@Lambaian's

News regarding the forums

For your information, the forum has been discontinued due to its redundancy to the recently created "Alumni Lambaian Masyarakat" Facebook group.

If you have an account, simple follow this link and join! Don't forget to say hi and introduce yourself. A lot of old friends are waiting there to welcome you. (^_^)
Click here -> @Lambaian FB group

Khamis, Januari 28, 2010

Induksi SBL Sabtu dan Ahad ini di KL dan Skudai

Kepada Fasilitator SBL,

Sebagai persediaan untuk program yang bakal berlangsung pada 6hb ini, satu Induksi akan diadakan di dua lokasi. Satu akan dibuat di KL dan satu lagi di Johor Baru. Maklumat berkaitan adalah seperti berikut :

Johor Baru:
Tarikh: 31 Jan 2010
Masa: 9:30pg - 4:30ptg
Tempat: Bilik Seminar, S01 Kolej Tuanku Canselor, UTM, Skudai

Kuala Lumpur:
Tarikh: 30 Jan 2010
Masa: 9:30pg - 2:30ptg
Tempat: Rumah PAUTM (gate 5 UTMKL), No. 30, Jalan Maktab off Jalan Semarak, KL

Sangat diharapkan agar anda dapat turut serta dalam induksi ini sebagai persediaan program. Kalau ada kawan yang dikenali yang ingin bersama menyertai program, sila jemput bersama semasa induksi. Jemputan juga termasuk untuk warga @Lambaian yang sudi meluangkan masa bersama untuk perkongsian idea.

Boleh tinggalkan komen untuk sebarang pertanyaan/cadangan atau hubungi mana-mana MT program (Sport, Syila, Azwar, Adam, Ayu, Din, Ain)

Terima Kasih,
- Sport -
Pengarah
Program Sehari Bersama @Lambaian (SBL)

Rabu, Januari 27, 2010

23-24 Januari beberapa @Lambaian

Disebabkan aku ada rasa nak menulis dan seperti ada 'kelapangan', aku mahu bercerita sedikit. Tadi aku adalah berbual dengan abang Mota melalui YM, yang kini berada di Indonesia, bekerja. Abang Mota ni, rasanya sama masukan KLM dengan Abang Yerk. Betul tak? Ke, senior lagi? Aku kenal dia sebelum aku graduated lah yang pastinya. Seorang yang sopan santun, penyayang lagi berkaliber. uhhuummmppp...

Dia sihat alhamdulillah. Dia beritahu, baru je weekend lepas dia balik Malaysia dan dia adalah orang Johor. Apa maksud dia balik johor tanpa aku tahu! (hahaha.. bajet diva)
Maka aku berceritalah dengan ringkas keseronokan melepak (termasuk meeting) bersama @Lambaian dan KLM di UTM pada sabtu dan ahad lepas, yang membuatkan aku rasa "kenapa abang Mota tak bagitahu abang Mota kat Johor!!! kan boleh join kalau tak...!!"


Program yang dimaksudkan dalam perbualan di atas ialah SBL : MSKK.
Okay, apa sebenarnya yang berlaku Sabtu Ahad lepas?

Sabtu (23 Januari) pukul 2 petang, ada perjumpaan MT program SBL di KTC untuk perbincangan dan pengumpulan material program. Semasa ini, aku sedang berada dalam satu talk percuma di P19, UTM, yang telah aku dengar sehari suntuk, untuk memahami dan sekarang aku setuju bahawa kaedah tersebut adalah SYIRIK (rujuk blog ustaz Zaharuddin tentang ramalan berdasarkan tarikh lahir).

Aku dapat join meeting SBL ini pada malamnya, di perkarangan S01, KTC, UTM. Itu adalah meeting kedua selepas minggu sebelumnya di rumah Abang Adam. Meeting pertama dengan abang Sport itu berlangsung dengan agak ganjil sebab aku tak berapa nak dengar banyak suara, terutama suara Spoon (Sport + Cipun). Sampailah 11.30 malam, kami ke Chaou Praya di Pulai, makan-makan. Sampai KTC, hantar dua adik-adik pulang bersama-sama abang Sport yang bercakap sumpah aku tak berapa nak dengar lagi sekali. hohoho..

Ahad (24 Januari) pagi-pagi, setiausaha-sampai-mati-@Lambaian SMS aku, ajak tengok wayang. Ayuh! Sampai je di U Mall Pulai Utama, beli tiket 4, nak tengok Tooth Fairy bersama kak Syila, abang Azwar dan abang Sport yang takut nak kejut abang Azwar bangun tidur. Makan nasi beriyani dulu di Beriyani Best belakang Giant. 12.15 pm, nak tengok wayang dah. Tapi MBO diarahkan tutup, arahan berkabung atas kemangkatan Sultan Johor jumaat lepas (masa beli tiket tu, kaunter MBO buka) .

Kami pun membawa diri ke gerai MBJBT di Taman U untuk cari ABC sedap.
Tapi tutup.
Kami ke UTM, ke K 11 demi mencari suatu penyegar tekak yang bernama jeli ais.
Tapi dah habis.
Di sana kami jumpa awek-awek K 10 (sila ambil perhatian, K 10 ialah kolej siswa sahaja).
Aku, kak Syila, abang Sport dan Azu (abang Azwar yang terkena virus awek K 10) membawa diri ke Mc D KTC (KTC ada Mc D, kelaasss gitu).
Makan.. minum... dan berbincang tentang teori kerelatifan (Fizik).

