Salah satu tujuan mewujudkan blog @Lambaian adalah untuk menyenaraikan seberapa banyak berita yang panas mahupun suam. Maka jika antara kalangan rerakan yang mengetahui berita terkini rakan-rakan yang lain, seperti kelahiran cahaya mata, pertunangan, perkahwinan, terjumpa pasangan alumni tengah honeymoon, terjumpa rakan alumni bersama alumni lain jalan-jalan pegi taman, ternampak alumni yang tak pernah jumpa sejak keluar UTM, serta apa-apa jua berita lain seperti berjaya ke luar negara bermain salji, ataupun pasir di tengah gurun mahupun meminum air sungai Nil, silalah berkongsi bersama, letak gambar kalau nak lagi glemer, kalau ada blog, tulis dalam blog sendiri, letakkan komen dalam blog ini, nanti kami potong dan edit jadi berita, minta izin sekali untuk kami linkkan blog anda. Apa-apa berita berkaitan anda, kami memang ingin tahu.
Aku mula la sebagai yang pertama. Aku pernah menjejak kaki ke Pekan Baru, Indonesia tahun lepas untuk melihat Pam Minyak Mentah di atas darat. Tengah-tengah hutan. Bukan senang nak tengok mende alah ni kat Malaysia, yang dah terbengkalai adala kat Miri nama Grand Ol Lady. Ada dekat 300 biji mende alah ini di serata daerah ini. Panas tak berita ni? Macam suam je kan. Hahah. Ini contoh ye. Buat pemula. Kongsi-kongsi la pengalaman korang yang lain di luar negara dengan kami. Kurang-kurang, yang lain yang membaca boleh simpan hasrat nak pegi atau cukup sekadar jeles di dalam hati.
Juga kami ingin meletakkan seberapa banyak link blog rakan-rakan alumni yang lain di sini, supaya @Lambaian menjadi portal lengkap dan terkini dalam mengetahui status dan perkembangan ahli @Lambaian yang lain. Caranya, kami akan meminta izin untuk meletakkan link anda di blog ini dengan mengunjungi blog anda nanti. Harap dapat membantu dalam mengimarahkan lagi Blog @Lambaian. Sekian.
Notakaki amANI: aku ada la nampak si A dengan si B jalan-jalan pegi taman, juga si C dan si D makan di kedai sama-sama, dorang ni ada apa-apa ke? Eh jap, dorang ini bukan alumni lagi, habis sem ni baru jadi alumni. Huhuh. Panas kan?. Ziraniza yang nak kahwin itu, sila war-warkan jemputan anda supaya alumni berdekatan boleh hadir ke majlis anda. Emel la kad yang telah discan satu buat panduan kami di sini.
3 ulasan:
oohhhoooo... suka, suka!!! takpe, yang cite si A, B, C dan D tu simpan baik2, follow je rapat2.. once dia grad, ha, gebabom!! heheh..(gosip, bkn main semangat) hehe..
::ayen::
suka ye dia gossip-gossip nih. sekarang ni memang usha je dari kejauhan.
ayen mmg pantang nampak gossip2 nih....
*teettt* tuka topik hehe
insyaAllah, nanti kad dh siap for sure sy ltk pnyer hehe
Catat Ulasan