Sabtu, Disember 07, 2013

AGM KLM 2013 - 8 Disember, Ahad

Adik-adik Lambaian menjemput semua Alumni Lambaian ke Anual General Meeting KLM ;
Di S01, KTC, UTM
Ahad (8/12/13)
9mlm - 11.30pm
Siapa2 yang ada kelapangan dan akan pergi, boleh lah halo halo..

Selasa, Mac 26, 2013

Ledakan Jiwa; 6 - 7 April '13. Mari Menyumbang!!!

Assalammu'alaikum...!!!!

Program Kelab Lambaian Masyarakat (KLM) , kelab kesayangan kita, yang terdekat ialah ;

Nama Program : Ledakan Jiwa
Tarikh : 6 - 7 April 2013 
Masa : 1petang (Sabtu) - 1petang (Ahad)
Tempat : SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru

Latar Belakang Program : 

Dahulu dikenali sebagai program Soul Fusion. Dah ada 4 siri Soul Fusion, sejak yang pertama pada 2007. Kelas gitu... Program tradisi KLM ini memilih SKPK Princess Elizabeth, iaitu sebuah sekolah untuk adik-adik yang kurang upaya penglihatan. Program khidmat masyarakat ini pelbagai merangkumi pelbagai aktiviti sepanjang program.antara adik-adik sekolah tersebut dengan warga kerja dari KLM.

Permohonan Sumbangan :

Dengan ini saya menulis bagi memperpanjangkan permohonan sumbangan daripada Jawatankuasa Ledakan Jiwa untuk melancarkan program ini dan memberi sumbangan kewangan kepada pihak sekolah jika ada peruntukan lebih daripada perbelanjaan program.

Imbas Kembali :

Imbasan tulisan-tulisan berkaitan program-program Soul Fusion yang lepas, klik untuk baca ;

1. Awal Ramadhan - Soul Fusion (Permulaan Soul Fusion)
2. Berdua Lebih Baik
3. Bila besar nanti nak jadi apa? (English Version)
4. Soul Fusion 3 - Masih Ada Yang Sayang (English Version)
5. Soul Fusion - Penyatuan Jiwa? 1, 2, 3 (Series)


Sumbangan boleh disalurkan melalui Timbalan Pengarah Ledakan Jiwa,

MOHAMAD HAFFIS BIN MAHMOOD
Cimb: 0818 0020286 52 8
No.Telefon : 017 5727080

Diharapkan sumbangan dapat disusuli dengan SMS makluman ke nombor telefon Haffis bagi tujuan pengesahan.

Terima Kasih,
Ain Cantik
b/p Pengarah Ledakan Jiwa, HASYIM





Rabu, Januari 30, 2013

Sambungan Cerita Seram dan Password : Pentingkah Password?

Salam semua

Sekadar menggedix nak menambah perisa dan cerita hebat Ain Cantek (yeke?)~

Terpanggil untuk membuka cerita yang tak tahu lah best or seram tapi bagus jugak untuk buat orang berfikir kan?

Kisah 1: Di mana jalan ku?

Honestly, saya xpernah dapat join dan dengan jayanya melalui Night Walk session from mana2 program selama hidup more than 20 tahun ni~
pernah la ada satu masa tu, menggedix nak cuba juga go through this Night Walk Session
(sebab nak berlagak dengan orang lain yang konon nya diri ini berani lagi gagah perkasa la nak jalan2 tengah2 malam kaaann)

Fasilitator lepas kan satu per satu our team member, then sampai la giliran saya..
sebelum pergi, fasilitator ada pesan
adik jalan terus ja, jangan ke sana sini~
BAIK!! jawab saya ngan penuh excited
Bagai kanak-kanak riang yang penuh yakin dan saksama, saya mula berjalan~
sebab excited sangat.. perasaan takut tu kurang lah, tapi lebih banyak berfikir
'yes yes yes!! dapat gak join session ni!'
satu langkah.
dua langkah..
tiga langkah...
lepas tu terus berhenti dari terus melangkah ke hadapan


pandangan di lemparkan ke hadapan,
Ahhh.. sudaaahhhhh... ni yang malas niiii nak join session camni... adoi laa
alkisahnya di depan mata masa tu, tiba-tiba muncul baanyaakk sangat laluan ke checkpoint seterusnya..
and nak lagi best...
wah wah wah, seronok nya 'mereka' yang 'jaga' tiap laluan ke checkpoint tu memanggil2 ajak ke laluan2 tersebut..

confius dibuat nya, apsal la tiba-tiba jalan tu jadi banyak ni~
fasi tadi kata jalan terus ja, apsal la tiba2 muncul banyak jalan pulak ni.. fasi tipu!!

