Selasa, Mac 31, 2009

Happy Birthday To You...

Happy Birthday!! selamat ulang tahun!! selamat hari jadi!! selamat hari lahir!!
kalau di Poland, lagunya begini...

sto lat sto lat niech ziezienam..2x
jescz terasz jescz terasz niech ziezienam..
niech ziezienam...!!!
sto lat!!!

maaflah yer, jangan percaya sangat ejaan nya itu, sebab aku belajar nyanyi je, tak belajar eja.. tapi sto lat tu aku yakin, maksudnya, 100 tahun.. kira long life la agaknya..

tak payah la aku nak cerita tentang maksud 'ulang tahun kelahiran', sebab aku yakin semua orang faham..
apa yang aku nak cerita, betapa banyak nya majlis atau 'majlis' sambutan ulang tahun kelahiran yang aku alami bersama keluarga Lambaian.. ya, aku rasa banyak.. dan seronok setiap satunya..

pernah di Mc D***** 24 jam di belakang UTM, (yang tengah buat beberapa promosi sekarang akibat diboikot mungkin), bilik untuk sambutan hari jadi tu dah jadi macam bilik kerja KLM masa tu dah aku rasa.. aku kurang pasti sempena hari jadi siapa tapi aku yakin, dalam gang-gang hanim, k-jan, kakchik.. gitu la.. hehe.. atau, mungkin sekali gus dengan jamuan selepas postmoterm program.. aahh.. macam-macam sangat sempenanya di bilik aktiviti tu..macam-macam aktiviti juga termasuklah salah satunya, k-jan kena menyanyi lagu hindustan,

tuje dekha toye jana sanam...
pyare hota hai, divana sanam..

ngeh ngeh ngeh.. aku sangat ingat part ni.. :D

tempat favorite lain, tak lain tak bukan, gelanggang serba lengkap kita, s01.. tak kira la di depan KIOSK yang merangkap tempat cat banner juga.. atau didepan Cyber Six yang membuatkan orang lalu lalang fikir banyak kali, "ini s01 ke, bangunan gerakan KLM ni..?" atau di dalam dewan-dewan gah s01, Kolej Tuanku Canselor sendiri termasuklah Dewan Astana (dulunya, dikenali sebagai Dewan Serba Guna, DSG) dan Dewan Sri Kempas (sekarang dipanggil apa ya?) kebiasaannya, kalau di bangunan s01 ni, adalah sekaligus juga dengan mesyuarat, perjumpaan atau apa-apa hal lain.. huh, puas aku cuba mengingat tiap satu situasi yang berkaitan ucapan "happy birthday" ni, tapi aku gagal mengasingkan semuanya mengikut sempena perjumpaan apa, bila dan sempena hari jadi siapa kerana terlalu banyak situasi manis yang terakam yang kotak memori aku simpan dalam folder 'kenangan manis bersama Lambaian'. Maka, maaflah yer, tak dapat nak keluarkan situasi lain, kecuali satu.. hehe..

dalam bulatan besar.. (mesyuarat sambil bersila, semua orang membuat bulatan besar ala-ala meja mesyuarat gitu), di akhir mesyuarat, ale-ale seorang gadis yang pernah memperkenalkan dirinya, "nama saya Rai, status, duda.." hehe.. tiba-tiba berlari dari tempat bersilanya mendapatkan pengerusi majlis (hakikatnya, Pengarah Kelab ketika itu).. wah.. bikin cemas je la budak kurus sorang ni.. owh, maksud aku, yang kurus ialah yang berlari, bukan yang pengerusi tu.. hehe.. "okay, kita ada satu lagi hal penting.." aku tak pasti ayat si Nabil ketika itu, tapi macam agak cemas la aku rasa.. ntah hape-hape.. rupa-rupanya, nak nyanyi lagu sempena ulang tahun kelahiran seseorang.. siap ada selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad saw lagi.. :) eh, bukan seseorang, dua orang sebenarnya masa tu..

okay, satu lagi tempat yang agak eksklusif.. gelanggang tenis kolej 9 (di depan kafe kolej 9)..
satu situasi, nak buat surprise party ni.. kek kami beli lepas tengok wayang kat Jusco Tebrau petang tu.. sambil tu jugak ajak seramai keluarga Lambaian yang boleh untuk join.. yang abang-abang dok siapkan barang-barang nak pekena.. dan watak utama, tukang bawa 'mangsa' ke tempat kejadian, Kay..

macam ala-ala sweet gitu, kek di tengah-tengah gelanggang tenis.. memang siuman la kiranya.. selesai nyanyi, potong kek.. gedebek, berbiji-biji telur dipecahkan tepat di atas kepala orang yang diraikan, Nabil. the main point is, semasa Nabil membersihkan ala-ala badannya dari telur, segala buah-buahan yang menghiasi kek harijadi nya telah di telan oleh manusia-manusia yang hadir sehinggakan Nabil tak dapat menjamah sebarang buah dari atas kek itu.. hahaha..

ada juga majlis di tempat meletak kenderaan di antara blok s25 dan s23.. meraikan Mai dan K-Jan... eh, nama K-Jan lagi.. beberapa kekantoian berlaku.. haih, nak cerita ni kang semakin panjang dan berpinau (bak kata orang Melaka) mata orang membaca..

Maka, cukuplah aku simpulkan di sini.. terlalu manis semanis kek hari jadi setiap memori bersama Lambaian dan ucapan 'Happy Birthday To You' ni.. tak kira siapa pun manusia yang diraikan, baik aku atau keluarga Lambaian yang lain.. yang sememangnya ditakdirkan bersahabat dalam medium Kelab Lambaian Masyarakat.. alhamdulillah, Dia juga yang beri 'hadiah' ini..

hmm.. bila tarikhnya untuk kita ucapkan "happy birthday to Kelab Lambaian Masyarakat" ya?

Selasa, Mac 24, 2009

Discount 90% untuk yuran keahlian SEUMUR HIDUP PAUTM & @Lambaian

Istimewa untuk adik-adik Kelab Lambaian Masyarakat (KLM), KTC yang akan konvo pada 26-31 Mac ini, anda semua berpeluang untuk menjadi ahli Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUTM) dan Alumni Lambaian Masyarakat (@Lambaian) dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM10 SAHAJA. Caranya mudah saja iaitu:-

1. Download dan isikan borang keahlian PAUTM (sertakan gambar jika mahu kad anda nampak lagi menarik) dan hantarkan kepada syilahaizal@yahoo.com; dan

2. Bank-inkan RM10 ke akaun Bank Islam Nik Norsyilawati Shaban (wakil AJK Penaja) No. Akaun 14032020216913. Selepas itu smskan nama penuh, jumlah bayaran dan waktu transaksi dilakukan ke 017-3819789. Anda akan menerima pengesahan penerimaan dari wakil AJK Penaja dalam tempoh 24 jam selepas sms anda diterima. Pastikan anda menyimpan resit transaksi sebagai bukti dan rujukan.

dengan menyertai PAUTM & @Lambaian kita mendapat faedah yang sama TETAPI anda lebih bertuah kerana anda dapat menjimatkan RM90 jika anda menyertainya sekarang!!!

