Memaparkan catatan dengan label Dedikasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dedikasi. Papar semua catatan

Khamis, April 19, 2012

Tahniah Sempena Perkahwinan (Bahagian 2)

Assalammu'alaikum dan hai semua!!!

Ya, dah nak 4 bulan pun tahun 2012, baru nak buat post tahniah sempena perkahwinan punya sambungan untuk warga @Lambaian.. ya, terlambat untuk yang kahwin pada separuh masa kedua 2010 hehehe... tapi, better late than never, kan? Bukan apa, tiba-tiba tertengok gambar-gambar kahwin.. Semak punya semak, edisi pertama ucapan tahniah sempena perkahwinan ni dibuat Julai 2010 dulu.. Kalau tak pernah tengok, ini dia ;

Tahniah Sempena Kahwin & Tunang (klik sini)

Disebabkan akhir bahagian 1 tentang cerita majlis tunang Kak Ikien dan Abang Black (batch Lambaian 2003), maka, kita mulakan dengan Walimatul Urus mereka di Rumah Alumni, UTM.

Nasib baik tak roboh pelamin. Berapa round makan aku kat sini, tak ingat... mau 4 meja digunakan untuk satu-satu warga Lambaian (maksimum) sempena majlis ni. Pertama, meja makan round pertama. Kedua, meja makan round kedua (menu lain ya). Ketiga, meja makan dekat jusco taman U. Keempat, meja makan dekat pisang dan cendawan goreng taman U.

*Meja keempat... Dalam gambar ni, semua Lambaian batch 2004.. Alamak, rindu tiba-tiba*

Dah ada baby dah pun abang Black dan kak Ikien... Cerita baby? Nantilah, minta izin mak bapaknya dulu. Macam artis-artis kan, kalau gambar-gambar baby susah sikit nak lepas kat orang awam kan. daaa~

Haaa.. cakap pasal baby, nampak sangat post ni keluar lambat sampai orang dah berbaby kan.. Ada lagi yang dah ada baby, tapi aku baru nak letak gambar mereka untuk ucapan tahniah dengan rumah tangga yang di bina.. Tadaaa...!

Abang Zairi (Lambaian 2003) dan isteri. Masa ni, kak Liza (isteri Zul, Lambaian 2003) tengah comel bawa baby dalam perut lagi heheheh.. Comel!!! Geram aku kan!

Eh, ini bukan post baby, ini post gambar kahwin, okay, Ain, back to the track. Seterusnya, pasangan Lambaian yang seterusnya, Afzan!!!! Yang ini, suaminya, Fawzan dah beberapa aktiviti @Lambaian kot dah ada muka dia ni.. tak malu! Hehehe =p Tak tak, dia sporting! Tunggu hari je Afzan ni kan! Semoga sihat-sihat dan selamat hendaknya ya. Ini gambar dengan @Lambaian yang hadir... jeng jeng jeng...

*Sopan semua... nak-nak yang tidur lena, Ayman hehehe*

Selain Afzan, ada lagi seorang yang sama batch dengan aku, iaitu... Mai!!!!!

Memperkenalkan, suami Mai hehehe.. Amin... yang lain-lain tu, kawan-kawan aku dan Mai, tapi diorang ni selalu je dengar cerita aku pasal Lambaian. Ada kot yang kenal? Aku kan kepoh bercerita. Lalalala....

Selain walimatul urus Afzan, ada lagi keluarga Lambaian lain yang aku harap dapat tengok diorang kahwin, tapi aku tak dapat tolong membirah sama... tak mampu berada di tempat kejadian.. sob sob sob.. Iaitu, pasangan Abang Sport (tu dia.. orang kuat @Lambaian dah jadi raja) dengan Nad, doktor yang cantik =D

Majlis pasangan ni ada banyak gambar syok-syok.. tapi aku belum sempat curi lagi.. siap banner bagai semua.. nanti aku godek-godek ye... Dan, pasangan kedua, Abang Pilo dan isteri...

*COMEL lah diorang ni!*

Dan juga, pasangan Lambaian Rai dan Azali, dua-dua batch 2005. Aku curi gambar ni.. Sebab, diorang sweet!!

Aku saja nak tunjuk gambar pengapit yang overexpose hahahaha.. Encik dan Cik pengapit, iaitu Aufa dan Khaizan!!

Dan ada satu majlis perkahwinan yang aku sangat teruja nak kongsi. Perjalanan nun sampai ke Kedah dan sangat berbaloi... sebab.... seingat aku lah, aku tak pernah makan kek kahwin tau..! Kek yang dipotong pengantin masa majlis perkahwinan... Ini pertama kali!!! (aku fikir lama-lama, sah, ni pertama kali)

Aku pilih gambar ni sebab ada subjek yang dimaksudkan, KEK KAHWIN! Ini dia, pasangan Aemi dan Abang Din. Ramai juga Lambaian yang datang, nak-nak batch Aemi (2005)

Dengan ucapan.... TAHNIAH!!! Semoga rumah tangga yang dibina menjadi penenang jiwa.. punca bahagia, dunia dan akhirat.. amin... =)

Sekarang.. siapa lagi?


**Terima kasih untuk koleksi gambar yang menyertai post kali ini... gambar-gambar daripada akaun Facebook masing-masing... PEACE!

