Nampaknya sudah dua penulis menulis serba sedikit tentang awal penglibatan mereka dalam Kelab Lambaian Masyarakat, secara spesifiknya, saat ditemuduga untuk MELAYAKKAN diri menjadi ahli Kelab Lambaian Masyarakat SEUMUR HIDUP. waaahhh!! tahniah kepada semua yang LAYAK setelah melepasi ujian temuduga tersebut!! termasuk aku!! hehehe..
Setuju tak kalau aku kata, temuduga itu sinonim dengan perasaan bangga terhadap diri sendiri jika layak melepasi temuduga?
Memotivasikan?
Menambah catatan kejayaan dalam diari hidup?
Menambah nilai dalam diri secara tak lansung?
Mementerai janji untuk komited dalam diri?
Merasa hebat dan berusaha untuk terus menjadi hebat?
Memanjatkan syukur pada Allah?
Kalau tidak ada rezeki, temuduga itu mampu menjadi pengalaman yang amat berguna.. setuju?
Ada banyak lagi boleh aku hurai tentang kebaikan adanya temuduga sebagai keluarga Lambaian ni, kalau pembaca berani baca lah... hehehe.. tapi, okay, cukup setakat ini dahulu.. sebab ada pihak yang mempunyai pandangan berlainan tentang temuduga dan Lambaian...
Kenapa aku kata macam tu? sebab, selepas generasi aku, generasi 2005 (generasi nabil, aufa, fizah, hanim) selepas itu, generasi 2006 (generasi aput, faiz, dayah, anis) lah generasi yang masuk KLM tanpa temuduga.. betul tak? Aku tidak tahu sama ada sebelum-sebelum ini ada generasi yang masuk KLM tanpa temuduga (ini tak termasuk orang perseorangan yang diserap masuk). dan, aku juga tidak tahu generasi terbaru ada konsep 'temuduga masuk kelab' atau tak. Kalau nak bagitahu, boleh bagitahu di ruangan komen, dan terima kasih.. =) Tapi pastinya, ada yang berpendapat, tanpa temuduga untuk menjadi keluarga Lambaian juga ada baiknya.
"Biar dapat ahli ramai, biar semua masuk kerana perasaan seronok dengan kelab, sayang dengan kelab, suka dengan kawan-kawan kelab.. bila seronok, sayang, komitmen akan datang dengan sendiri dengan lebih kuat"
Lebih kurang begitu lah ayatnya ingat-ingat lupa aku lah.. hehe..
"Bagus masuk ahli baru ramai-ramai ni, kalau ada yang 'lari' nanti at least kita masih ada ramai. Kalau amik sikit, kalau lepas ada ahli 'lari', lagi sikit jadinya"
itu satu pendapat lain pula.
Dan aku juga senaraikan pendapat-pendapat yang agak ganjil bagi aku (ingat, ini pendapat peribadi AKU SAHAJA) seperti :
- tak yah susah-susah fikir dan buat sesi temuduga, tambah kerja..
- siapa lah kita manusia biasa untuk menilai..
- kadang-kadang yang terzahir dalam sesi temuduga itu bukan la yang sebaik-baiknya, sebenarnya jauh panggang dari api mungkin..
- mungkin juga yang gagal tunjuk bakat semasa temuduga sebenarnya lebih komited dan hebat jika berprogram sebagai Lambaianis berbanding yang lulus temuduga..
dan lain-lain.. (istilah dll atau etc dalam bahasa Inggeris juga boleh ditafsirkan sebagai kumpulan perkataan yang mampu tunjuk kita tahu lebih banyak berbanding orang lain.. hahaha)
tiada yang salah atau betul dalam memberi pendapat.. kata negara demokrasi :P kalau ajak aku berbincang, mungkin ada hujah baru yang mampu buat aku ubah pendirian.. tapi setakat ini, sebagai orang yang menjadi keluarga Lambaian dengan satu sesi temuduga dan pernah berada dalam zaman tanpa temuduga juga, aku rasa, temuduga untuk menjadi keluarga Lambaian satu perkara yang lebih baik.
Namun aku sangat percaya, setiap barisan kepimpinan ada cara, pandangan dan MATLAMAT tersendiri. dan itu sangat menentukan corak pentadbiran termasuklah dalam hal kemasukan ahli baru KLM. Maka, "trust yourself!"
Buat yang menjadi keluarga Lambaian tanpa temuduga, jangan sedih, marah, atau kata "hek eleh.. " hehehe .. ampun banyak-banyak, tak de niat buruk.. kerana aku pasti, ramai juga di kalangan ini teramat hebat sumbangannya sebagai hamba Allah di dunia yang sementara melalui saluran kelab kesayangan ramai ini.
Aku tidak bercakap tentang 'produk' Lambaian.. tetapi hanyalah tentang, "Temuduga dan Lambaian"
'temuduga' lah diri sendiri selalu, takut-takut esok hanya tinggal saat kita mendapat 'jawapan dan keputusan' dari-Nya
9 ulasan:
temuduga lambaiian saat2 y xakan d lupakan....
sampai nangis guwe di buatnyer hehe
usop lak duk maen hoki blkg MT y jd penginterbiu tu.....
a.zeri, a.black, kak fara, as, a.munir, a.afiq ni la penginterbiuku hehe
fizah is an outstanding interviewee..hehe..=) tahniah fizah..anda dapat kad hijau!!!yeay!!=) anda layak ke pusingan seterusnye..hehe
owh.tu nk test fokus..haha
Masa aku Interview lagi ssh...
kalau ko org xcaya boleh tanye wak...
he eleh pakcik sorang ni.. cite jer la.. haha.. tak pn, tlong racun abang wak datang stori kt sni .. hehe.. cmne cmne?
Masa batch Din ada yang aku interview.
Yang aku ingat, atuk aku luluskan. Yerk pon interview dengan aku, tapi tidak menepati kriteria pada masa itu. Hahah, tapi lepas tu dia masuk gak kan?
wah.. dua2 tu orang kuat tu.. klu dh kuat, cmne tak tepati kriteria pn masuk jugak akhirnya.. cewah..
salam semua..
anur here.. staf lambaian dr batch 2000-2004.(batch zaidah,afzan,yam) pernah menginterview dan pernah jd penginterview. muakaakaa... masa kene interview, i mmg muka muka kompiden. ape disoal jwb je dgn kompiden walau jwb ntahpape. msa jd pginterview,ramai yg kecewa dgn i coz dorg kata i garang giler.sape yg dpt dn i mmg jarang brnasib baik laa..muakaaka... tp pas interview,dh kenal dorg terkujet dgn i.x mcm hitler pun realitinya. tp yg i pasti, hasil interview lebih berkualiti walaupun kalah dr segi kuantiti. Mmg sukar nk cari permata dlm pasir..
Catat Ulasan