Rabu, Disember 23, 2009

Futsol Maniac

kelab lambaian masyarakat akan menganjurkan 1 pertandingan futsal. Penyertaan dibuka pada setiap ahli lelaki dan wanita serta alumni. peraturan untuk setiap pertandingan adalah seperti yang ditetapkan fifa. yuran sebanyak rm3 per individu.

Tarikh: 3 Januari 2010
Tempat: Court S19 Kolej Tuanku Canselor
Masa: Pagi

-hadiah disediakan untuk 8 pasukan teratas.
-sila sahkan kehadiran anda selewat-lewatnya sebelum 27hb disember.
-pembahagian kumpulan dilakukan oleh pihak penganjur.
-sebarang pertanyaan sila hubungi erizuwan soib - 019 7578361.
-sekian, terima kasih.

Super Bowl

satu pertandingan bowling akan dianjurkan oleh kelab lambaian masyrakat. penyertaan dibuka untuk semua ahli kelab dan juga alumni.bayaran untuk setiap peserta tidaklah sebanyak manapun hanya rm13.

Tarikh: 2 Januari 2010
Tempat: Danga City Mall, JB *tapi macam biasa kumpul dulu kat S01
Masa: 9.00 pagi

pertandingan diadakan sebanyak 2 round.hadiah-hadiah yang dipertandingkan adalah :

kumpulan :
1) tempat pertama
2)tempat kedua
3)tempat ketiga

individu lelaki & perempuan overall :
1)tempat pertama
2)tempat kedua
3)tempat ketiga

special prizas :
1)high game lelaki & perempuan
2)wooden spoon category lelaki & perempuan

-sebarang pertanyaan dan pengesahan kehadiran, sila hubungi saudara fahim razak - 013 4660329
-sekian, terima kasih.

Isnin, Disember 21, 2009

'wang perlindungan KLM'

Holla..!!

'wang perlindugan KLM' ialah sumbangan ikhlas individu/organisasi kepada Kelab Lambaian Masyarakat yang kita banggakan. KLM yang bertapak di KTC, UTM, tempat kita berjuang untuk segulung ijazah. Tidak ijazah yang dikenali umum pun, at least, ada 'ijazah kehidupan'.

Setahu aku, ada beberapa sumber (orang) yang memberi 'wang perlindungan KLM' ini. Bagus.. Memang bagus. Ya lah, kalau kita ada lebih, apa salahnya sedekah kan? Okay, bukan nak promosikan skim 'wang perlindungan KLM' ini. Tetapi aku nak ketengahkan satu isu berkaitan hal ini.

Sejauh mana KEPENTINGAN 'wang perlindungan KLM' ini, dan sejauh mana KETELUSAN pengendalian SUMBANGAN IKHLAS tersebut?

Bukan tidak percaya kepada mana-mana pihak. Tetapi bagi aku, hal ini patut TELUS!

Maka, suka aku menulis hal ini dengan harapan pembaca boleh memberi pendapat terhadap cadangan tidak rasmi yang berbunyi,

KLM turut mengedarkan laporan kewangan KLM di UTM yang kebiasaannya dibentang dalam Annual General Meeting of KLM kepada warga Alumni Lambaian Masyarakat dengan tujuan :

1. agar pemberi sumbangan ikhlas itu tahu ke mana sumbangan mereka pergi.
2. memberitahu pemberi sumbangan tentang adakah sumbangan mereka benar-benar perlu? Sebab kalau tak perlu sangat, baik beri kepada badan khidmat masyarakat lain kan?
3. Dan, jika status kewangan tidak menggembirakan pula, mungkin boleh 'memanggil' lebih ramai pemberi sumbangan.

Jika ramai setuju, kita boleh bincang dengan KLM di UTM terus.

I think this is a win-win situation and not too much work to do. And I believe, this suggestion is NOT NEW.

Sekian

Isnin, Disember 14, 2009

Erti keseronokan sebenar...

PERINGATAN :
Diharapkan semua warga Lambaian yang membaca dan mengetahui blog ini, boleh TOLONG MENYEBARKAN KEWUJUDAN BLOG INI kerana masih ada keluarga Lambaian kita yang tidak tahu. Maka ada yang tertinggal jemputan walimatul urus, yang tertinggal kemanisan hidup ber-keep-in-touch ini, malah ada yang tidak dapat membuat jejak kasihan untuk pelbagai tujuan. Sharing is caring, tak sharing is self-fish. hahaha.. THANKS!


Assalammu'alaikum warahmatullah....

Sebenarnya aku nak letak tajuk tu, erti kebahagian sebenar.. Tetapi rasa macam kurang jiwa pula, sebab macam jiwang hehehe..

Okay.. Dalam kepala ini sememangnya tentang perjuangan sebelum hendak ke kenduri kahwin Kak Eni dan abang Atok sabtu lepas di Sungai Siput, perjalanan pergi, sesampai di kenduri, dan perjalanan pulang.. Tetapi atas faktor kengkangan masa dan fokus, aku cuma sempat beritahu setakat ini...

ITULAH ERTI KESONOKAN YANG SEBENAR...

Sekadar sari berita penting; aku, abang Azwar, Hanim dan Kejan gerak dari Johor (5 pagi dari rumah aku) sebelum bergabung bersama sailormoon Rozza di Shah Alam. Kami tiba di rumah pengantin 3 petang dalam keadaan kebulur, selain berjumpa dengan pengantin dan keluarga, ada juga kak So dan abang Chuck. Lepas tu, sampai kami berlima di Cameron Highlands hampir-hampir nak maghrib. Dan aaaaaakkkkkhhhhiiiiiiirrrrnnnyaaaaa sampai di UTM subuh Ahad.

Giler bosan kan penceritaan macam tu.. Orang yang sukakan keringkasan, mungkin suka. Tapi aku sendiri bosan baca balik perenggan di atas.. hahaha..

Apa-apa perkara fizikal yang berkurang demi permusafiran tersebut, tetap tak sebanyak keseronokan dan hikmah yang aku dapat. Keseronokan yang sebenar adalah apabila kita mampu buat orang lain seronok. Kalau tak terlafaz dengan kata-kata mereka sekalipun, hati yang bersih akan tenang jika kita mampu percaya dalam diri, bahawa.. "aku seronok kerana orang lain seronok". Inilah kesimpulan ringkas daripada post-moterm trip Skudai-Shah Alam-Sg. Siput-Cameron-S.Alam-Skudai. Post-moterm dihadiri oleh aku dan hanim di S 25, KTC selama 2 jam 30 minit dalam keadaan lapar dan busuk tak mandi-mandi, tengah hari semalam. Maka sangatlah mustahil aku nak tulis ERTI KESERONOKAN SEBENAR dalam post ini, melainkan untuk membuat orang membaca muntah darah.

Dan, macam biasa.. aku tak de gambar.. hahaha.. Aku tunggu kamera Kejan, Hanim.. Dan liputan lanjut, selepas hari-hari genting aku hari ini sampai Rabu..

daaa..

p/s Abang Sport.. hope post kali ini tidak dianggap seperti post personal.. hahaha..

Khamis, Disember 10, 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Nabil & 'Ainul (6 Disember '09)

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Akhirnya, berkesempatan juga aku untuk bercerita tentang majlis perkahwinan Ahad lepas, di Sg Besi. Aku cakap kat nenek aku, "Ain nak pegi kolumpor ni, nek"

Selepas susah payah sms, call, dan YM rakan-rakan Lambaian sepanjang minggu untuk mencari teman seperjalanan ke majlis tersebut, akhirnya abang Pilo lah manusia pilihan Allah yang sudi menumpangkan aku dalam keretanya. Dia dan dua rakan serumah bertolak pagi itu dari Johor, dan sampai di tol Ayer Keroh untuk ambil aku yang dihantar oleh papa aku dengan kereta bernombor plat MBV **** Melaka Bandaraya Vouge (MBV).

Tanpa mampu menunggu Usop dan Kak Ikin di hentian Serdang, kami meneruskan perjalanan kerana abang Pilo mesti sampai pukul 12 tengahari. Aku berada dalam kereta orang penting rupanya, iaitu orang yang akan memulakan majlis dengan doa'. Nervous. Tambah nervous dan panik semasa mencari dewan. Fuh..

Akhirnya, sampai.. aku rasa on time yang cukup-cukup. Serentak dengan pasangan pengantin dan pasangan pengapit keluar dari kereta masing-masing. Timing baik punyeeeerr..