Kami telah terlepas peluang besar ini, jadi jangan biarkan nasib anda juga seperti kami….hantarkan penyertaan anda segera.

Saya nantikan “kedatangan” borang anda…. : )

Bersama kita realitikan ALUMNI LAMBAIAN MASYARAKAT

Ahad, Mac 22, 2009

Syazwani Elya


Syazwani Elya Shaharuddin


Karier
Executive,
Corporate Communications Department,
Port of Tanjung Pelepas,
Johor

Asal
Ipoh, Perak

Kini berada di 
Kadang2 Skudai, Johor
Kadang2 Gelang Patah, Johor

Masa bosan saya suka
buat muka bosan

Keluarga KLM
Batch 2005

Nor Ain

Nor Ain



Karier
Staf akademik di UTM Skudai

Asal
Melaka

Kini berada di 
Skudai, Johor

Masa bosan saya suka
Jalan-jalan dan bersukaria dengan kawan-kawan sampai penat

Keluarga KLM
Batch 2004

Mohd Nadzrul



Mohd Nadzrul Mohd Nor



Karier
R&D engineer, Subscriber Data Management, Nokia Siemens Networks

Asal
Bandar Baru Bangi, Selangor

Kini berada di 
Bandar Baru Bangi, Selangor

Masa bosan saya suka
Sports, Photography, Reading, Getting together with friends.

Keluarga KLM
~Will be updated~

Muhamad Azwar

PICTURE? WILL BE UPDATED!
Muhamad Azwar Bin Azhari




Karier
Penasihat KLM 2008-2010
Masters Candidate,
Advance Membrane Technology Research Centre,
Faculty of Chemical & Natural Resources Engineering,
Universiti Teknologi Malaysia



Sejarah Kerja

Cubic Electronics Sdn Bhd 2003-2006
Libra Perfex Precision Sdn Bhd 2006-2008

Asal
Melaka

Kini berada di 
Skudai, Johor

Masa bosan saya suka
reading good books and travelling and good friends' company

Keluarga KLM
Batch 2008

Muhammad Adam



Muhammad Adam

Karier
Berkerja secara propesenel mencari rezeki untuk membahagiakan isteri dan anak-anak.

Asal
Soalan susah ni, mula bernafas di K.Terengganu, mula-mula main pasir di Kulim, belajar main longkang di Ampang, amik UPSR di Subang, lepas pereksa PMR dan SPM duduk di Jelebu, lepas masuk universiti time cuti semester makan nasi berlauk buat sarapan pagi di Pengkalan Chepa, mula-mula dapat kerja di Alor Gajah, masa pi tunang anak dara orang duduk di Jasin, majlis berkahwin buat di Seremban, sekarang balik raya ke Kulim, tak pon rumah mertua di Tumpat. Err, tanya asal mana tadi ek?

Kini berada di 
Sekarang dah ~12 tahun di Skudai.

Masa bosan saya suka
Menyokong Arsenal, tengok bola, baca surat khabar bahagian sukan, layan Aqil & Ammar buat lawak kanak-kanak riang dan membasuh pinggan mangkuk.

Keluarga KLM
Batch 1998

Laser di Lambaian

Laser, Lambaian, Laser, Lambaian.. macam sinonim je sekali sebut sekali baca.. hehe..

almaklumlah, orang tengah buat tesis tentang laser (femtosecond frequency comb laser for distance measurement), fikir Lambaian pun ingat laser.. ades.. (fikir laser pun ingat Lambaian.. huhu)

satu ayat 'menarik' yang aku dengar dari mulut seorang kakak yang bukan Lambaian,

"... kalau KLM post moterm mesti laser-laser kan..."

aku masih ingat muka dan kata-kata yang aku tafsirkan sebagai sinis tu, tapi tak pe la, dia tak salah.. dia tidak di dalam Lambaian, maka dia tak tau apa yang aku tau.. dia tak tau apa yang 'mahal' dalam KLM dari kaca mata aku..

Buat yang 'jujur' pemikirannya, laser yang dimaksudkan dalam tulisan ini ialah kata-kata yang 'tajam' yang mampu mengguris hati jika didengar dan difaham dari sudut negatif atau sudut normal pun boleh. Termasuklah ucapan formal, cadangan, peringatan, teguran, kritikan dan tindakan seumpamanya. Jika dipandang dari sudut positif, it is called as outspoken.. hahaha...

setuju atau tidak, istilah me'laser' itu memang ada.. mungkin lain perkataan yang digunakan untuk generasi yang berlainan, but, i think you guys know what i mean right?

sebelum lebih 'terpesong', sebagai Muslim dan Muslimah, or even as a human, setiap kata dan perbuatan itu ada adab nya. Untuk menegur juga ada sunnahnya. Malah amat tidak baik membuka aib orang, apatah lagi memalukan orang.. kalau kita jaga aib orang, di akhirat Allah akan jaga aib kita..
ok, kalau bukan soal buka aib misalnya, ni soal menegur, dan cuba memperbaiki.. atau cuba memberi pendapat sendiri.. ya, ini amatlah tidak salah.. TAPI, kena ada cara dan adab yang disusun sebaik mungkin.. macam mana? renung-renungkan, dan selamat beramal.. :D


antara laser-laser yang aku pernah kena :
- "yang abang cakap semalam tu apa? (teguran yang aku gagal ikut).. so this is rubbish (sejenis hasil kerja aku)"
- "tak ke rasa apa yang dibuat tu macam pengemis?" dan aku berlalu pergi membawa diri ke tangga surau KTC.. haha..
- "macam mana lah boleh buat mende ni tanpa fikir dulu"
- "hmm.. macam mana nak cakap ek.. hmmm.. camne yer.. hmm.. kalau nak menegur tu, kena beradab la.. " sambil tersipu-sipu serba salah hendak menegur.. hehe.. (aku yakin yang ditegur itu aku, aku terasa.. malah, terasa sweet!!)

antara yang aku pernah 'lepaskan' :

errr.. tak jadi la nak tulis hehehe.. :P

Pandangan peribadi aku, tentang laser di Lambaian ni, ada baik ada buruk. Orang kata, buang yang keruh ambil yang jernih. Aku akui aku melaser kerap juga, tapi aku rasa laser yang aku gunakan semakin lama semakin baik..aku rasa la.. hehe.. Aku memperbaiki diri (cara me'laser' dan menerima 'laser') dari semasa ke semasa dengan bantuan semua keluarga Lambaian dan pengalaman-pengalaman bersama yang Allah 'hadiah'kan untuk aku. =D

