Sabtu, April 17, 2010

Masa yang dirindui...

Tajuk nak jiwang... hehehe.. toing....!!!

Aku suka sangat projek kisah @Lambaian yang diwar-warkan oleh tulisan Mr amaNi (klik sini).
Tapi kengkangan masa (yang selalu disebut oleh Apek, batch KLM 2005 sebagai kangkangan) membuatkan aku tak sempat termenung untuk menghasilkan sebarang kisah.

Aku rindu masa-masa susah payah menyiapkan bungkusan cenderahati ramai-ramai di dewan-dewan di S01.

Aku rindu hilai tawa semasa bergosip sambil mengecat banner di perkarangan S01.

Aku rindu miting-larut-malam kebiasaannya di kafe kolej 9, selepas dihalau oleh orang sepatutnya (biasanya, JKM) daripada S01 (selepas jam 12 malam).

Aku rindu rasa tegang semasa post-moterm bila ada orang yang marah itu, marah ini, ada orang yang terasa itu, terasa ini. Aku rindu pelukan bermakna semasa salam ukhuwah selepas post moterm.

Aku rindu suasana menguatkan semangat antara satu sama lain apabila ada komen buruk dari pihak sekolah semasa satu-satu khidmat pendidikan sedang berlangsung.

Aku rindu luahan rasa hampa bila ada yang patah hati semasa persediaan satu-satu program.

Aku rindu...

"Aku rasa kita tak boleh berbincang pasal kelab lah.. Asal bincang je, kita macam bergaduh.. Tak sehaluan.."
"Okay, kita jangan berbincang pasal kelab langsung lagi lah lepas ni.."
"Setuju..."
Perbualan, lebih dari 2 tahun lepas.
Dalam hati aku, "I love my friendship more than this club..."


Hmmm...

* Adakah lagu yang berkumandang di blog ini yang membuatkan tulisan aku jadi begini?

2 ulasan:

anur malati berkata...

akak pun pernah bergaduh dgn kroni2 akak kerana akak selalu excuse bersama diorang kerana komited dgn program kelab. huhuhu... andainya meraka tahu apa yang akak rasai..

ayen =D berkata...

i see..
semoga kita dapat berusaha jaga hati ramai orang..
n semoga He helps us =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's