Selasa, Januari 29, 2013

Cerita Seram dan Password : Pentingkah Password?




Pada 2004, tahun pertama aku di UTM, sebagai junior comel, cantik, baik dan suci, aku dan kawan-kawan sekelab (Kelab Lambaian Masyarakat) yang lain di’sekolah’kan di ‘resort-Lambaian’ atau lebih dikenali sebagai Hutan Rekreasi UTM. Tak terkira berapa kali aku dah berkampung di hutan tu dari pertama kali tersebut sehinggalah baru-baru ni, 27hb lepas sempena program From Zero to Hero (FZ2H). Yang penting, banyak kenangan suka duka yang kalau nak bukukan, pasti mesin pencetak terus rosak.

Batch aku diorientasikan dengan program bernama ‘Induct’ (kot…) dan tak ramai peserta pun. 14 orang. Termasuk seorang sahaja lelaki, iaitu Bad. Bad nangis kot sebab duduk sorang-sorang tak ada kawan nak lepak masa program tu. Hahaha! (jangan marah Bad)

Bukan program Induct yang nak aku ceritakan, tapi aku terpanggil nak berkongsi beberapa kisah yang buat aku rasa password di malam hari amat penting selain doa dan zikir (cewah), memandangkan baru-baru ni, program From Zero to Hero (FZ2H) di Hutan Rekreasi (25-27 Januari) berserta induksinya (21-24 Januari) buat aku terimbau kenangan lepas, termasuk yang seram sejuk. Aku terasa bertambah-tambah penting untuk aku kongsi kisah-kisah ni bila ada orang cerita pada aku peristiwa terbaru, berlaku semasa FZ2H. Cantik, koleksi slot SERAMKUKAKIKU bertambah. Jadi ada empat kisah. Semua kisah tidak menggunakan nama sebenar. HARAP MAKLUM.

Kisah 1 : Program Induct dan Ketam Hanako

Satu malam, semasa Program Induct, hujan renyai-renyai. Semua orang dah rupa macam cendawan baru tumbuh lepas hujan sebab masing-masing balut kepala dengan beg plastik. Nak juga ada night walk kan. Tak kira lah aku dah jatuh tertiarap maka perut senak masa trekking dalam hutan, aku nak night walk gak. Apa ada hal, hutan rekreasi kata, bukan hutan belantara. Sebahagian daripada peserta masih berada di pintu gerbang Hutan Rekreasi UTM, tunggu giliran dilepaskan seorang demi seorang untuk berjalan ke tapak perkhemahan. (NOTA : Masa tu, jalan tar dari pintu gerbang ke tapak perkhemahan adalah tanah merah dan lebih semak)

Sedang Abang Zaki buat cerita lawak pasal kentut sambil goyang-goyang bon*** (aku sangat ingat sebab sangat bangang! Konon nak kurangkan rasa takut kami tapi aku tau dia pun sama takut!), tiba-tiba ada jeritan dari dalam hutan. “RAFIQ!!!!!”
Kuat betul, sampai semua orang terdiam, takut apa-apa yang jadi. Abang Rafiq berlari masuk dalam hutan, kami yang kat luar ni, tak cakap apa-apa. Dalam hati, “AKU TAK NAK MASUK!”

Abang Rafiq pun keluar semula, dan kata, boleh teruskan night walk. Kami tertanya-tanya. Tapi patuh tak banyak bunyi.