Lebih kurang 12.05 tengah hari, paluan kompang sudah berkumandang, dan pasangan pengantin, Nabil dan 'Ainul berarak memasuki dewan. Pergh.. segak dan comel. (aku puji sekali je cukup)

Ini sahajalah gambar yang paling elok aku mampu ambil dengan malasnya nak angkat bontot dari kerusi tempat aku nak makan masa tu. Mereka menuju ke pentas, juga gambar yang diambil oleh aku yang malas seperti di bawah,


Aku sangat suka majlis ini. Kenapa?

1. Sampai sahaja pengantin atas pelamin indah putih ungu itu, majlis dimulakan dengan doa, oleh abang Pilo. Rasa macam .. hmm.. tak tau apa perasaannya.. yang kahwin kawan-kawan aku, yang baca doa macam abang aku, yang amin-kan doa boleh tahan beberapa jugalah kawan-kawan aku, yang jadi DJ juga macam abang aku.. huh.. macam tu lah.. tak tau nak explain.. huhu.. bukan sekadar suka ni..

2. Lauk best. Nasi best. Acar buah dijamu dengan se-pemurah-pemurahnya.

3. Warna tema adalah sangat tema.. Ungu putih daripada kad jemputan, baju pengantin, pelamin, warna air (standard lah kot), sehinggalah kepada cenderahati dalam goodies bag iaitu senaskah buku yang mengandungi Juzuk 'Amma dan panduan Solat.

4. Majlis adalah sangat teratur dari segi perjalanan majlis dan pengurusan tetamu. Sesi bergambar tetamu sangat teratur. Kawan-kawan ada peluang bergambar dengan menunggu giliran di tangga pentas, dan seterusnya bersalaman dan beramah mesra. Terharu! Bukan semua majlis ada peluang macam ni.

5. Pengantin sempat beramah mesra dengan ramai orang. Terima kasih datang. Ucapan yang ringkas tapi boleh buat tetamu terharu. Walaupun aku dan kawan-kawan gurau kasar dengan Nabil.. "Wah, pandai ko cover... teeeettt..", Nabil masih control mood pengantin.. Dan 'Ainul sempat berkongsi pengalaman dengan contact lens dan bulu mata palsu.. hehehe..

6. Lebih mengharukan, pasangan pengantin hantar SMS mengucapkan terima kasih kerana memenuhi undangan walimatul urus mereka.

Bukan bermakna majlis perkahwinan lain tidak menggembirakan atau mengharukan. Masing-masing ada yang best nya, nak-nak, kawan-kawan yang kahwin kan. Cuma aku sudi menyenaraikan hal-hal ini, tanda penghargaan, penghormatan.. dan sekadar berkongsi pandangan.

Buat 'Ainul dan Nabil, semoga bahagia dan berkekalan melayari bahtera hidup dalam rumah tangga yang akan dikemudi dengan tolak ansur, ketenangan, taqwa dan iman.. Semoga bahagia dunia akhirat.. insyaAllah.. amin..

Aku yakin ada banyak lagi gambar-gambar lebih menarik oleh manusia-manusia yang rajin. InsyaAllah, jika aku dapat kumpulkan dari manusia-manusia yang sudi, aku akan kongsikan.
DAN, suka aku nak tulis di sini bahawa AKU SANGAT SERONOK JUGA sebab dapat jumpa dan berkepoh dengan banyak keluarga Lambaian hari itu dan kenal kawan-kawan baru!

abang Pilo & Mamat & Shidi (mereka serumah), abang Afiq (paparazi yang berjaya), kak Ikin (mangsa paparazi), Faiz , Yati (kira dah Lambaian kot hahaha), Rai & Azali (suka suka je aku letak & kan..), Nad & Izzah (adik Nad), Sai, Zizi, Nik (kawan Sai or Zizi hehehe), Amin, Aznan, Azri, Usop (yang lambat sebab tunggu Boston), Boston (yang dah nak kawin Januari ni), abang Black (yang ada projek besar malam sebelum majlis), abang Sport (dengan dslr canonnya), Kay & Silah (pengapit), eerr.. ada nama yang aku lupa tak? Tak ketinggalan juga rakan-rakan Smart Camp..

Owh.. kak Syila.. yang akhirnya tak dapat ain jumpa.. dan keluarga abang Adam mungkin?

Wah.. panjang aku menaip ek.. naik syok pulak..

ok..

daaa...

Khamis, Disember 03, 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Zul & Liza - 30 Nov 09


Majlis ini diadakan di Baling, Kedah. Cara mudah hendak sampai ke Baling adalah dengan berpandukan pengalaman serta papan tanda jalan. Jadi jangan siapa-siapa cuba sms aku tanya jalan mana nak pegi Baling, sebab ini aku rasa kali pertama aku memandu ke Baling.

Setelah sampai ke pekan Baling, dengan berpandukan kepada peta kad kahwin, kami berjaya sampai walau ragu-ragu pada mulanya.

Untuk tidak meragukan diri sendiri, kami terjah terus bilik pengantin, supaya benar-benar betul kenduri yang kami hadiri ini. Mujur betul.

Setelah menseperaiskan pengantin yang sedang memegang pisau untuk bergambar, kami keluar untuk makan. Melihat kepada sekitar rumah, kenduri ini banyak mengekalkan elemen-elemen tradisi lagi bersifat asli.

Menu makanannya yang berlainan dari kenduri luar Kedah adalah Gulai Daging Lembu dan Batang Pisang, Gulai Ikan Masin dan Kerabu Pucuk Paku Pakis dan Tauge. Memang orang sini je buat. Rasa? Sedap!

Setelah selesai makan, kami sekali lagi menerjah bilik pengantin untuk sesi dokumentasi tanda betul-betul sampai majlis ini dan memohon diri untuk pulang. Kurang-kurang ada wakil dari @Lambaian yang memeriahkan majlis mereka. Dengar dari Zul, Usop dan Black pon ada datang, tapi awal dari kami. Tidak berselisih la agaknya.

Sebelum berangkat, kami sempat melihat secara dekat, kumpulan gendang Silat Gayung Kg Batu membuat persembahan. Lengkap dengan gendang, serunai, harmonika dan kerincing (ye ke?) Ini juga jarang dijumpai untuk majlis kahwin kat dewan mana-mana.

Jumpa lagi nanti di majlis kenduri Nabil & Ainul.

Isnin, November 30, 2009

Jodoh Dah Sampai...

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Selamat hari isnin buat semua pembaca, terutama warga @Lambaian dan adik-adik Lambaian yang masih sakan bercuti mungkin. Mari meneruskan hari ini dengan penuh semangat..! Esok telah masuk bulan terakhir bagi tahun 2009. Selamat muhasabah diri bagi sepanjang tahun 2009 ini, dan tahun 1431 hijriah.

Apa yang pasti, perkara yang amat indah ada dalam kalendar kehidupan Zul hari ini (semalam nikah kot rasanya). Malangnya hari ini aku tak dapat sama-sama tengok Zul menyegakkan diri di samping 'kak ipar'. Takpe, aku pasti, majlis tetap berjalan tanpa aku. Cewah.. "Kau ingat kau diva??", kata abang Azwar.

Alhamdulillah, jodoh Zul dah sampai. Dalam masa terdekat nanti, ada dua pasangan juga insyaAllah akan diijabkabulkan, Atok-Eni dan Nabil-Ainul. Kedua-dua pasangan adalah warga Lambaian, yang tidak kurang hebat jasa mereka terhadap Lambaian. Atok dan Nabil, masing-masing pernah menjadi Pengarah Kelab Lambaian Masyarakat yang mesra rakyat. Eni dan Ainul pula, masing-masing adalah watak gadis sopan dan ayu yang amat menyenangkan, namun tegas dan yakin (aku serius!).

Teringat pada satu malam jamuan Kelab Lambaian Masyarakat, semasa semester pertama penglibatan aku dalam Lambaian. Tema malam itu, biru. Di luar dewan alumni, UTM. Abang Zairi pada masa itu baru ditabalkan menjadi pengarah Kelab Lambaian Masyarakat dan ada persembahan pantomin di mana watak utama lakonan ialah abang Din dan Asmida, manakala suara latar watak utama adalah abang Chuck dan kak Aina (mama Arissa). Okay, bukan tentang jamuan yang hendak aku imbaskan, cuma sebaris ucapan jenaka dari seorang abang senior (aku tak pasti siapa, masa tu tak kenal) iaitu, ".... kelab lambaian ni, kelab lambai-melambai..."

