Isnin, Mac 16, 2009

Lanjutan dari Langkah Pertama Untuk Menyertai @Lambaian Secara Rasmi

Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima borang permohonan dari ahli @Lambaian untuk menemani saya mendaftar sebagai ahli PAUTM. Seperti yang dirancang, saya bercadang untuk menyerahkan permohonan untuk bulan Mac kepada pihak PAUTM pada 26hb ini, jadi masih ada banyak masa untuk kawan-kawan menghantarkan borang permohonan tersebut ke syilahaizal@yahoo.com dan meng'bank-in’kan yuran keahlian RM100 ke akaun Bank Islam No. 14032020216913.

Marilah kita bersama memulakan langkah pertama untuk merealisasikan @Lambaian. Mungkin ini akan menambahkan semangat kita untuk menggerakkan @Lambaian menuju ke matlamat dan objektif penubuhannya. Bagi yang masih ragu-ragu untuk mendaftarkan diri, dibawah adalah sebab mengapa kami (AJK Penaja & korum Mesyuarat di Desaru) sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan @Lambaian dibawah “SIG” PAUTM.


Kebaikan jika @Lambaian ditubuhkan dibawah ‘SIG’ PAUTM

Kami telah menerima sokongan daripada semua alumni Lambaian yang telah dapat dihubungi dari batch 1997 hingga ke batch 2005 untuk mendaftarkan @Lambaian dibawah “SIG” PAUTM dan persetujuan mereka adalah berdasarkan alasan-alasan dibawah:-

i. kita belum mempunyai kemampuan dari segi kewangan, peralatan atau pengangkutan sendiri untuk menjalankan apa-apa aktiviti melainkan setiap ahli perlu menanggung sendiri kos yang diperlukan;

ii. memudahkan kita untuk mendapatkan bantuan/sokongan/sumbangan dari segi peralatan, kewangan, sekretariat dan lain-lain dari pihak PAUTM/Universiti untuk menjalankan sesuatu aktiviti;

iii. menunjukkan sokongan kita kepada Alumni UTM sendiri kerana PAUTM menyasarkan untuk mendapatkan seramai lebih kurang 20,000 orang ahli supaya mereka boleh memberikan keistimewaan tertentu kepada pemegang kad keahlian PAUTM contohnya untuk mendapatkan potongan harga apabila menggunakan perkhidmatan atau membeli-belah di kedai-kedai tertentu dan sebagainya; dan

iv. untuk jangka masa panjang pula ia memudahkan ahli-ahli PAUTM untuk mendapatkan kemudahan/bantuan dari segi perkhidmatan dan sebagainya yang disediakan oleh PAUTM mahupun Universiti (jika berkaitan).

Kami amat mengharapkan penyertaan dan sokongan dari kawan-kawan semua kerana tanpa anda @Lambaian mungkin tidak akan dapat direalisasikan seperti yang telah dirancang.

9 ulasan:

ayen =D berkata...

hohoho..
sokongan amat diperlukan..
ops.. bukan stakat sokongan gambate chayuk dan apa2 lagi tu aje.. tp do smthing.. huhu..

Friction berkata...

Anggaplah ni sebagai investment untuk masa depan...

PutRiMAdA berkata...

kita ada letak due date?
tak leh ek tangguh sampai ujung bulan sikit instead of 26hb?

ayen =D berkata...

boleh kot.. tp tarikh yg ini pn tak pat sambutan lagi ni.. lagu mana ni hehehe.. duit ain bulan ni dh habis haha.. tunggu duit papa plak la hoho.. borang, malam kang ain isi.. peace!

Adam Ruslan berkata...

syila,

azam ada tepon tanya cemana nak bank-in dan antar borang. aku mintak dia isi dan emel kat ko. cuba folo up balik dengan dia.

26 ek? insya Allah akan diusahakan.

ayen =D berkata...

one more thing.. bank in ikut maybank leh tak sape2 tlong?
kak syila bank islam kan?

thanks

Syila berkata...

Adam,
Ok nanti aku tanya dia. Aku plan yg 1st ni nak gi antar sendiri 27hb tu sambil2 aku leh follow-up menda lain gak sekali. Termasuk utk gatheringnya plan, mana tahu leh konfem tuk dpt sponsor ker...aku cuba :)

Pada yg terlepas date leh terus antar gak cuma mgkin akan dihantar kpd PAUTM dlm tgh bulan le or selepas saya balik dari kg nanti k...hehe

Syila berkata...

Ain, nanti akak sms no akaun maybank kwn akak. Dah bank in nanti Ain sms akak je k.

Adam Ruslan berkata...

Syila,

Ingin di highlight disini untuk membuat transaksi maybank2u ke akaun ko, perlu nama penuh ko serta nombor kad pengenalan selain nombor akaun. Mujur aku ada rekod senarai ahli. Boleh dirujuk aku rasa elok ko emel butir2 ini pada semua AJK Penaja untuk memudahkan lagi urusan ini. Takut letak kat sini boleh disalah guna nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's