Rabu, Ogos 25, 2010

Lambaian Memang Havoc - Malam Pengenalan Kelab, 2010




Alamak.. ada siapa-siapa perasan tak post ini yang hanya ada gambar, tapi tiada tulisan? Sebelum ini? Tak de kot.. hohoho.. Aku punya kerja lah tu, edit gambar, upload, tapi tak siap tulis lagi. This post was automatically posted, mengikut schedule yang tak pasal-pasal aku buat buat, sebagai salah satu teknik mendisiplinkan diri. Malangnya, tak terkejar.. huhuhu.. Tu yang ada beberapa jam post ini keluar gambar sahaja, tanpa tulisan. Faham? Tak faham, abaikan..

Okay, kembali kepada niat asal. Owh.. sebelum tu, aku telah siasat tentang penggunaan perkataan 'havoc' di kalangan muda-mudi Melayu zaman sekarang yang menjana idea untuk aku letak perkataan tersebut di tajuk post kali ini. Aku dapati, dalam Bahasa Inggeris, maksud sebenarnya lebih kurang macam porak-keranda.. eh, porak-peranda. Sepatutnya suasana negatif. Contoh, masa korang dalam kelas sekolah rendah, cikgu ada mesyuarat, maka, keadaan dalam kelas adalah havoc. Sepatutnya negatiflah (tapi masa aku jadi anak murid, aku rasa itu positif je..). Betul tak wahai cikgu Bahasa Inggeris? Walaubagaimanapun (cewah..), 'havoc' pada post ini adalah bermaksud seperti kebanyakan fahaman anak Melayu (mungkin anak Malaysia, campur Cina, India sekali), iaitu MERIAH.

"Engkau, kalau pergi booth orang, tak buat onar tak boleh ek?"
"Biasalah... Lambaian..."

Dialog antara Abang Azwar dan Anis Sabri semasa di Dewan Astana, semasa malam pengenalan kelab di Kolej Tuanku Canselor (KTC), 19 Julai lepas, yang diceritakan semula kepada aku. Aku tak dengar dialog ni di tempat kejadian sebab aku tengah luruskan pinggang di rumah. Ahakz...

Tengok gambar-gambar di atas, terutama yang pertama sekali, baru aku ingat yang aku pernah ada satu azam. Nak kumpulkan semua kad matriks program aku, dan senior Lambaian, untuk dijadikan tatapan di blog ini. Tapi, aku tak dapat sumber tambahan lagi melainkan kad matriks yang dalam simpanan aku. Ingat nak tengok juga revolusi kad matriks program Lambaian. Amacam? Zaman sekarang punya kad matriks ni, aku rasa dah canggih-manggih dah. Macam-macam design. Maklumlah, ramai yang berbakat dan mahir menggunakan benda ajaib di dunia yang ke-8 (Adobe Photoshop).

Gambar ke-2 tu, kain rentang, atau yang selalu dipanggil sebagai banner. Hmm.. banyak juga cerita di keliling banner yang aku boleh imbas semula. Contoh, hal pertama kali makan pisang goreng di Johor (aku rasa lah) dengan keluarga Lambaian semasa mengecat banner program Ulik Mayang (Khidmat Masyarakat di Terengganu) di Dewan Serbaguna, iaitu Dewan Astana sekarang. Program ni tak jadi last minute selepas segala banner, cenderahati siap sedia.. Cabaran betul buat Majlis Tertinggi kan.. Hmm.. Cerita lain.. Tapi, tak terbuat pula kerja-kerja yang patut aku buat dalam kepala aku ni karang. Huh.. Nanti-nanti lah aku tambah.. Abang Adam pun dah pernah cerita pasal satu banner (boleh klik kalau tak pernah baca).

Gambar ke-3 tu pula sebahagian daripada warga Lambaian yang memeriahkan suasana. Dah lah sudut untuk Lambaian dua kali ganda lebih besar daripada kelab lain, (kenapa, aku tak tahu), manusia-manusia berbaju oren pula meriah semacam. Tak ke havoc?