Plot hidup seterusnya, di Dewan Astana (Dewan Serbaguna KTC) jam 3 petang. Ada mesyuarat KLM. Wah.. aku jumpa adik-adik! Aku terasa amat muda sekali (walau hakikatnya memang muda pun) Bertuah kerana secara tak sengaja aku dapat jumpa adik-adik itu semua..! Aku kenal Izat Lau (pengarah KLM sekarang), Amir dan Fimi (MT KLM sekarang), kenal beberapa adik-adik yang juga adalah student aku yang termasuk Radhi, jumpa Q-gorila-perutnya-besar dan jumpa junior KLM yang sempat aku kenal sebelum aku graduated termasuklah Ayuzi, Nik, Bibik, Ainul, Nabil, Madi, Meon, Faiz.. eerrr... Dah lama seh tak menyewelkan diri buat refreshment.. Tepi tepi depan belakang.. dan ulat bulu...!!!

Dalam pukul 6 petang.. 4 manusia baik yang sama berada di Dataran JB makan steamboat. Macam-macam lah cerita keluar. Kisah survival atok abang Sport dari Indonesia, kisah.. eeerrr.. awat aku tak ingat apa yang dibualkan? Ok, sebab aku adalah sangat banyak ketawa.. sebab tu lupa.. Huh.. Seterusnya, dalam perjalanan pulang ke UTM-lah tercetusnya idea lagu program untuk SBL iaitu... jeng jeng jeng...

Karaoke dalam kereta...

Balik rumah, mandi dan bertukar rupa (baju, seluar dan sebagainya)...

Meeting @Lambaian di rumah abang Adam. Bersama kepok dan cekodok yang digoreng kak Ezi, dan durian yang dibelanja oleh kak Syila. Meeting tentang induksi SBL 30 Januari (di KL) dan 31 Januari (di UTM) nanti. Juga berbincang tentang @Lambaian... Hujung-hujung meeting aku dah nampak bantal dan tilam aku.

Amar (2 tahun) cakap kat aku, dengan tatapan mata yang tajam lagi ikhlas, "jom lah tengok badak air..." (Sejenis video yang ada kartun badak air) Tengah meeting tu, tapi aku tak tahu ayat terbaik untuk menolak. Aku tak tengok video, tapi diselubungi rasa bersalah yang amat sangat. Amar memang ayat power..
Pengalaman aku kelu lidah kerana ayat seorang lelaki! Amar juga berjaya meng-kuda-kan Cik Pok (pakcik Sport). Amar memang hero...!

Pulang ke rumah.

Penat.

Sambil senyum dalam hati (macam mana tu?), I love my weekend with Lambaian =)

Tidur.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

IKLAN LAGI : Jom join SBL...!!! Siapa yang berkelapangan, pi kenduri kawin Bosten Ahad ni.. atau jumpa @Lambaian di induksi SBL di KTC...

Dan.. Salam petang Rabu...

Selasa, Januari 26, 2010

Balik dari Tapah bersama @Lambaian

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Di kala kepala ini mengharapkan kelancaran program Sehari Bersama @Lambaian : Mai Sembang Kerjaya dengan Kami (SBL : MSKK) dan kemungkinan ke kenduri Bosten, sudi aku nak berkongsi sesuatu dengan warga Lambaian, saja-saja tak memasal...

Sementara aku sedang mencari momentum untuk menyemak laporan kerja amali makmal Termodinamik pelajar tahun 1 kursus Fizik di Fakulti Sains, aku telah TERbuka Facebook aku sendiri, dan jumpa beberapa gambar yang sweeeettt sanggaaaaaaattttt....!!!

Gambar-gambar kelompok Lambaian yang baru pulang dari kenduri kahwin mama Sina dan papa Aina.. (hahahaha) di Tapah. Berhenti di Cameron Highlands (1st time aku sampai situ.. kesian kan..) Masa ni, Zul dan Fizah masih belum kahwin dengan pasangan masing-masing. Long long time ago.. but aku nak cerita jugak.. saja-saja, macam aku kata tadi..

Lagi gambar trip tersebut. Makan bekalan dari kenduri kak aina dan sina di bawah lampu jalan kawasan letak kereta di Tanah Rata. Koboi itu adalah abang Pilo... Kali kedua aku ke Cameron ialah balik dari kenduri kahwin atok dan nenek (Atok dan Kak Eni) di Sungai Siput bersama Abang Azwar, Hanim, Kejan dan Kak Rozza, malangnya tiada sebarang gambar di Cameron. Yang ada cuma kaktus-kaktus, yang tidak semuanya masih hidup.

Semoga laporan-laporan (5 laporan X 3 minggu) atas meja aku ini berjaya disemak, sebelum lebih banyak ketidakfahaman adik-adik itu, yang juga ada di antara mereka adalah adik-adik Lambaian. Arrgghh..!!

IKLAN : Korang.. jom turun SBL : MSKK!!!!

Isnin, Januari 25, 2010

Jemputan walimatul urus Bosten di Perak

Assalammu'alakum warahmatullah...

Selepas beberapa pasangan selamat diijabkabulkan, sampai pula masa untuk abang kita seorang lagi ni, aku panggil dia, Bosten.