Di kesempatan ini, maaf banyak-banyak buat keluarga yang 'berlubang' akibat terlalu tinggi kuasa laser yang aku gunakan. huhu.. ya, niat tak menghalalkan cara, maka maaf dipinta sesungguh-sungguhnya. Dan buat yang pernah me'laser' diri aku yang comel ini, terima kasih tak terhingga kerana setinggi mana pun frekuensi laser denyut yang ditujukan kepada aku, 'lubang' yang ditinggalkan setiap satunya menjadi pengajaran hebat dalam hidup aku. aku serius! Terima kasih untuk semua sumber-sumber laser tersebut.

sebelum berfikir untuk melaser, cuba ingat satu kata-kata yang aku rakam dari seorang junior aku dalam Lambaian, tetapi tua setahun dari aku.. hehehe.. dalam post moterm Wawasan (KM di Mersing) :
"apa-apa pun, harap korang semua ingat, bahawa saya juga ada hati dan perasaan.." sambil menahan sebak


++ Perhatian : Bahasa yang digunakan mungkin dipengaruhi kerja semasa penulis++

Burhanuddin


Burhanuddin Bin Mohamad (Din)




Karier
Process Eng. (SBN Industries, Masai Johor)


Asal
-TEKA LA-

Kini berada di
Taman Kota Masai,Gasir Gudang

Masa bosan saya suka
Main PS2 - Pro Evolution Soccer

Keluarga KLM
Batch 2001

Aemi Syazwani


Aemi Syazwani Abdul Keyon

Karier
Student Makan Gaji..Hohoh

Asal
N9 + Penang = CACA MARBA

Kini berada di 
Tman U

Masa bosan saya suka
Perabihkan duit... Hoho

Keluarga KLM
Batch 2005.. kot

Mohd Sina Zaki & Siti Nurul Aina







SANG suami
Mohd Sina Zaki Bin Morsin
Karier



Project engineer PITECH, Bukit Jelutong SHAH ALAM


Asal



Lahir KL tapi ngaku orang johor. Tak nak jadi orang KL


Kini berada di 



Berjauhan dengan anak bini..bukit jelutong


Masa bosan saya suka
~Will be Updated~

Keluarga KLM



ini lagi la pun lupa tapi batch lepas bini die kalau tak silap.



SANG isteri
Siti Nurul Aina binti Mohd Zain


Karier



Component Design Engineer, Intel


Asal



Lahir negeri sembilan tapi mengaku orang perak.


Kini berada di 



Balik tempat belajar.. kulim.. kulim dah hebat sekarang..


Masa bosan saya suka
~Will be Updated~

Keluarga KLM



Aiseh..lupa tapi yang pasti batch lepas roza..masa atuk jadi pengarah..

Noor Afzan



NOOR AFZAN BINTI MUHAMAD



Karier

Technical Control Engineer Di SATO Malaysia,PJ


Asal

Puchong, Sselangor


Kini berada di 

Selangor, Selangor


Masa bosan saya suka

Blogging, Reading


Keluarga KLM
Batch 2004

Khamis, Mac 19, 2009

Temuduga dan Lambaian

Nampaknya sudah dua penulis menulis serba sedikit tentang awal penglibatan mereka dalam Kelab Lambaian Masyarakat, secara spesifiknya, saat ditemuduga untuk MELAYAKKAN diri menjadi ahli Kelab Lambaian Masyarakat SEUMUR HIDUP. waaahhh!! tahniah kepada semua yang LAYAK setelah melepasi ujian temuduga tersebut!! termasuk aku!! hehehe..

Setuju tak kalau aku kata, temuduga itu sinonim dengan perasaan bangga terhadap diri sendiri jika layak melepasi temuduga?

Memotivasikan?

Menambah catatan kejayaan dalam diari hidup?
Menambah nilai dalam diri secara tak lansung?

Mementerai janji untuk komited dalam diri?

Merasa hebat dan berusaha untuk terus menjadi hebat?

Memanjatkan syukur pada Allah?

Kalau tidak ada rezeki, temuduga itu mampu menjadi pengalaman yang amat berguna..
setuju?

Ada banyak lagi boleh aku hurai tentang kebaikan adanya temuduga sebagai keluarga Lambaian ni, kalau pembaca berani baca lah... hehehe.. tapi, okay, cukup setakat ini dahulu.. sebab ada pihak yang mempunyai pandangan berlainan tentang temuduga dan Lambaian...

Kenapa aku kata macam tu? sebab, selepas generasi aku, generasi 2005 (generasi nabil, aufa, fizah, hanim) selepas itu, generasi 2006 (generasi aput, faiz, dayah, anis) lah generasi yang masuk KLM tanpa temuduga.. betul tak? Aku tidak tahu sama ada sebelum-sebelum ini ada generasi yang masuk KLM tanpa temuduga (ini tak termasuk orang perseorangan yang diserap masuk). dan, aku juga tidak tahu generasi terbaru ada konsep 'temuduga masuk kelab' atau tak. Kalau nak bagitahu, boleh bagitahu di ruangan komen, dan terima kasih.. =) Tapi pastinya, ada yang berpendapat, tanpa temuduga untuk menjadi keluarga Lambaian juga ada baiknya.

"Biar dapat ahli ramai, biar semua masuk kerana perasaan seronok dengan kelab, sayang dengan kelab, suka dengan kawan-kawan kelab.. bila seronok, sayang, komitmen akan datang dengan sendiri dengan lebih kuat"
Lebih kurang begitu lah ayatnya ingat-ingat lupa aku lah.. hehe..


"Bagus masuk ahli baru ramai-ramai ni, kalau ada yang 'lari' nanti at least kita masih ada ramai. Kalau amik sikit, kalau lepas ada ahli 'lari', lagi sikit jadinya"
itu satu pendapat lain pula.

Dan aku juga senaraikan pendapat-pendapat yang agak ganjil bagi aku (ingat, ini pendapat peribadi AKU SAHAJA) seperti :

- tak yah susah-susah fikir dan buat sesi temuduga, tambah kerja..
- siapa lah kita manusia biasa untuk menilai..
- kadang-kadang yang terzahir dalam sesi temuduga itu bukan la yang sebaik-baiknya, sebenarnya jauh panggang dari api mungkin..
- mungkin juga yang gagal tunjuk bakat semasa temuduga sebenarnya lebih komited dan hebat jika berprogram sebagai Lambaianis berbanding yang lulus temuduga..

dan lain-lain.. (istilah dll atau etc dalam bahasa Inggeris juga boleh ditafsirkan sebagai kumpulan perkataan yang mampu tunjuk kita tahu lebih banyak berbanding orang lain.. hahaha)

tiada yang salah atau betul dalam memberi pendapat.. kata negara demokrasi :P kalau ajak aku berbincang, mungkin ada hujah baru yang mampu buat aku ubah pendirian.. tapi setakat ini, sebagai orang yang menjadi keluarga Lambaian dengan satu sesi temuduga dan pernah berada dalam zaman tanpa temuduga juga, aku rasa, temuduga untuk menjadi keluarga Lambaian satu perkara yang lebih baik.