Jumaat, Oktober 22, 2010

Tahniah - Konvokesyen September 2010

Assalammu'alaikum warahmatullah;

Alhamdulillah- Allah kurniakan aku daya ingatan untuk menyelesaikan satu tugas yang aku beri pada diri sendiri; iaitu update blog ni ;) Walaupun lab manual tengah terngaga; laporan student tengah terdedah; pen merah tengah tertanggal dari penutupnya; aku nak juga curi masa untuk mengucapkan :

TAHNIAH BUAT KAWAN-KAWAN DAN ADIK-ADIK LAMBAIAN
YANG TELAH DENGAN KACAK DAN CANTIKNYA
MEMAKAI JUBAH KONVOKESYEN
DI UTM SEPTEMBER LEPAS!


Mungkin terlambat sikit; maaf; tapi you all tahu kan; aku sangat yakin bahawa konvo tu adalah hari yang boleh tahan besar bagi seseorang yang pernah bergelar pelajar universiti: Maka aku nak juga wish tahniah kat sini =) Macam aku dulu; pertama kali aku nyanyi lagu UTM dan keluar air mata; masa konvo aku lah: Haih; sentimental mode masa tu:

Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya
.........
.........
.........
UTM sanjungan bangsa.....

Suka duka dengan kawan-kawan; para pensyarah; senior junior; sokongan dan doa belakang tabir dari keluarga sanak saudara; serta paling utama; atas rahmat Allah lah dapat dirasa nikmat konvo tu kan: Asalkan ingat; that is not the final! It is only the begining: All the best for your future and keep in touch!

Okay; Gambar di atas ialah gambar konvo kali ini paling best yang aku pernah nampak dari Facebook: Ada Hanim (dari kiri); Kejan dan Achik: Merangkap orang kuat Lambaian batch mereka (2005): Dah mengajar dah masing-masing: Bukan aku tak nak letak gambar yang lain; tapi aku tak dapat mencapainya: Ada yang ku tunggu-tunggu; tak approved-approved: Maka; inilah pemenang anugerah the best photo of the konvo! (Memandai je aku buat pertandingan sendiri)

Hadiah? Publisiti istimewa di blog @Lambaian!

Kalau you all nak tahu (kalau tak nak tahu; berhenti membaca sekarang hahahaha); kaitan Lambaian dengan konvo bagi aku sangat dekat:

*Konvo Kak Ikin; aku dan Mai!*

** we are working on our next family day!!! coming soon!!!

Khamis, September 02, 2010

Ucapan akhir Ramadhan

Salam sepertiga akhir Ramadhan buat semua warga Lambaian;
  1. daripada kumpulan pengasas Kelab Lambaian Masyarakat,
  2. barisan penggerak di awal perjuangan Lambaian,
  3. warga Lambaian yang pernah menyumbang walau sesaat mengimarahkan meeting-kelab,
  4. apatah pagi warga Lambaian yang sentiasa memperbaiki perjuangan kelab,
  5. sehinggalah kepada warga Lambaian yang masih ambil berat dengan cara masing-masing terhadap Kelab Lambaian Masyarakat, baik warga @Lambaian sendiri,
  6. mahupun adik-adik yang masih mempertahankan hasil usaha selepas lebih sedekad.

Semoga amal baik sepanjang hidup terutama sepanjang bergelar warga Lambaian diterima-Nya.
Semoga amal buruk sepanjang hidup terutama dengan nametag "saya budak Lambaian" mendapat keampunan-Nya.
Bukan amal baik & buruk terhadap masyarakat saja, tapi kebaikan ikhlas dan salah silap terhadap sesama warga Lambaian juga.




Semoga keampunan daripada-Nya diperoleh, semoga kemaafan daripada sesama warga Lambaian juga dapat diraih.

Di kesempatan ini, saya nak minta maaf banyak-banyak untuk salah silap yang nyata atau tidak, sengaja atau terbuat, terhadap semua kakak-kakak, abang-abang, kawan-kawan dan adik-adik yang saya kenal di alam nyata atau alam maya.

*******************************

Sekadar berkongsi :

Firman Allah Surah Al-Hujuraat ayat 12 yang bermaksud;
" Hai orang-orang yang beriman, jauhila kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Umar R.A berkata janganlah kamu berperasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik.

Riwayat At-Tabrani : "Dari Haritha bin an-Nukman berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku 1)Kepercayaan sial 2) Hasad dengki 3)Prasangka. Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tatayur hendaklah dihapuskan.

sumber : ayat Quran tu dah di-check kebenarannya, hadith tu dapat dari internet (tak usaha check lebih pun, tapi ambillah pengajarannya) Google je pasal sangka buruk tu, berlambak penerangan. Sob sob sob...

***********************************

Haaa.. ni bukan mengumpat a.k.a gosip-gosip je tau.. baru buruk sangka pun dah DOSA!! Banyak aku buat ni.. huhuhu.. Ain, Ain... Sorry you allz!!! Terutama yang aku ajak dengar sangka-sangka buruk aku, hahaha.. Semoga kita tak buat lagi ye.. Mari kita hapuskan sangka buruk kita tu..
Sangka kawan tu tak ikhlas la, sangka kawan tu saje nak glamor lah, sangka kawan tu tak berusaha 100% la, sangka kawan tu tak ambil berat dan kononnya kita lah yang usaha dan caring lebih.. sangka kawan tu do nothing padahal kita penuh penat lelah (padahal kawan tu dah all out dah) semua tu sangka buruk pe... insaf yuk~!


Ahad, Ogos 29, 2010

Perpisahan dalam satu Ramadhan

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Berkumandang lagu dendangan kumpulan nasyid Brothers di HotFM semasa aku tengah driving ke tempat kerja, tiba-tiba aku termasuk ke dalam lagu, feel nak lebih. Nak kata nak ke luar negara dalam masa terdekat, macam tak nampak bayang-bayang. Berkedudukan selesa je di UTM ni. Habis yang feel tak memasal ni kenapa pulak?