Bosten adalah warga Lambaian yang sama batch dengan Zairi, Usop, Black, Ikin dan Farariyanti (2002/03). Berperwatakan sederhana, juga pernah mendapat gelaran abang janggut. hehehe.. Selalunya didatangkan dengan pakej Robot, Zul dan Usop. Antara program yang disertai Bosten adalah program Khidmat Masyarakat di Mersing, Wawasan pada 2005, dan lain-lain program kecil (cewah.. Khidmat Pendidikan, lawatan-lawatan tu kecil je bagi kami.. ;))

Bosten telah mewakilkan Usop, untuk menjemput semua warga Lambaian untuk menghadiri majlis walitmatulurusnya :

Tarikh : 31 Januari 2010, Ahad
Tempat : Bota, Perak

Semoga kehadiran kepada yang berkelapangan dan berkemampuan dapat memeriahkan majlis.
Semoga Bosten dan bakal isteri dapat menempuh alam kehidupan berumah tangga dengan tenang, penuh tolak ansur, kebahagiaan dan kejayaan.. di dunia dan di akhirat..

amin ya rabbal'alamin..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kepada yang sudi meluangkan masa, wang (pengangkutan, penginapan dan makanan sendiri), tenaga dan idea bagi program pertama @Lambaian untuk Kelab Lambaian Masyarakat, Sehari Bersama @Lambaian, diingatkan untuk memastikan kehadiran anda. Rujuk post sebelum ini untuk lebih maklumat.

Semoga sumbangan masa, wang dan tenaga kita diniatkan ikhlas untuk mendapat rahmat dari-Nya, because He is our destiny..

Jumaat, Januari 15, 2010

Sehari Bersama @Lambaian - Kami perlukan Anda!!!!

Salam...

Apa khabar sume?

Lama tak ada update berkaitan @Lambaian kan...diam-diam ubi berisi...

Baru-baru ini satu perbincangan antara wakil @Lambaian dan KLM telah adakan dan hasilnya satu program telah dirancang seperti berikut:-

Nama Program: Sehari Bersama @Lambaian: Mai Sembang Kerjaya dengan Kami (SBL)
Tarikh: 06 Februari 2010 (Sabtu)
Tempat: Dewan Alumni, UTM Skudai
Pengesahan kehadiran: Selewat-lewatnya 01/02/2010 (Isnin)
Bayaran : RM 10 (untuk barbeque)

Objektif:
a. Memberikan pendedahan maklumat terutama kepada pelajar tahun akhir untuk memilih kerjaya dan hala tuju selepas menamatkan pengajian.
b. Mendedahkan kepada para pelajar tentang cara-cara mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk menempuhi alam pekerjaan.
c. Memberi peluang kepada ahli-ahli @Lambaian yang telah berjaya dalam bidang masing-masing untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan idea bagi membantu para pelajar ini membuat pilihan terbaik.
d. Mengeratkan perhubungan silaturrahim serta menggalakkan kerjasama dua hala antara ahli-ahli @Lambaian dan ahli-ahli KLM.

Tentatif Program

30/01/2010 (Sabtu)

Induksi Ringkas untuk SEMUA Alumni & MT Program (KL – waktu dan tempat akan dimaklumkan kemudian)

31/01/2010 (Ahad)
Induksi Ringkas untuk SEMUA Alumni & MT Program (JB – waktu dan tempat akan dimaklumkan kemudian)

06/02/2010 (Sabtu)

08.30 – 08.55 pagi Pendaftaran dan Sarapan
09.00 – 09.40 pagi Ceramah 1: Kerjaya berkaitan Industri
09.45 – 10.25 pagi Ceramah 2: Kerjaya dalam Bidang Akademik
10.30 – 11.20 pagi Forum: Melangkah ke Alam Pekerjaan
11.25 – 12.30 t/hari Diskusi: Berkongsi Pengalaman & Informasi Terkini
12.35 – 13.55 petang Makan Tengahari & Solat Zohor
14.00 – 14.25 petang ‘IndoorGames’
14.30 – 15.40 petang Ceramah 3: Resume & Interview
15.45 – 16.40 petang Klinik Resume
LDK 1: Sharing is Caring
16.45 – 17.25 petang Majlis Penutup
17.30 Jamuan petang
Bersurai
8.00 – 11.00 mlm BBQ Nite

Ini adalah kerjasama rasmi pertama antara @Lambaian dan KLM dan kami mengharapkan kehadiran dan sokongan dari semua bekas ahli Lambaian terutama kepada kawan-kawan yang teringin untuk berprogram bersama KLM seperti dulu-dulu.

SBL memerlukan barisan penceramah, panel forum dan fasilitator untuk menjayakan tujuan tersebut. Pasangan alumni juga dialu-alukan sekiranya berminat. Sila maklumkan kepada kami secepat yang boleh...
Sumbangan tenaga, idea dan jika berkemampuan dari segi kewangan dari semua Alumni adalah amat dihargai.

Penginapan tidak disediakan, tetapi jika diperlukan kami boleh membantu membuat tempahan (please ASAP) :
Option yang ada.....
1. Scholar Inn (Rumah Tamu dalam UTM) : 1 apartment 2 bilik – RM 100
2. Rose Cottage (di Taman U) : Family (Double) – RM 68

Sebarang maklumbalas dan pertanyaan (@Lambaian), sila hubungi :
Adam, Nadzrul (Sport), Azwar, Syila, Habsah (Ayu), Burhanuddin (Din), Rohaiza (Rozza), Afzan
atau respon di ruangan komen dibawah.

