Rabu, Februari 18, 2009

Hasil Survey Menetapkan AGM @Lambaian

Berikut merupakan hasil survey yang telah dijalankan sepanjang Januari 2009 mengenai penetapan tarikh dan lokasi untuk kita sama-sama menubuhkan @Lambaian secara rasmi. Seramai 16 responden telah mengemukakan pendapat daripada lebih kurang 70 ahli @Lambaian yang mempunyai rekod dengan kami, dihantar terus ke inbox emel responden dan melalui forum KLM di frenster.

1. Pilihan antara AGM sahaja ataupun AGM+Mini Gath

AGM+Mini Gath (
93.75%)
AGM (6.25%)

2. Tarikh pilihan

Mini Gath+AGM: 6-7 Jun 09 (56.25%)
Mini Gath+AGM: 7-8 Mac atau 2-3
Mei (18.75)
Mini Gath+AGM: 22-23 Ogos (12.50%)
Mini Gath+AGM: Weekend (6.25%)
AGM: 8 Mac (6.25%)

3. Venue / Lokasi

Mini Gath+AGM: Sekitar Lembah Klang (Selangor/KL) (
47.83%)
Mini Gath+AGM: Johor (13.04%)
Mini Gat+AGM: NS (13.04%)
Mini Gath+AGM: Pulau (Langkawi/Tioman/Cherating) (13.04%)
AGM: KL (4.35%)

4. Harga siling per pax dewasa

Mini Gath+AGM: RM >80 untuk program (6.67%)
Mini Gath+AGM: RM 80 untuk program (
60%)
Mini Gath+AGM: RM 100 untuk program (20%)
Mini Gath+AGM: RM >150 untuk program (6.67%)

Berdasarkan pendapat seperti di atas, kami akan menggerakkan tenaga untuk mendapatkan satu lokasi bagi menjayakan Mini Gath+AGM di sekitar Lembah Klang pada 6-7 Jun 2009.

Harga penyertaan RM80 seorang dewasa akan menjadi panduan memilih lokasi, tetapi ini juga atas budi bicara pihak penganjur berdasarkan kepada kemudahan fasiliti yang disediakan dilokasi terbabit.

Kami ingin rakan-rakan terus menghubungi dan menggalakan bekas-bekas Lambaian yang lain agar turut mengisi borang keahlian supaya kami dapat menghubungi mereka untuk memberi surat/emel jemputan menghadiri program ini. Borang boleh dimuat turun dari capaian di sebelah kanan blog ini.

Pada sesiapa yang berminat menjadi AJK Mini Gath, sila offer diri sendiri. Pada yang mempunyai kenalan, pautan, rangkaian lokasi program di Sekitar Lembah Klang yang berpatutan, boleh bagi pendapat untuk kami selidik.

10 ulasan:

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

gambatte ney!!=)

ayen =D berkata...

hek eleh.. gambatte gambatte.. aku ghambat nnti.. hahaha.. :P

tak de gambatte2 nye.. ayuh, jd pelaksana mini gath.. hehehe.. buat game membenamkan abg zairi dalam pasir haha..

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

oit..nk ghembat ek..hehe..=p jgn wat game tu ain coz xmencabar utk membenam si kurus kering ini kedlm pasir..haha..kerana terlalu mudah..wakaka..=p
gambatte ney!!!=)

ziraniza berkata...

*sedeh*
xdptla nk join uhuk~uhuk

ziraniza berkata...

ain!!! aku dh wat google account
*cbe teka siapa aku?* hikhik

Adam Ruslan berkata...

::ziraniza::
sila nyatakan sebab paling kukuh tidak dapat menghadirkan diri. Dah isi borang blom?

ayen =D berkata...

haha.. aku tau sapa kau.. sbb.. eh, tu tarikh kawin ko ke? haha.. apa lagi, mini gath rewang ar.. (memandai je)

ziraniza berkata...

abg adam....sebabny telah d nyatakn oleh ain huhu

ziraniza berkata...

insyaAllah, xder aral melintang (^_^) doakan smua selamat..

Syila berkata...

ziraniza tahniah! mesti sibuk ngan persiapankan? emm nampaknya makin bertambahlah bakal ahli @Lambaian hehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's