Segan nak cerita sebenarnya...

Tapi aku cerita je lah.. Bukan tak ramai orang tahu pun.. =p

Aku sebenarnya teringat suasana satu Ramadhan 2007 yang lepas. Kisah Ramadhan lagi.. Masa tu mak bapak aku hantar aku ke KLIA. Dalam kereta ada adik aku. Ke adik-adik ek? hahaha... Makngah, nenek, pakngah, tok itam, nek itam, adik sepupu bagai semua berkumpul kat depan masjid KLIA, tempat parking kereta.

***********************

"Nah Ain, makan nasi ayam mak ngah. Kat sana nanti takut kau tak jumpe pulak"
Masa tu rasa nak lempang laju je mak ngah sebab buat aku rasa lagi sedih! Hehehe...

Okay aku habiskan cerita hal family aku.

Sebenarnya ada satu lagi sudut dalam kotak memori aku ni kereta-kereta lain yang berkumpul di kawasan parking itu. Kereta-kereta itu wujud sebab ada manusia-manusia lain datang untuk hantar diva (diva di situ) ini di KLIA. Manusia-manusia itu adalah keluarga Lambaian. Huhuhu.Terkejut juga ramai-ramai datang. Macam lebih daripada 4 kereta je. Rasa macam nak buat senarai, tapi malas la..

"Abang bukan apa Ain, nak jugak hantar Ain dengan kawan-kawan sebab tak pernah pergi KLIA" kata abang Afiq. Cis! Arrghh tak kira lah apa tujuan diorang, aku tetap terharu dengan kehadiran diorang, hantar aku dan 3 gadis lain di KLIA.

"Aku ingat lagi Ain, masa on the way nak hantar korang kat KLIA tu kan, aku cakap kat abang Pilo, kalau lambat tak sempat hantar Ain dengan Mai, siap abang Pilo!" cerita Fizah baru-baru ni. Macam baru je Fizah cerita, kalau tak masa trip ke Batu Layar haritu, mungkin semasa di hutan program Simbiosis V. Fizah, ko sayang aku dan Mai rupanya. *blink,blink*

Haaa. Mai ada sekali: =) Kami kan pakej. Satu, percuma satu.

"Kitorang berbuka KFC..."
Aku rasa ini aku dengar daripada penumpang kereta yang dipandu abang Zairi. Ke, sahur sebenarnya?

Dan macam-macam dialog lagi yang aku dengar dan ingat.

Tak lekang dari ingatan juga ramai-ramai keluarga Lambaian terpaksa menunggu, memerhatikan aku membuka beg BARU gedabak besar aku yang dipunggah semula sebab terlebih berat. Huahuahua.. Stok yang konon takut tak jumpa kedai, tak cukup makan, semua terpaksa dikurangkan. Memang yang memerhati dapat tengoklah stok ketupat segera yang terpaksa ditinggalkan, makanan dalam tin.. Macam banyak juga lah. Nasib baik tinggalkan, kalau tak, kapal terbang tu tak mampu terbang agaknya =p

"Dah lah, pergi cepat, aku tak nak nangis, semalam dah puas nangis.."
Mak aku cakap masa salam, peluk, cium, sebelum blah.. Keluarga Lambaian dok tengok drama sebabak yang berlangsung. Aku babai-babai semua, tengok muka sorang-sorang, happy lah rasa, teruja terharu tengok ramai-ramai melambai. Kurang lah sedihnya. Ye lah, nak terbang jaaaauuuhhhh tu.. Habis penuh sepanjang pagar besi tingkat atas aku tengok semasa turun ke tingkat bawah menggunakan eskelator dengan diorang jer. Fuyoh, ramainya.. keluarga, saudara-mara.. Kawan-kawan Lambaian juga yang lebih dan havoc, macam selalu...

***********************

"Eh korang! Ain telepon aku lah! Waahh.. Ain kau betul ke kat Poland ni? Eh korang! Ain telepon aku dari Poland lah wei...!"
Excited aku dengar suara Apek yang excited bagitahu budak-budak blok dia (KTC) masa aku telefon, dari asrama aku di Warsaw. Aku rasa tu bukan drama. Hehehe.. So kerinduan aku untuk bergosip pasal keluarga Lambaian sangatlah terubat dek layanan si Apek.

Selain Apek, Lambaian batch 2005, banyak je lagi keluarga Lambaian yang aku call, atau dalam istilah yang lebih tepat, bergayut, termasuklah abang Pilo yang sangat macam abang, As yang tak macam kakak, dan lain-lain yang tak pernah buat aku menyesal topap VOIP aku yang tak lah mahal pun, untuk berbual macam meeting-larut-malam di Kolej 9. Perbezaan benua bukan halangan. Cewah. Jauh di mata... tapi dekat...

***********************

Mana tak nya lagu nasyid di atas buat aku feeling bukan main kan. Hmm.. Okay Ain, STOP!

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

***********************

Hargailah sebuah pertemuan sebelum sebuah perpisahan...
We will miss someone when he/she is missing...
Cayolah cakap den..

Jumaat, Ogos 20, 2010

Awal Ramadhan - Soul Fusion


Assalammu'alaikum warahmatullah,
Align Center
Alhamdulillah, Allah kurniakan kita hari ke-10 Ramadhan, kurnia yang berupa peluang untuk terus merasa nikmat cinta Allah. InsyaAllah, Ramadhan ini akan terus dilalui dengan kegembiraan yang dijanjikan kepada kita, hamba-hamba yang Allah kasihi. Salah satu kegembiraan yang Allah janjikan kepada orang berpuasa ialah ketika berbuka. Semoga kemanisan berbuka puasa itu dirasai, nak-nak bila dikongsi bersama dengan kawan-kawan yang ikhlas bersahabat atas dasar ukhwah yang suci.