Wassalam

- Syila -

Isnin, Januari 11, 2010

Perkembangan terkini @Lambaian

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Disebalik kesibukan warga Lambaian semua dengan pelajaran, kerja dan segala bentuk perancangan di awal tahun ini, terpanggil aku untuk mengenengahkan satu persoalan.

Persoalan itu ialah,

"apakah perkembangan terkini @Lambaian?"

Pada pandangan peribadi aku, jawapannya ;

1. keep in touch sesama Lambaian boleh dikatakan mantop! sudah 100 members join group Alumni Lambaian Masyarakat di Facebook! Group KLM di Facebook pula 129 members, dan nampaknya ada juga merupakan member in Alumni Lambaian group. So sweet... Ini tutup kes group KLM di Friendster dan Yahoogroup kerana tiada perkembangan terkini. (kan?)

2. Pengetahuan aku tentang cerita zaman dulu-dulu dan terkini warga @Lambaian is continously improved bila outing bersama. Kalau gosip soksek soksek pun dapat juga.. I like...!

2. Hebahan tentang kewujudan blog @Lambaian dan group di Facebook mantap, tapi masih tidak menyeluruh. Diharap sesiapa yang jumpa kawan-kawan (terutama sebatch atau jumpa atau YM), stori the mori lah ya. kesian kat kawan-kawan yang tak tahu pasal aktiviti atau sebarang jemputan tu. missing in action.
Contoh "eh, tau tak *** dah kawin? kitorang pergi haritu.." "tak tahu pun, tak jemput pun.."

3. aktiviti @Lambaian yang terkini tiada, kecuali bersuka ria bersama. Anda silap! Manusia-manusia hebat dalam @Lambaian sedang berusaha. Mari ramaikan manusia-manusia hebat itu! hehehe.. Idea idea..!! Tenaga tenaga!! Masa masa!!

4. perkembangan rasmi @Lambaian (at least, status terkini selepas penubuhan Alumni Lambaian Masyarakat rasmi) kurang jelas. Ke aku sorang je tak jelas?

5. Is there any connectivity between @Lambaian dengan KLM di UTM? Kepastian? Keperluan? Kehendak? (personally, ada keperluan n kehendak, but i donno dah ada kepastian or not). I am talking about the organizations, not persons.. Because persons are always connected. Eeewww...

Suka aku letak persoalan ini di blog dengan harapan ianya lebih mudah di akses dan transparent. Hanya taip http://alumnilambaian.blogspot.com. Kalau tak suka, minggu depan aku delete ;) muahkahkah...

Renungan :
Dalam kita merancang perjalanan hidup 2010 kita, adakah setiap detik merancang itu, kita ingat Dia? Yang mana satu, yang kita rancang/buat itu adalah untuk agama Dia? Labah-labah dan merpati membantu Rasulullah saw dalam gua, ketika Baginda berjuang untuk agama Allah, dalam perisitiwa Hijrah. Adakah kita kejadian yang kurang mulia, kurang hebat, berbanding labah-labah dan merpati untuk do nothing for agama Dia?

Wassalam.

Rabu, Disember 23, 2009

Futsol Maniac

kelab lambaian masyarakat akan menganjurkan 1 pertandingan futsal. Penyertaan dibuka pada setiap ahli lelaki dan wanita serta alumni. peraturan untuk setiap pertandingan adalah seperti yang ditetapkan fifa. yuran sebanyak rm3 per individu.

Tarikh: 3 Januari 2010
Tempat: Court S19 Kolej Tuanku Canselor
Masa: Pagi

-hadiah disediakan untuk 8 pasukan teratas.
-sila sahkan kehadiran anda selewat-lewatnya sebelum 27hb disember.
-pembahagian kumpulan dilakukan oleh pihak penganjur.
-sebarang pertanyaan sila hubungi erizuwan soib - 019 7578361.
-sekian, terima kasih.

Super Bowl

satu pertandingan bowling akan dianjurkan oleh kelab lambaian masyrakat. penyertaan dibuka untuk semua ahli kelab dan juga alumni.bayaran untuk setiap peserta tidaklah sebanyak manapun hanya rm13.

Tarikh: 2 Januari 2010
Tempat: Danga City Mall, JB *tapi macam biasa kumpul dulu kat S01
Masa: 9.00 pagi

pertandingan diadakan sebanyak 2 round.hadiah-hadiah yang dipertandingkan adalah :

kumpulan :
1) tempat pertama
2)tempat kedua
3)tempat ketiga

individu lelaki & perempuan overall :
1)tempat pertama
2)tempat kedua
3)tempat ketiga

special prizas :
1)high game lelaki & perempuan
2)wooden spoon category lelaki & perempuan

-sebarang pertanyaan dan pengesahan kehadiran, sila hubungi saudara fahim razak - 013 4660329
-sekian, terima kasih.

Isnin, Disember 21, 2009

'wang perlindungan KLM'

Holla..!!

'wang perlindugan KLM' ialah sumbangan ikhlas individu/organisasi kepada Kelab Lambaian Masyarakat yang kita banggakan. KLM yang bertapak di KTC, UTM, tempat kita berjuang untuk segulung ijazah. Tidak ijazah yang dikenali umum pun, at least, ada 'ijazah kehidupan'.