Amacam kak Eni, Ainul, abang Atok, dan Nabil. Terasa tak? hehehe... Just kidding.. jangan ambil hati no.. nanti tak awet muda hari majlis nanti ;)

Antara pasangan suami isteri sesama Lambaian yang lain, yang aku kenal ialah abang Adam-kak Ezi dan Sina-kak Aina. Dan aku rasa, macam ada lagi pasangan lain lah, tapi tak berapa nak pasti. Takut salah sebut pulak, kes naya..

Huh, aku takut nak cerita dan komen lebih tentang bertemu jodoh di kalangan keluarga Lambaian ini, sebab ada amaran berjaga-jaga dari seseorang satu ketika dulu. Maka cukuplah sampai di sini, aku membuat kesimpulan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang (tiba-tiba). Jodoh itu ketentuan Dia, namun usaha harus ada. Kalau dah jodoh, tak ke mana, kalau tak jodoh, nak buat macam mana. hohoho.. aku macam rindu kelas bahasa Melayu zaman sekolah lah aku rasa hari ini.

Mungkin faktor mengenali satu sama lain lebih dekat, mengagumi, memahami, dan selesa bersama (bak lagu Irwansyah, terbiasa bersama) semasa saling berusaha untuk aktiviti/program, mampu mengikat hati-hati itu. Cewah..

Aku pernah baca sesuatu, antara yang aku ingat,
Kegagahan lelaki terletak pada kemampuannya menahan marah
Kehebatan lelaki mampu dilihat ketika lelaki itu diberi tanggungjawab
Kecantikan wanita terletak pada kemampuannya menjaga malu .....

mungkin adalah antara petunjuk. Namun semua itu hanyalah penyebab. Allah lah yang mengatur segalanya, walaupun nasib sehelai daun yang gugur.

Mungkin 'lambai-melambai' itu luas maksudnya, bukan sekadar hayunan tangan-tangan. Teruskanlah usaha, doa dan tawakal, asalkan 'lambai-melambai' itu tidak membelakangkan Dia, malah mendekatkan diri dengan-Nya. Bahagia itu dari Dia.

p/s Aku tahu secara brief cerita 'lambai-melambai' kak Aina dan Sina je semasa majlis persandingan mereka kat Tapah dulu. Original dari mulut tuan-tuan punya badan. Cerita pasangan lain? Kita terjah!

Rabu, November 25, 2009

Salam Aidiladha buat warga Lambaian

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Semoga dengan segala apa yang kita ada, dulu, sekarang dan akan datang, kita syukuri, tanda cinta kepada Yang Maha Pemurah itu.

Salam Aidiladha, dari para penulis @Lambaian.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Isnin, November 23, 2009

Persediaan Program (sambungan)

Alhamdulillah, kita masih ada nikmat mata, untuk membaca. Kita masih ada nikmat mata untuk melihat muka kita pagi tadi di cermin. Kita masih ada mata untuk nampak jalan raya dan kereta-kereta semasa kita drive tadi. Kita masih ada mata untuk melihat ragam manusia. Semoga kita masih ada 'mata' untuk melihat keburukan dan kelemahan diri.

Berbalik kepada cerita tentang persediaan program, dan khususnya persiapan kad matriks program yang aku hampir-hampir cerita minggu lepas, sudi aku menyatakan bahawa kerja designing ni adalah kerja yang perlukan keyakinan yang amat tinggi. Kalau tak yakin, kita akan sentiasa ada penyakit was-was dengan hasil kerja kita. Huh. Aku sangat kagum dengan orang-orang yang boleh malah mahir siapkan kad matriks program. Seangkatan dengan kerja itu ialah membuat buku program atau sebarang bentuk design, termasuk banner dan cenderahati.

"Photoshop adalah benda ajaib di dunia yang ke-8", kata seorang kawan aku baru-baru ini. Jadi, orang yang mahir menggunakan software tersebut, atau sebarang software untuk designing, aku kagum.. Antara watak-watak Lambaian yang aku terbayang sekarang bila bercakap soal designing ini, abang Zairi, Amar dan Aufa. Ramai je lagi nama lain, tapi ni yang ada alkisah-alkisah lah. Seperti alkisah Amar membuat kad matriks program Soul Fusion yang pertama, tapi silap tahun daaa.... Ops.. terbocor cerita..

Pengalaman pertama sebenarnya aku baru-baru ni buat kad matriks program, brosur dan buku program. Sebab itu lah aku tiba-tiba sangat menjiwa bidang tugas itu, menghargai jerih payah dan memahami erti kepuasan berkarya di situ.. cewah.. Perasaannya bila orang masing-masing ambil kad matriks tersebut dan pakai. Hahaha..

Kan best kalau post kali ni ada gambar-gambar kad matriks program-program Lambaian kan? Hisy, ain ain.. cakap pun tak guna kalau tak upload gambarnya. InsyaAllah, operasi mengumpul dan menjadikannya salinan lembut (softcopy) masih diteruskan, demi nilai sentimental itu. Siapa-siapa nak tolong, masih dialu-alukan.

Pendapat peribadi aku, kad matriks paling unik ialah kad matriks program Alumni Lambaian di Desaru (Ada Apa de Desaru). Kad matriks transparent gitu. (gambar? later)

Pendapat peribadi aku lagi, banner program paling unik, ialah banner program Dekat Padamu 3. Errr.. yang ke 3 kot. Yang ada corak dam merah sebagai hiasan. Namun, Amin atau Apek beritahu, mereka dapat design tersebut selepas menyelongkar stor KLM dan menjumpai banner program dulu-dulu. Haaa.. program apa itu, dan siapakah orang disebalik tabir? (gambar? later)

Pendapat peribadi aku seterusnya, pertunjukan multimedia paling best, oleh Aufa. Program apa, aku tak berani sebut, sebab aku rasa semua best. hahaha..

Akhir kata, hargailah setiap saat yang kita atau sahabat kita luangkan untuk sebarang program atau kerja dalam kehidupan seharian juga. Tidak kira tugas belakang tabir atau tidak, mudah atau susah, cantik atau tidak. Kerana nilai sabar dan ikhlas itu tak dapat dilihat, tapi manisnya dapat dirasa selagi hati tidak sehitam arang.

Bersambung...

Selasa, November 17, 2009

Persediaan Program

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Keinginan untuk menulis yang tak tertunai-tunai, buat aku hangin dengan diri sendiri. huh.. Sekarang aku cuma ada beberapa minit sahaja untuk menulis.. Julung-julung kalinya, post di blog @Lambaian aku tulis seringkas ini. hehehe... (post yang bukan berbentuk pengumuman)

Aku cuma nak kongsi, sekarang masa rehat satu program yang kami anjurkan. Kami di sini ialah, Advanced Photonics Science Institute, Fakulti Sains, UTM. Eh, tiba-tiba baru aku teringat, kenapa lah aku tak war-warkan di blog ini untuk tujuan promosi kan? hahaha.. sabar je lah.. Program tersebut ialah, Laser Safety Course.

Apa yang aku nak kongsikan, tentang persiapan program. Memang berbeza persiapan program semasa bergelar pelajar dan setelah bergelar staf. Namun tak dapat aku elak untuk terbayang, terkenang malah mengambil pengajaran dari pengalaman semasa pengendalian program sebagai warga Lambaian satu masa dulu. Tak dapat elak. Malah cara kerja terikut-ikut pula dengan cara kerja amat efektif yang diamalkan dalam Lambaian, sehingga membuatkan beberapa orang tertentu terpancit-pancit mengejar. Ops.. Nak puji Lambaian, tapi macam hampir termengata orang lain pula. hehehe.. Okay, ringkaskan saja. Percayalah, Lambaian memang best! hehehe..

Niat di hati nak tulis point by point, sebagai perkongsian. Tapi disebabkan kengkangan masa, cukup aku tulis tentang satu hal sahaja. Tentang.. kad matriks program.

Alamak, nak tengok lab lah, kejap lagi ada hands-on training..

Bersambung...

Isnin, November 09, 2009

Undangan Majlis Perkahwinan Nabil + Ainul

Dengan rasa sukacita dan rendah diri. Telah diamanahkan kepada aku untuk menghebahkan undangan majlis Perkahwinan antara 2 warga @Lambaian, Nabil & Ainul. Mukadimahnya Afiq dah war-warkan sebelum ini.

Butir-butir penting:

Tarikh : 6 Disember 2009 (Ahad)
Masa : 11.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna DBKL
Alamat : Jalan 9/141, Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi, KL.