Okaylah.. penat.. nanti sambung..

16 ulasan:

~ fiza berkata...

ain, aku ingatkan smlm biarlah gambar menceritakan semuanya haha ghopenye xsiap lg hehe

walau apapon....lambaian mmg havoc hehe

Kotak Hijau berkata...

havoc ke? program untk diri sendiri lbh dari kepada masyarakat? masih relevan ke nama KLM tu?

ayen =D berkata...

hahaha.. engkau tengok ek fizah.. kui3.. malu2..

lambaian mmg havoc... KLM (merujuk yg masih di UTM) sedang bangun daripada tidur yang panjang.. wah.. ayat aku tak boleh blah..

ayen =D berkata...

tiba2 rs kena cerita pasal jerih payah mencari/ mencipta program... hmm.. ada sape2 nak tolong?

Kotak Hijau berkata...

jerih payah sume tu dulu pun ada..nk banding kn dgn masa hadapan ke? jgn selesa sgt..ahli semakin berkurangan..knp boleh jadi mcm tu..ape faktor?

~ fiza berkata...

mencari/ mencipta program dan di saman rm100 dkt wisma hehe best ape

sesekali usop berhujah...gerun....

Adam Ruslan berkata...

Cara paling direct untuk menjawab pertanyaan Usop adalah dengan Usop sendiri turun ke kem pemantapan KLM paling terdekat.

Amacam Usop?

Kotak Hijau berkata...

adakah dgn menjawab soalan tu dpt me'relevan'kn lambaian di ktc yg havoc dgn ahli nye shj bukan masyarakat?

pemantapan yg dilakukan utk memantapkn alumni?

fiza: tu bukti kn mmg ada jerih payah

~ fiza berkata...

ala usop....kita havoc dgn ahli oraitla tu...
dgn masyarakat sopan hehe

Kotak Hijau berkata...

hehe ..fiza agreed sket..

Syila berkata...

Diri kita sendiri juga adalah sebahagian dari masyarakat. Adik-adik2 tu semua masih dalam proses belajar. Ahli ramai x menentukan kejayaan & kehebatan sesuatu kelab. Yang penting sejauh mana mereka boleh bersatu & berganding bahu menghadapi susah senang bersama serta mengambil manfaat berprogram.

ayen =D berkata...

sy setuju 50% dengan setiap pandangan; hehehe:

sy faham maksud semua orang yang komen; dan sy dapati masing2 menyentuh hal2 yang berlainan: ops; pendapat sy sja:

hanya satu yg sama; u all semua ambil berat kat KLM sekarang (KLM dengan alumni Lambaian adalah dua term yang berbeza;sila ambil kira): sejauh mana kita bersikap terbuka memahami isu yg cuba masing2 ketengahkan; itulah yg menentukan sejauh mana kita boleh menyumbang kepada msyarakat:

play safe bukan satu2 nya cara utk rasa safe: dan sebaliknya pula; matlamat tak menghalalkan cara:

tak faham ke: nasib lah hahaha

Kotak Hijau berkata...

kak syila: bile kate proses kne ad improvement..

ayen =D berkata...

sbg org yg dekat dgn adik2 di sini, diorang mmg ada improvement..
cayo la cakap den..

haih, apsal lah kakak abang yg sungguh2 terangkan keadaan adik2 KLM ni ek.. tak ke ni keje diorang? hahaha.. atau, ini tugas @Lambaian?

sYaza berkata...

weeeee...gambar syaza pon ade kat situ..keh3..ingt lgi time promote kelab kat adik3..pergh punya la kecoh KLM siap ade cabutan bertuah lg tau..jeng3..ehehhehe

ayen =D berkata...

waaahh.. vouge gitu... kasi havoc dlu utk tarik orang kan.. pastu dpt la kita sebarkan magic in KLM.. =) insyaAllah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's