Selasa, Mac 31, 2009

Happy Birthday To You...

Happy Birthday!! selamat ulang tahun!! selamat hari jadi!! selamat hari lahir!!
kalau di Poland, lagunya begini...

sto lat sto lat niech ziezienam..2x
jescz terasz jescz terasz niech ziezienam..
niech ziezienam...!!!
sto lat!!!

maaflah yer, jangan percaya sangat ejaan nya itu, sebab aku belajar nyanyi je, tak belajar eja.. tapi sto lat tu aku yakin, maksudnya, 100 tahun.. kira long life la agaknya..

tak payah la aku nak cerita tentang maksud 'ulang tahun kelahiran', sebab aku yakin semua orang faham..
apa yang aku nak cerita, betapa banyak nya majlis atau 'majlis' sambutan ulang tahun kelahiran yang aku alami bersama keluarga Lambaian.. ya, aku rasa banyak.. dan seronok setiap satunya..

pernah di Mc D***** 24 jam di belakang UTM, (yang tengah buat beberapa promosi sekarang akibat diboikot mungkin), bilik untuk sambutan hari jadi tu dah jadi macam bilik kerja KLM masa tu dah aku rasa.. aku kurang pasti sempena hari jadi siapa tapi aku yakin, dalam gang-gang hanim, k-jan, kakchik.. gitu la.. hehe.. atau, mungkin sekali gus dengan jamuan selepas postmoterm program.. aahh.. macam-macam sangat sempenanya di bilik aktiviti tu..macam-macam aktiviti juga termasuklah salah satunya, k-jan kena menyanyi lagu hindustan,

tuje dekha toye jana sanam...
pyare hota hai, divana sanam..

ngeh ngeh ngeh.. aku sangat ingat part ni.. :D

tempat favorite lain, tak lain tak bukan, gelanggang serba lengkap kita, s01.. tak kira la di depan KIOSK yang merangkap tempat cat banner juga.. atau didepan Cyber Six yang membuatkan orang lalu lalang fikir banyak kali, "ini s01 ke, bangunan gerakan KLM ni..?" atau di dalam dewan-dewan gah s01, Kolej Tuanku Canselor sendiri termasuklah Dewan Astana (dulunya, dikenali sebagai Dewan Serba Guna, DSG) dan Dewan Sri Kempas (sekarang dipanggil apa ya?) kebiasaannya, kalau di bangunan s01 ni, adalah sekaligus juga dengan mesyuarat, perjumpaan atau apa-apa hal lain.. huh, puas aku cuba mengingat tiap satu situasi yang berkaitan ucapan "happy birthday" ni, tapi aku gagal mengasingkan semuanya mengikut sempena perjumpaan apa, bila dan sempena hari jadi siapa kerana terlalu banyak situasi manis yang terakam yang kotak memori aku simpan dalam folder 'kenangan manis bersama Lambaian'. Maka, maaflah yer, tak dapat nak keluarkan situasi lain, kecuali satu.. hehe..

dalam bulatan besar.. (mesyuarat sambil bersila, semua orang membuat bulatan besar ala-ala meja mesyuarat gitu), di akhir mesyuarat, ale-ale seorang gadis yang pernah memperkenalkan dirinya, "nama saya Rai, status, duda.." hehe.. tiba-tiba berlari dari tempat bersilanya mendapatkan pengerusi majlis (hakikatnya, Pengarah Kelab ketika itu).. wah.. bikin cemas je la budak kurus sorang ni.. owh, maksud aku, yang kurus ialah yang berlari, bukan yang pengerusi tu.. hehe.. "okay, kita ada satu lagi hal penting.." aku tak pasti ayat si Nabil ketika itu, tapi macam agak cemas la aku rasa.. ntah hape-hape.. rupa-rupanya, nak nyanyi lagu sempena ulang tahun kelahiran seseorang.. siap ada selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad saw lagi.. :) eh, bukan seseorang, dua orang sebenarnya masa tu..

