Selasa, Jun 01, 2010

Buat Diorang Seronok Membaca

Macam biasa, di awal setiap bulan, akan ada perjumpaan semua staf UTM dengan Naib Canselor UTM, Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang di Dewan Sultan Iskandar (DSI). Dan macam biasa, aku berpusu-pusu dengan warga UTM yang lain keluar meninggalkan dewan pada jam 9 lebih (Dato' mula bercakap jam 8 pagi!) dalam keadaan highly motivated.

Dato' Zaini berkongsi tentang salah satu buku yang dibaca (beliau beli 20 hingga 30 buah buku sebulan, katanya) bertajuk, Leaving Microsoft to Change the World, by John Wood.

Apa yang NC UTM sampaikan, tentang motivasi untuk mendidik daripada perspektif penulis. Aku sah-sah lah belum baca kan, baru tadi aku dengar kewujudan buku ni. Tapi aku teringin nak kongsi apa yang NC sampaikan sebab selain isu yang disampaikan sangat berkaitan dengan kerjaya aku (aku baca sebagai 'amanah aku'), berkaitan juga dengan satu situasi perbincangan di kalangan keluarga Lambaian, hujung Mac lepas.

Kata Dato' NC, John Wood ni kerja di posisi yang sangat tinggi dalam Microsoft. Boleh rujuk http://www.leavingmicrosoftbook.com/ untuk tahu lebih. Kehidupan dia tentang kerja dia, duit dia, bonus dia, cuti dia.. Perbincangan tentang percutian di mana, bila, nak duduk hotel mana, blah blah blah.. semuanya tentang dia.. dan girlfriend dia..

Lama-lama, dia fikir nak buat perkara yang untuk orang lain juga. Dia ambil keputusan, Leaving Microsoft to Change the World. Okay, jangan buat spekulasi yang pelik-pelik ya, nak faham lebih, baca sendiri. Ambil perkongsian yang surface ni je dulu, buat sementara. hehehe..

Apa yang boleh kita nampak pada kulit buku tersebut, ada ".. to Educate the World's Children". Tau apa yang penulis buat? Dia beri buku kepada kanak-kanak di Nepal (salah satu contoh di awal operasi dia kot...)

Source : http://www.leavingmicrosoftbook.com/

Aku tak tipu, aku memang teringat satu situasi hujung Mac lepas, di Kem Kaizen. Suasana malam dalam hutan, di tempat yang kami panggil dapur semasa program Star, 27-29 Mac 2010. Duduk bersila, berlunjur dan bersimpuh, ada Abang Sport, Abang Azwar, Elya, Kak Syila (para alumni lambaian), Shafiq (MT KLM sekarang) dan beberapa lagi yang lain, yang keluar masuk 'meeting'. Malam tu, Elya membentangkan tentang program-program khidmat masyarakat tempat Elya bekerja, yang Elya cuba usahakan agar KLM dapat melibatkan diri. Banyak program menarik, maka perbincangan diadakan untuk mengenalpasti yang mana menghampiri realiti untuk KLM, sesuai dengan jiwa dan hala tuju.

Okay, bukan pasal meeting-larut-malam itu yang nak aku tuliskan laporan di sini, tetapi pasal komen Abang Sport tentang kelas bahasa Inggeris, salah satu program yang diusulkan. Menerima hakikat, warga KLM bukan guru, bukan cikgu apatah lagi jurubahasa, satu cerita tentang kehidupan abang Sport di Jepun satu ketika dulu menarik perhatian. At least, me.

"... Daripada mengajar English, baik kita bagi buku.. then, kita wujudkan tempat, masa.. suasana untuk membaca.."

"... Dulu, masa kat Jepun, abang Sport ajar budak-budak English.. salah satu caranya, bagi buku untuk diorang baca.. baca sama-sama.. diorang rasa seronok.. at least, diorang rasa satu kejayaan bila diorang berjaya baca satu buku.. dua buku.. "

"... Kita tak mampu buat diorang pandai English dalam beberapa slot.. Tapi kita boleh cuba untuk buat diorang seronok membaca.. seronok belajar.. beri motivasi tu.. tu kita boleh cuba..."

Lebih kurang begitulah antara ayat yang mampu aku rakam. Bila seseorang itu cintakan ilmu.. dunia pun boleh dia ubah... Macam tajuk buku John Wood, ... to Change the World.

Dan orang yang cintakan ilmu takkan jadi manusia yang statik, hanya gunakan ilmu untuk diri sendiri sahaja, tetapi ilmu itu akan disebarkan dan digunakan untuk dunia...

Iqra'... Bacalah..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's