Namun aku sangat percaya, setiap barisan kepimpinan ada cara, pandangan dan MATLAMAT tersendiri. dan itu sangat menentukan corak pentadbiran termasuklah dalam hal kemasukan ahli baru KLM. Maka, "trust yourself!"

Buat yang menjadi keluarga Lambaian tanpa temuduga, jangan sedih, marah, atau kata "hek eleh.. " hehehe .. ampun banyak-banyak, tak de niat buruk.. kerana aku pasti, ramai juga di kalangan ini teramat hebat sumbangannya sebagai hamba Allah di dunia yang sementara melalui saluran kelab kesayangan ramai ini.
Aku tidak bercakap tentang 'produk' Lambaian.. tetapi hanyalah tentang, "Temuduga dan Lambaian"


'temuduga' lah diri sendiri selalu, takut-takut esok hanya tinggal saat kita mendapat 'jawapan dan keputusan' dari-Nya

Rabu, Mac 18, 2009

Memoriku bersamamu..L@mbaian...

salam...saat ini..mataku masih belum dapat untuk ditutup..dan aku masih belum dapat lena untuk melayari tidurku...mungkin teringat akan peristiwa yang berlaku malam ini di depan Dewan Astana KTC..perkara yang membangkitkan semula memoriku suatu ketika dahulu...

Hujung semester dua,pastinya MT kelab adalah insan yang paling sibuk untuk menguruskan kuota pengetua bagi sesi pengajian semester hadapan...teringat ketika aku mula-mula masuk ke kelab dulu...

FLASH BACK......
jkm (pada zaman itu) masih menggunakan sistem KAD AKTIVITI yang perlu dibawa ketika menghadiri semua program kolej, dan perlu ditandatangani oleh pengerusi jkm untuk pengesahan...dan modal inilah yang digunakan oleh akak-akak dan abang-abang untuk menarik minat kami pelajar tahun 1 (ketika itu) untuk join kelab-kelab di ktc...aku gagal untuk mengingati akak dan abang mana yang promote kat aku untuk join kelab ni. Aku cuma ingat,ucapan WAK..Sdra Izwan Abdullah,Pengarah KLM ketika itu lah yang membuatkan aku terus berminat dengan KLM ni...dan yang aku dapat ingat ketika ini ada DIN MICKEY yang mempromotekan kelab ni sangat gila-gila...pastinya..kalau diorang tak promote pun aku akan masuk jugak kelab ni..sebab aku memang suka untuk beraktiviti...

Selang beberapa hari, aku terima 1 surat untuk menghadiri 1 temuduga KLM...aduhh..memang sangat terkejut sebab ade temuduga la kan....dan aku ingat masa aku berjalan di SUB untuk makan tengahari,aku terserempak dengan WAK...dan aku tanyakan pada dia 1 soalan...

"bang..interview kena pakai kemeja ye..??..kalau tak pakai camne ek..."

tu soalan yang aku ajukan pada WAK...dia ada jawab pada aku..dan jawapan diala yang buatkan aku terasa..kalau aku tak pakai kemeja mesti tak dapat join kelab...tiba hari untuk ditemuduga..aku ingat dengan kemeja putih,seluar slack gelap ala-ala MHS gitu..aku ditemuduga..aku ingat yang temuduga aku KAK NOGY...wahh...sangat senior dia pada aku..dan aku sangat teruja melihat suasana temuduga pada ketika itu..

ALhamdulillah...bila keluar senarai nama aku berjaya dalam temuduga dan telah dipilih untuk menjadi ahli KELAB LAMBAIAN MASYARAKAT...rasa seronok pun ade pada ketika itu..sebab rasa macam wahhh...berjaya dalam interview gitu...

meting pertama...aku ingat dalam DSK..(DSK sekarang hanya tinggal kenangan..)..dewan yang besegi-segi bentuknya...ramainya yang datang..boleh kata majoritinya budak tahun1 yang merupakan ahli kelab yang baru...di sudut sofa..aku ingat ade abg macha,abg apis usin,ajid,chuck dan beberapa lagi senior-senior kelab yang lain...sesi memperkenalkan diri berlangsung,kami duduk dalam bulatan tak berlapis antara satu sama lain...agenda berikutnya...membahagikan kami kedalam family-family..sangat seronok rasanya bila dapat family tuh..rasa macam nak bersaing pun ade..aku ingat aku satu family ngan UDA..hihih...kat mana la uda skang ni kan...ade ikin jugak masa tu..huhuhu...kami berkenalan dan memilih nama keluarga kami...huuhuh...masa tu aku dah rasa teruja dengan kelab baru aku yang aku ada ni..dan bila melihatkan suasana mesyuarat sekarang, semua kenangan itu pasti dan pasti menggamit kembali...

dan dengan masa yang hanya tinggal beberapa minggu untuk aku berada di UTM ini..aku terasa nak menghabiskan masa dengan mengingatkan semula segala kenangan bersama kelab yang aku sayangi ni..KELAB LAMBAIAN MASYARAKAT...

THE ONE AND ONLY KLM IN UTM....

Isnin, Mac 16, 2009

Lanjutan dari Langkah Pertama Untuk Menyertai @Lambaian Secara Rasmi

Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima borang permohonan dari ahli @Lambaian untuk menemani saya mendaftar sebagai ahli PAUTM. Seperti yang dirancang, saya bercadang untuk menyerahkan permohonan untuk bulan Mac kepada pihak PAUTM pada 26hb ini, jadi masih ada banyak masa untuk kawan-kawan menghantarkan borang permohonan tersebut ke syilahaizal@yahoo.com dan meng'bank-in’kan yuran keahlian RM100 ke akaun Bank Islam No. 14032020216913.

Marilah kita bersama memulakan langkah pertama untuk merealisasikan @Lambaian. Mungkin ini akan menambahkan semangat kita untuk menggerakkan @Lambaian menuju ke matlamat dan objektif penubuhannya. Bagi yang masih ragu-ragu untuk mendaftarkan diri, dibawah adalah sebab mengapa kami (AJK Penaja & korum Mesyuarat di Desaru) sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan @Lambaian dibawah “SIG” PAUTM.


