Jumaat, Februari 20, 2009

Langkah Pertama Untuk Menyertai @Lambaian Secara Rasmi

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, @Lambaian akan ditubuhkan dibawah ‘Special Interest Group (SIG)’ Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUTM). Oleh itu langkah pertama yang perlu kita ambil untuk menjadi ahli @Lambaian secara rasmi adalah dengan menjadi ahli PAUTM dahulu.

Dibawah Perlembagaan PAUTM, pihak ‘SIG’ tidak dibenarkan mengutip Yuran Keahlian daripada ahli-ahli mereka tetapi mereka boleh mengutip yuran tahunan/bulanan/aktiviti dan sebagainya mengikut keperluan dan persetujuan ramai. Berdasarkan perbincangan dengan En. Lilansah, Setiausaha Agung PAUTM, beliau menjelaskan apabila anda membayar yuran keahlian PAUTM sebanyak RM100.00 (SEUMUR HIDUP), pihak PAUTM biasanya akan mengembalikan RM30.00 dari yuran keahlian tersebut kepada SIG terbabit (disini merujuk kepada @Lambaian) melainkan pihak SIG terbabit bersetuju menyerahkan semua jumlah tersebut untuk kegunaan PAUTM.

Oleh kerana Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pertama @Lambaian telah ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, pihak AJK Penaja telah bersetuju pada mesyuaratnya bertarikh 03/01/2009 untuk alumni-alumni Kelab Lambaian Masyarakat (KLM) yang berminat untuk menyertai @Lambaian mendaftar sebagai ahli PAUTM dahulu.

Kami akan membantu untuk memudahkan anda mendaftar sebagai ahli PAUTM, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah:-

1. Download dan lengkapkan borang keahlian PAUTM (disediakan di sebelah kanan anda). Tampal atau sertakan bersama gambar anda (digalakkan) apabila menghantar borang tersebut kepada
syilahaizal@yahoo.com

2. Bayaran RM100.00 perlu dimasukkan ke akaun Bank Islam Nik Norsyilawati Shaban (wakil AJK Penaja) No. Akaun 14032020216913 dan selepas itu sila smskan nama penuh, jumlah bayaran dan waktu transaksi dilakukan (jika masa sms dihantar agak lama selepas transaksi) ke 017-3819789. Anda akan menerima pengesahan penerimaan dari wakil AJK Penaja dalam tempoh 24 jam selepas sms anda diterima. Pastikan anda menyimpan resit transaksi sebagai rujukan dan pengesahan.

3. Pada setiap hujung bulan (buat masa sekarang dari Februari hingga April), wakil AJK Penaja akan menghantar borang-borang beserta bayaran penuh untuk bulan tersebut kepada PAUTM untuk diproses. Setiap borang yang telah dihantar kepada PAUTM akan dimaklumkan di blog ini untuk makluman anda.

Nota: Jika anda ingin membuat bayaran secara ansuran bulanan (dalam tempoh Februari hingga April) sila maklumkan kepada wakil AJK Penaja dahulu. Borang anda hanya akan dihantar kepada PAUTM untuk diproses setelah pembayaran penuh dilakukan.

4. Kad keahlian yang telah siap beserta resit akan diserahkan kepada anda pada AGM akan datang (sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa).

5. Jika ada pertanyaan atau kesulitan berhubung dengan perkara ini sila rujuk kepada wakil/mana-mana AJK Penaja @Lambaian untuk keterangan lanjut dan bantuan.


BERITA BAIK….

Kepada ahli-ahli KLM yang telah menamatkan pengajian dan sedang menunggu majlis konvokesyen, anda berpeluang menjadi ahli PAUTM dengan hanya membayar yuran keahlian sebanyak RM10.00 SAHAJA untuk SEUMUR HIDUP. Kami akan memaklumkan butiran lanjut berkaitan perkara ini sebaik sahaja kami mendapat maklumat dan pengesahan dari pihak PAUTM.

Anda juga digalakkan untuk mengajak kawan-kawan anda (termasuk yang bukan alumni KLM) untuk menyertai PAUTM.

3 ulasan:

ziraniza berkata...

kak syila...klu y grad bln 8 ni, bayar rm10 je ke? *nk cnfirmkn hehe*

Syila berkata...

ziraniza...setahu akak camtu le tapi akak tak confirm prosedur dia camne. Tak silap akak dia ckp kena daftar kat kaunter PAUTM masa konvo tu. Takpe dekat2 konvo nanti akak follow up ngan diorang. Ajak le kawan2 lain join sekali yup. Baik utk masa depan hehe

ziraniza berkata...

kak syila... sy fizah hehehe kelaka plak rs kn panggil ngan nama laen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's