okay, satu lagi tempat yang agak eksklusif.. gelanggang tenis kolej 9 (di depan kafe kolej 9)..
satu situasi, nak buat surprise party ni.. kek kami beli lepas tengok wayang kat Jusco Tebrau petang tu.. sambil tu jugak ajak seramai keluarga Lambaian yang boleh untuk join.. yang abang-abang dok siapkan barang-barang nak pekena.. dan watak utama, tukang bawa 'mangsa' ke tempat kejadian, Kay..

macam ala-ala sweet gitu, kek di tengah-tengah gelanggang tenis.. memang siuman la kiranya.. selesai nyanyi, potong kek.. gedebek, berbiji-biji telur dipecahkan tepat di atas kepala orang yang diraikan, Nabil. the main point is, semasa Nabil membersihkan ala-ala badannya dari telur, segala buah-buahan yang menghiasi kek harijadi nya telah di telan oleh manusia-manusia yang hadir sehinggakan Nabil tak dapat menjamah sebarang buah dari atas kek itu.. hahaha..

ada juga majlis di tempat meletak kenderaan di antara blok s25 dan s23.. meraikan Mai dan K-Jan... eh, nama K-Jan lagi.. beberapa kekantoian berlaku.. haih, nak cerita ni kang semakin panjang dan berpinau (bak kata orang Melaka) mata orang membaca..

Maka, cukuplah aku simpulkan di sini.. terlalu manis semanis kek hari jadi setiap memori bersama Lambaian dan ucapan 'Happy Birthday To You' ni.. tak kira siapa pun manusia yang diraikan, baik aku atau keluarga Lambaian yang lain.. yang sememangnya ditakdirkan bersahabat dalam medium Kelab Lambaian Masyarakat.. alhamdulillah, Dia juga yang beri 'hadiah' ini..

hmm.. bila tarikhnya untuk kita ucapkan "happy birthday to Kelab Lambaian Masyarakat" ya?

8 ulasan:

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

si kurus??haha..tetiba belakang peha terasa lak..huahaha..=D
apepun, selamat harijadi utk ayen!!!!yeay!!=D kek beli sendiri kat JJ Bleanda ye..haha
epi besday ayen!!!=D

Tanpa Nama berkata...

erm....mungkin aku ni kurang prihatin ato mungkin aku mmg cenggini,aku tk brape igt bersday org..hepi besday ayen!!..ko mmg sengal..asal aku kene?k-jan

Tanpa Nama berkata...

aku kurus???...haha..epi beseday..yg penting mlm kejadian aku dpt mkn free...k-Jan bile nk kurus mcm aku....

ziraniza berkata...

happy belated bufday ain.... n usop jgk... berkongsi tarikh y sama...
semoga kehidupan kalian di limpai rahmat...
maaf lmbt wish, xbrape nk chat hehe

ayen =D berkata...

hahaha.. dah jadi forum for me pulak ni kang...
maceh2.. sori ar, bkn nk buat mcm blog sndri, tp bila tarikh keramat sampai, then ala2 homesick, malaysia-sick, jadi Lambaian-sick jugak ar. ngeh3..

terima kasih untuk wish2 ya..

abang zairi, belanda tak de JJ, ada AH (Albert Heijn)

k-jan, aku suka kene kan kau

ya, anda kurus.. hehe.. selamat menyokong k-jan untuk kurus sama..

fizah, semoga sihat walafiat...

haaiihh.. mana orang lain yang namanya ku seru jugak ni..

ziraniza berkata...

aku chat ain..terlebih chat...nk kurus tp xberjaya r...atleast kurus tang lengan ajo hehe xmuat baju hahaha ms ni la rs beruntung ko jd org kurus hikhikhik
hah ain!! sambut bufday aku kt mcd ko xingat pon! majuk r cmni hahahaha
best kn zaman tu, wat mitin pon kt mcd...postmortem pon kt mcd,
tp skang nan adooo dh bnda2 tu hehehe winduuu

ayen =D berkata...

fizah, kalau semua aku nk tulis, panjang bebenau la entry ni jadinya.. hehehe..

takpe2.. blh kurus lagi ni hehehe..

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

apela korang neh..org nk jd berisi, korang nk jd kurus..ish2..makan je byk2..yg penting sihat..kan temah a.k.a kjan kan kan???huahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's