Nota lagi penting:

*Tiket menyaksikan konsert ini telah diturunkan dari RM220 kepada PERCUMA, ye PERCUMA dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengurusan.

Erkk, in bukan konsert ye? Oh ok ok. Jemputan majlis kahwin ini adalah untuk semua yang mengenali mereka tanpa perlu sebarang syarat-syarat khas. Jadi, datanglah beramai-ramai.

Mukadimah

Isi penting.


Lampiran.

Agak-agak sapa-sapa nak kad jemputan sebenar buat rujukan di masa akan datang. Boleh hubungi Nabil sendiri atau tinggalkan komen di sini untuk Nabil folo-up. Sekian.

Nota sisi : Aku baru buat satu capaian pantas untuk ringkasan jemputan kahwin @Lambaian yang terdekat di blog ini supaya semua jemputan punyai tatapan sama adil. Macam berpakat pulak, semua majlis terdekat diadakan di 'Sungai-Sungai sekitar Malaysia".

Jejak @Lambaian's

Sejak lepas kenduri kahwin dia, tak pernah dah nampak rupa dan bayang brader ini. Ajakan gi Gathering di PD pon tak berbalas.

Tapi menjadi kebetulan pula, 2 kali aku terserempak dan berjumpa dengan brader ini ketika dalam urusan kerja. Sekali masa OGA 09 di KLCC Ogos yang lalu. Kali ini di IEW 09 di BCCK (Borneo Convention Centre Kuching).

Jadi aku tidak melepaskan peluang bersembang dan bergambar dengan brader ini supaya rakan-rakan tidak luput ingatan terhadap beliau dan semoga dapat berjumpa brader ini dalam platform @Lambaian pada ketika dan masa akan datang.

Pekerjaan beliau sekarang ini melibatkan urusan jual beli dan sokongan terhadap injap-injap, panel kawalan elektronik, DCS, motor dan pam, pemampat dan turbin dalam sektor Minyak dan Gas. Agak-agak tak paham apa ke mende alah ini, hafal sahaja ye.

Gosip mengatakan yang brader ini dalam 2-3 bulan dari sekarang akan menimang cahaya mata. Tahniah dan selamat menempuhi alam keibubapaan.

Sampai ke Kuching baru dapat jumpa brader ini.

Sabtu, November 07, 2009

Lambaian Ber'Refreshment'

oo epo etai etai eeaayaaah...
oo epo etai etai eeaayaaah..

oo epo etai etai..
epo itu kitu, epo itu kitu..
eeaayaaah..


Begitulah serangkap lirik yang dimelodikan semasa berkumpulnya warga Lambaian sesama sendiri atau semasa membuat khidmat pendidikan, satu masa dulu. Kombinasi lagu dan gaya itu dilabelkan sebagai, 'refreshment'. Lirik yang kadang-kadang tak terjangkau dek akal, maksud dan tujuan. Melodi yang tiada notasi muzik didokumenkan tapi mampu menenangkan dan menggembirakan. Dan gaya yang tiada nasihat pakar sukan dan rekreasi tapi mampu menyegarkan dan merapatkan 'gap-segan-silu'.

Seingat aku, refreshment epo etai itu yang juga pernal dilabelkan sebagai refreshment sembelih itik (sebab ada gaya nak sembelih itik) diajar oleh kak ikin tengku (ada kak ikin tengku sebab ada kak ikin aizad.. hehehe).

Sesi sesuatu 'refreshment' biasanya ditambah dengan kehebatan kakak/abang/adik yang mengajar dengan ayat 'gorengan' yang mantap, akan mampu menghiburkan, merapatkan ukhuwah dan mencatat satu memori indah. cewah..

Ada banyak lagi refreshment gaya lagu berulang yang diajar sedikit demi sedikit ini dengan tempo yang sederhana laju, lagi menenangkan. Contoh lain,

Dam dam da da,
di dam dam da da,
di dam dam da da,
di dam di dam dam dam..

haaa.. Serius, kalau taip, memang tiada yang spesial. Entah hape-hape.. tapi bila dimelodi dan digayakan, sangat best! Dam dam da da ni siap ada dua versi. Satu, abang Din ajar. Dua, Bad + abang Afiq, versi Borneo katanya, dekat-dekat gelanggang tenis KTC masa tu. Lebih kurang ala remix, but I like the traditional one more.. hehe.. Jangan kecil hati ye Bad dan abang Afiq ;)

air terjun tepi gunung
tempat orang bermain
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya mahani

Juga adalah serangkap dari 3 rangkap sejenis 'refreshment' yang dimainkan berkumpulan, duduk dalam bulatan. Sweet je rasanya 'refreshment' ni walaupun lirik ntah hape-hape. Boleh digam oleh pihak tertentu.

Tak kurang juga 'refreshment' moden, yang lebih kontemporari.

Ada nilai tersendiri untuk tiap satu 'refreshment'. Untuk sekadar hiburan, menyegarkan, menguji kepantasan dan kepekaan, dan tak kurang juga yang boleh bentang 'moral value of the refreshment'. Semuanya bergantung kepada cara persembahan dan pembawaan seseorang semasa mengajar/mengetuai sesi 'refreshment'. Ye tak? Hmm.. susah pulak aku nak terangkan perenggan ini dengan tulisan. Kalau tak paham, kita 'face to face' je lah. hehehe...

haaa.. semasa sesi 'refreshment'. Kadang-kadang yang dikatakan 'refreshment' ini bukan lah ada sesi tertentu. Tiba-tiba je nak main. Ye tak? Sambil berkumpul, mula-mula 5 orang, ale-ale 7, 10, 15.. semakin besar bulatan dalam satu pemainan tu. Contoh, game ,

Pindahkan tempat batu kecil itu
Pindahkan ia ke sana ke mari
Si betina bertelur telurnya tinggal satu
Telur, telur, telur, telur

Huh, tak larat pulak aku nak review satu persatu 'refreshment' atau game di sini. Nanti dah jadi ala dokumentasi 'refreshment' yang pernah satu ketika dulu nak diwujudkan sebagai aset Kelab Lambaian Masyarakat, tapi tak terbuat oleh generasi aku dan sebelumnya. Generasi selepas aku, atau generasi akan datang, wallahu'alam. Mungkin ada kelebihannya menjadikan aset Lambaian ini, iaitu kumpulan 'refreshment' atau game secara bertulis/video sebagai rujukan, tujuan persembahan atau kenangan. Tapi kalau tidak pun, turunkan 'refreshment' dan game ini secara tradisional, melalui lisan pun, tak kurang hebat nilainya.

Semoga dalam berhibur, dalam merapatkan ukhuwah, kita sentiasa ingat bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, yang lebih kurang maksudnya,
Baginda risau umat Baginda akan lupa Allah pada dua ketika. Iaitu, ketika dipuji dan ketika ketawa. Semoga dalam bersuka ria sehingga ketawa itu, kita cuba untuk tidak lupa Dia, sebab nafas dan detik jantung kita milik Dia.

Wallahu'alam...

Selamat Hari Sabtu ;)

Rabu, November 04, 2009

Barisan MT Baru KLM 2009/2010

Ketua SPR Dato Seri Mohd Hafiz Zakaria melalui perkenan Yang Dipertuan Penasihat Tuanku Muhamad Azwar Azhari dan Raja Permaisuri Aimi Ruzaini Ahmad telah mengumumkan barisan Kabinet baru bagi kerajaan KLM bagi penggal 2009/2010. Senarai penuhnya adalah seperti berikut

Menteri Pengarah: Izaat bin Roslan Lau
Menteri Timbalan Pengarah: Mohd Shafiq bin Shukor
Menteri Timbalan Pengarah II: Siti Nadia binti Ishak
Menteri Kewangan: Nadia Shahirah
Menteri Setiausaha: Amalina
Timbalan Menteri Setiausaha: Syaza binti Tasnimudin

Menteri Modul: Syed Mohd Naufal bin Sayed Mat Noor
Menteri Aktiviti: Amir Hasrul
Menteri Kerohanian: Mohd Fahim
Menteri Dokumentasi: SHahrul Haziq bin Rosman
Menteri Peralatan: Erizuwan bin Soib

Kepada yang tak letak bin atau binti saya minta maaf. Tak tau nama penuh.

Sekian yang adanya.