Awal Ramadhan, aku berada di rumah sewa di Johor, berseorangan sebab housemate semua menyambut Ramadhan di kampung halaman masing-masing. Selepas bersahur apa yang ada, selepas solat Subuh, aku kembali ke hamparan tilam di ruang tamu, depan televisyen. Bila tinggal seorang, volume TV sebesar-besar tidak kan. Belum sempat kepala disorongkan bantal, terpandang Ustazah Asni, dalam rancangan Kalamullah di TV3. Ustazah Asni sedang khusyuk menyemak bacaan al-Quran seorang adik lelaki, yang mungkin berumur 10 tahun. Aku tenung kosong wajah adik itu.

" Wah.. Adik ni hafal Quran.. mata tak tengok bawah" (kalau baca Quran kan mata tengok bawah sikit untuk lihat ayat-ayat Quran) aku bercakap dalam hati.
Aku tenung lagi. Kali ini kurang kosong.
"Adik ni macam..."

Kamera zoom ke arah Quran adik itu.
Putih tanpa hiasan dakwat.
Yang ada hanyalah kesepuluh-sepuluh jari adik-adik itu diseretkan sedikit demi sedikit.
Dengan alunan suara yang sedikit tidak dengar celanya, aku sedar, jari-jemari adik itu sedang me'rasa' ayat Quran. Ya, itulah al-Quran dengan tulisan Braille, untuk pembaca Quran yang buta! Adik itu buta!

Secara automatik aku terkenang saat aku melawat SKPK (Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas) Princess Elizabeth, JB tahun 2007. 3 tahun lepas dah. Beberapa lawatan yang dibuat untuk tujuan perbincangan dan pembelajaran bagi merealisasikan program Soul Fusion mengajar aku banyak perkara. Sedang adik-adik itu berlari-lari seperti kanak-kanak normal yang lain, aku duduk memerhati sambil mencari peluang berbual dengan adik-adik yang singgah di tempat aku melabuhkan punggug. Sehinggalah ada yang singgah, duduk dan meletakkan beberapa set kertas yang di'binding' di depan aku.

Aku ambil 'buku' itu, dan cuba berbual.
"Ini buku apa?"
"Ini Quran kak..."

Glup...

"Ini juz..."
Aku tak ingat juzuk berapa yang dibawa adik tu. Tapi aku ingat yang aku diterangkan bahawa 'buku' yang besar dan tebal itu adalah sebahagian al-Quran dalam tulisan Braille. Saiz yang besar itu tak menjadi alasan untuk adik itu membawanya ke hulur ke hilir.. membudayakan al-Quran.. walaupun tanpa nikmat penglihatan macam aku..

Kebanyakan manusia dah ada Quran besar penumbuk pun tak sentiasa bawa apatah lagi hari-hari baca. Tak orang, aku. Semoga Ramadhan kali ini hati lebih dekat dengan al-Quran.

Walaupun aku tak pernah berpeluang hadir semasa mana-mana program Soul Fusion, beberapa lawatan sebelum program itu pun dah cukup banyak menyedarkan aku tentang perkara yang selama ini aku tak ambil berat.

Lawatan pertama ; selesai solat berjemaah di surau pada siang hari (zuhur@asar) ;

Jemaah muslimah saling bersalaman termasuk aku. Adik-adik itu aku perhatikan meraba-raba mencari muka rakan mereka, sebelum yakin kedudukan tangan rakan untuk dicapai. Sah-sah lah muka aku berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada adik-adik tu kan. Maka yang pertama dicapai oleh seorang adik itu ialah kad matriks aku sebab aku dah selak kain telekong yang aku pakai.

"Eh ni. . . . . "
"Ni kak Ain "
Aku pun berteleku cuba menjadi sama tinggi.
Selepas bersalaman adik itu masih rasa ingin tahu tentang benda yang dipegang mula-mula tu.
"Kak Ain, apa ni"
"Ni kad matriks macam name tag. Kak Ain dapat daripada universiti Kak Ain. Bukti kak Ain student universiti tu. "
"Owh. . . . . Kak Ain mesti pandai kan"

Aku aminkan dalam hati.
"Biasa je"
"Saya pun nak jadi pandailah macam Kak Ain"
"Eh mestilah boleh jadi pandai"
Aku senyum dengan harapan nada suara aku memberi gambaran senyuman aku pada adik tu.
"Saya nak belajar pandai-pandai dan nak masuk universiti macam kak Ain"

Glup. . . .

Pada masa tu aku belum cukup pengetahuan tentang masa depan kanak-kanak yang buta. Aku tak tahu apa adik-adik di situ boleh jadi bila dah habis sekolah nanti. Aku tak tahu apa adik-adik tu nak buat habis SPM nanti. Aku tak tahu apa target adik-adik itu ke sekolah pada masa aku hanya membayangkan kertas keputusan peperiksaan SPM PMR dan UPSR. Malah aku tak tahu sama ada harapan adik tu boleh jadi kenyataan atau tak iaitu nak masuk universiti macam aku. Kalau boleh macam mana. Kalau tak boleh pilihan apa yang ada. Aku patut tahu masa tu!

Serius terkilan sebab aku rasa aku tak menjawab kata-kata adik tu.
Pelukan dan ciuman kasih sayang saja aku hadiahkan sambil tahan sebak.
Semoga adik itu sudah dan akan jumpa hala tuju kehidupannya. Mencapai bahagia dalam cita-cita yang ditakdirkan untuknya.