Setahu aku, ada beberapa sumber (orang) yang memberi 'wang perlindungan KLM' ini. Bagus.. Memang bagus. Ya lah, kalau kita ada lebih, apa salahnya sedekah kan? Okay, bukan nak promosikan skim 'wang perlindungan KLM' ini. Tetapi aku nak ketengahkan satu isu berkaitan hal ini.

Sejauh mana KEPENTINGAN 'wang perlindungan KLM' ini, dan sejauh mana KETELUSAN pengendalian SUMBANGAN IKHLAS tersebut?

Bukan tidak percaya kepada mana-mana pihak. Tetapi bagi aku, hal ini patut TELUS!

Maka, suka aku menulis hal ini dengan harapan pembaca boleh memberi pendapat terhadap cadangan tidak rasmi yang berbunyi,

KLM turut mengedarkan laporan kewangan KLM di UTM yang kebiasaannya dibentang dalam Annual General Meeting of KLM kepada warga Alumni Lambaian Masyarakat dengan tujuan :

1. agar pemberi sumbangan ikhlas itu tahu ke mana sumbangan mereka pergi.
2. memberitahu pemberi sumbangan tentang adakah sumbangan mereka benar-benar perlu? Sebab kalau tak perlu sangat, baik beri kepada badan khidmat masyarakat lain kan?
3. Dan, jika status kewangan tidak menggembirakan pula, mungkin boleh 'memanggil' lebih ramai pemberi sumbangan.

Jika ramai setuju, kita boleh bincang dengan KLM di UTM terus.

I think this is a win-win situation and not too much work to do. And I believe, this suggestion is NOT NEW.

Sekian

Isnin, Disember 14, 2009

Erti keseronokan sebenar...

PERINGATAN :
Diharapkan semua warga Lambaian yang membaca dan mengetahui blog ini, boleh TOLONG MENYEBARKAN KEWUJUDAN BLOG INI kerana masih ada keluarga Lambaian kita yang tidak tahu. Maka ada yang tertinggal jemputan walimatul urus, yang tertinggal kemanisan hidup ber-keep-in-touch ini, malah ada yang tidak dapat membuat jejak kasihan untuk pelbagai tujuan. Sharing is caring, tak sharing is self-fish. hahaha.. THANKS!


Assalammu'alaikum warahmatullah....

Sebenarnya aku nak letak tajuk tu, erti kebahagian sebenar.. Tetapi rasa macam kurang jiwa pula, sebab macam jiwang hehehe..

Okay.. Dalam kepala ini sememangnya tentang perjuangan sebelum hendak ke kenduri kahwin Kak Eni dan abang Atok sabtu lepas di Sungai Siput, perjalanan pergi, sesampai di kenduri, dan perjalanan pulang.. Tetapi atas faktor kengkangan masa dan fokus, aku cuma sempat beritahu setakat ini...

ITULAH ERTI KESONOKAN YANG SEBENAR...

Sekadar sari berita penting; aku, abang Azwar, Hanim dan Kejan gerak dari Johor (5 pagi dari rumah aku) sebelum bergabung bersama sailormoon Rozza di Shah Alam. Kami tiba di rumah pengantin 3 petang dalam keadaan kebulur, selain berjumpa dengan pengantin dan keluarga, ada juga kak So dan abang Chuck. Lepas tu, sampai kami berlima di Cameron Highlands hampir-hampir nak maghrib. Dan aaaaaakkkkkhhhhiiiiiiirrrrnnnyaaaaa sampai di UTM subuh Ahad.

Giler bosan kan penceritaan macam tu.. Orang yang sukakan keringkasan, mungkin suka. Tapi aku sendiri bosan baca balik perenggan di atas.. hahaha..

Apa-apa perkara fizikal yang berkurang demi permusafiran tersebut, tetap tak sebanyak keseronokan dan hikmah yang aku dapat. Keseronokan yang sebenar adalah apabila kita mampu buat orang lain seronok. Kalau tak terlafaz dengan kata-kata mereka sekalipun, hati yang bersih akan tenang jika kita mampu percaya dalam diri, bahawa.. "aku seronok kerana orang lain seronok". Inilah kesimpulan ringkas daripada post-moterm trip Skudai-Shah Alam-Sg. Siput-Cameron-S.Alam-Skudai. Post-moterm dihadiri oleh aku dan hanim di S 25, KTC selama 2 jam 30 minit dalam keadaan lapar dan busuk tak mandi-mandi, tengah hari semalam. Maka sangatlah mustahil aku nak tulis ERTI KESERONOKAN SEBENAR dalam post ini, melainkan untuk membuat orang membaca muntah darah.

Dan, macam biasa.. aku tak de gambar.. hahaha.. Aku tunggu kamera Kejan, Hanim.. Dan liputan lanjut, selepas hari-hari genting aku hari ini sampai Rabu..

daaa..

p/s Abang Sport.. hope post kali ini tidak dianggap seperti post personal.. hahaha..