Majlis Perkahwinan Mohd Azhan dan Rozaini

Sukacita ingin saya maklumkan (terima kasih kepada anur for the notice) majlis perkahwinan antara saudara Mohd Azhan atau lebih dikenali dengan panggilan manja "Atuk" dan saudari Rozaini. Ahli @lambaian dijemput memeriahkan majlis tersebut pada 5 dan 12 Disember ini.

Pihak Alumni ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada mereka berdua dan mendoakan kebahagiaan bakal rumah tangga mereka.

Untuk details kedua2 majlis tersebut, sila click link di bawah:

Kad Kahwin (1)
Kad Kahwin (2)

Rabu, Oktober 21, 2009

Warga Lambaian mencari sumbangan

Bismillahirrahmanirrahim...

Perkara yang paling jauh daripada kita di dunia ini, bukan negeri China, bukan bulan, bukan bintang-bintang, bukan matahari, seperti yang dijawab oleh anak murid Imam al-Ghazali ketika disoal, tetapi Imam al-Ghazali memberitahu jawapan yang lebih benar, perkara yang paling jauh daripada kita di dunia ini ialah MASA LALU. (sumber : teka teki Imam al-Ghazali)

Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang telah berlalu. Oleh itu kita harus menjaga hari esok dan hari-hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran AGAMA.

Namun, masa lalu bukanlah perkara yang perlu ditinggalkan dan dibiarkan jika ada kemanisan yang boleh membahagiakan terselit. Lebih-lebih lagi, jika masa lalu juga ada pengalaman manis dan pahit yang mampu dijadikan pengajaran, untuk diri sendiri atau orang lain. Sharing is loving.

Wah, bukan main mukadimah.

Apa yang mahu dikongsi hari ini, dalam segmen "Memori Bersama Lambaian" ialah tentang Lambaian dan 'mencari sumbangan'. Dalam bahasa kertas kerja, Unit Penajaan.

Kepada @Lambaian mahupun yang warga Lambaian yang masih di UTM meneruskan perjuangan untuk menggenggam segulung ijazah, yang pernah merasakan pengalaman mencari penajaan untuk program-program KLM, pasti ada perkara yang boleh dikenang, dikongsi dan seterusnya diketawakan, disenyum-siniskan malah tak kurang juga diceritakan dengan muka yang serius sebagai taudalan dan sempadan adik-adik atau kawan-kawan.

Ada yang gagap-gagap untuk membentangkan tujuan berjumpa tokey sebuah gerai, kedai, atau kilang. Paling aku ingat, pertama kali aku cuba meminta sumbangan (program pertama aku sebagai MT program di semester pertama) untuk program Dekat Padamu 2 di KIOSK KTC seorang diri,
"Assalammu'alaikum..."
"Wa'alaikumsalam.. ye?" jawab seorang abang (tokey atau anak tokey kot)
"Saya datang..." sambil keluarkan sehelai kertas.
"nak tunjuk surat..." surat rasmi yang menyatakan, memohon sumbangan untuk program. Sengal betul...

Abang itulah yang pertama sekali mengajar, ayat lengkap untuk memohon penajaan, diajar dengan senyuman, dan menyumbangkan sekotak dua air mineral. Thanks abang! (entah dia ingat aku entah tidak)

Ada yang disoal-siasat tentang program habis-habisan. Habis semua dijawab. Satu-persatu tentatif program diterangkan. Dengan matlamat, "nak jual program". Sampailah satu skrip,
"Ada juga bantuan akan disampaikan kepada warga miskin dan ibu tunggal kampung itu"
"Owh, kalau untuk ibu tunggal, saya suka ni.." sambil seorang lelaki separuh abad duduk di meja kerjanya ketawa yang boleh ditafsirkan sedikit gatal. Mungkin bergurau.

Ada yang pergi bilik ke bilik para pensyarah di UTM. Berdua atau bertiga. Selepas menyatakan hasrat mahu mengutip sumbangan IKHLAS, disoalnya mereka dengan soalan,
"haaa... kamu pointer berapa? kamu? kamu?"
terkulat-kulat kawan nak jawab..
Mesej yang nak disampaikan pensyarah tersebut,
"ni buat kerja-kerja macam ni, bila nak study?". Lebih kurang begitulah ayatnya.. Akur dengan 'ceramah' yang tidak ada salahnya itu.

Ada yang belum habis cakap lagi..
"tak de tak de..."

Ada yang menjanjikan ribu-ribu. Datang nak 'follow up', orangnya entah ke mana.

Ada yang memberi sumbangan buku-buku (Dewan Bahasa Dan Pustaka, JB), snek-snek (kilang Appolo, Mutiara Motors), wang individu dari staff pejabat, pekerja dan tokey kedai di dalam UTM dan taman U, kenalan warga Lambaian.. Semuanya bergantung kepada betapa pencari sumbangan itu datang pada tempat yang tepat di masa yang tepat atau tidak. Termasuklah bahasa lidah dan tubuh yang tepat. Dan semuanya dengan izin Dia, kekuatan dan ilham, sehinggalah rezeki.. Tak kiralah pencari sumbangan pulang dengan nasihat yang berharga atau sindiran yang memusnah. Tak kiralah pencari sumbangan pulang dengan dana besar atau kecil, janji yang dikotakan atau tebu dipinggir bibir. Semuanya adalah pengalaman yang mematangkan diri di atas muka bumi Dia. Sebagai salah satu 'ayat-ayat Tuhan' untuk difahami.

;)

Mode : Terkenang zaman muda-muda selepas semalam didatangi 3 pelajar UTM di bilik untuk meminta sumbangan program kelab Kolej *** ****** ***. Program mendaki gunung ********. BUKAN PROGRAM YANG DIRASAKAN WAJAR AKU BERI SUMBANGAN, pada pendapat aku. Tapi disebabkan dan soal banyak dan bagi ceramah sikit, bagi je lah, hadiah memanaskan telinga.

Pesanan ikhlas buat yang akan memohon sumbangan. Be prepared dengan apa yang akan ditanya oleh 'target' dan PENCIPTA.

Jumaat, Oktober 16, 2009

Setahun Berlalu

Nak tulis tapi malas. Tapi nak jugak bagitau.

SPR yang diketuai Aput dah mengambil pemerintahan KLM buat sementara pilihanraya kelab. Faiz dan barisan MT semuanya dah letak jawatan malam tadi.

All the best kepada calon yang bertanding.


..

Khamis, Oktober 15, 2009

nak kahwin dah pun si Zul

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Sihat hari ini keluarga Lambaian semua? Ada mengumpat-mengata hari ini? Kalau ada, istigfarlah kejap.. kalau takde, alhamdulillah..

haaa.. ini bukan nak mengata atau buat cerita, tapi memang perlu meyampaikan berita.. berita yang memang patut disebarkan seluas-luasnya..

iaitu..

jemputan walimatulurus... Zul.. (batch Zairi, Black, Usop, Ikin, Fara yang baru sanding haritu dan seangkatan dengan mereka) bersama gadis pilihan hatinya... diam-diam Zul ni, nak kahwin dah pun dia.. hehehe.. Haa.. Zul juga ada datang ke majlis berbuka puasa di Bangi Ramadhan lepas.

Berikut adalah kad jemputan majlis perkahwinan mereka yang Zul minta tolong post di sini. Sila klik jika kanta pada bebola mata kurang mampu mencipta imej yang tajam untuk diproses oleh otak. (ayat ala-ala optician gitu...)

Tiba-tiba teringat satu ketika dulu, zaman muda-muda.. 2 tahun dulu.. Aku terlibat dalam salah satu plot kehidupan Zul dengan 'kak ipar' aku ni.. hehe.. (suka hati je mengiktiraf diri sendiri kan). Macam mana boleh terlibat? Aku dan beberapa watak lain (nama dirahsiakan) terlibat dalam aktiviti memilih hadiah untuk 'kak ipar'. Dan hasilnya ialah, sebuah patung (ke, sebiji atau seketul?) kura-kura comel.. hehe.. Haih, kenapalah kura-kura tu juga yang comel di mata kami kan. Patung yang saiznya sesuai untuk dipeluk tau, bukan saiz keychain.. Ntah apa lah respon 'kak ipar' masa dapat tu. Mesti terharu kan.. ahakz.. (ke, Zul tak jadi bagi sebab rasa tak comel?).

Apa-apa pun, aku tumpang excited + happy... Semoga satu lagi plot kehidupan Zul dan 'kak ipar' aku ni akan menambah dekat pasangan ini kepada Dia, dan menambah rasa manis keseluruhan ibadat, pengabdian kepada-Nya untuk rasa bahagia yang hakiki, dunia dan akhirat... Amin..