Kebaikan jika @Lambaian ditubuhkan dibawah ‘SIG’ PAUTM

Kami telah menerima sokongan daripada semua alumni Lambaian yang telah dapat dihubungi dari batch 1997 hingga ke batch 2005 untuk mendaftarkan @Lambaian dibawah “SIG” PAUTM dan persetujuan mereka adalah berdasarkan alasan-alasan dibawah:-

i. kita belum mempunyai kemampuan dari segi kewangan, peralatan atau pengangkutan sendiri untuk menjalankan apa-apa aktiviti melainkan setiap ahli perlu menanggung sendiri kos yang diperlukan;

ii. memudahkan kita untuk mendapatkan bantuan/sokongan/sumbangan dari segi peralatan, kewangan, sekretariat dan lain-lain dari pihak PAUTM/Universiti untuk menjalankan sesuatu aktiviti;

iii. menunjukkan sokongan kita kepada Alumni UTM sendiri kerana PAUTM menyasarkan untuk mendapatkan seramai lebih kurang 20,000 orang ahli supaya mereka boleh memberikan keistimewaan tertentu kepada pemegang kad keahlian PAUTM contohnya untuk mendapatkan potongan harga apabila menggunakan perkhidmatan atau membeli-belah di kedai-kedai tertentu dan sebagainya; dan

iv. untuk jangka masa panjang pula ia memudahkan ahli-ahli PAUTM untuk mendapatkan kemudahan/bantuan dari segi perkhidmatan dan sebagainya yang disediakan oleh PAUTM mahupun Universiti (jika berkaitan).

Kami amat mengharapkan penyertaan dan sokongan dari kawan-kawan semua kerana tanpa anda @Lambaian mungkin tidak akan dapat direalisasikan seperti yang telah dirancang.

Ahad, Mac 15, 2009

Warga @Lambaian dan Kerjaya Pensyarah

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatu

Alhamdulillah, laporan untuk salah satu subjek telah selamat aku siapkan sebentar tadi, Optical Fabrication Technology : Ductile Grinding, salah satu teknik untuk mempersiapkan permukaan komponen optik. Inilah salah satu subjek yang aku ambil di perantauan ini untuk terus menetapkan status sementara jawatan tutor di UTM Skudai.. UTM.. sanjugan bangsa... hehehe..


Ya, tutor.. dan insyaAllah, bakal pensyarah.. aaaamiin...


Yang sama generasi dengan aku dalam Lambaian, 2004, kebanyakannya sedang bekerja, sambung belajar, berkahwin.. eh, ada? tak tak, bekerja atau terus dan sambung belajar. Apa yang aku berminat untuk huraikan kali ini ialah, mereka yang bekerja sebagai pesyarah, atau tutor atau yang sewaktu dengannya.


Selain aku, turut sama bidang dan jabatan di UTM (Fizik) ialah Mai, yang kini sama-sama sedang menikmati malam minggu selepas selesai satu laporan. hehehe.. Generasi gemilang cemerlang terbilang yang sama, Ummu, penerima anugerah canselor majlis konvokesyen ke.. huhu, Mac 2008 kalau tak silap hehe.. juga sekarang seorang tutor di fakulti sains (Matematik), UTM. Pilo, atau nama glamornya, Mahyudin, generasi yang agak senja (hehehe) adalah pensyarah juga di UTM (Pendidikan + Elektrik) dan mungkin bakal pensyarah di tempat lain.. hehe.. belum dengar lagi tukar profesion rasanya. Tak ketinggalan, generasi Lambaian selepas aku, Aemy (Kimia) yang kelihatan bahagia dengan sol gel nya di UTM (aku pun tak tau sol gel ni apa, tapi kaitan dengan eksperimen dia agaknya)

Zairi
, atau lebih dikenali sebagai Cha juga bersyarahan.. eh, bersyarah.. tapi di UMP (mekanikal), beralih arah dari profesion jurutera di Panasonic sebagai kerjaya pertama. Usop, segenerasi Zairi, adik kepada seorang pensyarah di UTM Skudai kini mempunyai nama jawatan, juga pensyarah (mekanikal) di.. (sila isi tempat kosong hehehe)
Tidak ketinggalan seorang yang aku kenal dari alam siber terlebih dahulu, Ayu yang asalnya aku kenali sebagai kakak loneliness kini adalah seorang pensyarah bahasa Inggeris di (sila isi tempat kosong juga ehehe), yang biasa juga aku berbincang tentang sistem pengajaran, terutama berkaitan bahasa Inggeris sana dan sini. wah.. ilmiah kan?

Kalaulah dapat aku jejak lagi, bolehlah aku kira peratusan warga @Lambaian yang memilih kerjaya pensyarah pada masa sekarang. hehe.. dan
pasti dapat membantu keluarga Lambaian yang lain yang ingin bertukar profesion, ingin bertukar suasana kerja atau yang ingin memulakan kerjaya pertama mereka, malah tak kurang juga bertukar idea dan pendapat untuk kemaslahatan bersama malah anak bangsa..

owh ya, sewaktu dengan tugas pensyarah.. cikgu.. ada dua warga Lambaian segenerasi aku yang dapat aku ikuti perkembangan terkini mereka, sebagai cikgu tusyen di bandar Mersing, As dan Ajan yang merempit bersama ke tempat kerja.

Perkongsian selanjutnya di ruangan komen amatlah dihargai. Pembetulan fakta amatlah dialu-alukan. Jika perlukan kontak personal dengan nama-nama yang disebut (jika tiada), bolehlah dapatkan secara percuma dari aku melalui email, ayen_usen@yahoo.com untuk menjaga privasi yang memerlukan privasi.

Selamat menempuh alam pengajian ilmu, alam pekerjaan, alam rumah tangga, dan blah blah blah... yang semuanya termasuk dalam alam pembelajaran tentang Tuhan dan makhluk..

Rabu, Mac 11, 2009

Rahsia disebalik sebuah banner

Ini memang rahsia besar. Sampaikan menteri besar sendiri pun tak tahu rahsia besar ini.

Camni ceritanya, aku tak tahu kenapa, tapi tiap kali program Lambaian, mesti kena buat banner.

Pertama kali aku pengalaman membuat banner, untuk Sirih Pulang Ke Gagang I. Sport dan Fakhrul adalah pemilik tugasan. Yang lain hanya membantu, maka dengan itu baru aku tahu, nak buat banner bukan senang. Kena ada draf, kena buat pemilihan font. Kene lukis logo kelab. Kene lukis logo KTC. Kene lukis logo program. Aku rasa tak banyak program yang ada logo program. Tapi Sirih ada logo programnya sendiri. Kene pilih warna apa nak digunapakai. Kene beli kain rentang. Tapi masa zaman aku, kebanyakannya semua kain rentang kaler putih. Ada la satu dua yang kaler kuning, oren, biru atau maroon.

Mula-mula buat banner, segala teknik dan tektik digunapakai. Macam-macam. Print tiap huruf dengan kertas A4, tekap bawah kain. Print sebaris perkataan atas A4, dicantum-cantum kertas itu. Buat garisan guna tali rafia supaya alignment tak lari. Lapik kertas suratkhabar masa mengecat banner. Cantum 2 meja buat lukis banner tengah-tengah jalan antara DSK dan DSG. Macam-macam.

