Ahad, Mac 15, 2009

Warga @Lambaian dan Kerjaya Pensyarah

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatu

Alhamdulillah, laporan untuk salah satu subjek telah selamat aku siapkan sebentar tadi, Optical Fabrication Technology : Ductile Grinding, salah satu teknik untuk mempersiapkan permukaan komponen optik. Inilah salah satu subjek yang aku ambil di perantauan ini untuk terus menetapkan status sementara jawatan tutor di UTM Skudai.. UTM.. sanjugan bangsa... hehehe..


Ya, tutor.. dan insyaAllah, bakal pensyarah.. aaaamiin...


Yang sama generasi dengan aku dalam Lambaian, 2004, kebanyakannya sedang bekerja, sambung belajar, berkahwin.. eh, ada? tak tak, bekerja atau terus dan sambung belajar. Apa yang aku berminat untuk huraikan kali ini ialah, mereka yang bekerja sebagai pesyarah, atau tutor atau yang sewaktu dengannya.


Selain aku, turut sama bidang dan jabatan di UTM (Fizik) ialah Mai, yang kini sama-sama sedang menikmati malam minggu selepas selesai satu laporan. hehehe.. Generasi gemilang cemerlang terbilang yang sama, Ummu, penerima anugerah canselor majlis konvokesyen ke.. huhu, Mac 2008 kalau tak silap hehe.. juga sekarang seorang tutor di fakulti sains (Matematik), UTM. Pilo, atau nama glamornya, Mahyudin, generasi yang agak senja (hehehe) adalah pensyarah juga di UTM (Pendidikan + Elektrik) dan mungkin bakal pensyarah di tempat lain.. hehe.. belum dengar lagi tukar profesion rasanya. Tak ketinggalan, generasi Lambaian selepas aku, Aemy (Kimia) yang kelihatan bahagia dengan sol gel nya di UTM (aku pun tak tau sol gel ni apa, tapi kaitan dengan eksperimen dia agaknya)

Zairi
, atau lebih dikenali sebagai Cha juga bersyarahan.. eh, bersyarah.. tapi di UMP (mekanikal), beralih arah dari profesion jurutera di Panasonic sebagai kerjaya pertama. Usop, segenerasi Zairi, adik kepada seorang pensyarah di UTM Skudai kini mempunyai nama jawatan, juga pensyarah (mekanikal) di.. (sila isi tempat kosong hehehe)
Tidak ketinggalan seorang yang aku kenal dari alam siber terlebih dahulu, Ayu yang asalnya aku kenali sebagai kakak loneliness kini adalah seorang pensyarah bahasa Inggeris di (sila isi tempat kosong juga ehehe), yang biasa juga aku berbincang tentang sistem pengajaran, terutama berkaitan bahasa Inggeris sana dan sini. wah.. ilmiah kan?

Kalaulah dapat aku jejak lagi, bolehlah aku kira peratusan warga @Lambaian yang memilih kerjaya pensyarah pada masa sekarang. hehe.. dan
pasti dapat membantu keluarga Lambaian yang lain yang ingin bertukar profesion, ingin bertukar suasana kerja atau yang ingin memulakan kerjaya pertama mereka, malah tak kurang juga bertukar idea dan pendapat untuk kemaslahatan bersama malah anak bangsa..

owh ya, sewaktu dengan tugas pensyarah.. cikgu.. ada dua warga Lambaian segenerasi aku yang dapat aku ikuti perkembangan terkini mereka, sebagai cikgu tusyen di bandar Mersing, As dan Ajan yang merempit bersama ke tempat kerja.

Perkongsian selanjutnya di ruangan komen amatlah dihargai. Pembetulan fakta amatlah dialu-alukan. Jika perlukan kontak personal dengan nama-nama yang disebut (jika tiada), bolehlah dapatkan secara percuma dari aku melalui email, ayen_usen@yahoo.com untuk menjaga privasi yang memerlukan privasi.

Selamat menempuh alam pengajian ilmu, alam pekerjaan, alam rumah tangga, dan blah blah blah... yang semuanya termasuk dalam alam pembelajaran tentang Tuhan dan makhluk..

10 ulasan:

PutRiMAdA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PutRiMAdA berkata...

tak lupa juga mursyidah dan zie.. rakan seangkatanku.. walaupun syidah agak kurang berminat dengan alumni ni..
dua2 ni che'gu english..
tak lupa jugak super duper senior abg robin yang juga GPK(guru penolong kanan) di SASER... huhu.. best masa kat desaru amar jumpa che'gu dia yang jugak super duper senior.. sama jugak macam dayah yang jumpa zie isaitu che'gu dia kat MRSM jasin
tak lupa jugak kak lin.. wife abg jijo..di mana kedua2 mereka adalah super duper senior.. batch bebudak akaun..
selain itu abg ainul ezwan, pensyarah di UTHM
tak lupa juga ROZZA yang baru menerjah alam pendidikan...

wow!!! ramainya..
mungkin lebih ramai tapi kita tak tahu...

PutRiMAdA berkata...

dan satu lagi aku terlupa...
kak nogy yang sedang mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI)...

ziraniza berkata...

usop d unikl hehe
ramainyer y berbakti pd anak2 bangsa nih...alhamdulillah.... ;D

ayen =D berkata...

ha ah la.. kak zie... yang dlu ain panggil miss zie.. hehehe..

Adam Ruslan berkata...

ada lagi, geng seforecast aku: Ruzaimi Rejab, Timbalan Dekan, sama fakulti dengan Zairi di UMP. Herman di UTem. Iqbal di UPM. Yang pompuan pon ada, tapi cam biasa, aku tak tau.

Juga Zaidah yang menjadi guru di Bandar Baru Uda. Tak ingat nama sekolah.

PutRiMAdA berkata...

adam.. ruzaimi rejab ialah bajer???

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

tahniah semua..yeay!!=)

PutRiMAdA berkata...

tak lupa juga syamimah syalmi atau ummi yang mengajar di banting

ayen =D berkata...

wah.. ramai ni.. insyaAllah, smoga perkonsian ini dapat dimanfaatkan semua..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's