Rabu, Ogos 04, 2010

Jalan-jalan Cari Kerja

Alhamdulillah; ada sekumpulan warga Lambaian yang telah pun menamatkan alam kehidupan sebagai pelajar undergraduate: Iaitu Lambaian batch 2005 yang mengikuti kursus sarjana muda selama 4 tahun: Mungkin dah lambat untuk aku ucapkan tahniah: Tapi tahniah juga lah: Terutama tahniah dan selamat menempuh alam kehidupan yang baru =)

Kepada yang belum graduasi lagi; you are not alone =)
Bukannya manusia yang grad on time tu bagus-bagus belaka dan bukan yang tak grad on time tu adalah satu kegagalan: You know yourself better; right--

Tujuan aku tulis post kali ini ialah teringin nak menulis sesuatu selepas aku dok lepak-lepak dengan kawan-kawan batch 2005 (kemasukan ke UTM dan KLM) yang masih mencari-cari kerja untuk sara hidup dan masa depan mereka: Aku tak pasti samada tulisan kali ini dapat membantu atau tak; tapi aku cuba:

Kepada yang berminat nak jadi guru; boleh tanya Kak Ayu; Kak Is; Kak Roza: Ada yang memang ambil teaching (Kak Ayu - TESL); dan ada yang berpengalaman menjadi guru sandaran (Kak Roza): Kak Is yang baru-baru ni menyertai aktiviti di Batu Layar pula sudah beralih arah daripada guru sekolah biasa kepada guru sekolah pendidikan khas (kanak-kanak OKU): Interesting kan -- Maka sila-silakan lah contact mereka kalau nak tahu perspektif ataupun prosedur permohonan :

Haaa:: bab yang nak jadi tutor atau pensyarah; kita memang ada sekolompok warga @Lambaian yang dalam bidang ini: Di UTM; UMP; UTEM: Antaranya sah-sah lah aku; kak Mai; abang Pilo; abang Nabil; abang Kay; kak Aemi: haaa ni nama-nama untuk Fakulti Sains dan Fakulti Pendidikan: UMP ada abang Zairi dan kak Nad: Pada pendapat aku; ada baiknya juga yang lepasan degree ni cuba universiti-universiti baru instead of IPTA lama macam UTM ni: Tapi nak cuba boleh saje =):Macam Hanim dan Kejan yang dah selesai buat Masters; sekarang kerja di UiTM: Selain daripada tanya pasal prosedur; boleh juga contact para senior ni untuk tujuan 'highlight' your name ;) (memandai je aku kan)

Berkaitan kerjaya pendidik dan warga @Lambaian ni; boleh rujuk post terdahulu (sila klik)

Kepada yang nak cari peluang pekerjaan dalam bidang industri; kita ada seorang alumni Lambaian yang aktif dengan iklan-iklan kerja kosong iaitu Kak Elya sendiri; salah seorang daripada contributer di blog ini: Kak Elya sekarang bekerja di PTP; Johor: Boleh emel Kak Elya terus untuk kerja-kerja di PTP atau sebarang iklan lain: Kalau engineer yang kerja di bahagian Johor ni memanglah ramai: Ada abang Adam; pun salah seorang contributer blog ini: Pengalaman boleh tahan banyak lah sebab umur pun boleh tahan banyak: Anak nak masuk 3 dah kan =D: Abang Din juga ada di Johor ni: Hmmm:: Kalau di Panasonic tu; ada beberapa warga alumni Lambaian: Ada Kak Ikin; ada abang Jup; dan kalau tak silap; Faiz pun di situ: Paling baru; kak Piah (batch aku; 2004) pun ada di Johor sekarang:

Kalau luar Johor; pun ramai bahagian industri ni: Macam abang Sport (antara penceramah program Mai Sembang Kerjaya kelolaan alumni Lambaian Februari lepas); abang Azam; kak Eni; kak Reen:

Cuma tu lah; aku tidaklah mengumpul segala nama majikan mereka semua: Maka kalau berminat; contactlah sendiri manusia-manusia yang disebut; Kalau tak de contact; mintak di ruang komen blog ini; atau buat wallpost di group Alumni Lambaian Masyarakat di Facebook: Okay tak -- anta mesej kat aku pun insyaAllah aku boleh berikan contact mereka:

Lepas tu; kan ada program untuk graduan yang belum ada kerja- macam latihan-latihan tu: Aku minta maaf lah tak ingat nama-nama programnya: Green kot: entah::: Tapi aku tahu Kak Elya dan Kak Piah adalah produk daripada program-program berkenaan =)

Hmmm:: kerja apa lagi ya:: Haaa:: Bisnes!
Pengasan KLM; abang Azril buat bisnes kalau tak silap; bisnes apa tak tau hehehe: ada senior yang buka spa (siapa ya; boleh tolong recall tak): Kak Anur pun boleh tahan selalu nampak perniagaan-perniagaannya ni: Yang minat fotografi tu; abang Zairi juga buat bisnes fotografi selain daripada kerjaya pensyarahnya: abang Sina; suami kak Aina; selain daripada kerja di industri ; dengar-dengar terlibat juga dengan bisnes meletakkan mesin basuh di asrama-asrama: yang ada syiling slot tu: haaa: Rasanya kak Aina pun terlibat sekali ni hehehe: dan kalau nak bisnes yang ada unsur kraftangan; boleh tanya aku dan aku akan perpanjangkan kepada bapak aku: sebab bapak aku pembuat dan penjual songkok di bawah Pusat Kraftangan Malaysia =p

Siapa yang suka kerja-kerja macam pengurusan program-program macam yang selalu dibuat dalam Lambaian; boleh roger abang Afiq yang sekarang bekerja dengan Les Copaque; syarikat yang glamor dengan watak Upin Ipin tu =)

Haaa:: kerja apa lagi nak dicari -- Siapa-siapa yang minat menulis tu; pergi la baca-baca sikit panduan-panduan menulis; hantar ke mana-mana majalah ke; tempa nama: Untung-untung boleh jadi penulis terkenal dan memberi impak besar pada dunia suatu masa nanti! =)

Dah lah:: banyak pulak aku membebel dengan punctuation yang serba tak kena ni kan:
Apa-apa pun; all the best semua!

Usaha lah sekeras yang boleh sebab jarum saat tu takkan berhenti menunggu kita untuk bersedia: Segeralah dengan ceria dan bertenaga untuk Jalan-jalan Cari Kerja =)

6 ulasan:

Unknown berkata...

terharu aku baca cete nie..

ayen =D berkata...

eh
nape terharu hahaha

Nurul Nadiah Hamidon berkata...

haah, ak pun. ak tunggu je ain, bl ko nk sebut nama ak, nsb baik ko sebut. hahaha

anur malati berkata...

nak bisnes?bisnes ape... mcm2 ade. yg penting..berani..hohoho

moyes berkata...

bisnes sambil keje makan gaji pun okey gak..macam2 boley buat..yang penting modal..air liur pun modal gak..

anur malati berkata...

betul tu moy. rezeki 9/10 dtg dari berniaga tp kalau bleh buat 10/10 pun lagi bagus kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's