Sehingga sekarang aku sangat yakin bahawa program Soul Fusion bukan program calang-calang. Adik-adik itu mungkin menaruh harapan tinggi pada kakak abang yang datang. Bukan sekadar suka-suka. All the best kepada Majlis Tertinggi Program Soul Fusion 4 yang insyaAllah pada Aidilfitri ini. Semoga pengalaman yang ditimba dapat dibaca sebagai ayat-ayat Allah untuk pedoman dan bekalan.

=)

Rabu, Ogos 18, 2010

Iftar di JB + Simbiosis V + SBL di Batu Layar

Bismillahirrahmanirrahim;

Belum terlambat rasanya untuk jawatan kuasa Pertubuhan Alumni Lambaian Masyarakat mengucapkan kepada warga Lambaian semua; Selamat Menyambut Bulan Ramadhan; semoga Ramadhan dihiasi dengan pelbagai kemanisan dalam kehidupan =) Daripada manisnya kurma; kuih lopes; air tebu dan bubur jagung; kepada manisnya suasana berbuka bersama keluarga dan kawan-kawan; sehinggalah kepada manisnya perasaan tenang beribadah untuk Pencipta:

Rasa memang nak menulis macam-macam: Tapi nampaknya tulisan yang paling senang nak dibuat ialah tulisan berbentuk laporan: Terbaru; iftar bersama warga @Lambaian dan adik-adik Lambaian yang di UTM Sabtu lepas (14 Ogos); di Johor Bahru: Diuruskan oleh kak Syila hebat kita: Warga @Lambaian yang berkumpul di Dataran Kempas seawal 5:40 petang dalam keadaan hujan lebat: Sejooookkk::: Disebabkan hujan lebat tu; kereta-kereta yang ada berpecah ke blok adik-adik dalam KTC untuk menjemput mereka; ala-ala diva gitu korang ek: Kemudian sampailah di tempat yang dituju; pegang je pinggan; azan pun berkumandang: Berbuka lah aku dan adik-adik kereta aku dengan buah betik yang ternampak dek mata:

Ini satu-satunya gambar yang dirakam di D'Terrace; tetapi bukan Shafiq yang berada di belakang lensa sebab Shafiq ada dalam gambar: Alah; Shafiq jurukamera tetap Lambaian tu =D Shafiq ada juga letak dalam blog nya (boleh klik tengok); Aku rasa; kalau tak rugi pun; mungkin tuan punya kedai kurang untung dek kesungguhan manusia-manusia ini makan: Memang syok lah makan ramai-ramai =) Dah makan selepas separuh masa pertama pun; Ain Lee cakap "rasa macam belum makan apa-apa lah kak Ain": Apa lagi; makanlah lagi: Ada yang aiskrim potong sampai 5 pun tak da hal:

Semoga kemeriahan berbuka puasa dapat dirasa juga oleh warga KL yang dikelolakan oleh Ainun (KLM batch 2004; sama dengan aku) minggu ini; insyaAllah =)

Weekend sebelum tu pula; program Simbiosis V di Hutan Rekreasi UTM merangkap resort rasmi KLM (6-8 Ogos): Dengan penuh kegembiraan dan ketenangan; aku datang walaupun tak 100%: Paling aku suka untuk ingat ialah semasa wargame: (Macam biasa): Mood nak main masa tu memang kurang; maka aku jadi pemerhati tegar bersama kak Syila; Elya dan Fizah: Scene paling menarik ialah Ratu War Game beraksi iaitu Roza: Aiseh; sangatlah tak boleh nak tulis sebab scene itu sangat menarik =p Jangan marah:

Alamak; Lambaian kah ini? Lambaian gambar serius? Aku pulak bukan main bersimpuh: Aaarggh kecelaruan identiti agaknya sekejap: Apa pun Budin kat belakang tu tetap spastik; ada gang dengan Ijat: Haih; adik-adik: Comel pulak mengenangkan diorang ni panggil aku kak Ain; kak Ain: muda setahun dua je pun: hahaha:

Haaa: rekod yang dipegang oleh batch 2003 (batch aku) iaitu memiliki peserta untuk program pemantapan (masa tu dipanggil program Induct sempena dengan sekali gus induksi untuk satu program khidmat pendidikan) seramai 14 orang telah dipecahkan dalam Simbiosis V ini: Sebabnya; kali ini peserta seramai 12 orang! Waw! Rekod batch aku dah pecah! Peserta Simbiosis sikit ni; ada hitam; ada putihnya; pandai-pandailah campur-campurkan supaya jadi seindah warna pelangi: ye tak?
Apa-apa pun; all the best semua terutanya pengarah Nadia; ketua fasi Haziq dan kem kom Aizat: Thanks buat aku yang tak sedar diri nak menyemak kat program korang ni seronok=)

Okay; rewind lagi: 1 Ogos; Ahad; berlangsungnya program Mesra 9 yang pengurusannya diketuai oleh Abang: Tengok; senior pun panggil dia Abang tau: Kali ini Mesra 9 berlangsung di bawah masjid (MSI): Ye lah; tempat kita ambil exam dulu-dulu tu: Sebab? Hujan: Tapi memang sweet; bak kata abang Azwar; "kita kembali mengimarahkan masjid macam zaman Rasulullah": InsyaAllah =) Tapi tu lah ku tunggu-tunggu; tak nampak-nampak sebarang gambar semasa program Mesra 9 ni: Takpe lah lain kali ya: Haih; sebenarnya habis program Mesra tu aku teringin nak menulis dan kaitkan dengan Mesra 4 yang aku join dulu (eerrr yang ke-4 ke ek?) Tapi tu lah; tak sempat aje: Lain kali insyaAllah: Yang penting; makan-makan selesai program tetap sempat: Makan McD KTC (dan dan KTC ada McD kan) bersama adik-adik yang sudi selepas siap kemas-kemas barang program:

Haaa; sebenarnya aku pergi lambat program Mesra 9 (sebagai pemantau je pun) sebab bangun lambat: Sebab? Sungguh-sungguh mengerah tenaga untuk bersuka ria hari sebelumnya di Batu Layar: Wallaweh!