Khamis, Disember 10, 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Nabil & 'Ainul (6 Disember '09)

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Akhirnya, berkesempatan juga aku untuk bercerita tentang majlis perkahwinan Ahad lepas, di Sg Besi. Aku cakap kat nenek aku, "Ain nak pegi kolumpor ni, nek"

Selepas susah payah sms, call, dan YM rakan-rakan Lambaian sepanjang minggu untuk mencari teman seperjalanan ke majlis tersebut, akhirnya abang Pilo lah manusia pilihan Allah yang sudi menumpangkan aku dalam keretanya. Dia dan dua rakan serumah bertolak pagi itu dari Johor, dan sampai di tol Ayer Keroh untuk ambil aku yang dihantar oleh papa aku dengan kereta bernombor plat MBV **** Melaka Bandaraya Vouge (MBV).

Tanpa mampu menunggu Usop dan Kak Ikin di hentian Serdang, kami meneruskan perjalanan kerana abang Pilo mesti sampai pukul 12 tengahari. Aku berada dalam kereta orang penting rupanya, iaitu orang yang akan memulakan majlis dengan doa'. Nervous. Tambah nervous dan panik semasa mencari dewan. Fuh..

Akhirnya, sampai.. aku rasa on time yang cukup-cukup. Serentak dengan pasangan pengantin dan pasangan pengapit keluar dari kereta masing-masing. Timing baik punyeeeerr..

Lebih kurang 12.05 tengah hari, paluan kompang sudah berkumandang, dan pasangan pengantin, Nabil dan 'Ainul berarak memasuki dewan. Pergh.. segak dan comel. (aku puji sekali je cukup)

Ini sahajalah gambar yang paling elok aku mampu ambil dengan malasnya nak angkat bontot dari kerusi tempat aku nak makan masa tu. Mereka menuju ke pentas, juga gambar yang diambil oleh aku yang malas seperti di bawah,


Aku sangat suka majlis ini. Kenapa?

1. Sampai sahaja pengantin atas pelamin indah putih ungu itu, majlis dimulakan dengan doa, oleh abang Pilo. Rasa macam .. hmm.. tak tau apa perasaannya.. yang kahwin kawan-kawan aku, yang baca doa macam abang aku, yang amin-kan doa boleh tahan beberapa jugalah kawan-kawan aku, yang jadi DJ juga macam abang aku.. huh.. macam tu lah.. tak tau nak explain.. huhu.. bukan sekadar suka ni..

2. Lauk best. Nasi best. Acar buah dijamu dengan se-pemurah-pemurahnya.

3. Warna tema adalah sangat tema.. Ungu putih daripada kad jemputan, baju pengantin, pelamin, warna air (standard lah kot), sehinggalah kepada cenderahati dalam goodies bag iaitu senaskah buku yang mengandungi Juzuk 'Amma dan panduan Solat.

4. Majlis adalah sangat teratur dari segi perjalanan majlis dan pengurusan tetamu. Sesi bergambar tetamu sangat teratur. Kawan-kawan ada peluang bergambar dengan menunggu giliran di tangga pentas, dan seterusnya bersalaman dan beramah mesra. Terharu! Bukan semua majlis ada peluang macam ni.

5. Pengantin sempat beramah mesra dengan ramai orang. Terima kasih datang. Ucapan yang ringkas tapi boleh buat tetamu terharu. Walaupun aku dan kawan-kawan gurau kasar dengan Nabil.. "Wah, pandai ko cover... teeeettt..", Nabil masih control mood pengantin.. Dan 'Ainul sempat berkongsi pengalaman dengan contact lens dan bulu mata palsu.. hehehe..

6. Lebih mengharukan, pasangan pengantin hantar SMS mengucapkan terima kasih kerana memenuhi undangan walimatul urus mereka.

Bukan bermakna majlis perkahwinan lain tidak menggembirakan atau mengharukan. Masing-masing ada yang best nya, nak-nak, kawan-kawan yang kahwin kan. Cuma aku sudi menyenaraikan hal-hal ini, tanda penghargaan, penghormatan.. dan sekadar berkongsi pandangan.

Buat 'Ainul dan Nabil, semoga bahagia dan berkekalan melayari bahtera hidup dalam rumah tangga yang akan dikemudi dengan tolak ansur, ketenangan, taqwa dan iman.. Semoga bahagia dunia akhirat.. insyaAllah.. amin..

Aku yakin ada banyak lagi gambar-gambar lebih menarik oleh manusia-manusia yang rajin. InsyaAllah, jika aku dapat kumpulkan dari manusia-manusia yang sudi, aku akan kongsikan.
DAN, suka aku nak tulis di sini bahawa AKU SANGAT SERONOK JUGA sebab dapat jumpa dan berkepoh dengan banyak keluarga Lambaian hari itu dan kenal kawan-kawan baru!

abang Pilo & Mamat & Shidi (mereka serumah), abang Afiq (paparazi yang berjaya), kak Ikin (mangsa paparazi), Faiz , Yati (kira dah Lambaian kot hahaha), Rai & Azali (suka suka je aku letak & kan..), Nad & Izzah (adik Nad), Sai, Zizi, Nik (kawan Sai or Zizi hehehe), Amin, Aznan, Azri, Usop (yang lambat sebab tunggu Boston), Boston (yang dah nak kawin Januari ni), abang Black (yang ada projek besar malam sebelum majlis), abang Sport (dengan dslr canonnya), Kay & Silah (pengapit), eerr.. ada nama yang aku lupa tak? Tak ketinggalan juga rakan-rakan Smart Camp..