Sampai tapak khemah, aku pun dapat tahu, sebenarnya Abang Mark yang jerit nama Abang Rafiq semasa menjaga satu checkpoint. Di checkpoint Abang Mark, ada persimpangan. (Aku rasa, sekarang, ini adalah simpang yang kiri menuju ke tapak khemah, dan kanan adalah carpark bertar tu, dari pintu gerbang) Kena pilih kiri atau kanan. Jalan kanan kecil sedikit tapi entah macam mana, Azura, kawan aku, pergi pilih jalan kanan juga sebab ikut kata hati katanya. Dan, salah. Bila Azura dah salah jalan, Abang Mark pun panggil, “Ketam” sebab Ketam Hanako adalah password malam itu. Password digunakan untuk kita memastikan kita berkomunikasi dengan rakan sekumpulan kita, bukan orang luar atau makhluk lain. Jika Azura jawab “Hanako”, maka Abang Mark akan teruskan bercakap dengan Azura, membawa Azura ke jalan yang sepatutnya. Malangnya, Azura tak dengar “ketam” tapi dia dengar “Tam”. Maka Azura fikir, “Ini bukan abang fasi KLM, jangan layan, terus jalan…”

Bila Abang Mark tak dapat respon Azura, dia pun diam. Tapi dalam hati, dia yakin itu junior. Dia jalan mendekati As dan panggil lagi, “KETAM!” tapi Azura masih dengar “Tam”. Azura pun jalan lagi laju sebab Azura takut. “Apalah yang kejar aku ni” Abang Mark pulak dah seram, berhenti. Tapi dia betul-betul rasa junior, tapi dalam masa yang sama dia takut. Lepas tu dia terfikir, kalau dia biarkan lembaga itu masuk dalam hutan, kalau makhluk lain tak apa, tapi kalau junior, habislah, susah nak cari orang sesat dalam hutan gelap-gelap ni. Dia pun kejar, kuat semangat. Azura pun lari. Sambil kejar, Abang Mark pun jerit, “AFIQ!!!!” untuk elakkan peserta seterusnya dilepaskan. (Kalau tak silap aku, masa ni la dia jerit. Kalau salah, mungkin sebelum atau selepas. Hehe)

Dalam ketakutan, Azura berhenti, dan Abang Mark tanya lagi, “Ketam”. Kali ni Azura dengar, dan Azura jawab, “Hanako”.
“Dah, patah balik. Salah jalan ni.” Jawab Abang Mark tenang tapi mencungap-cungap.

Aku tak dapat bayangkan kalau Abang Mark tak kejar Azura =(

Kisah 2 : Shafiq Hilang Bendera (Shafiq nama sebenar, hahaha)

Ada satu program orientasi ahli KLM baru, aku sebagai fasilitator. Mungkin pada 2006 dan dipanggil Simbiosis, kot... Aku jaga satu checkpoint dan modal aku sangat senang. Tak perlu props, tak perlu menyorok sampai kene gigit nyamuk. Aku cuma berborak dengan adik-adik.
“Dik, siapa nama?”
“Nama Siti, kak…”
“Owh.. nak pergi mana?”
“Jalan sini lah kan, kak?”
“Eh, ye ke? Kenapa Siti lalu jalan ni?”
“Alamak, saya salah jalan ye kak?”
Aku diam kejap. Aku sambung,
“Sebab… Ini sebenarnya, tempat akak… nak main… akak nak main kat sini, Siti tak boleh lalu sini…” dengan nada yang kalau aku dengar, aku sendiri pun takut.
“Uwaaaa….!!!!” Haaa mencicit Siti lari tinggalkan aku. Haaa..

Tu lah, siapa suruh layan aku tanpa tanya password. Buatnya betul-betul aku ni ‘akak’ kat situ, buatnya ‘akak’ tu ajak pergi mana-mana, haaa, kahwin orang bunian lah kau lepas tu. Tu satu hal.

Dalam pada aku berseronok, ada yang aku dengki seorang junior bernama Shafiq. Dia ketua kumpulan maka dia pegang bendera kumpulan, selaku barang amanah mereka. Aku berjaya meminta bendera dia tanpa susah payah. “Haaaa.. aku ada point! Habislah, barang amanah kau kat aku!” dalam hati. Sampai kat tapak perkhemahan, semua peserta dikumpul dan dikira.

