Isnin, November 23, 2009

Persediaan Program (sambungan)

Alhamdulillah, kita masih ada nikmat mata, untuk membaca. Kita masih ada nikmat mata untuk melihat muka kita pagi tadi di cermin. Kita masih ada mata untuk nampak jalan raya dan kereta-kereta semasa kita drive tadi. Kita masih ada mata untuk melihat ragam manusia. Semoga kita masih ada 'mata' untuk melihat keburukan dan kelemahan diri.

Berbalik kepada cerita tentang persediaan program, dan khususnya persiapan kad matriks program yang aku hampir-hampir cerita minggu lepas, sudi aku menyatakan bahawa kerja designing ni adalah kerja yang perlukan keyakinan yang amat tinggi. Kalau tak yakin, kita akan sentiasa ada penyakit was-was dengan hasil kerja kita. Huh. Aku sangat kagum dengan orang-orang yang boleh malah mahir siapkan kad matriks program. Seangkatan dengan kerja itu ialah membuat buku program atau sebarang bentuk design, termasuk banner dan cenderahati.

"Photoshop adalah benda ajaib di dunia yang ke-8", kata seorang kawan aku baru-baru ini. Jadi, orang yang mahir menggunakan software tersebut, atau sebarang software untuk designing, aku kagum.. Antara watak-watak Lambaian yang aku terbayang sekarang bila bercakap soal designing ini, abang Zairi, Amar dan Aufa. Ramai je lagi nama lain, tapi ni yang ada alkisah-alkisah lah. Seperti alkisah Amar membuat kad matriks program Soul Fusion yang pertama, tapi silap tahun daaa.... Ops.. terbocor cerita..

Pengalaman pertama sebenarnya aku baru-baru ni buat kad matriks program, brosur dan buku program. Sebab itu lah aku tiba-tiba sangat menjiwa bidang tugas itu, menghargai jerih payah dan memahami erti kepuasan berkarya di situ.. cewah.. Perasaannya bila orang masing-masing ambil kad matriks tersebut dan pakai. Hahaha..

Kan best kalau post kali ni ada gambar-gambar kad matriks program-program Lambaian kan? Hisy, ain ain.. cakap pun tak guna kalau tak upload gambarnya. InsyaAllah, operasi mengumpul dan menjadikannya salinan lembut (softcopy) masih diteruskan, demi nilai sentimental itu. Siapa-siapa nak tolong, masih dialu-alukan.

Pendapat peribadi aku, kad matriks paling unik ialah kad matriks program Alumni Lambaian di Desaru (Ada Apa de Desaru). Kad matriks transparent gitu. (gambar? later)

Pendapat peribadi aku lagi, banner program paling unik, ialah banner program Dekat Padamu 3. Errr.. yang ke 3 kot. Yang ada corak dam merah sebagai hiasan. Namun, Amin atau Apek beritahu, mereka dapat design tersebut selepas menyelongkar stor KLM dan menjumpai banner program dulu-dulu. Haaa.. program apa itu, dan siapakah orang disebalik tabir? (gambar? later)

Pendapat peribadi aku seterusnya, pertunjukan multimedia paling best, oleh Aufa. Program apa, aku tak berani sebut, sebab aku rasa semua best. hahaha..

Akhir kata, hargailah setiap saat yang kita atau sahabat kita luangkan untuk sebarang program atau kerja dalam kehidupan seharian juga. Tidak kira tugas belakang tabir atau tidak, mudah atau susah, cantik atau tidak. Kerana nilai sabar dan ikhlas itu tak dapat dilihat, tapi manisnya dapat dirasa selagi hati tidak sehitam arang.

Bersambung...

1 ulasan:

Batu Bata berkata...

kad metrik desaru... hua hua hua.. tu wat dengan ammar. kena bagi kredit kat dia..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's