Ini memang rahsia besar. Sampaikan menteri besar sendiri pun tak tahu rahsia besar ini.
Camni ceritanya, aku tak tahu kenapa, tapi tiap kali program Lambaian, mesti kena buat banner.
Pertama kali aku pengalaman membuat banner, untuk Sirih Pulang Ke Gagang I. Sport dan Fakhrul adalah pemilik tugasan. Yang lain hanya membantu, maka dengan itu baru aku tahu, nak buat banner bukan senang. Kena ada draf, kena buat pemilihan font. Kene lukis logo kelab. Kene lukis logo KTC. Kene lukis logo program. Aku rasa tak banyak program yang ada logo program. Tapi Sirih ada logo programnya sendiri. Kene pilih warna apa nak digunapakai. Kene beli kain rentang. Tapi masa zaman aku, kebanyakannya semua kain rentang kaler putih. Ada la satu dua yang kaler kuning, oren, biru atau maroon.
Mula-mula buat banner, segala teknik dan tektik digunapakai. Macam-macam. Print tiap huruf dengan kertas A4, tekap bawah kain. Print sebaris perkataan atas A4, dicantum-cantum kertas itu. Buat garisan guna tali rafia supaya alignment tak lari. Lapik kertas suratkhabar masa mengecat banner. Cantum 2 meja buat lukis banner tengah-tengah jalan antara DSK dan DSG. Macam-macam.
Masa melukis banner juga adalah masa paling cemerlang untuk berkenalan. Macam aku, mula-mula masuk program Sirih, aku tak kenal langsung semua ahli program. Sebab yang sama kursus mekanikal dengan aku hanyalah Azam. Yang lain bukan bekas maktab aku, bukan sama-sama geng dengan aku. Bukan geng-geng yang aku keluar makan tengahari mahupun malam bersama. Maka masa melukis bannerlah kami dapat bertegur sapa dengan lebih dekat, tanya single lagi ke tak, eh itu mengorat. Taklah, sembang-sembang. Berkenalan serta bergosipan. Duduk terbongkang atas simen pon selamba je. Orang lalu lalang kita buat tak tahu je. Hisbah datang pun tak bleh nak tegur, walau duduk dekat-dekat. Buat banner ni. Bukan dating.
Yang aku ingin kongsi di sini adalah penghasilan banner MINANG 2001. Ini adalah KM yang pertama aku ikuti. Aku jadi penyelaras program, Lan pengarah program. Aku mintak pada Lan, sukarela untuk menjadi pembuat banner MINANG. Aku mintak permisi untuk buat banner yang lain dari yang lain. Yang bukan macam banner program lain. Lan bagi.
2 hari sebelum hari melukis banner. Selalunya kami buat banner masa mula cuti sem, masa induksi fasilitator untuk persedian modul dan program. Aku baru habis kertas final. Aku bukak perisian Word. Hah? Ape? Photoshop? Perisian itu tiada di dalam komputer aku mahupun dulu ataupun sekarang. Aku tak suka. Apa kemendenya segala layer itu. Aku tak paham.
Aku susun perkataan-perkataan program. Perinci segala butir-butir program. Susun disana sini. Ikut rasa dan suka aku. Aku lukis kotak-kotak. Ganti bunga lawang atau kerawang. Aku susun logo-logo yang perlu diletakkan dalam banner. Aku bubuh warna latar. Hitam. Warna perkataan sama dengan latar. Cuma outline aku bubuh kaler oren. Aku print. Tunjuk kat Lan. Lan setuju.
Aku balik semula bilik. Aku pikir semula, macamana nak menjimatkan kertas dan membuat banner paling efisien. Aku print perkataan ikut suka hati kebesarannya. Cantum-cantumkan. Potong luarnya. Tinggal betul-betul huruf sahaja. Kene potong sebab aku nak guna kain rentang kaler hitam. Ye, hitam. Jarang-jarang orang guna kain berwarna. Ada yang belum dipotong, aku bawak turun DSG. Minta gadis-gadis tolong potongkan. Aku rentang kain hitam 4 meter itu atas kotak kayu yang selalunya menjadi stage kat DSG sebagai alas membuat banner. Tarik cekang-cekang. Lepas tu pin dan selotape. Aku susun segala perkataan dan buat sketch atas kain hitam itu guna pensel.
Sehari pertama, digunakan sepenuhnya melukis segala perkataan dan tulisan di atas banner. Lukis kembali outline mengikut perkataan yang dah dipotong itu. Timbul satu mesalah. Antara kami, tiada seorang pun tahu, bagaimana rupa lambang kerajaan Negeri Sembilan. Yang ada hanya satu rujukan yang sangat kecil pixelnya. Bila dibesarkan tak nampak jelas apa rupa sebenar garis-garis berwarna kuning di tengah lambang itu.
Aku: "Ko takde lambang negeri Sembilan yang lain ke?"
Afzan: "Mana ada, ini je yang aku ada"
Aku: "Dah, yang garis-garis ni apa?"