Aku sampai-sampai je, Nabil tanya aku, “Ain, mana kau dapat bendera ni?”
“Aku minta budak tu la. Boleh lah kita goreng diorang, hidup kena pegang amanah betul-betul..”
Belum sempat aku curah idea untuk goreng, Nabil kata,
“Yang pegang bendera ni nama dia Shafiq, dan Shafiq hilang!”
Glup. 

“Jadi kau lah orang terakhir yang nampak dia. Kau nampak tak dia pergi mana?”
“Aku nampak dia terus.”
“Betul kau tak sorok dia? Kau jangan main-main”
“Tak!”
Maka sebahagian fasilitator pun masuk semula trek night walk, nak cari Shafiq. Ada yang cuba minta bantuan kawan-kawan A-Team, selaku kelab yang lebih arif selok belok hutan. Aku risau. 

Lepas diselubungi persoalan, dan rasa cuak, tiba-tiba Shafiq dengan lenggang kangkong pulang ke tapak perkhemahan.
“Owh, saya salah jalan tadi bang, kak.. Saya jalan-jalan, saya pelik sebab saya dengar bunyi bising dan saya agak-agak tu bunyi korang kat sini. Tapi bila saya jalan, macam makin jauh bunyi tu. Tak sedap hati, saya pun patah balik dan nampak kat sini dah terang”

Rupa-rupanya ada simpang yang tak ada fasilitator jaga, dan dia terlepas simpang pulang. Nasib baik Shafiq patah balik, kalau tak? Maka aku pun nak panggil fasilitator lain yang pergi mencari Shafiq yang hilang. Ale-ale fasilitator tu pula hilang. Sudah! Aku dah nangis-nangis dah. Orang dah salahkan aku, lepas tu member aku hilang pulak. Cet!
Tiba-tiba yang hilang pun patah balik. Cet! Suka-suka hati je dia pergi cari Shafiq tanpa beritahu dia ke arah mana. Kalau dia hilang jugak!?? Haisy!

Kisah 3 : A-Team Naik Basikal

Sambungan Kisah Shafiq Hilang Bendera; Selesai kalut, Ina, seorang fasilitator lain tanya aku, 

“Ain, tadi abang Rafiq panggil budak-budak A-Team eh?”
“Ha ah.. tapi tak tau lah diorang kat mana, sebab Shafiq dah jumpa kan..”
“Owh.. betul lah yang aku nampak tadi diorang..”
“Owh, diorang dah sampai ek? Cepat betul…”
“Aku nampak tadi, diorang naik basikal”

Aku terus terdiam. Dalam hati aku, “Betul ke budak-budak A-Team dah sampai? Dan, diorang tak datang hutan naik basikal kot.. Siapa yang naik basikal tu??” Nasib baik Ina tak pergi ikut ‘budak-budak A-Team tu' kan!!!

Kisah 4 : Misteri Khemah FZ2H

Dua malam, semasa program FZ2H aku tidur Hutan Rekreasi UTM. Berbekalkan bantal dan selimut syok aku, memang gembira aku tidur dalam khemah sorang-sorang sebab fasilitator lain tidur di surau.
Malam kedua, aku nak check in khemah sama. Tapi, bantal dan selimut kesayangan aku ada di bawa kepala seseorang yang lena tidur. Ces! Terbantut usaha aku nak tidur. Maka aku pun sambung kacau orang dapur, dan seterusnya ke surau. Diana tak tidur lagi, cantik! Aku pun borak-borak dengan Diana, daripada pukul 4 pagi. Sedar-sedar, aku sakit tengkuk sebab tertidur atas lantai, (aku memang mengada-ngada). Diana dah syahid. Aku tengok jam, sudah pukul 5 pagi tapi aku tak larat nak tunggu Subuh, memandangkan tak nampak orang lain yang berjaga sebagai teman bual, maka aku nak sambung tidur.  Aku pun ke khemah, sambung tidur dengan berselimutkan kain batik sebab selimut vogue aku masih cantik terlipat bawah kepala orang lain. 