Bagi pihak Zul, aku nak bagitau bahawa, SELURUH warga @Lambaian dan KLM adalah dijemput hadir. Bagi pihak aku, aku nak bagitahu, siapa nak kad jemputan ni, sms alamat rumah ke no fon Zul.. hehehe..

Sabtu, Oktober 10, 2009

Jemputan Majlis Akikah anak Abong (Fariz) - (Sabtu) 17 Oktober 09

Salam. Sekali lagi menyampaikan berita jemputan.

Kali ini untuk majlis Akikah anak pertama Abong (Fariz) batch 98 di rumah keluarganya di Kajang, Selangor. Butir-butir majlis:

Tarikh : 17 Oktober 2009 (Sabtu)

Masa : 12.00 tengahari ke atas

Alamat : Lot 11555, Taman Mesra Tambahan, Batu 13, Jln Cheras, Kajang



Dengar kata, sapa yang masih single, kalau selalu datang majlis akikah ni senang nak dapat jodoh (editor kata: Tipu!) . Jadi aku wakilkan Sport dan Syila serta Afzan untuk meramaikan majlis ini kalau berkesempatan. Terserah pada geng @Lambaian di KL la untuk membantu meramaikan majlis ini. Abong masih lagi belum pernah jumpa @Lambaian lagi secara rasmi.

Hubungi Abong dari FB dia sebab kerja dia hari-hari mengadap komputer.

Jumaat, Oktober 09, 2009

Open House Raya rumah Fizah - (Ahad) 11 Oktober 09

Salam semua. Untuk @Lambaian, ahli KLM, serta sesiapa sahaja yang kenal Fizah. Yang baru sahaja menikah beberapa bulan yang lalu, dia kini muncul semula dengan jemputan Open House Raya untuk semua @Lambaian dan ahli KLM.

Butir-butir jemputan:

Tarikh : 11 Oktober 09, Ahad

Masa : Sesudah Zohor hingga petang

Alamat rumah : A-04, Blok 3, Flat MMHE, Perumahan Air Biru, Pasir Gudang.

Kalau ada peta, aku kasik peta, tapi google map takde pulak nak tanda kawasan Perumahan Air Biru itu, jadi aku tak berani cipta peta sendiri.

Tradisinya, kalau orang baru kahwin datang bertandang ke rumah orang lain, yang perempuan dapat kain batik, yang lelaki dapat kain pelikat, tapi kali ini, kamu yang pergi rumah orang baru menikah, jadi aku tak ada tradisi yang itu, tapi yang pastinya, datanglah beramai-ramai segerombolan supaya senang Fizah nak budget air teh berapa liter nak disediakan.

Segala pengesahan kedatangan sila SMS terus pada Fizah - 0137964116 SESEGERA mungkin. Juga boleh reply post ini buat rujukan Fizah.

Kot yang dari KL nak datang pon, aku rasa Fizah & suami takde hal punya.

Rabu, Oktober 07, 2009

Walimatul Urus Norfarariyanti & suami (batch 2003)

Updated version (9/10/09). Bersama kad jemputan.


Assalammu'alaikum...

Saya bagi pihak Nor Farariyanti binti Parimon, warga Lambaian batch 2003, (seangkatan dengan Ikin Aizad, Black, Usop, Zul, Zairi, Boston, etc) ingin menjemput SELURUH warga @Lambaian dan Kelab Lambaian Masyarakat ke majlis walimatul urus beliau bersama suami pilihan hatinya, Kapten Syawal (kapten tu...) pada :

10 Oktober 2009, Sabtu ini.

Just nak iklan, saya (tiba-tiba post ni tak guna 'aku' kan hehehe), Mai, Hanim and the gang, dah ala-ala confirm pegi dah ni, insyaAllah. So.. jumpa di sana...!!!

Buat kak Fara, yeah!!! suka!! suka!!! Lalu bawah pedang baik-baik ye... Ain excited ni.

Wassalam

Selasa, Oktober 06, 2009

Salam Aidilfitri dari @Lambaian

Assalammu'alaikum...

Belum terlambat lagi rasanya untuk pihak kami, @Lambaian terutama contributer blog @Lambaian dan AJK @Lambaian mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan maaf zahir batin untuk semua silap salah yang sengaja atau tidak.

Terima kasih kepada warga @Lambaian terutamanya, dan warga Kelab Lambaian Masyarakat yang memeriahkan jamuan Hari Raya sabtu lepas di KTC, UTM. (Aku tak dapat join.. huhuhu.. insyaAllah lain kesempatan, aku tolong kasi vouge itu majlis.. hehe).

Happy Eid!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selasa, September 29, 2009

WalimatulUrus...

salam...mungkin terlalu awal entry ini dikhabarkan kepada seluruh pelusuk KLM...tapi tuan empunya bdan kata..berita baik boleh dikhabarkan...

so suma freekan tarikh

6 DISEMBER 2009...DI SG BESI..insyaAllah satu lagi pasangan KLM akan disatukan...kita doakan kebahagiaan mereka menjelang hari bahagia mereka...

AINUL & NABIL...

SELAMAT PENGANTIN BARU...

Jumaat, September 18, 2009

Soul Fusion 3: Masih Ada Yang Sayang


On the 12th and the 13th, both me and Ayu had the wonderful opportunity to join in Soul Fusion 3 (Thanks to mr. Azwar and the Soul Fusion MTs for inviting us) which took place at SRPK Princess Elizabeth. Full of children who are in their own way exceptional. For those who aren't familiar with the school, it has the distinct responsibility of educating children with eyesight disability. I had a touching experience during Soul Fusion 2 and was looking forward to seeing the children again.


Being disabled does not make these children any less than the normal children out there, but special care and attention is required to help educate them and prepare them with the necessary skills to cope with the challenges of the real world waiting for them. My hats of to the teachers and staff there, their work is an amazing example of understanding and care.


As an observer, I didn't really have the particular details of the participates of the program or the number of facilitators involved, but giving an estimate, I'd say there were about 60+ children handled by a wonderful team of around 30 fasilitors and MTs from KLM.


I've done a few KPs and though I haven't had the opportunity to become a fasilitator, Soul Fusion has a special spot in my heart. Being around these chidren for those 2 days is indeed a unique and inspiring experience. Everything from the way they run through the hallways laughing to their attentive nature when listening to their abang and kakaks chatter on.


Thanks to a couple of wonderful individuals we managed to collect a small amount of donated money to liven up the day for those children. With the money, two huge cakes were bought to bring a bit of excitiement to the bithday celebrations held for the children (and KLM team members) that happen to have their birthdays in that particular month. Not forgetting Azwar's and Ayu's awesome Sirap Bandung that night! Haha... And judging from the racket and laughter that night, everyone had a blast.


As all KPs, the program was filled with LDKs. I walked around, slipping in LDKs just to see how the facilitators were spending time with the children and stealing a chance to personally know them. One thing for sure, the lack of eyesight wont stop any of these kids from being naughty! There were more than a few cases of monkey like acrobatics from them and like any other children they were easily distracted, wanting more to play than anything else. I could see the facilitators patience being tested, but they always managed to smile through it and slowly the kids started to get attached to their new abang and kakaks.


The next day it was time to say goodbye, and the program ended with great closing ceremony which was impressively smooth. The program song was equally heartwarming especially when the whole hall sang in unison. Even now the tune of Laskar Pelangi sticks in my head, and I only need to listen to the song to remind me of the faces I had the wonderful chance of meeting and hopefully see again. Can't wait for Soul Fusion 4. (^_^)


-- Nadzrul

Khamis, September 17, 2009

Confirmation kehadiran Jamuan Hari Raya dan GGL selewat-lewatnya 18 September!

Perhatian! Dan perhatikan! Buat warga @Lambaian...!!!

Confirmation kehadiran untuk Jamuan Hari Raya KLM dan GGL (3&4 Oktober) Syawal ini (Rujuk post sebelum ini. Sila klik) perlulah dibuat ...

selewat-lewatnya pada 18 September
, Jumaat, melalui Facebook @Lambaian Group (sila klik) atau kepada 4A iaitu Ain, Aemi, Azwar, Aizad (Aizad ni, Ikin Aizad sebenarnya hehehe...) atau komen di POST INI.

Emel jemputan dan makluman untuk confirmation ini telah dihantar oleh kak Syila, selaku setiausaha Jawatankuasa @Lambaian. Jika ada warga @Lambaian yang tidak menerima emel tersebut, ianya adalah tidak disengajakan.