Dalam hati berbelah bahagi, nak ikut jalan mana, 'mereka' yang jaga tiap checkpoint masih xputus asa memanggil minta saya pilih jalan mana..

Hmm.. pilih je la satu jalan, yang 'jaga' tu nampak macam boleh percaya~
sambil bernyanyi lalalala, berjalan ke arah laluan tu,
belum sampai ke laluan tu, yang 'jaga' tu senyum2 pulaaakk..

okay, definitely not this one!
last2.. berdiri di situ ja, ushar2 'mereka2' itu sampai la next student datang..
student tu siap melompat terkejut sebab saya ada kat situ sorang2~
ikut ja la dia throughout the session~
bila pandang balik ke kawasan 'laluan2' tu, 'mereka' dan 'laluan' semua dah lesap~

siapa ek 'mereka' itu? 

Kisah 2: keluar la dari bulatan itu~

Ada satu session jugak, lagi sekali cuba sesi burung hantu, kat program kat Perak if xsilap la
student di letakkan kat checkpoint2 tertentu kat dalam hutan berbumbungkan langit berlantaikan tanah, 
tabur belerang sekeliling tempat student berdiri untuk elak binatang berbisa or apape la~

pesan fasilitator, apape jadi jangan sesekali keluar dari bulatan belerang yang dah dibuat~

sampai masa fasi letak kan saya kat 1 checkpoint, 
cecepat buat bulatan dari belerang and dok diam2, 
macam anak patung..
dalam hati punya la puuh kiri puuh kanan jangan ada pape~
ngah syok2 kira kambing biri2 sebab nak cepat kan masa.. 
tiba2 muncul bayang putih kat bahagian kanan saya..
ah.. sudah.. datang la pulak.. nak apa lagi ni?
pandang kanan, bayang putih muncul kat bahagian kiri pulak
aik? pindah tempat pulak?
bayang putih sambung muncul pulak kat bawah pokok terdekat, sambil memanggil2 keluar dari bulatan~
weekkk, xmau pergi situ~ kamoo buat kacau kan~
dalam hati dah berkira-kira cepat la wei masa berlalu, makin meriah ni wei, seronok lak 'mereka' ini mengacau~ dah la xde jam, xde handphone, kalau x, dah boley main angrybird dah ni~

Soalan nya:: siapa ek 'mereka' itu? jeng jeng jeng...

=)



******************************

Jom tengok collection gambar yang diambil masa 
Program From Zero to Hero (FZ2H) di Hutan Rekreasi (25-27 Januari)~

ENJOYS~



Briefing before Night Walk Session~

Pelakon sedang mencantekkan pakaian and wajah

pelakon yang menghayati watak dia.. sampai baring kat tengah jalan


Sesi menggoreng khas dari AJK dapur~
A.sport menampakkan kehebatan dia memasak sambil ber-texting dengan yang terchenta~

 aktiviti explorace yang da jadi 'basah'-race

 Our last lunch preparation for the program~
Nuqman bersama bawang nya~

Nota-tapak-kaki:
terima kasih Alumni & KLM sebab invite saya menyemak kat program2 ni
^__^

Selasa, Januari 29, 2013

Cerita Seram dan Password : Pentingkah Password?




Pada 2004, tahun pertama aku di UTM, sebagai junior comel, cantik, baik dan suci, aku dan kawan-kawan sekelab (Kelab Lambaian Masyarakat) yang lain di’sekolah’kan di ‘resort-Lambaian’ atau lebih dikenali sebagai Hutan Rekreasi UTM. Tak terkira berapa kali aku dah berkampung di hutan tu dari pertama kali tersebut sehinggalah baru-baru ni, 27hb lepas sempena program From Zero to Hero (FZ2H). Yang penting, banyak kenangan suka duka yang kalau nak bukukan, pasti mesin pencetak terus rosak.