Masa melukis banner juga adalah masa paling cemerlang untuk berkenalan. Macam aku, mula-mula masuk program Sirih, aku tak kenal langsung semua ahli program. Sebab yang sama kursus mekanikal dengan aku hanyalah Azam. Yang lain bukan bekas maktab aku, bukan sama-sama geng dengan aku. Bukan geng-geng yang aku keluar makan tengahari mahupun malam bersama. Maka masa melukis bannerlah kami dapat bertegur sapa dengan lebih dekat, tanya single lagi ke tak, eh itu mengorat. Taklah, sembang-sembang. Berkenalan serta bergosipan. Duduk terbongkang atas simen pon selamba je. Orang lalu lalang kita buat tak tahu je. Hisbah datang pun tak bleh nak tegur, walau duduk dekat-dekat. Buat banner ni. Bukan dating.

Yang aku ingin kongsi di sini adalah penghasilan banner MINANG 2001. Ini adalah KM yang pertama aku ikuti. Aku jadi penyelaras program, Lan pengarah program. Aku mintak pada Lan, sukarela untuk menjadi pembuat banner MINANG. Aku mintak permisi untuk buat banner yang lain dari yang lain. Yang bukan macam banner program lain. Lan bagi.

2 hari sebelum hari melukis banner. Selalunya kami buat banner masa mula cuti sem, masa induksi fasilitator untuk persedian modul dan program. Aku baru habis kertas final. Aku bukak perisian Word. Hah? Ape? Photoshop? Perisian itu tiada di dalam komputer aku mahupun dulu ataupun sekarang. Aku tak suka. Apa kemendenya segala layer itu. Aku tak paham.

Aku susun perkataan-perkataan program. Perinci segala butir-butir program. Susun disana sini. Ikut rasa dan suka aku. Aku lukis kotak-kotak. Ganti bunga lawang atau kerawang. Aku susun logo-logo yang perlu diletakkan dalam banner. Aku bubuh warna latar. Hitam. Warna perkataan sama dengan latar. Cuma outline aku bubuh kaler oren. Aku print. Tunjuk kat Lan. Lan setuju.

Aku balik semula bilik. Aku pikir semula, macamana nak menjimatkan kertas dan membuat banner paling efisien. Aku print perkataan ikut suka hati kebesarannya. Cantum-cantumkan. Potong luarnya. Tinggal betul-betul huruf sahaja. Kene potong sebab aku nak guna kain rentang kaler hitam. Ye, hitam. Jarang-jarang orang guna kain berwarna. Ada yang belum dipotong, aku bawak turun DSG. Minta gadis-gadis tolong potongkan. Aku rentang kain hitam 4 meter itu atas kotak kayu yang selalunya menjadi stage kat DSG sebagai alas membuat banner. Tarik cekang-cekang. Lepas tu pin dan selotape. Aku susun segala perkataan dan buat sketch atas kain hitam itu guna pensel.

Sehari pertama, digunakan sepenuhnya melukis segala perkataan dan tulisan di atas banner. Lukis kembali outline mengikut perkataan yang dah dipotong itu. Timbul satu mesalah. Antara kami, tiada seorang pun tahu, bagaimana rupa lambang kerajaan Negeri Sembilan. Yang ada hanya satu rujukan yang sangat kecil pixelnya. Bila dibesarkan tak nampak jelas apa rupa sebenar garis-garis berwarna kuning di tengah lambang itu.

Aku: "Ko takde lambang negeri Sembilan yang lain ke?"
Afzan: "Mana ada, ini je yang aku ada"
Aku: "Dah, yang garis-garis ni apa?"
Afzan: "Setahu aku, ini padi"
Aku: "Biar betul, mana Negeri Sembilan ada padi, Kedah yela, bak sini aku tengok"

Aku amati dengan tajam, aku kira. Ada 9 garis semuanya, yang tengah lagi panjang dari yang tepi. Mana mungkin padi sebegini. Tapi pixel kecil itu yang terlalu kabur bila dibesarkan dan memang tidak dapat ditafsir sepenuhnya.

Aku: "Aku rasa pedang la, takkan la padi, pedang kot, sebagai tanda ada 9 daerah serta pembesar dalam Negeri Sembilan"
Afzan: "Mungkin la kot pedang"

Yang lain-lain pun sependapat. Pedang rupanya objek bergaris itu. Tapi, cemana pulak gambar pedang itu? Aku tolak pada Afzan, dia lukis. Aku tokok tambah apa yang dia lukis. Aku lukis pedang Penjejak Awan, pedang Penjejak Badai, pedang samurai, segala jenis pedang yang aku rasa berbentuk pedang.

Ramai yang suka konsep baru banner aku ini. Simple. Menarik. Serta ada elemen seni di situ.

Hari kami menggantung banner di dewan orang ramai pun tiba. Hari kedua baru ada perasmian program, program ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar. Hari pertama kami adakan gotong royong untuk membersihkan dewan dan kawasan sekitar.

Afzan tegur aku. Tunjuk kat tepi dewan. Ada gambar sultan dan sultanah, ada gambar menteri besar dan ada lambang Negeri Sembilan. Ya, objek itu kami amati dengan hati penuh debaran.

Objek tersebut memang jelas kelihatan. Padi !! 9 batang padi untuk lebih tepat.

Bukan pedang segala jenis pedang. Bukan pedang Penjejak Awan, bukan Pedang Penjejak Badai, bukan pedang samurai. Aku diam. Buat macam takde apa. Afzan dah gelak. Aku simpan, harap Lan tak tahu atau perasan. Lambang tu kecik je, takde sape nak perasan kot. Aku pujuk hati. Harap Menteri Besar sendiri tak belek sungguh-sungguh banner aku itu. Aku redha, sepanjang perasmian aku mengerling pada banner itu, takpe, tak nampak sangat rasanya. Rahsia ye ni kawan-kawan. Jangan bagi tahu Menteri Besar.

Aku akhiri dengan pantun yang aku kerat sendiri.

"Kalau padi katakan padi"
"Tidak kami ternanti-nanti"

Dari kiri: Ah, apa gila aku ingin membuka folder memori mengingat nama orang. Yang pasti, program ini ada keterlibatan 5 dari JKM, 5 dari Smart Camp, 5 dari KTR dan yang lainnya KLM. Ini selepas perlawanan bola yang kami kalah dengan orang kampung Felda Sg Lui. Gambar ini adalah hasil tangkapan semula kamera digital di atas gambar sebenar. Aku tiada pengimbas. Mekasih Ain untuk idea bagi teknik yang moden lagi terkini ini.

Tshirt KLM versi tekini...

Salam buat semua alumni lambaian...

Berita terkini dari meja MT lambaian di KTC...tshirt edisi terkini Kelab Lambaian Masyarakat akan dikeluarkan dalam masa terdekat ni..jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama kita terus mengabadikan kenangan kita pada kelab..beli baju banyak2..bagi yang sudah berkeluarga..beli juga untuk anak-anak anda..pasti comel bila sekeluarga mengenakan pakaian yang seragam..ayuh...

Ahad, Mac 08, 2009

Soul Fusion, Penyatuan Jiwa? (Bahagian 3/3) - Bawa Kisah

Kata Mr WATS lagi...