31 Julai 2010 menyaksikan manusia-manusia yang berendam lama dalam air laut yang cantik dan nyaman di Batu Layar; Johor: Kali ke-2 ke pantai Batu Layar tak menghampakan walaupun port kali ni agak berbatu: Dapatlah aku hadiah kat kaki kiri aku ni kan: Tak pe: Walaupun pedih ku tahan Jebat! Gambar di atas menunjukkan aktiviti permainan "if I go to the moon; I will bring...." Serius; inilah operasi berendam dalam air laut paling lama aku pernah buat:

Okay lah; kalau rajin; wujudlah laporan penuh: Kalau tak; tunggu cerita lain je la =P

Selamat berpuasa =)

Sabtu, April 17, 2010

Masa yang dirindui...

Tajuk nak jiwang... hehehe.. toing....!!!

Aku suka sangat projek kisah @Lambaian yang diwar-warkan oleh tulisan Mr amaNi (klik sini).
Tapi kengkangan masa (yang selalu disebut oleh Apek, batch KLM 2005 sebagai kangkangan) membuatkan aku tak sempat termenung untuk menghasilkan sebarang kisah.

Aku rindu masa-masa susah payah menyiapkan bungkusan cenderahati ramai-ramai di dewan-dewan di S01.

Aku rindu hilai tawa semasa bergosip sambil mengecat banner di perkarangan S01.

Aku rindu miting-larut-malam kebiasaannya di kafe kolej 9, selepas dihalau oleh orang sepatutnya (biasanya, JKM) daripada S01 (selepas jam 12 malam).

Aku rindu rasa tegang semasa post-moterm bila ada orang yang marah itu, marah ini, ada orang yang terasa itu, terasa ini. Aku rindu pelukan bermakna semasa salam ukhuwah selepas post moterm.

Aku rindu suasana menguatkan semangat antara satu sama lain apabila ada komen buruk dari pihak sekolah semasa satu-satu khidmat pendidikan sedang berlangsung.

Aku rindu luahan rasa hampa bila ada yang patah hati semasa persediaan satu-satu program.

Aku rindu...

"Aku rasa kita tak boleh berbincang pasal kelab lah.. Asal bincang je, kita macam bergaduh.. Tak sehaluan.."
"Okay, kita jangan berbincang pasal kelab langsung lagi lah lepas ni.."
"Setuju..."
Perbualan, lebih dari 2 tahun lepas.
Dalam hati aku, "I love my friendship more than this club..."


Hmmm...

* Adakah lagu yang berkumandang di blog ini yang membuatkan tulisan aku jadi begini?

Selasa, Mac 30, 2010

Ain teringat .. (Bahagian 2)

Sebenarnya...

Sabtu dan Ahad lepas aku bersama-sama dengan keluarga Lambaian di Kem Kaizen, Gunung Pulai sempena program Star V 07. Fuh.. dah 7 dah..
Slot akhir, di tengah hari Ahad lepas membuatkan aku benci...!
Benci Abang Azwar dan Abang Sport. Benci sangat!

Aku tiba-tiba rasa sangat faham dengan kenyataan kak Aina dalam komen-komennya untuk kebanyakan tulisan aku di blog ini yang berbunyi lebih kurang "benci Ain, buat kita terkenang cerita dulu-dulu!"

Aku perhatikan muka seorang demi seorang di kem Star V 07 tengah hari itu. Berusaha aku ingat nama, asal, peribadi dan cara nak masuk dengan adik-adik yang kebanyakannya kali pertama aku kenal. Senior pula, kenal atas nama Alumni Lambaian membolehkan aku rasa seronok sangat selain dapat belajar macam-macam. Alhamdulillah aku bersama mereka.

Aku ale-ale teringat warga Lambaian yang sama-sama dengan aku, suka duka semasa aku BERTATIH dalam dunia Lambaian. Para senior semasa aku bergelar junior Lambaian di UTM, dan teman-teman yang seangkatan.

Bila Abang Azwar sebut "jangan tinggalkan kawan-kawan kita" tu.. Ntah.. bercampur baur perasaan. aarrghh...!!

Haaa.. itu lah puncanya.. Punca lahirnya post "Ain teringat..." Senti betul..
Rasanya, kalau ada Kak Ikin dan Kak Aina depan mata, mesti dah peluk dah.. Sebab itu la dua orang kakak yang banyak ada di sisi semasa zaman bertatih eh ah eh ah dalam Lambaian.. ngeh ngeh ngeh..

Kak Ikin selalu berwatak comel.. Walaupun selalu boleh makan hati sebab orang asik kenakan dia je, dia tak de pulak serik nak hang out sama-sama. Daripada buat persiapan program, ajar refreshment, dengar masalah gaduh sana, kecik hati sini, semua dia dengar dengan muka comel dia.. Bukan dengar je, bercerita pun best. Suka je berborak-borak dengan kak Ikin, sampai boleh stay up sepanjang malam dalam khemah semasa program Yahoo! (yang pertama) di Nur Lembah Lenggong. Hal kelab, hal keluarga, hal hati dan perasaan, boleh je kak ikin masuk.