Batch aku diorientasikan dengan program bernama ‘Induct’ (kot…) dan tak ramai peserta pun. 14 orang. Termasuk seorang sahaja lelaki, iaitu Bad. Bad nangis kot sebab duduk sorang-sorang tak ada kawan nak lepak masa program tu. Hahaha! (jangan marah Bad)

Bukan program Induct yang nak aku ceritakan, tapi aku terpanggil nak berkongsi beberapa kisah yang buat aku rasa password di malam hari amat penting selain doa dan zikir (cewah), memandangkan baru-baru ni, program From Zero to Hero (FZ2H) di Hutan Rekreasi (25-27 Januari) berserta induksinya (21-24 Januari) buat aku terimbau kenangan lepas, termasuk yang seram sejuk. Aku terasa bertambah-tambah penting untuk aku kongsi kisah-kisah ni bila ada orang cerita pada aku peristiwa terbaru, berlaku semasa FZ2H. Cantik, koleksi slot SERAMKUKAKIKU bertambah. Jadi ada empat kisah. Semua kisah tidak menggunakan nama sebenar. HARAP MAKLUM.

Kisah 1 : Program Induct dan Ketam Hanako

Satu malam, semasa Program Induct, hujan renyai-renyai. Semua orang dah rupa macam cendawan baru tumbuh lepas hujan sebab masing-masing balut kepala dengan beg plastik. Nak juga ada night walk kan. Tak kira lah aku dah jatuh tertiarap maka perut senak masa trekking dalam hutan, aku nak night walk gak. Apa ada hal, hutan rekreasi kata, bukan hutan belantara. Sebahagian daripada peserta masih berada di pintu gerbang Hutan Rekreasi UTM, tunggu giliran dilepaskan seorang demi seorang untuk berjalan ke tapak perkhemahan. (NOTA : Masa tu, jalan tar dari pintu gerbang ke tapak perkhemahan adalah tanah merah dan lebih semak)

Sedang Abang Zaki buat cerita lawak pasal kentut sambil goyang-goyang bon*** (aku sangat ingat sebab sangat bangang! Konon nak kurangkan rasa takut kami tapi aku tau dia pun sama takut!), tiba-tiba ada jeritan dari dalam hutan. “RAFIQ!!!!!”
Kuat betul, sampai semua orang terdiam, takut apa-apa yang jadi. Abang Rafiq berlari masuk dalam hutan, kami yang kat luar ni, tak cakap apa-apa. Dalam hati, “AKU TAK NAK MASUK!”

Abang Rafiq pun keluar semula, dan kata, boleh teruskan night walk. Kami tertanya-tanya. Tapi patuh tak banyak bunyi.

Sampai tapak khemah, aku pun dapat tahu, sebenarnya Abang Mark yang jerit nama Abang Rafiq semasa menjaga satu checkpoint. Di checkpoint Abang Mark, ada persimpangan. (Aku rasa, sekarang, ini adalah simpang yang kiri menuju ke tapak khemah, dan kanan adalah carpark bertar tu, dari pintu gerbang) Kena pilih kiri atau kanan. Jalan kanan kecil sedikit tapi entah macam mana, Azura, kawan aku, pergi pilih jalan kanan juga sebab ikut kata hati katanya. Dan, salah. Bila Azura dah salah jalan, Abang Mark pun panggil, “Ketam” sebab Ketam Hanako adalah password malam itu. Password digunakan untuk kita memastikan kita berkomunikasi dengan rakan sekumpulan kita, bukan orang luar atau makhluk lain. Jika Azura jawab “Hanako”, maka Abang Mark akan teruskan bercakap dengan Azura, membawa Azura ke jalan yang sepatutnya. Malangnya, Azura tak dengar “ketam” tapi dia dengar “Tam”. Maka Azura fikir, “Ini bukan abang fasi KLM, jangan layan, terus jalan…”

Bila Abang Mark tak dapat respon Azura, dia pun diam. Tapi dalam hati, dia yakin itu junior. Dia jalan mendekati As dan panggil lagi, “KETAM!” tapi Azura masih dengar “Tam”. Azura pun jalan lagi laju sebab Azura takut. “Apalah yang kejar aku ni” Abang Mark pulak dah seram, berhenti. Tapi dia betul-betul rasa junior, tapi dalam masa yang sama dia takut. Lepas tu dia terfikir, kalau dia biarkan lembaga itu masuk dalam hutan, kalau makhluk lain tak apa, tapi kalau junior, habislah, susah nak cari orang sesat dalam hutan gelap-gelap ni. Dia pun kejar, kuat semangat. Azura pun lari. Sambil kejar, Abang Mark pun jerit, “AFIQ!!!!” untuk elakkan peserta seterusnya dilepaskan. (Kalau tak silap aku, masa ni la dia jerit. Kalau salah, mungkin sebelum atau selepas. Hehe)