Kehadiran @Lambaian yang telah dipastikan setakat ini boleh rujuk JUGA di Facebook @Lambaian Group.

Afzan
Sport
Kak Ayu
Kak Syila
K
Kak Anur & Family
Afiq
Ikin Aizad
Adam & Ezi
Ade Erawan
Pilo
Jup
Syazwanul Badri
Madzlan
Mentho Alves (hek eleh abang Macha, nama tak hagak2 hehehe)

Jumaat, September 11, 2009

Penginapan semasa Jamuan Hari Raya KLM & GGL

Assalammu'alaikum warahmatullah

Lanjutan dari jemputan kepada semua warga @Lambaian dan KLM pada 'post' untuk Jamuan Hari Raya KLM (tak ada nama khas jamuan lagi kan?) dan GGL (Geli Gelak Lambaian) sebelum ini, ingin dimaklumkan di sini bahawa kak Syila sedang berusaha untuk menguruskan hal penginapan kepada yang sudi hadir dari luar Skudai, terutamanya dari luar Johor.

Maka, kepada sesiapa yang berminat, boleh contact kak Syila.
(Nombor fon, rasanya warga @Lambaian dan KLM patut ada kot.. hehehe)
atau emel ke syilahaizal@yahoo.com
atau post di ruangan komen.

Cadangannya begini,
jika yang berhasrat nak rumah tamu (terutama yang berkeluarga dan ber'baby'), kak Syila sedang tanya pihak PAUTM untuk dapat harga murah sebab kita dah mendaftar sebagai PAUTM. (siapa belum daftar, cepat daftar! hehehe)

Kepada yang single pula, boleh juga gatal-gatal nak rumah tamu. Dan kalau mencari-cari penginapan lain (termasuk rumah/bilik tumpangan), boleh tanya terus kepada 'target person' atau contact abang Azwar dan Aemi selaku AJK @Lambaian di UTM.

****KEMASKINI oleh amANI****

Ada rumah tamu di Kolej Perdana, bernama Kolej Inn. Apartment 3 bilik atau 2 bilik. Berharga RM150/apartment per malam. Jadi bagi yang berkeluarga, boleh berkongsi dengan satu/dua lagi keluarga lain jikalau tidak berkeberatan untuk penginapan sebegini.

Juga kalau-kalau ada ramai @Lambaian yang bujang dan mahu berkongsi ramai-ramai satu apartment juga boleh berbuat demikian.

Syila dah tempah 2 apartment, satu 3 bilik, satu 2 bilik, bergantung kepada yang ingin penginapan sebegini, boleh la bawak berbincang lagi nanti.

Ada sesapa yang berdekatan dengan Kolej Perdana yang boleh tolong tengok kondisi apartment ini dan membuat laporan kembali dalam masa terdekat?

****tamat KEMASKINI****

Sekian. Sebarang pertanyaan dan cadangan adalah dialu-alukan.

+++ Nantikan berita dari Iftar Bangi tidak lama lagi+++

Rabu, September 09, 2009

Jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya dan Geli Gelak Lambain

Salam semua.

Di sini saya dengan rendah diri ingin menjemput anda semua ahli @Lambaian untuk bersama-sama ke majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang aka diadakan di Johor Bahru pada 3 hb Oktober 2009. Pada keesokan harinya iaitu 4hb Oktober akan diadakan acara santai dan bersuka ria iaitu Geli Gelak Lambaian. Program yang bertemakan ukhuwah ini menjadikan ahli kelab dan ahli @Lambaian sebagai sasaran peserta.

Marilah join beramai-ramai. Yang di KL, di JB di mana jua anda berada.. marilah join. Bagi mendaftar, seperti biasa bolehlah mendaftar kepada saya atau Ikin atau Aemi sebelum 16hb September 2009. Bayaran seperti biasa.. di pintu masuk.

Saya sertakan bersama poster jemputan.






Segala persoalan boleh diajukan terus kepada saya.


..

Sesuatu yang anda tak perasan @ terfikir

salam...setelah sekian lama sy tidak mengepost entry, ni ade sumthing yang nak dikongsikan...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan andadipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga

Isnin, September 07, 2009

Sekitar Iftar JB - 5 Sept 09

Sedikit gambar-gambar yang sempat di ambil ketika berlangsungnya majlis berbuka @Lambaian bahagian JB. Dihadiri oleh 40 orang kesemuanya.

Semua hadirin yang datang telah memenuhkan segala ruang Restoran Baboo's ini. Kiranya malam itu, makanan yang disediakan adalah khas untuk Majlis Berbuka @Lambaian sahaja.

Yang lebih menggembirakan bila ahli paling senior seramai 4 orang iaitu Abg Gap, Kak Wati + Suami dan 3 anak gadis, Kak Shila & Kak Umi juga datang memeriahkan agenda makan kali ini. Sedikit sebanyak memberi semangat yang mana kalau dijejak sorang-sorang, pasti yang lain pon akan turut datang untuk memberi sokongan buat @Lambaian.


Makanan yang disediakan memang rasa secukupnya. Cukup segala rempah dan perisa. Cuma skil memasak masing-masing sahaja yang membezakan sedap ke tak sedap. Kesabaran dan kelaparan juga diuji sebab harus menunggu giliran untuk makanan siap dimasak. Memang memenuhi kehendak dan menyelami pengertian Ramadhan yang sepenuhnya.

"Sepanjang aku puasa dah setengah bulan ni aku tak pernah masak sendiri, hari ini kene pulak masak sendiri?" - Gap

"Meh sini aku try, berapa bintang rasa masakan ko ini" - Pilo, sambil menculik sekeping dua daging panggang orang lain, masak sendiri malas.

"Masak jela apa yang ada, agak-agak lapar lagi kita pergi kedai lain makan sekali lagi" - K Umi.

Hadirin yang bekeluarga kebanyakannya balik lebih awal. Aqil dan Ammar dua-dua dah terlena penat bermain dan makan. Yang masih bujang trang-tang-tang balik lambat sikit. Bila bulan dah cukup penuh mengambang baru semua pakat bersurai agaknya. Sayang sebab agenda memperkenal setiap hadirin yang datang tidak dilakukan dan bergambar beramai-ramai juga tiada. Cuma adik-adik KLM yang datang untuk menjemput secara peribadi tiap senior @Lambaian untuk ke majlis Jamuan Raya & GGL adalah dihargai. Juga terima kasih untuk kad jemputan program Soul Fusion hujung minggu ini.

Sekian dahulu laporan dari kaca mata aku. Aku rasa orang lain tulis laporan lagi sedap kot.

Boleh ke blog K Umi untuk versi dia.
Untuk versi orang lain, nanti kalau ada yang muncul, aku link kan sekali.

Jumpa lagi semua @Lambaian masa Sambutan Raya & GGL2, bulan Oktober nanti di KTC.

Ahad, September 06, 2009

Pengumuman Kepada Peserta Iftar JB

Perhatian kepada semua peserta Iftar di Restoran Baboo Taman Universiti.

Disebabkan oleh kemurahan hati Uncle Zainal *pemilik restoran*, beliau telah memberikan diskaun kepada kita pada malam semalam. Harga yang ditetapkan pada awalnya RM 15 untuk satu kepala, telah dikurangkan RM3 bagi setiap kepala menjadikan jumlah keseluruhan RM108 yang sekarang menjadi lebihan.

Jika anda semua tidak mempunyai sebarang masalah, saya ingin meminta izin dari anda semua untuk memberikan duit ini kepada sekolah kanak-kanak pendidikan khas cacat penglihatan princess Elizabeth sebagai duit raya. Untuk pengetahuan anda, KLM akan mengadakan program Soul Fusion di sekolah tersebut pada minggu hadapan. Jadi, jika tiada masalah dan tuntutan, saya akan menyerahkan duit tersebut kepada wakil program untuk dijadikan duit raya untuk adik-adik sekolah tersebut.

Walaubagaimanapun, bagi sesiapa yang tidak bersetuju dengan cadangan ini, anda bolehlah menuntut semula wang anda melalui saya. Segala tuntutan boleh dilakukan sebelum Rabu 9 September 2009. Jika anda tidak memberi respon kepada entry ini, saya beranggapan bahawa anda bersetuju dengan cadangan saya.


..

