Jumaat, April 22, 2011

Kak Ikien & Abang Black Nak Kahwin 7 Mei Ini!

Assalammu'alaikum warahmatullah-

Kerja bab menyebar-nyebarkan jemputan walimatul urus orang ni aku memang suka kan-
Nak-nak jemputan kali ini adalah berkaitan berkahwinnya dua orang senior Lambaian aku yang sangat dekat dengan aku (dekat ke- aku rasa dekat je)

Abang Black dan Kak Ikien!!!

Dua-dua ni Lambaian batch atas aku; iaitu tahun 2003-
Dua-dua baik sangat; dua-dua comel; dua-dua pun macam my lovely akak dan abang!

Dengan diamanahkan oleh Kak Ikien; dipersembahkan--- tadaaaaa!!!!

Tarikh : 7 Mei 2011
Tempat : Rumah Alumni UTM Johor Bahru

Jom kasi gegar!!!!

Tarikh : 28 Mei 2011
Tempat : Ipoh; Perak

Nak konvoi? Yuk!!!!

Semua warga @Lambaian adalah dijemput dan tidak ketinggalan juga adik-adik KLM yang ada di UTM (tak cuti rasanya)- Jemput memeriahkan majlis Kak Ikien comel kita ni!!!!

Wahh!!!

Kak Ikien!!!

Okay okay; sorry; aku excited lebih =)

Semoga Allah permudahkan dan berkati segala urusan; bahagia sampai syurga =)

Selasa, April 19, 2011

Sehari Bersama @Lambaian 2011 (SBL2011) Selesai - Alhamdulillah

Assalammu'alaikum warahmatullah

Alhamdulillah selesai sudah SBL2011 pada Sabtu lepas yang dilengkapkan lagi dengan jamuan kelolaan adik-adik KLM pada malam harinya dan 'meeting-larut-malam' warga @Lambaian di Agus Taman U-

Walaupun 'meeting-larut-malam' aku tak turut serta; tapi cerita-cerita yang terkesan dalam jiwa yang hadir terutama cerita seram sampai ada yang seram nak memandu balik rumah malam tersebut lalu tidur di rumah orang lain boleh buat aku membayangkan betapa masing-masing enjoy dengan pertemuan sehari suntuk itu-

Terima kasih buat warga @Lambaian yang hadir dari jauh (KL tu kira jauh la berbanding JB) iaitu Abang Sport; Abang Azam dan keluarga; Aufa (walaupun masa makan dan 'meeting-larut-malam' je; dan Usop; Dari Melaka tapi macam dari Johor juga; iaitu Abang Azwar- Dari Johor; terima kasih buat Abang Gap; Abang Adam & Kak Ezi dan anak-anak; Kak Ayu; Kak Ikin; Faiz; Ajan; Fizah & baby!- Warga yang dekat dengan UTM (yang macam susah nak lari) iaitu kak Syila; Nabil & Ainul; Mai; Bad- Terima kasih atas kehadiran dan sumbangan terhadap kejayaan berlangsungnya SBL2011- Tak ketinggalan juga bagi yang membantu dari jauh (idea dan wang ringgit) iaitu Ecah; Apek; Nafisah; Sai; Elya yang hadir semasa induksi juga; terima kasih-

Maaf jika ada yang tertinggal-

Paling bermakna; kehadiran adik-adik sebagai peserta yang tidak ramai seperti bilangan fail yang disediakan tetapi kualiti masa yang dapat kakak-kakak dan abang-abang luangkan amat memuaskan hati kami dan semoga dapat memberi makna dalam kehidupan kita semua-

InsyaAllah; report penuh akan dikeluarkan nanti- Berserta gambar-gambar ;)

Sekali lagi; alhamdulillah-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's