Yang mengongnya, bila azan subuh je, kami diam dalam khemah. Tak bercakap masa azan kan. Ale-ale tertidur. Subuh bapak gajah.. hahaha..

*Ini lah khemah yang dimaksudkan. Khemah ini juga didiami oleh Piah, rakan sebatch aku dalam Lambaian yang sekarang bekerja di Sime Darby.. waaaaauu..*

Kak Aina pula, ciri sangat kakak-kakak, tapi semacam sikit. Dia suka membebel. Kah kah kah.. Tapi kalau tak membebel, itu bukan kak Aina, atau kak Aina sedang diserang demam, mahupun alergi. Kan kan kan..? Kak Aina jenis yang suka menasihat, menegur, pada masa tersebut. On the Nadzrul! (ahahaha...) Tak de sipi-sipi. Senang aku nak faham. Tapi tak de la terasa sangat pun. Rasa disayangi je.. hehehe..

Ada pesanan paling ingat, masa induksi program Wawasan'o5, masa tengok filem Anak Mami Kembali ramai-ramai di Dewan Sri Kempas. Masa tu ada part shila mambo (kot, nama dia), marah suaminya (dah arwah dah pelakon tu) garang-garang sampai suaminya takut.
"Hisy.. tak baik dia.. Jadi isteri orang nanti janganlah kita buat laki kita macam tu.."

*haaa.. tengah bebel la tu.. hahaha.. slot di rumah anak yatim semasa program Wawasan'o5. Fizah berkata "haih, kak Aina ni, apa la dia cakap banyak-banyak kat adik-adik, bukan nak tolong aku angkat paper bag ni.."*

*Gambar bonus. Program Wave'05, ala-ala pemantapan KLM, di Hutan Rekreasi UTM. Watak utama dalam gambar, kak Aina bersama Afzan, my another sis"

Ada jugak kakak-kakak lain yang menyumbang kepada diri aku hari ini. Macam kak Roza. Kak Roza, a.k.a Sailormoon Lambaian mula-mula kerja dengan dia, masa program Dekat Padamu 2. MT Cenderahati kalau tak silap. Maka teringatlah sesi membungkus hadiah di DSK. Masa tu ada kak Hanum yang cantik sekali dan Mai.
"Haih, nak balas mesej tak boleh sebab tak de kredit dia ni.." Aku pun tak ingat siapa cakap, dan merujuk kepada siapa.
"Apa dah.. handphone mahal-mahal, kredit tak de.. Baik jual handphone, beli topap!" kak Roza sound.

Errr.. kalau kak Roza lah kan.. Aku macam dok ingat part-part sengal je.. hehehe.. Patutlah dapat anugerah Slumber Girl masa satu jamuan dulu!

*Program Wawasan'05. Entah apa yang kak Roza dan kak Aina kena ceramah ntah, sampai terdiam.. hohoho*

Seorang lagi kakak Lambaian yang slumber, kak Is.. Haaa.. ni memang slumber habis.. Dia senang-senang je masuk borak-borak, main-main, buat lawak.. Memang happening lah dia ni. Paling ingat, masa kat Program Sayang di Sayang, KP di SMK T Tanjung Puteri. Main bola tampar (suka rasmi Lambaian, tapi aku tak pandai-pandai main). Fasi lawan adik-adik. Kami kalah teruk! hahaha.. Tapi..

Ala.. tak jumpa pula gambar kak Is.. hahaha.. Nampak sangat tak reti duduk diam untuk ambil gambar.. ngeh ngeh ngeh... (siapa-siapa ada gambar? please..)

*Eh eh.. seorang lagi.. Kak Fara! (tengah-tengah). Sila abaikan jejaka-jejaka background tu yer.. hehehe.. ni juga program yang sama, di rumah anak yatim semasa Wawasan'05*

Bersambung...

***************************************************************
Sebenarnya, intro post ini telah ditulis terlebih dahulu sebelum Bahagian 1.
Kakak-kakak ku semua.. Muuaaaahhh...!!!!

Ain teringat ... (Bahagian 1)

Abang Pilo,
Senior pertama yang sambut Ain masa di Dewan Sri Kempas, S01. Abang Pilo berbual-bual dengan Ain dan beberapa orang lagi, dengan sangat lemah lembut, ala-ala nak coolkan Ain yang nervous tak memasal tunggu giliran untuk interview (dah nama pun interview). Abang Pilo lah yang keluar dengan teka-teki bangang-bangang masa kat hutan rekreasi UTM dengan menggunakan lukisan-lukisan sampai lari alignment usus kecil Ain dek ketawa masa tu.

Abang Pilo boleh pandang Ain tajam-tajam, diam dan senyum bila Ain menyumpah seseorang yang Ain sangat marah sampai Ain jadi cool. Abang Pilo boleh nasihat Ain cara nak jumpa receptionist untuk minta kebenaran jumpa orang besar bagi tujuan minta sponsor program Wawasan'o5 masa pertama kali ke Mersing. Abang Pilo lah yang nasihatkan Ain, "kalau Ain adik abang Pilo, abang Pilo akan nasihatkan Ain belajar betul-betul dulu, sampai masa nanti baru fikir pasal jodoh " semasa Ain runsing di perantauan. hahaha... Paling akhir, abang Pilo juga buat Ain menemui lebih banyak kebahagiaan dalam kerjaya Ain sekarang..