Dalam ketakutan, Azura berhenti, dan Abang Mark tanya lagi, “Ketam”. Kali ni Azura dengar, dan Azura jawab, “Hanako”.
“Dah, patah balik. Salah jalan ni.” Jawab Abang Mark tenang tapi mencungap-cungap.

Aku tak dapat bayangkan kalau Abang Mark tak kejar Azura =(

Kisah 2 : Shafiq Hilang Bendera (Shafiq nama sebenar, hahaha)

Ada satu program orientasi ahli KLM baru, aku sebagai fasilitator. Mungkin pada 2006 dan dipanggil Simbiosis, kot... Aku jaga satu checkpoint dan modal aku sangat senang. Tak perlu props, tak perlu menyorok sampai kene gigit nyamuk. Aku cuma berborak dengan adik-adik.
“Dik, siapa nama?”
“Nama Siti, kak…”
“Owh.. nak pergi mana?”
“Jalan sini lah kan, kak?”
“Eh, ye ke? Kenapa Siti lalu jalan ni?”
“Alamak, saya salah jalan ye kak?”
Aku diam kejap. Aku sambung,
“Sebab… Ini sebenarnya, tempat akak… nak main… akak nak main kat sini, Siti tak boleh lalu sini…” dengan nada yang kalau aku dengar, aku sendiri pun takut.
“Uwaaaa….!!!!” Haaa mencicit Siti lari tinggalkan aku. Haaa..

Tu lah, siapa suruh layan aku tanpa tanya password. Buatnya betul-betul aku ni ‘akak’ kat situ, buatnya ‘akak’ tu ajak pergi mana-mana, haaa, kahwin orang bunian lah kau lepas tu. Tu satu hal.

Dalam pada aku berseronok, ada yang aku dengki seorang junior bernama Shafiq. Dia ketua kumpulan maka dia pegang bendera kumpulan, selaku barang amanah mereka. Aku berjaya meminta bendera dia tanpa susah payah. “Haaaa.. aku ada point! Habislah, barang amanah kau kat aku!” dalam hati. Sampai kat tapak perkhemahan, semua peserta dikumpul dan dikira.

Aku sampai-sampai je, Nabil tanya aku, “Ain, mana kau dapat bendera ni?”
“Aku minta budak tu la. Boleh lah kita goreng diorang, hidup kena pegang amanah betul-betul..”
Belum sempat aku curah idea untuk goreng, Nabil kata,
“Yang pegang bendera ni nama dia Shafiq, dan Shafiq hilang!”
Glup. 

“Jadi kau lah orang terakhir yang nampak dia. Kau nampak tak dia pergi mana?”
“Aku nampak dia terus.”
“Betul kau tak sorok dia? Kau jangan main-main”
“Tak!”
Maka sebahagian fasilitator pun masuk semula trek night walk, nak cari Shafiq. Ada yang cuba minta bantuan kawan-kawan A-Team, selaku kelab yang lebih arif selok belok hutan. Aku risau. 

Lepas diselubungi persoalan, dan rasa cuak, tiba-tiba Shafiq dengan lenggang kangkong pulang ke tapak perkhemahan.
“Owh, saya salah jalan tadi bang, kak.. Saya jalan-jalan, saya pelik sebab saya dengar bunyi bising dan saya agak-agak tu bunyi korang kat sini. Tapi bila saya jalan, macam makin jauh bunyi tu. Tak sedap hati, saya pun patah balik dan nampak kat sini dah terang”

Rupa-rupanya ada simpang yang tak ada fasilitator jaga, dan dia terlepas simpang pulang. Nasib baik Shafiq patah balik, kalau tak? Maka aku pun nak panggil fasilitator lain yang pergi mencari Shafiq yang hilang. Ale-ale fasilitator tu pula hilang. Sudah! Aku dah nangis-nangis dah. Orang dah salahkan aku, lepas tu member aku hilang pulak. Cet!
Tiba-tiba yang hilang pun patah balik. Cet! Suka-suka hati je dia pergi cari Shafiq tanpa beritahu dia ke arah mana. Kalau dia hilang jugak!?? Haisy!

