Jumaat, Februari 27, 2009

Cerita batch 1999 - Permulaan

Kawan-kawan batch 1999...jom kita imbas kembali

Cerita saya...

Bila diingat semula kenapa saya join KLM adalah semata-mata kerana nak dapatkan merit untuk terus stay kat KTC. Waktu tu saya sedang berlatih untuk perlawanan badminton antara kolej di DSG apabila kawan saya datang dan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai KLM. Bila diberitahu yang kami perlu melalui proses interview saya memang berat hati tapi saya hantarkan juga borang tersebut pada hari terakhir permohonan ditutup. Tak lama selepas itu saya mendapat memo memaklumkan hari untuk interview.

Pada hari interview pun saya masih teragak-agak sampailah saya nampak ada seseorang dari blok saya (S12) menuju ke arah DSG. Saya mengagak yang kakak tu nak pergi interview dari cara dia berpakaian, tambahan pula hari minggu takkan le nak pakai formalkan. Tak silap waktu tu dalam pukul 2 atau 3 petang sebab tak ramai orang. Berbekalkan sedikit semangat saya melangkah ke DSG tempat berlangsungnya temuduga. Ada 2 orang yang menemuduga saya, tapi saya tak ingat sangat siapa sebab waktu tu tengah cuak. Antara soalan yang ditanya ialah kenapa nak join KLM?, antara KP dan KM yang mana lebih minat? dan kenapa tak minat KP?. Waktu tu saya memang jawab ikut sesedap rasa tapi alhamdulillah tanpa diduga saya diterima sebagai ahli KLM. Paling seronok sebab kawan-kawan saya pun ada yang berjaya antaranya Dee dan Kiah. Masa meeting pertama KLM barulah saya tahu rupanya kakak yang saya agak nak pergi interview tu pun ada dan dia adalah Kak Easy.

Program pertama kitorang ialah Program Khidmat Pendidikan dan Khidmat Masyarakat di Kuala Balah, Dabong. Saya tak ingat apa nama program tersebut tapi yang paling saya ingat kami perlu naik sampan untuk ke sekolah rendah dan kemudian naik pula lori (macam yang angkut pendatang haram tu siap ada jaring-jaring macam tu) barulah sampai kat sekolah. Paling kesian bila dapat tahu ada adik-adik kat sekolah tu yang datang ke sekolah dengan menaiki keretapi pukul 5.30 pagi. Tapi mereka nampak bersemangat dan gembira bila menyertai aktiviti-aktiviti yang kami sediakan.

Itulah juga kali pertama saya tahu apa itu psiko-drama. Memang tercengang apabila saya melihat cara psikodrama itu dipersembahkan. Kali kedua saya tercengang bila sesi post-mortem, saya agak tidak faham apa yang diperkatakan dan apabila melihat abang-abang dan kakak-kakak senior menangis memang saya blur. Semasa program khidmat masyarakat pula saya ditempatkan di rumah Mak Shamsiah, agak seronok sebab mak angkat saya tu ada kedai runcit. Tapi tak banyak yang saya ingat waktu KM tu. Cuma dalam perjalanan balik kami dibawa melawat empangan (lupa nama). Sempat le kami mendengar taklimat dan bergambar buat kenangan.

Pendedahan yang amat baik untuk kenal KLM apabila saya menyertai program tersebut. Dari situ saya mendapat kawan-kawan baru antaranya Kak Easy, Kak Tie, Kak Umi, Kak Edd, Syidah, Zie, Ayen, Kak Yus, Kak Lida, Lina, Alan, Komeng, Wazir, Redzuan, Ina, Amy, Izan, Nani dan lain-lain. Senior-senior KLM pun dah boleh dicam antaranya Kak Yan, Kak Lin, Kak Herda, Kak Watie, Kak Aleen, Abg Arie, Abg Jijoe, Abg Padli, Abg Robin dan ramai lagi.

Bila balik dari program Dabong tu barulah saya tahu apa itu Kelab Lambaian Masyarakat. Dan saya bersyukur kerana dikuatkan semangat untuk menghadiri temuduga tersebut. Kalau tak saya tak akan berpeluang mengenali sahabat-sahabat yang saya ada sekarang dan berkongsi kenangan-kenangan menarik dengan mereka. Mungkin juga saya tak akan tahu apa itu psiko-drama dan post-mortem cara KLM.

6 ulasan:

ayen =D berkata...

mengemang rasanya baca part pengangkutan, sampan, lori, keretaapi jam 5.30 pagi.. huhu..

betapa semakin hari semakin bernasib baik kita huhu..

ada lagi rupanya orang yang masuk KLM sebab merit ni slain yang ain dengar live.. hehehe.. ada macam2 lagi punca masuk KLM kan.. :D

ayen =D berkata...

kak syila, maksud ain, punca masuk KLM tu, punca pada awal2nye.. huhu.. takut silap paham lak :D

Syila berkata...

Takdenye Ain...mmg nawaitu x brape ikhlas masa mula2 join KLM. Tapi betul le kata org, tak kenal maka tak chenta hehe...

ziraniza berkata...

btol tu kak syila hehe

teringat plak ms sesi interbiu...dhla kn interbiu sorang2, org lain interbiu berkumpulan...

8 org lak tu penginterbiu....cuak hehe

ayen =D berkata...

wah.. 8 interbiu sorang ke fizah? ops, zirazani..? apsal aku tak igt? hahaha.. time aku, kak anur dan kak noji.. kak anur giler garang, siap perli2 aku lagi.. buat ketar2 lutut aku je.. haha..

wah, ni kang ada jd forum saat intibiu lak..

ha, knp saya masuk KLM? ngeh3.. pjg cite nyer..

anur malati berkata...

muakakaka.. ni salah seoarng mangsa interview i upenye. best kan ayen kene interview dgn kami. i garang giler (gelaran junior yg x kenal lg) dan kak nogi kelakor giler... ok le tuuu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's