Berdasarkan perbincangan atas angin sahaja antara aku dan rakan-rakan, banyak peluang dan perancangan yang aku fikirkan banyak faedah dan boleh membantu antara kita sama-sama bekas Lambaian.
1. Klinik Kerjaya
Buat semua para graduan UTM, tak kisah KLM atau kolej mana sekalipun, bekas Lambaian adalah terdiri dari pelbagai latar belakang dan mempunyai banyak pengalaman yang bermakna untuk dikongsi. Ramai yang ingin berkongsi, tetapi tiada platform. Ini memberi peluang ahli @Lambaian, menyumbang kembali apa yang mereka telah kecapi.
2. Bank Panduan / Rujukan CV
Kadang-kadang, aku ada menerima pelawaan atau permintaan dari pelbagai pihak bertanyakan tentang status pelajar fresh grad atau jurusan tertentu, untuk dipelawa memohon pekerjaan di syarikat mereka atau syarikat rakan-rakan mereka. Aku rasa @Lambaian boleh menjadi bank CV ahli-ahli mereka dan boleh dihantar kepada yang berkenaan. Ataupun jika ada ahli KLM sekarang yang inginkan rujukan, bagaimana membuat format CV yang terbaik atau memenuhi kriteria syarikat yang dipohon. Aku rasa, rakan-rakan aku yang lain dan even senior aku juga mungkin pernah mengalami situasi sebegini. Rugi jika dilepaskan peluang pekerjaan sebegini sebab tiada calon atau kita tidak kenal antara satu sama lain.
3. Pengumpulan Master Modul.
Segala modul-modul di KLM adalah artifak tidak ternilai. Segala games, refresher, modul LDK, modul psiko drama, modul permantapan dsb adalah suatu barangan berharga. Aku tidak tahu status modul-modul sekarang tapi alangkah ruginya jika semua modul ini hanya disampaikan secara lisan tanpa apa-apa rujukan bertulis. Segala ritma, irama, lenggok bahasa dan gaya boleh kita rakamkan semula dalam bentuk audio dan visual. Letak dalam satu server atau portable hardisk. Maka rujukan penuh buat KLM untuk generasi seterusnya selama-lamanya. Alumni-alumni terdahulu mungkin banyak idea lama dan baru untuk disumbangkan. Mungkin kita boleh buat Bengkel Pembangunan Modul KLM.
4. Dokumentasi lengkap ahli @Lambaian
Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk ini. Yang telah kita lakukan adalah mengisi borang keahlian. Tapi aku rasa ini tidak mencukupi. Yang kurang formal yang boleh kita lakukan, sekarang adalah dengan meletakkan blog list bekas Lambaian yang ada. Ramai yang punya blog, tapi belum meletakkan link mereka, aku nak minta izin secara terbuka, kalau setuju, bleh letak komen disini. Aku dah mintak sebelum ini dalam entri lepas, tapi masih nak ulang lagi permintaan ini. Kenapa aku nak dokumentasi ini? Ini adalah pendorong utama dan sumber motivasi adik-adik di KLM sekarang. Mereka suka dan mereka boleh merencana hidup mereka bila mereka tahu dari acuan Lambaian yang sama, sudah ada yang berjaya dan berkerjaya. Apa jua bidang, apa jua kerjaya itu adalah aras penanda untuk mereka.
5. Road Trip @Lambaian
Pot luck dah pernah buat, jamuan makan dah pernah, gathering pun pernah. Aku ada terfikir nak buat Road Trip @Lambaian pula. Mungkin berkumpul di suatu lokasi, konvoi bersama-sama menuju suatu lokasi, sepanjang perjalanan, singgah di tempat / rumah ahli @Lambaian untuk makan-makan dan rehat sebentar sebelum ke destinasi seterusnya. Mungkin untuk jalan-jalan pergi beraya. Takde paksaan atau duit komitment, cukup sekadar isi minyak dan tol, lain urus sendiri. Mungkin menumpang tidur di rumah ahli @Lambaian kalau tidak keberatan. Atau kembali ke kampung yang pernah kita buat Khidmat Masyarakat.
Dah cukup kot 5 lagi perancangan dan idea baru. Sekurang-kurangnya aku dah nukilankan di sini. Boleh dijadikan rujukan buat para pemegang jawatan kekal @Lambaian nanti. Ini juga adalah salah satu cara untuk menarik minat bekas Lambaian yang lain yang belum mengisi borang, kami bukan buat dahulu pikir kemudian.Tapi, apa pun, tiada paksaan.
2 ulasan:
saya sokong!! hehe
road trip tu mcm menarik....
konvoi reramai....blh menambah koleksi kenangan d hari tua nanti ;D
apa yang dirancang dan difikir atas kertas atau atas angin oleh semua yang sudi adalah untuk kebaikan baik supersnior, senior, malah JUNIOR!!
i donno what kind of love we have in this family..
love also means care.. support.. huhu.. support la wei.. haha.. bukan abang sport :p
Catat Ulasan