Afzan: "Setahu aku, ini padi"
Aku: "Biar betul, mana Negeri Sembilan ada padi, Kedah yela, bak sini aku tengok"
Aku amati dengan tajam, aku kira. Ada 9 garis semuanya, yang tengah lagi panjang dari yang tepi. Mana mungkin padi sebegini. Tapi pixel kecil itu yang terlalu kabur bila dibesarkan dan memang tidak dapat ditafsir sepenuhnya.
Aku: "Aku rasa pedang la, takkan la padi, pedang kot, sebagai tanda ada 9 daerah serta pembesar dalam Negeri Sembilan"
Afzan: "Mungkin la kot pedang"
Yang lain-lain pun sependapat. Pedang rupanya objek bergaris itu. Tapi, cemana pulak gambar pedang itu? Aku tolak pada Afzan, dia lukis. Aku tokok tambah apa yang dia lukis. Aku lukis pedang Penjejak Awan, pedang Penjejak Badai, pedang samurai, segala jenis pedang yang aku rasa berbentuk pedang.
Ramai yang suka konsep baru banner aku ini. Simple. Menarik. Serta ada elemen seni di situ.
Hari kami menggantung banner di dewan orang ramai pun tiba. Hari kedua baru ada perasmian program, program ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar. Hari pertama kami adakan gotong royong untuk membersihkan dewan dan kawasan sekitar.
Afzan tegur aku. Tunjuk kat tepi dewan. Ada gambar sultan dan sultanah, ada gambar menteri besar dan ada lambang Negeri Sembilan. Ya, objek itu kami amati dengan hati penuh debaran.
Objek tersebut memang jelas kelihatan. Padi !! 9 batang padi untuk lebih tepat.
Bukan pedang segala jenis pedang. Bukan pedang Penjejak Awan, bukan Pedang Penjejak Badai, bukan pedang samurai. Aku diam. Buat macam takde apa. Afzan dah gelak. Aku simpan, harap Lan tak tahu atau perasan. Lambang tu kecik je, takde sape nak perasan kot. Aku pujuk hati. Harap Menteri Besar sendiri tak belek sungguh-sungguh banner aku itu. Aku redha, sepanjang perasmian aku mengerling pada banner itu, takpe, tak nampak sangat rasanya. Rahsia ye ni kawan-kawan. Jangan bagi tahu Menteri Besar.
Aku akhiri dengan pantun yang aku kerat sendiri.
"Kalau padi katakan padi"
"Tidak kami ternanti-nanti"
Dari kiri: Ah, apa gila aku ingin membuka folder memori mengingat nama orang. Yang pasti, program ini ada keterlibatan 5 dari JKM, 5 dari Smart Camp, 5 dari KTR dan yang lainnya KLM. Ini selepas perlawanan bola yang kami kalah dengan orang kampung Felda Sg Lui. Gambar ini adalah hasil tangkapan semula kamera digital di atas gambar sebenar. Aku tiada pengimbas. Mekasih Ain untuk idea bagi teknik yang moden lagi terkini ini.
7 ulasan:
hahaha.. gelak sangat membaca post ni dan semasa menceritakan semula kat kawan dikala sepatutnya membuat report..
sama-sama.. walaupun mula2 agak blur, "kenapa mekasih Ain? apa aku buat?" hehe sebab kurang menghayati ayat 'aku tiada pengimbas' tu.. huhu.. idea ni pun dapat sebab ada orang negara mana ntah buat masa tu.. bukan ori sangat dari my head pn..
huhu.. rindu sangat masa buat banner!! betul, masa tu la paling best nak berborak, berkenalan, bergosip, mluahkan perasaan marah (teringat Kay).. hehe
hahahaha nasib baek menteri besar xth....
lawak la hehe gelak sorang2 sebelum melelapkn mata hehe
banner hitam tu ker? chantekk...
also miss that cat banner moment hehe
gelak gelak takpe, jangan bagi tau menteri besar sudah. hahah.
adam, adam.. ko ke yang membuat banner itu? tahniah kerana keluar dengan idea buat lambang kecik... kalau la ko buat lambang sebesar2 alam... alangkah..!!
tetiba aku terpikir sesuatu..pada zaman itu.. siapalah yang berani betah apa yang ko cakap adam.. maka bila ko kata pedang, pedanglah jadinya...cuba ko lebih ramah seperti sekarang.. mesti afzan akan mempertahankan pendapat dia dan mengatakan ia padi.. bukannya pedang..anyway, aku suka ko dulu dan lebih suka sekarang..hehhehe.. kak ez.. ayu suke je...
::Ayu::
Masa ini kami berbincang dengan terbuka tanpa keseriusan. Memang ada 2-3 yang kata itu padi, tapi ada juga yang bersetuju dengan pedang. Mungkin juga aku veto kan keputusan itu. hahah.
suka? hahah, sila-sila.
aiyak...amik gambo muka2 kalah pas main bola dgn org kampung. mana gambo2 lain..time kenduri tu. Ingatkah dikau en amani ttg gosip dari org kampung bahawasanya kedatangan menteri besar itu mcm tidak berapa dihargai krn krisis antara ahli2 politik di sana. Bila hujan lebat turun time perasmian, mereka kata.. "ni hujan sbb tak rahmat la ni..org tak suka..."
Catat Ulasan