Jumaat, Februari 27, 2009

Soul Fusion, Penyatuan Jiwa? (Bahagian 1/3)

...I realized with a bad taste in mouth, that the world was far from being ideal. And I wasn't the only one. I could see a number of the facilitators break, their heads bowed slightly, hiding the tears filling up in their eyes....

...Call me weak, but I just didn't have the strength to ask them, " Bila besar nak jadi apa?"...

Apa yang buat ayat-ayat tersebut dizahirkan dalam bentuk tulisan? Apa yang dilalui, dialami, dan dihayati penulis? Bagaimana, mengapa, bersama siapa pengalaman itu ditimba? huhuhu..

Ya, bagaimana, mengapa dan bersama siapa.. Allah telah takdirkan dia, aku, dan ramai lagi insan bertuah belajar tentang kehidupan, dan mendekati Tuhan melalui salah satu kurniaan berupa persinggahan hidup, Kelab Lambaian Masyarakat.

Ayat-ayat tadi dipetik dari
coretan salah seorang dari kita (klik untuk baca coretan penuh), selepas bersama-sama melibatkan diri dalam program, Soul Fusion yang diadakan buat kali kedua, 2008 yang lepas.

Seterusnya, bukan laporan program, cuma perkongsian buat semua tentang apa yang mampu tertanam cantik dalam hati manusia-manusia yang diberi kesempatan menjadi keluarga Lambaian, baik junior, senior, mahupun supersenior. Walaupun Soul Fusion pertama dijayakan Mac 2007, supersenior tetap menyumbang atas terus wujudnya landasan bernama KLM ini..

hohoho.. terasa skema habis dah ayat aku ni.. hehe.. (alamak, hilang keskemaan..)
Tulisan seterusnya, oleh penulis jemputan. siapa? surprise!! .. hehehe.. dipersilakan.. layan...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebuah coretan, seorang insan, yang melalui saat-saat yg terlalu berharga, mensyukuri betapa indahnya nikmat mata hati, kurniaan Illahi..

03 Mac 2007, Satu Kejutan
Kira-kira jam 8 pagi, aku tiba di SKPK Princess Elizabeth, JB. Selangkah aku menjejakkan kaki ke bumi SKPK ini, aku bagaikan mati seketika. Mati melihat adik-adik yg buta & rabun berjalan dengan lajunya utk membuang sampah, tanpa melanggar apa-apa. Berjalan dengan gembiranya sambil ketawa tanpa menyedari ada orang memerhatikan mereka. Adik-adik ini tidak sedar kehadiran aku & kawan-kawan walaupun deruan bunyi enjin bas agak kuat ketika itu. Inilah permulaan sebuah keajaiban yang aku saksikan, keajaiban kuasa Illahi. Langkah terus disusun, aku & kawan-kawan melangkah ke istana adik-adik istimewa ini.


Berkenalan
Slot pertama, sudah mencabar. Tanggungjawab yang diberikan kepada Nabil untuk mengemudi adik-adik ini selaku ketua fasilitator, dilaksanakan dengan cemerlang sekali. Tahniah buat Nabil. Aku bersama dua orang lagi fasi, diberi 5 orang adik fasi. Kesemuanya buta & tidak dapat melihat. Ada 1 nama yg masih dlm ingatan aku iaitu adik Azril (berasal dari Kelantan & sangat cerdik) dan adik-adik lain. Hanya suara yang merapatkan hati-hati kami berlapan, duduk bersama & mengenali satu sama lain hanya dengan bual bicara. Selain itu, sentuhan mesra sesama muhrim jugalah menjadi perapat kasih antara kami ketika itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan baik.

~ salah seorang adik dengan mesin Braille ~

Indahnya suara melaungkan azan & Mengaji
Hampir tengahari, meraka bergegas secepat-cepatnya untuk mandi & solat zohor. Alangkah terharunya aku melihatkan adik-adik yang mengatur sejadah, memasangkan microphone & PA system, seolah-olah mereka melihat semua itu. Seorang adik yg dipanggil Mawi melaungkan azan. Alangkah merdunya suara adik Mawi melaungkan azan. Aku sebak tiba-tiba. Sebak & bangga melihatkan insan-insan istimewa ini terlalu istimewa, dan tanpa rasa kekurangan apa-apa, mereka tetap menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya. Aku mengimamkan solat zohor tersebut. Alhamdulillah, adik-adik ini cukup khusyu' & taat dalam solat mereka. Tatkala selesai berdoa, mereka meraba-raba mencari tanganku utk bersalaman. Tanpa disedari, air mataku mengalir sambil aku tersenyum melihatkan keindahan & ketinggian perilaku & perlakuan mereka. Mereka terlalu indah..

Aku dibutakan
Saat ini, aku dibutakan. Ditutupi mataku dengan kain, dan adik-adik ini membawaku & rakan-rakan berjalan sekeliling sekolah mereka. Mereka umpama pemandu pelancong. Aku tidak sesat sama sekali. Tidak juga aku terjatuh atau melanggar apa-apa tiang. Mereka sangat-sangat sempurna. Mereka melihat dengan mata hati. Sempat aku bertanya, bagaimana mereka mengingati semua jalan-jalan & tempat di sini. Jawab salah seorg daripada mereka, kami melihat dengan mata hati. Aku terharu. Mereka terlalu indah & istimewa.

~ Foto beberapa fasi dan adik-adik (Soul Fusion II) ~

Bersambung...

*** Terima kasih kepada penulis jemputan, Mr WATS, Abang Sport dan Iman (rakan penulis) untuk perkongsian di bahagian ini ***

3 ulasan:

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

tahniah ain..=) teruskan2. soul fusion, kenangan tanpa batasan. kenangan yg xkan dilupakan, sampai bila2..=) tahniah buat hazwan & MT2 soulfusion 1.juga fasi2...love all of u guys!!!=)

ayen =D berkata...

hisy.. apa la orang tua sorang ni hehe.. baru part 1 tau, malu la nak dapat tahniah2 ni.. hehe..

tahniah buat penggerak Soul Fusion II gak yang buat ramai lagi dapat peluang berharga ni :)

tahniah buat semua sebab..err.. hehe..

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

truskan soulfusion!!!teruskan sampai ratus2 edisi..hehe..=) cadangan, mslh rabun atau buta klm dh pernah terokai. mungkin boleh cuba yg kene autisme atau sindrom down. mesti mencabar punye..
kalo buat, nnt nk ikut ye..yeay!!!=)
gambatte klm..=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's