Ahad, Mac 22, 2009

Laser di Lambaian

Laser, Lambaian, Laser, Lambaian.. macam sinonim je sekali sebut sekali baca.. hehe..

almaklumlah, orang tengah buat tesis tentang laser (femtosecond frequency comb laser for distance measurement), fikir Lambaian pun ingat laser.. ades.. (fikir laser pun ingat Lambaian.. huhu)

satu ayat 'menarik' yang aku dengar dari mulut seorang kakak yang bukan Lambaian,

"... kalau KLM post moterm mesti laser-laser kan..."

aku masih ingat muka dan kata-kata yang aku tafsirkan sebagai sinis tu, tapi tak pe la, dia tak salah.. dia tidak di dalam Lambaian, maka dia tak tau apa yang aku tau.. dia tak tau apa yang 'mahal' dalam KLM dari kaca mata aku..

Buat yang 'jujur' pemikirannya, laser yang dimaksudkan dalam tulisan ini ialah kata-kata yang 'tajam' yang mampu mengguris hati jika didengar dan difaham dari sudut negatif atau sudut normal pun boleh. Termasuklah ucapan formal, cadangan, peringatan, teguran, kritikan dan tindakan seumpamanya. Jika dipandang dari sudut positif, it is called as outspoken.. hahaha...

setuju atau tidak, istilah me'laser' itu memang ada.. mungkin lain perkataan yang digunakan untuk generasi yang berlainan, but, i think you guys know what i mean right?

sebelum lebih 'terpesong', sebagai Muslim dan Muslimah, or even as a human, setiap kata dan perbuatan itu ada adab nya. Untuk menegur juga ada sunnahnya. Malah amat tidak baik membuka aib orang, apatah lagi memalukan orang.. kalau kita jaga aib orang, di akhirat Allah akan jaga aib kita..
ok, kalau bukan soal buka aib misalnya, ni soal menegur, dan cuba memperbaiki.. atau cuba memberi pendapat sendiri.. ya, ini amatlah tidak salah.. TAPI, kena ada cara dan adab yang disusun sebaik mungkin.. macam mana? renung-renungkan, dan selamat beramal.. :D


antara laser-laser yang aku pernah kena :
- "yang abang cakap semalam tu apa? (teguran yang aku gagal ikut).. so this is rubbish (sejenis hasil kerja aku)"
- "tak ke rasa apa yang dibuat tu macam pengemis?" dan aku berlalu pergi membawa diri ke tangga surau KTC.. haha..
- "macam mana lah boleh buat mende ni tanpa fikir dulu"
- "hmm.. macam mana nak cakap ek.. hmmm.. camne yer.. hmm.. kalau nak menegur tu, kena beradab la.. " sambil tersipu-sipu serba salah hendak menegur.. hehe.. (aku yakin yang ditegur itu aku, aku terasa.. malah, terasa sweet!!)

antara yang aku pernah 'lepaskan' :

errr.. tak jadi la nak tulis hehehe.. :P

Pandangan peribadi aku, tentang laser di Lambaian ni, ada baik ada buruk. Orang kata, buang yang keruh ambil yang jernih. Aku akui aku melaser kerap juga, tapi aku rasa laser yang aku gunakan semakin lama semakin baik..aku rasa la.. hehe.. Aku memperbaiki diri (cara me'laser' dan menerima 'laser') dari semasa ke semasa dengan bantuan semua keluarga Lambaian dan pengalaman-pengalaman bersama yang Allah 'hadiah'kan untuk aku. =D

Di kesempatan ini, maaf banyak-banyak buat keluarga yang 'berlubang' akibat terlalu tinggi kuasa laser yang aku gunakan. huhu.. ya, niat tak menghalalkan cara, maka maaf dipinta sesungguh-sungguhnya. Dan buat yang pernah me'laser' diri aku yang comel ini, terima kasih tak terhingga kerana setinggi mana pun frekuensi laser denyut yang ditujukan kepada aku, 'lubang' yang ditinggalkan setiap satunya menjadi pengajaran hebat dalam hidup aku. aku serius! Terima kasih untuk semua sumber-sumber laser tersebut.

sebelum berfikir untuk melaser, cuba ingat satu kata-kata yang aku rakam dari seorang junior aku dalam Lambaian, tetapi tua setahun dari aku.. hehehe.. dalam post moterm Wawasan (KM di Mersing) :
"apa-apa pun, harap korang semua ingat, bahawa saya juga ada hati dan perasaan.." sambil menahan sebak


++ Perhatian : Bahasa yang digunakan mungkin dipengaruhi kerja semasa penulis++

6 ulasan:

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

superb..laser dlm KLM..sy juga penah menangis dilaser tanpa belas kasihan..huhu..xpela, sume tu sy amik sbg pengajaran utk sy mencuba makanan baru iaitu KARI..haha..=D sy dh jd penggemar kari skrg..yeay!!

AFIQ zainal berkata...

ahhahaha...

ayen =D berkata...

laser itu praktis abg zairi.. hehe..
cuba kalau nanti dok oversea, dan terpaksa bergaul dengan sangat banyak nonmuslim.. bau arak di mana-mana.. makan bersama2, dan mereka makan daging tak halal di mana2.. hehehe.. how to answer? how to react? renung2kan dan selamat beramal.. ;)

ayen =D berkata...

ops, komen terlari tajuk plak.. maksudnya.. laser itu mantap.. cuma kuasa tinggi jer.. hehehe..

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

diorg makan daging tutt depan ain je??ain ckp kat diorg, suruh wat daging tutt msk lemak cili api.ain bekalkan cili byk2. sure diorg serik & xnak makan dh.huahahaa..=D
afiq gelak gak..siot je..haha..aku nk gelak gak. dulu afiq jrg laser, tp afiq akan melaser org yg melaser aku tanpa usul periksa.tq afiq!!terrorist win!!(counter strike)..hehe..=D

ayen =D berkata...

tp ain tak puas hati la sbb tak penah dpt laser satu laser yang paling tinggi kuasa pada ain tu.. haih.. klu dapat.. perh, satu tingkat kejayaan tu.. hahaha..

ni bkn balas dendam.. just mengidam.. ngeh3

ada yg jd forum kita kat sni ni kang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's