Kisah 3 : A-Team Naik Basikal

Sambungan Kisah Shafiq Hilang Bendera; Selesai kalut, Ina, seorang fasilitator lain tanya aku, 

“Ain, tadi abang Rafiq panggil budak-budak A-Team eh?”
“Ha ah.. tapi tak tau lah diorang kat mana, sebab Shafiq dah jumpa kan..”
“Owh.. betul lah yang aku nampak tadi diorang..”
“Owh, diorang dah sampai ek? Cepat betul…”
“Aku nampak tadi, diorang naik basikal”

Aku terus terdiam. Dalam hati aku, “Betul ke budak-budak A-Team dah sampai? Dan, diorang tak datang hutan naik basikal kot.. Siapa yang naik basikal tu??” Nasib baik Ina tak pergi ikut ‘budak-budak A-Team tu' kan!!!

Kisah 4 : Misteri Khemah FZ2H

Dua malam, semasa program FZ2H aku tidur Hutan Rekreasi UTM. Berbekalkan bantal dan selimut syok aku, memang gembira aku tidur dalam khemah sorang-sorang sebab fasilitator lain tidur di surau.
Malam kedua, aku nak check in khemah sama. Tapi, bantal dan selimut kesayangan aku ada di bawa kepala seseorang yang lena tidur. Ces! Terbantut usaha aku nak tidur. Maka aku pun sambung kacau orang dapur, dan seterusnya ke surau. Diana tak tidur lagi, cantik! Aku pun borak-borak dengan Diana, daripada pukul 4 pagi. Sedar-sedar, aku sakit tengkuk sebab tertidur atas lantai, (aku memang mengada-ngada). Diana dah syahid. Aku tengok jam, sudah pukul 5 pagi tapi aku tak larat nak tunggu Subuh, memandangkan tak nampak orang lain yang berjaga sebagai teman bual, maka aku nak sambung tidur.  Aku pun ke khemah, sambung tidur dengan berselimutkan kain batik sebab selimut vogue aku masih cantik terlipat bawah kepala orang lain. 

Keesokkan harinya, masa makan tengahari Hari Isnin, Roza tanya Diana depan aku,
“Kak Diana kenapa tak tidur betul-betul dalam khemah semalam?”
“Eh, mana ada akak ke khemah?” Diana jawab.
“Ha ah, kak Ain borak dengan kak Diana kat surau. Antara 4 hingga 5 pagi. Kak Ain je yang balik khemah”, aku menyokong.
“Jadi yang duduk berteleku tutup muka kat sudut dalam khemah tu siapa?”
“Kau tegur tak?”
“Saya panggil, Kak Diana…”
“Lepas tu?”
“Dia tak menyahut, dan tak gerak, tak nampak muka.”
Masak…
“Nasib baik dia tak respon or ajak Roza gi mana-mana… Lain kali tanya password. Tanya sekali, bila dia tak layan, abaikan!”
“Saya mana tau password, Kak Ain. Lagipun saya betul-betul ingatkan tu Kak Diana”
Jadi, siapa penjaga kami yang tidur di khemah malam tu? Hohoho..

Ada siapa-siapa nak pandang rendah dengan kepentingan penerangan penggunaan password?
Ada siapa-siapa lagi tak nak guna password bila nak tegur siapa-siapa pun?
Ada siapa-siapa yang sudi menghadapi  kisah-kisah di atas atau lebih malang daripada yang aku kongsi?
 
‘Mereka’ ada di mana-mana. ‘Mereka’ jaga kepentingan ‘mereka’, maka kita pun seharusnya sehabis baik jaga kepentingan kita. Semua di bawah kekuasaan-Nya, maka perlu kita mohon perlindungan daripada-Nya, Dia akan perkenankan. Namun doa tanpa usaha tanda hamba yang sambil lewa. Wallahu’alam.

** Kan best kalau ada kawan sentri buka kisah SERAMKUKUKAKIKU. Ini tidak, program FZ2H kali ni, sentri dok main poker. Lalala...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's