*Abang Pilo yang bangga dengan pencapaian mengutip sampah dalam Program Clean Up the World di Stulang Laut. Program Khidmat Masyarakat KLM bersama MBJB*

Abang Wak,
Pengarah KLM masa Ain nak masuk kelab. Orang kedua yang Ain ingat Ain jumpa. Masa sesi interview, abang Wak cerita pasal katak pekak. Satu cerita yang Ain ingat sampai sekarang, yang buat Ain percaya, bahawa untuk berjaya capai apa yang kita nak, pekakkan telinga daripada kata-kata negatif. Then hari ini, Ain masih pegang kepada prinsip, fikir peluang dulu, sebelum fikir limitation. Sampai baru kejap tadi Ain masih kongsi pegangan itu pada beberapa student. Tak banyak menyengal bersama abang Wak rasanya, sebab setiap kali berkomunikasi dengan abang Wak, Ain rasa Ain jadi sangat sopan.. hehehe.. Dah jadi bapak budak dah di samping isteri, kak Shi, senior Smart Camp Ain yang juga sangat menenangkan.

*Abang Wak berbaju Melayu warna merah batu, di program Bersamamu, 2005 di Rumah Barakat JB*

Abang Afiq,
Senior pertama yang marah Ain...
Pertama kali Khidmat Pendidikan Sayang Di Sayang, di SMK Teknik Tanjung Puteri. Masa bagikan fail, Ain panggil adik-adik dengan panggilan "korang".
"Ain, sini kejap", abang Black panggil, bawa Ain jumpa abang Afiq.
"Ain.. kenapa panggil adik-adik 'korang'...?!" dengan muka sangat serius. Ain takut.
Tapi tak pe, Ain ingat sampai sekarang kesalahan pertama Ain sebagai fasilitator yang Ain takkan lupa!

"Abang Zairi, bila Ain boleh dapat CD video-video konsert AF tu?", Ain tanya sebab Abang Zairi pasang konsert-konsert AF 2 masa program pemantapan KLM di awal kemasukan Ain dalam KLM. Ain tanya masa kat meja makan di P19.
"Afiq, Ain tanya, bila boleh burn?" Baru Ain tahu, Abang Afiq yang akan tolong burn.
"Burn? Nak burn atas apa? Atas lidah?!"
Lepas tu, Ain hantar SMS kat abang Zairi/abang Black "pasal CD AF tu, takpe la, tak yah burnkan lah.. Ain tak nak.." sebab sangat kuciwa dengan jawapan ala-ala tengking abang Afiq.. hahaha..
Tapi last-last Ain dapat gak.. ngeh ngeh ngeh..

Senior pertama buat Ain terasa pun abang Afiq. Haih..

"Pergi mintak sponsor macam mintak sedekah!"
Pun salah satu ayat dari abang Afiq.. Alamak.. apsal semua yang macam garang-garang je ni..? Huh, itu lah abang Afiq. Tapi Ain tak jemu-jemu tanya pasal modul dan aktiviti kat abang Afiq.. Tak jemu..

*Abang Afiq garang. Takmu letak gambar dia jelas-jelas.. hahaha. Di padang UTM, sempena program Mesra 4*

Abang Black,
Pertama kali Ain nak bersuara dalam post moterm, Ain nampak Abang Black dah bangun nak meninggalkan perjumpaan. Tapi mungkin sebab ayat Ain best (hahaha..), Abang Black berhenti dan dengar Ain cakap sampai habis.

Abang Black adalah antara partner fasi pertama Ain, untuk program KP di Rumah Barakat JB (rumah anak yatim). Soalan pertama abang Black semasa berkenalan dengan partner fasi (masa tu ada Isnariah juga), "kalau Ain tak dapat jawab soalan adik-adik, Ain nak buat apa?"
"pass kan pada partner fasi?" Ain jawab.
"oo.. pastu, Is tak dapat jawab, Is pass kepada A.. A pula hantar kepada B, B kembalikan semula kepada Ain.... daaaaaaaan... goooooaaall...!!", jawab abang Black.

"Ain tak tahu nak masuk dengan dia camne.. apa kita buat dia tak nak ikut.. cadangan kita dia bangkang.. pastu dia main hanpon, sandar kat tiang", Ain mengadu perihal seseorang semasa induksi satu program KP, Ain selaku ketua Fasi di Dewan Serbaguna KTC.
"bangkang dia pun tak boleh" Ain tambah. "kalau Ain tak boleh bangkang dia, Ain puji dia"
Ain diam. Dan Ain cuba.
Ya, lepas itu, Ain boleh berbual dengan dia dan dia boleh bekerjasama sehinggalah hari program.

"cantik tak baju ni?" "kalau Ain adik abang Black, abang Black tak kasi Ain beli baju tu"
Perbualan di pesta konvo yang sempena konvokesyen Ain. Baju tu berkain nipis dan jarang sebenarnya.

*Kenapa ntah gembira sangat Abang Black ni. Di Persada, JB, Malam Pra Graduan, 2007*

****************************************************************************
Motif?
Saje, aku teringat.. Mereka adalah antara orang yang terawal aku kenal semasa BERTATIH sebagai warga Lambaian.

Kenapa 4 orang ini je?
Teringat ramai sangat sebenarnya.. tapi bila dah taip, jadi panjang pula.. Maka will be continued.

Tapi kenapa 4 orang ini dulu?
Sebab dapat cari gambar mereka dengan pantas dulu.

Punca teringat?
Sebab slot tengah hari Ahad lepas oleh Abang Azwar dan Abang Sport di Kem Kaizen, Gunung Pulai sempena program Star V 07. Will be explained later.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's