"Hanya dengan LAMBAIAN aku akan melalui semua ini. Tanpa LAMBAIAN, aku tak mungkin merasai semua ini. Aku bersyukur menjadi sebahagian daripada keluarga LAMBAIAN, kerana terlalu banyak yang aku lalui melaluinya. Sehingga kini, aku terus berbangga untuk berkongsi cerita hikayat keindahan manusia yang tidak pernah melihat kapal terbang, buah epal, mahupun mengenali apa itu KLCC ini, kerana insan-insan istimewa inilah yang menyedarkan aku betapa besarnya tanggungjawab untuk kita mensyukuri nikmat yg ada. Akan terus aku ceritakan pada segenap manusia, selagi aku bernyawa, pengalaman aku ini. Juga akan terus aku angkat nama LAMBAIAN, ke mana jua, atas dasar aku berbangga, pada sebuah kelab yang telah menemukan aku, sebuah penglihatan, melalui mata hati.

Semoga coretan ini, akan menjadi sedikit inspirasi, buat adik-adik KLM di UTM. Teruskanlah bersama lambaian, kerana anda akan menikmati pelbagai lagi keindahan & kenangan, yang akan menyedarkan anda tentang erti sebenar, sebuah kehidupan & kesyukuran.
Salam kenangan buat semua adik-adik & fasi "soul fusion 1 " =)"

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasanya, ada banyak lagi cerita yang mampu ditulis, yang sudi diceritakan, dan yang sangat hendak dikongsi oleh tak kira supersenior, senior malah juga junior dalam pelbagai medium, tak kira blog, forum, atau bual-bual 'meeting larut malam di K9' .. errr.. ada lagi ke aktiviti berembun di kafe k9 ni? huhu..

(untuk pengetahuan yang tidak ketahuan, meeting larut malam ni berlaku apabila meeting di S01 diarahkan bersurai terutama oleh AJK Kerohanian JKM, maka 'meeting' diteruskan di kafe kolej 9 untuk hal-hal berkaitan atau pun terkait)

Selain di ruangan komen di blog, ada juga komen terus ke inbox email.. termasuklah, "kenapa la dok mengimbau-ngimbau ni.. buat rindu je.. huhu" lebih kurang gitu la ayat nya.. ya.. sebab rindu la buat imbauan-imbauan.. tak mahu la rindu sorang-sorang, orang lain pun kena rasa jugak hahaha (kejam la sikit)

Jangan kan cerita perkara yang lepas, yang tak pernah berlaku pun boleh buat teringat kelab tau.. Macam mana? haa.. suatu pagi, tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O kat www.tv9.com, program 'Apa Khabar Orang Kampung'. Tengah syok layan sambil makan buat ceri yang dibeli di pasar Rotterdam,hehehe, "kalau KLM nak buat KM, boleh tengok contoh aktiviti diorang ni..best ni.." (KM=Khidmat Masyarakat) huhuhu.. perbualan indoor dua gadis comel.


haih, banyak lagi la perbualan spontan serupa itu kalau aku nak cerita.. hehe.. tapi payah lak nak cite, kang kompem kene tambah bahagian 4, 5, 6.. hehe..

Bukan sahaja kisah senior nak disampaikan kepada junior KLM.. Bukan sahaja kisah di luar KLM hendak dibawa ke dalam KLM, malah kisah pengalaman dalam KLM juga dibawa keluar KLM dengan bangganya, termasuk kepada bukan warganegara Malaysia dan mampu membuatkan mereka..
"waw.. that sounds amazing.. "
"owh, that make you different" (mungkin lelaki itu merujuk 'you' kepada orang Malaysia yang dikenali. Tak pe la, lembu punya susu, kasi sapi dan sape-sape dapat nama juga lah)
Respon tu aku dapat bila bercerita tentang program Soul Fusion 1.

"hey, you have a lot of games..!!"
"waw, that is really fun, how u know that?"
Ini pula respon apabila aku memperkotakkatikkan mereka dengan macam-macam refreshment yang aku belajar dari Lambaian dan aktiviti lain semasa di UTM.. haha..

Mata, hati, jiwa
Ada mata pandang
Ada hati hayati
Ada jiwa, jangan biar kosong!!!

Sabtu, Mac 07, 2009

Lambaian Di UTM

salam semua...mula2 nak ucapkan selamat buat semua.n maaf kerana menghilangkan diri buat sektika...nak berkongsi program di utm...minggu lepas klm telah mengadakan program bertempat di hutan bandar..berikut ade beberapa maklumat berkenaan program tersebut

Pengarah : Muhammad Asyraf b Azman

Program : STar V6

Tempat: Hutan Bandar JB

Peserta : 29 orang

Fasi : 6 orang

Rabu, Mac 04, 2009

Kenapa Kami Nak Tubuhkan @Lambaian siri II

Berdasarkan perbincangan atas angin sahaja antara aku dan rakan-rakan, banyak peluang dan perancangan yang aku fikirkan banyak faedah dan boleh membantu antara kita sama-sama bekas Lambaian.

1. Klinik Kerjaya
Buat semua para graduan UTM, tak kisah KLM atau kolej mana sekalipun, bekas Lambaian adalah terdiri dari pelbagai latar belakang dan mempunyai banyak pengalaman yang bermakna untuk dikongsi. Ramai yang ingin berkongsi, tetapi tiada platform. Ini memberi peluang ahli @Lambaian, menyumbang kembali apa yang mereka telah kecapi.

2. Bank Panduan / Rujukan CV
Kadang-kadang, aku ada menerima pelawaan atau permintaan dari pelbagai pihak bertanyakan tentang status pelajar fresh grad atau jurusan tertentu, untuk dipelawa memohon pekerjaan di syarikat mereka atau syarikat rakan-rakan mereka. Aku rasa @Lambaian boleh menjadi bank CV ahli-ahli mereka dan boleh dihantar kepada yang berkenaan. Ataupun jika ada ahli KLM sekarang yang inginkan rujukan, bagaimana membuat format CV yang terbaik atau memenuhi kriteria syarikat yang dipohon. Aku rasa, rakan-rakan aku yang lain dan even senior aku juga mungkin pernah mengalami situasi sebegini. Rugi jika dilepaskan peluang pekerjaan sebegini sebab tiada calon atau kita tidak kenal antara satu sama lain.

3. Pengumpulan Master Modul.
Segala modul-modul di KLM adalah artifak tidak ternilai. Segala games, refresher, modul LDK, modul psiko drama, modul permantapan dsb adalah suatu barangan berharga. Aku tidak tahu status modul-modul sekarang tapi alangkah ruginya jika semua modul ini hanya disampaikan secara lisan tanpa apa-apa rujukan bertulis. Segala ritma, irama, lenggok bahasa dan gaya boleh kita rakamkan semula dalam bentuk audio dan visual. Letak dalam satu server atau portable hardisk. Maka rujukan penuh buat KLM untuk generasi seterusnya selama-lamanya. Alumni-alumni terdahulu mungkin banyak idea lama dan baru untuk disumbangkan. Mungkin kita boleh buat Bengkel Pembangunan Modul KLM.