Owh.. kak Syila.. yang akhirnya tak dapat ain jumpa.. dan keluarga abang Adam mungkin?

Wah.. panjang aku menaip ek.. naik syok pulak..

ok..

daaa...

Khamis, Disember 03, 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Zul & Liza - 30 Nov 09


Majlis ini diadakan di Baling, Kedah. Cara mudah hendak sampai ke Baling adalah dengan berpandukan pengalaman serta papan tanda jalan. Jadi jangan siapa-siapa cuba sms aku tanya jalan mana nak pegi Baling, sebab ini aku rasa kali pertama aku memandu ke Baling.

Setelah sampai ke pekan Baling, dengan berpandukan kepada peta kad kahwin, kami berjaya sampai walau ragu-ragu pada mulanya.

Untuk tidak meragukan diri sendiri, kami terjah terus bilik pengantin, supaya benar-benar betul kenduri yang kami hadiri ini. Mujur betul.

Setelah menseperaiskan pengantin yang sedang memegang pisau untuk bergambar, kami keluar untuk makan. Melihat kepada sekitar rumah, kenduri ini banyak mengekalkan elemen-elemen tradisi lagi bersifat asli.

Menu makanannya yang berlainan dari kenduri luar Kedah adalah Gulai Daging Lembu dan Batang Pisang, Gulai Ikan Masin dan Kerabu Pucuk Paku Pakis dan Tauge. Memang orang sini je buat. Rasa? Sedap!

Setelah selesai makan, kami sekali lagi menerjah bilik pengantin untuk sesi dokumentasi tanda betul-betul sampai majlis ini dan memohon diri untuk pulang. Kurang-kurang ada wakil dari @Lambaian yang memeriahkan majlis mereka. Dengar dari Zul, Usop dan Black pon ada datang, tapi awal dari kami. Tidak berselisih la agaknya.

Sebelum berangkat, kami sempat melihat secara dekat, kumpulan gendang Silat Gayung Kg Batu membuat persembahan. Lengkap dengan gendang, serunai, harmonika dan kerincing (ye ke?) Ini juga jarang dijumpai untuk majlis kahwin kat dewan mana-mana.

Jumpa lagi nanti di majlis kenduri Nabil & Ainul.

Isnin, November 30, 2009

Jodoh Dah Sampai...

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Selamat hari isnin buat semua pembaca, terutama warga @Lambaian dan adik-adik Lambaian yang masih sakan bercuti mungkin. Mari meneruskan hari ini dengan penuh semangat..! Esok telah masuk bulan terakhir bagi tahun 2009. Selamat muhasabah diri bagi sepanjang tahun 2009 ini, dan tahun 1431 hijriah.

Apa yang pasti, perkara yang amat indah ada dalam kalendar kehidupan Zul hari ini (semalam nikah kot rasanya). Malangnya hari ini aku tak dapat sama-sama tengok Zul menyegakkan diri di samping 'kak ipar'. Takpe, aku pasti, majlis tetap berjalan tanpa aku. Cewah.. "Kau ingat kau diva??", kata abang Azwar.

Alhamdulillah, jodoh Zul dah sampai. Dalam masa terdekat nanti, ada dua pasangan juga insyaAllah akan diijabkabulkan, Atok-Eni dan Nabil-Ainul. Kedua-dua pasangan adalah warga Lambaian, yang tidak kurang hebat jasa mereka terhadap Lambaian. Atok dan Nabil, masing-masing pernah menjadi Pengarah Kelab Lambaian Masyarakat yang mesra rakyat. Eni dan Ainul pula, masing-masing adalah watak gadis sopan dan ayu yang amat menyenangkan, namun tegas dan yakin (aku serius!).

Teringat pada satu malam jamuan Kelab Lambaian Masyarakat, semasa semester pertama penglibatan aku dalam Lambaian. Tema malam itu, biru. Di luar dewan alumni, UTM. Abang Zairi pada masa itu baru ditabalkan menjadi pengarah Kelab Lambaian Masyarakat dan ada persembahan pantomin di mana watak utama lakonan ialah abang Din dan Asmida, manakala suara latar watak utama adalah abang Chuck dan kak Aina (mama Arissa). Okay, bukan tentang jamuan yang hendak aku imbaskan, cuma sebaris ucapan jenaka dari seorang abang senior (aku tak pasti siapa, masa tu tak kenal) iaitu, ".... kelab lambaian ni, kelab lambai-melambai..."

Amacam kak Eni, Ainul, abang Atok, dan Nabil. Terasa tak? hehehe... Just kidding.. jangan ambil hati no.. nanti tak awet muda hari majlis nanti ;)

Antara pasangan suami isteri sesama Lambaian yang lain, yang aku kenal ialah abang Adam-kak Ezi dan Sina-kak Aina. Dan aku rasa, macam ada lagi pasangan lain lah, tapi tak berapa nak pasti. Takut salah sebut pulak, kes naya..

Huh, aku takut nak cerita dan komen lebih tentang bertemu jodoh di kalangan keluarga Lambaian ini, sebab ada amaran berjaga-jaga dari seseorang satu ketika dulu. Maka cukuplah sampai di sini, aku membuat kesimpulan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang (tiba-tiba). Jodoh itu ketentuan Dia, namun usaha harus ada. Kalau dah jodoh, tak ke mana, kalau tak jodoh, nak buat macam mana. hohoho.. aku macam rindu kelas bahasa Melayu zaman sekolah lah aku rasa hari ini.