Keesokkan harinya, masa makan tengahari Hari Isnin, Roza tanya Diana depan aku,
“Kak Diana kenapa tak tidur betul-betul dalam khemah semalam?”
“Eh, mana ada akak ke khemah?” Diana jawab.
“Ha ah, kak Ain borak dengan kak Diana kat surau. Antara 4 hingga 5 pagi. Kak Ain je yang balik khemah”, aku menyokong.
“Jadi yang duduk berteleku tutup muka kat sudut dalam khemah tu siapa?”
“Kau tegur tak?”
“Saya panggil, Kak Diana…”
“Lepas tu?”
“Dia tak menyahut, dan tak gerak, tak nampak muka.”
Masak…
“Nasib baik dia tak respon or ajak Roza gi mana-mana… Lain kali tanya password. Tanya sekali, bila dia tak layan, abaikan!”
“Saya mana tau password, Kak Ain. Lagipun saya betul-betul ingatkan tu Kak Diana”
Jadi, siapa penjaga kami yang tidur di khemah malam tu? Hohoho..

Ada siapa-siapa nak pandang rendah dengan kepentingan penerangan penggunaan password?
Ada siapa-siapa lagi tak nak guna password bila nak tegur siapa-siapa pun?
Ada siapa-siapa yang sudi menghadapi  kisah-kisah di atas atau lebih malang daripada yang aku kongsi?
 
‘Mereka’ ada di mana-mana. ‘Mereka’ jaga kepentingan ‘mereka’, maka kita pun seharusnya sehabis baik jaga kepentingan kita. Semua di bawah kekuasaan-Nya, maka perlu kita mohon perlindungan daripada-Nya, Dia akan perkenankan. Namun doa tanpa usaha tanda hamba yang sambil lewa. Wallahu’alam.

** Kan best kalau ada kawan sentri buka kisah SERAMKUKUKAKIKU. Ini tidak, program FZ2H kali ni, sentri dok main poker. Lalala...

8 ulasan:

~ fiza berkata...

alamak dah terkantoi tuan empunya kisah 1 hehe

shafiqabdshukor berkata...

terkantoi gak kisah kedua tu...
huhuhu

Badri Ruslan berkata...

Kisah last je aku xde kt tmpt kejadian.. y lain mmg best:-) hahaha

Roza Yusoff berkata...

perghh seram gler haha... jp, agk2 kalo makhluk tu pn tau password cmne?

Linn berkata...

oh.. scary!! Kak Roza nmpk apa tu? mcm xpnh mengalami je.. err, TAK NAK!!

anur malati berkata...

erk.seb baik sepanjang 4,5thn join KLM belum terserempak dgn kes sebegini... ehehhee..pengalaman ingat sampai mati la sape yg melaluinya kan..

Hanisah (Echah) berkata...

Suka gile kisah 1 and 2 sebab aku ade di tempat kejadian.. Ain, kisah 1 tu name betul ngan name samaran bercampur2.. tapi kisah 2 mmg terbaik sebab boleh tgk ain nangis.. haha.. Miss KLM forever..

ayen =D berkata...

Ecah, Fizah, hahaha.. nampak sangat aku keriru semasa menulis nak guna nama tipu kan.. aaarrghh!!!! kang senang2 aku edit balik :P

eh, untuk kisah 2, Ecah, ko nampak ek aku nangis? hahahaha.. bongok!

rugi lah kak Anur.. :P

kak Rozza, sebab tu cara pass password tu kene bisik2.... dan ada tekniknya.. bukan main sebat je.. klu ain orang jahat nk culik pun bleh guna password tu.. haa tu kene dengar arahan kem kom betul2..

Lynn, klu tak dipilih, jangan lah gatal2 nak, kan.. berbahagialah :)

Bad, mmg best, nak2 aku yg cite :P

Shafiq, bukan kantoi, mmg dh diketahui umum sebelum ni lagi dah lalala..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's