4. Dokumentasi lengkap ahli @Lambaian
Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk ini. Yang telah kita lakukan adalah mengisi borang keahlian. Tapi aku rasa ini tidak mencukupi. Yang kurang formal yang boleh kita lakukan, sekarang adalah dengan meletakkan blog list bekas Lambaian yang ada. Ramai yang punya blog, tapi belum meletakkan link mereka, aku nak minta izin secara terbuka, kalau setuju, bleh letak komen disini. Aku dah mintak sebelum ini dalam entri lepas, tapi masih nak ulang lagi permintaan ini. Kenapa aku nak dokumentasi ini? Ini adalah pendorong utama dan sumber motivasi adik-adik di KLM sekarang. Mereka suka dan mereka boleh merencana hidup mereka bila mereka tahu dari acuan Lambaian yang sama, sudah ada yang berjaya dan berkerjaya. Apa jua bidang, apa jua kerjaya itu adalah aras penanda untuk mereka.

5. Road Trip @Lambaian
Pot luck dah pernah buat, jamuan makan dah pernah, gathering pun pernah. Aku ada terfikir nak buat Road Trip @Lambaian pula. Mungkin berkumpul di suatu lokasi, konvoi bersama-sama menuju suatu lokasi, sepanjang perjalanan, singgah di tempat / rumah ahli @Lambaian untuk makan-makan dan rehat sebentar sebelum ke destinasi seterusnya. Mungkin untuk jalan-jalan pergi beraya. Takde paksaan atau duit komitment, cukup sekadar isi minyak dan tol, lain urus sendiri. Mungkin menumpang tidur di rumah ahli @Lambaian kalau tidak keberatan. Atau kembali ke kampung yang pernah kita buat Khidmat Masyarakat.

Dah cukup kot 5 lagi perancangan dan idea baru. Sekurang-kurangnya aku dah nukilankan di sini. Boleh dijadikan rujukan buat para pemegang jawatan kekal @Lambaian nanti. Ini juga adalah salah satu cara untuk menarik minat bekas Lambaian yang lain yang belum mengisi borang, kami bukan buat dahulu pikir kemudian.Tapi, apa pun, tiada paksaan.

Selasa, Mac 03, 2009

Soul Fusion, Penyatuan Jiwa? (Bahagian 2/3) - Nama Program

"soul fusion, apa yang kau faham maksud dia?"

tanya aku pada beberapa kawan-kawan aku yang best. Ini antara respon yang aku dapat :

"pencantuman hati"
"penyatuan jiwa"
"menyatukan hati"
"pelakuran jiwa"
"jiwa kacau"

hehe... maksud tersurat dan tersirat 'soul fusion' tu pernah dihurai oleh Hazwan, pengarah Soul Fusion 1, tapi aku tak ingat full version lah.. huhu.. Abang Kacak tak nak tolong aku ker? =p

fuh.. Nama Program.. satu keputusan yang boleh tahan rumit untuk dibuat, atau boleh tahan simple untuk diputuskan.. Kalau nama tu mampu menusuk terpacak cantik dalam kalbu, dengan kesan yang mantap, program yang bermakna, Nama Program tu akan jadi terlalu indah untuk diulang-ulang dan dikenang.. kenangan terindah gitu.. for me, penting Nama Program ni.. Contoh nama-nama program KLM ;

- Jentayu - 2000
- Sirih Pulang ke Gagang - 1998
- Aidilfitri Bersamamu (di Rumah Barakat, JB) - 2004
- Sayang Disayang (Khidmat Pendidikan SMKT tanjung putri) - 2005
- Dekat Padamu (1 hingga 4, di Hosp Sultanah Aminah, JB)

- Mesra (dah 5 kali kot.. dengan Tadika Ihsan, UTM Skudai)

- Star (program pemantapan ++ Fasi KLM) - 2006,07,08,09

-
Yahoo!! (program dalaman KLM) - 2006,07
- Secangkir Kasih (di Rumah Seri Kenangan, JB) - 2007
- Geli Gelak Lambaian (program dalaman KLM) - 2009

~ Dekat Padamu 2 - 2004, Pengarah : Syed Munir ~

~ Yah0o!! - 2006, Pengarah : Khairul Nizam @ Black ~

ada siapa-siapa nak share tentang nama-nama program lain? terutama zaman dulu-dulu? hehehe..

okay.. cukup tentang nama-nama program, kembali kepada Soul Fusion, berkaitan coretan Mr WATS, sambungannya...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Golden Ball
Aku menentang adik-adik istimewa ini dalam perlawanan yang dipanggil golden ball. Aku dibutakan. Juga rakan-rakan sepasukanku. Dalam perlawanan ini, loceng diletakkan di dalam bola. Hanya pendengaran membantu kami untuk menjaringkan gol. Nyata, nikmat pendengaran yang dimiliki adik-adik ini, bukan tandingan kita. Aku gembira dapat merasai peritnya melihat dunia yang gelap & hanya berbantukan telinga untuk mendengar. Adik-adik ini terlalu hebat dan telah menewaskan kami dalam perlawanan itu. Apapun, saat itu terlalu istimewa buatku.

Lunaknya Suara
Sebelum pulang, kami dihiburkan. Adik-adik ini menyiapkan pentas dan semua kelengkapan dengan sendirinya untuk majlis penutup. Seorang adik bernama Amira jika aku tidak silap, menyanyikan lagu "berdua lebih baik", nyanyian Acha Septriasa. Aku percaya, jika Acha mendengarnya, dia akan tersembam ke bumi melihatkan keistimewaan adik ini. Tampil pula adik Mawi dengan lagunya. Mereka cukup bersemangat menghiburkan kami. Inilah kelebihan mereka. Allah mungkin tidak memberi mereka nikmat penglihatan, namun nikmat-nikmat lain buat mereka, terlalu indah & istimewa.

Perpisahan
Pulangnya aku ke UTM, aku terkenang saat-saat aku diajar menggunakan Baille & segala kenangan terindah buatku di SKPK ini. Program soul fusion ini yang diarahkan oleh saudara Hazwan, telah memberikan impak yang cukup bermakna & besar dalam hidup aku. Disini, aku mengenal erti syukur, memiliki 2 biji mata yg sihat utk melihat, keindahan alam ciptaan Illahi. Namun, aku pasti, adik-adik istimewa itu, mereka juga gembira memiliki mata hati yg sempurna untuk melihat melalui hati mereka yg terlau suci & murni. Sehingga kini, aku tidak mampu melupakan program ini. Program yg aku iktirafkan sebagai program terbaik yg pernah aku sertai seumur hidup aku.Hanya airmata yang menitis, tatkala aku melangkah, meninggalkan insan-insan istimewa ini.

Bersambung...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's