Khamis, April 15, 2010

TERBARU: Projek 'Kisah@Lambaian'

Salam Semua,

Setelah berwajah baru, tapi kalau isi masih lama, tentu ianya tidak bermakna apa-apa kan?

Jadi, aku berkira-kira untuk memeriahkan Blog @Lambaian dengan kisah pelbagai, cerita 'legend', asal-usul, kisah disebalik tabir program, cerita-tak-boleh-lupa, personaliti unggul KLM dan sebagainya. Takkan asyik nak kasik Aina je yang kecik hati dengan Ain dengan kisah-kisah beliau kan? Aina mungkin ada juga kisahnya tersendiri kan?

Dengan ini, aku nak menjemput semua. Ye, SEMUA blogger yang berkaitan dengan @Lambaian, agar menyumbang sebuah kisah untuk PROJEK 'Kisah@Lambaian' yang mungkin sedap bagi diri kamu, untuk dikongsikan bersama-sama. Aku bercita-cita untuk menggumpulkan semua kisah ini dan kita bukukan secara cetak dan kokot. Baru seronok bila kita boleh baca buku cerita yang heronya adalah diri kita sendiri, dengan latar belakang yang amat dekat dengan kita. Sapa yang pernah baca 'Sinetron Dramalova The Buku' mesti boleh paham konsep buku ini.

Tak teringin ke mempunyai sebuah buku yang ada nama kamu sebagai penulisnya di rak buku rumah kamu? Disimpan pula bersebelahan dengan buku Ramlee Awang Murshid. Amacam?

Ada ke imbuhan untuk penulis? Aku berani letak RM X00 sebagai modal permulaan. Macam mana imbuhan ini akan dikongsi, akan diperpanjangkan kemudian. Semuanya bergantung kepada sambutan seruan ini.

Mungkin kalian ingin tahu, apa jenis kisah yang boleh dipersembahkan. Aku tak ingin melimitasikan fantasi kamu. Apa yang kamu tulis, kami terima seadanya. Cuma, ia MESTI kisah bersama Lambaian.

Juga, kalian tentu paham tentang penulisan bermutu, pastinya singkatan ala 'sms' serta 'ittew, cnie', titik-titik tanpa tujuan, kaler warna-warni-Azwanali dan sebagainya tidaklah kami harapkan berada dalam kisah kamu jika ianya tidak perlu. Tiada editor yang akan mengedit kisah kamu. Tips untuk kamu, gambar adalah penyedap cerita dan penggunaan 'Nor A' bukan nama sebenar diperbolehkan.

Ada banyak kisah bersama Lambaian yang pernah diceritakan oleh contributor tetap @Lambaian yang boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam blog ini.

Baiklah, penyertaan dibuka sekarang! Terbuka untuk semua, tak kira contributor, partner atau sesiapa sahaja, janji @Lambaian! Aku sendiri akan mempersembahkan kisah aku sendiri dalam masa terdekat.

Tarikh tutup? Buat apa nak tunggu tarikh tutup kalau idea dah ada sekarang?

Sila Log In dengan ID kisahlambaian@gmail.com, passwordnya adalah 'nama blog ini' (sila patuhi penggunaan simbol dan huruf besar). Juga, sila letak label 'Kisah Lambaian' di akhir nukilan kamu. Sekian.

Notakaki serius : Agak-agak dalam seminggu dua selepas notis ini, tiada sambutan, aku delete aja blog ini. Aku berkira-kira untuk mempunyai dalam 25 kisah yang pelbagai. Lagi cepat dapat kumpul, lagi cepat jadi buku.

8 ulasan:

anur malati berkata...

cerita mmg byk, nak selitkan dgn gambo tu yg payah.. almaklumlah zaman dulu kala, camera digital belum popular lg. nak cari album, entah di mana ia berada kini...

~ fiza berkata...

uishhh jgnla smpai delete terus....
bahaya2.....

ayen =D berkata...

hai kak anur.. hehe.. takpe kak anur.. tulis je.. gambar belakang cerita.. tengah banyak cerita tu, lontarkan.. hehehe..

tu la kan fiza, blh tahan juga Mr Amani kita ni, ada hati nak ugut2 plak dia.. hahaha...

btw, Mr Amani, I like!!!!

*~ eLiEnZ 87 ~* berkata...

hehe, gambar latar belakang nnt leh di edit kemudian kan~ :D

gerunnya encik Amani kita ni nak ugut2

Adam Ruslan berkata...

^anur^

Meh nak ajar tektik termudah mengkonvert gambar filem kepada gambar digital.

Letak gambar filem atas permukaan rata. Baca doa dalam 2, 3 rangkap.

Kemudian amik kamera digital. Sila snap gambar filem itu. Pepandai la nak ejas dekat jauh, senget lurus.

Kemudian bersyukur terhadap Illahi. Sekian..

p/s: Baik cuba cakap sapa yang berani mengejas kaler2 serta font-font yang aku tulis dalam post ini. Kalau tak...

Kalau tak...

Kalau tak...

Cemana aku nak berterima kasih?

ayen =D berkata...

jom kita usahakan semula projek ni yuk!!!! walaupun blog masih tgh construction, kita leh kumpul tulisan dlu kan? klu siapa2 berminat, leh terus post kt blog ini (mcm dlm tlisan amaNI) atau tulis dan emel kepada... eerrr.. saya boleh..
usen.ayen
lepas tu
@gmail
lepastu
.com

jom ar jom ar.. nk buku kisah @Lambaian!

Sport berkata...

Adam menggunakan taktik "all or nothing". hebat! hahaha... ok, aku akan contribute one story. Berapa panjang minima/maksima?

Anyway, I personally think its a good idea. Teringat lak zaman2 buat buku tahunan sekolah. :)

Adam Ruslan berkata...

Tulis je Sport. Takde limit.

Janji ko syok (sendiri). Hahah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's