untuk menubuhkan SIG @Lambaian ini. Ini tidak wajib untuk pihak PAUTM, tapi untuk kita menubuhkan sesuatu orgasnisasi yang rasmi, adalah lebih baik kalau kita buat secara formal dan semua berhak memilih peneraju @Lambaian ini. Kami juga telah membuat draf perlembagaan untuk pertubuhan @Lambaian ini.
Siapa Jawatankuasa PENAJA @Lambaian sekarang?

Pengerusi: Muhammad Adam
Timbalan Pengerusi: Nadzrul Mohd Nor
Setiausaha: Norsyilawati Syaaban
Timb Setiausaha: Ayu Jailani
Bendahari: Mohd Hifni
AJK 1: Azwar Azhari
AJK 2: Norashikin Aizad
AJK 3: Yusuf Kadikon
AJK 4: Ain Husein

Aku rasa cukup dah skarang alasan-alasan untuk kenapa kita kena ada @Lambaian. Even kalau tak ada alasan2 seperti di atas, kita semua actually boleh berkumpul, boleh bersama2 dengan hubung menghubungi. Hanya perlu seorang dua untuk menjadi pencetus dan perancang. Tapi dengan cara itu kita tiada organisasi, tidak terancang dan tidak teratur. Cuba kata orang yang paling kuat merancang itu ini sebelum ni untuk kita ni tiba-tiba tidak lagi berminat/kekangan kerja/berkahwin dan ikut pasangan pindah Borneo/apa2 juga sebab dan dia tidak lagi buat semua itu untuk kita. Hubungan itu akan renggang dengan sendiri dan hilang dengan hala tuju masing2.

3 ulasan:

ayen =D berkata...

td ada tinggal komen, tp tak tau nape problem.. dia kuar tulisan DUtch.. haha.. btw..
ain HUSEIN hehe..

haa.. lagi satu.. ain tercicir kereta api ke hape pasal kewujudan blog ni.. hehe.. hampun la yer..

thanks.. and all the best.. :D

usop berkata...

dh ad blog ni..lagi best..tak putus link..ad back up utk fs tu..

*~ eLiEnZ 87 ~* berkata...

yeyey! da de blog utk KLM neh.. keep it up!!
^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's