Mungkin faktor mengenali satu sama lain lebih dekat, mengagumi, memahami, dan selesa bersama (bak lagu Irwansyah, terbiasa bersama) semasa saling berusaha untuk aktiviti/program, mampu mengikat hati-hati itu. Cewah..

Aku pernah baca sesuatu, antara yang aku ingat,
Kegagahan lelaki terletak pada kemampuannya menahan marah
Kehebatan lelaki mampu dilihat ketika lelaki itu diberi tanggungjawab
Kecantikan wanita terletak pada kemampuannya menjaga malu .....

mungkin adalah antara petunjuk. Namun semua itu hanyalah penyebab. Allah lah yang mengatur segalanya, walaupun nasib sehelai daun yang gugur.

Mungkin 'lambai-melambai' itu luas maksudnya, bukan sekadar hayunan tangan-tangan. Teruskanlah usaha, doa dan tawakal, asalkan 'lambai-melambai' itu tidak membelakangkan Dia, malah mendekatkan diri dengan-Nya. Bahagia itu dari Dia.

p/s Aku tahu secara brief cerita 'lambai-melambai' kak Aina dan Sina je semasa majlis persandingan mereka kat Tapah dulu. Original dari mulut tuan-tuan punya badan. Cerita pasangan lain? Kita terjah!

Rabu, November 25, 2009

Salam Aidiladha buat warga Lambaian

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Semoga dengan segala apa yang kita ada, dulu, sekarang dan akan datang, kita syukuri, tanda cinta kepada Yang Maha Pemurah itu.

Salam Aidiladha, dari para penulis @Lambaian.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Isnin, November 23, 2009

Persediaan Program (sambungan)

Alhamdulillah, kita masih ada nikmat mata, untuk membaca. Kita masih ada nikmat mata untuk melihat muka kita pagi tadi di cermin. Kita masih ada mata untuk nampak jalan raya dan kereta-kereta semasa kita drive tadi. Kita masih ada mata untuk melihat ragam manusia. Semoga kita masih ada 'mata' untuk melihat keburukan dan kelemahan diri.

Berbalik kepada cerita tentang persediaan program, dan khususnya persiapan kad matriks program yang aku hampir-hampir cerita minggu lepas, sudi aku menyatakan bahawa kerja designing ni adalah kerja yang perlukan keyakinan yang amat tinggi. Kalau tak yakin, kita akan sentiasa ada penyakit was-was dengan hasil kerja kita. Huh. Aku sangat kagum dengan orang-orang yang boleh malah mahir siapkan kad matriks program. Seangkatan dengan kerja itu ialah membuat buku program atau sebarang bentuk design, termasuk banner dan cenderahati.

"Photoshop adalah benda ajaib di dunia yang ke-8", kata seorang kawan aku baru-baru ini. Jadi, orang yang mahir menggunakan software tersebut, atau sebarang software untuk designing, aku kagum.. Antara watak-watak Lambaian yang aku terbayang sekarang bila bercakap soal designing ini, abang Zairi, Amar dan Aufa. Ramai je lagi nama lain, tapi ni yang ada alkisah-alkisah lah. Seperti alkisah Amar membuat kad matriks program Soul Fusion yang pertama, tapi silap tahun daaa.... Ops.. terbocor cerita..

Pengalaman pertama sebenarnya aku baru-baru ni buat kad matriks program, brosur dan buku program. Sebab itu lah aku tiba-tiba sangat menjiwa bidang tugas itu, menghargai jerih payah dan memahami erti kepuasan berkarya di situ.. cewah.. Perasaannya bila orang masing-masing ambil kad matriks tersebut dan pakai. Hahaha..

Kan best kalau post kali ni ada gambar-gambar kad matriks program-program Lambaian kan? Hisy, ain ain.. cakap pun tak guna kalau tak upload gambarnya. InsyaAllah, operasi mengumpul dan menjadikannya salinan lembut (softcopy) masih diteruskan, demi nilai sentimental itu. Siapa-siapa nak tolong, masih dialu-alukan.

Pendapat peribadi aku, kad matriks paling unik ialah kad matriks program Alumni Lambaian di Desaru (Ada Apa de Desaru). Kad matriks transparent gitu. (gambar? later)

Pendapat peribadi aku lagi, banner program paling unik, ialah banner program Dekat Padamu 3. Errr.. yang ke 3 kot. Yang ada corak dam merah sebagai hiasan. Namun, Amin atau Apek beritahu, mereka dapat design tersebut selepas menyelongkar stor KLM dan menjumpai banner program dulu-dulu. Haaa.. program apa itu, dan siapakah orang disebalik tabir? (gambar? later)

Pendapat peribadi aku seterusnya, pertunjukan multimedia paling best, oleh Aufa. Program apa, aku tak berani sebut, sebab aku rasa semua best. hahaha..

Akhir kata, hargailah setiap saat yang kita atau sahabat kita luangkan untuk sebarang program atau kerja dalam kehidupan seharian juga. Tidak kira tugas belakang tabir atau tidak, mudah atau susah, cantik atau tidak. Kerana nilai sabar dan ikhlas itu tak dapat dilihat, tapi manisnya dapat dirasa selagi hati tidak sehitam arang.

Bersambung...