Sabtu, September 05, 2009

Update Iftar JB

Memandangkan ada yang mintak saya update senarai nama di blog, maka saya membuatnya di waktu bekerja. hehhehhe

Setakat pukul 11 pagi 3 September 2009

Yang confirm datang:

1. Adam + Kak Ez + Aqil + Amar
2. Azwar
3. Ikin Aizat
4. Aemi
5. Ayu Jalani
6. Gap
7. Pilo
8. Jufri
9. Nabil
10. Khair
11. Burhanuddin
12. ST + Wife + Adam kecik
13. Kak Sila
14. Kak Wati + Husband
15. Kak Ed
16. Adilah
17. Fatirah
18. Saidah
19. Ainul
20. Kembar Ainul - Zizi
21. Madzlan
22. Wan Aizat

Pertambahan setakat 5hb 11 pagi
23. Kak Umi
24. Asilah
25. Amalina
26. Azhar Saian
27. Ziantty
28. Tengku Fazarina
29. Syaza
30. Nadirah
31. Ezati
32. Hanim
33. Nurul Nadia

Yang tak confirm - ni malas dah nak cerita. Adik-adik kat UTM pun tak ada sambutan kecuali wan aizat sorang. Tapi akan cuba diusahakan untuk tarik ketua projek jamuan raya dan GGL untuk join so that diorang boleh kenal alumni in advance. Jamuan raya dan GGL tahun ni dibuka sekali untuk @Lambaian.

Nantikan poster Jamuan raya dan GGL dari kami.


..

Selasa, September 01, 2009

Majlis Berbuka Puasa di Bandar Baru Bangi

Salam,

Kepada SEMUA ahli Kelab Lambaian Masyarakat, KTC, UTM dari tahun 1997 sehinggalah yang terkini....

Abang2, Kakak2, kawan2 dan adik2 semua dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang akan diadakan juga pada 05/09/2009 (Sabtu)...

Bagi yang berdekatan dengan area Bandar Baru Bangi, Selangor:-

Bertempat : Restoran Kagumas, No 18, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Bayaran : RM30 nett (dewasa) ; RM15 tuk kanak2 3 tahun ke atas
Pengesahan Kehadiran :
SEGERA
Hubungi (Pengesahan) : Sport @ Noor Afzan @ Syila @ letakkan nama anda pada ruangan komen dibawah pun boleh...
MENU
BUAH TAMAR

PEMBUKA SELERA
Bubur Lambok
Rojak Buah
Cucur Udang

SUP
Sup Cendawan

Penang Kuey Teow
Mee Goreng Mamak
Spaghetti Bolognese

Nasi Putih
Nasi Minyak
Roast Chicken + Black Pepper Sauce
Rendang Tok, Daging Masak Lemak Cili Padi
Ikan Asam Pedas
Sayur Campur

THE GRILL
Whole Lamb
Lamb Chop
Minute Steak
Ikan Bakar dan Kuah Asam
Sausages
Jagung Bakar

STEAMBOAT
Ayam, Udang, Sotong, Fishball, Fish Cake dll

SALAD/ULAMAN
Mix Salad+ Cocktail, sauce
Ulam-ulam Kampung
Sambal Mangga, Sambal belacan

MANISAN
Kuih-muih Melayu
Pengat Pisang
Buah-buahan

Air Batu Campur

MINUMAN
Air Mata Kucing
Air Cincau
Kopi O/ Teh Tarik
Senarai kehadiran setakat ini :
1 - Abg Robin & Airin
3 - Abg Jijoe & Kak Aleen & anak2
5 - NoorAfzan + 1
7 - Zulhelmy
8 - Usop
9 - Bosten
10 - Syila + 1
12 - Kak Tie & suami & anak2
14 - Kak Aerin
15- Kak Pitt
16 - Aretuk
17 - Enni
18 - Mariam & suami & baby
20 - Kak Norhasliza & suami & baby
22 - Ayen


Kami memohon jasa baik kawan-kawan untuk mengajak & memaklumkan kepada kawan-kawan lain yang tidak berada dalam jangkauan kami.

Kehadiran anda semua amat diharapkan supaya silaturrahim sesama kita dapat dierat dan dikekalkan. Besar harapan kami agar kita dapat berkumpul bersama-sama semula.

Terima kasih. Jumpa nanti... :)

Sabtu, Ogos 29, 2009

Majlis Berbuka Puasa di Johor - 5 September '09 (updated - 1st Sept)

UPDATED...!!

Senarai nama yang dah confirm join... ?

Sila rujuk post terbaru oleh batu bata. hehehe..


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Assalammu'alaikum warahmatullah...


Satu majlis berbuka puasa bersama-sama (terbuka kepada semua keluarga @Lambaian dan juga KLM di UTM) akan diadakan...!!!



Aturacara Majlis :
6.00 pm : Berkumpul di Restoran Baboo's
7 ++ pm : Berbuka puasa (makan ringan)
Solat maghrib (di tingkat atas restoran)
Makan sampai 'lebam'

Hope boleh join ramai-ramai, merapatkan ukhuwah kita semua sambil makan-makan yang takkan tak puas hati. Cewah.



Pesanan tambahan : Kalau nak mudah, ada wudhu' siap-siap untuk solat maghrib. Tahan kentut! hehehe.. Bagi perempuan, nak sedia dengan kemudahan solat pun boleh, nak take turn pun boleh.

Kepada yang ada kelapangan dan sudi untuk berbuka bersama, menjejak kembali kawan-kawan yang dah lama tak jumpa, atau sekadar mahu memberi reward kepada diri sendiri dan kawan-kawan, jom...!!!

Sebarang pertanyaan, bolehlah diajukan kepada nama-nama di atas atau di ruangan komen di bawah.

Wassalam

+++ thanks kak ikin for the photos and for editing them+++

Isnin, Ogos 24, 2009

Salam Ramadhan

Assalammu'alaikum warahmatullah...

Belum terlambat lagi rasanya untuk pihak kami, contributer blog @Lambaian terutamanya, dan seterusnya Ahli Jawatankuasa Alumni Kelab Lambaian Masyarakat mengucapkan,

Selamat Berpuasa..
Salam Ramadhan...
Dan semoga menjalani ibadah puasa serta semua ibadat-ibadat lain dalam bulan penuh barakah ini dengan gembira, tenang dan diredhai-Nya.
Semoga amanah-amanah juga berjaya dipikul dengan bahagia.

Maaf zahir batin dari pihak kami.

Wassalam


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Jumaat, Ogos 14, 2009

Mari Memeriahkan Kempen Derma Darah Pra-Ramadhan ANSARA *Telah dikemaskini*

Program ini dianjurkan serentak diseluruh JUSCO seluruh Malaysia serta beberapa tempat awam lain. Jadual penuh di sini.

Cuma, aku sebagai wakil dari salah satu ANSARA ingin menyumbang dengan lebih lagi dengan menjemput semua ahli Alumni @Lambaian dan semua ahli KLM di KTC untuk turut serta menderma di lokasi berikut. Ini kira sumbangan menyeluruh dari semua Lambaian.

Venue : Jusco Bukit Indah JB

Tarikh : 16 Ogos 2009, Ahad
Masa : 10.30am to 5.00pm

Sesiapa yang ingin turut serta, rasa boleh sms kepada aku (0178784041), kemudian kita gerak sama-sama dari KTC dalam jam 11.00pagi ke JUSCO Bukit Indah.

Kalau-kalau yang ingin berbakti dengan lebih lagi, ingin menjadi pemudahcara program ini dari pagi sampai petang (menarik pengunjung JUSCO untuk turut menderma) boleh sms aku juga.

Mintak war-warkan kepada semua. Penderma tak semestinya ahli KLM / @Lambaian, sapa-sapa yang korang kenal tetap korang boleh ajak. Terutamanya penderma-penderma darah dari program KLM sebelum ini.

********************************************************************************

KEMASKINI 20 Ogos 2009

Berikut adalah laporan ringkas mengenai Program Derma Darah yang diwar-warkan sebelum ini seperti di atas.

Program seharian ini (pagi sampai petang) ini mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua pengunjung JUSCO, pekerja-pekerja JUSCO, pegawai keselamatan, pekerja kedai berhampiran tidak kira usia, agama dan bangsa. Tiada wakil dari @Lambaian / KLM yang menjadi penderma setakat program berlangsung di sini. Maaf.

Yang sudah punyai anak gadis sunti mahupun yang masih gadis sunti, yang berkulit cerah mahupun berkulit gelap, yang rambut sudah beruban mahupun rambut bertutup topi keselamatan, yang suaminya bersemangat menderma mahupun isterinya sahaja yang sangat bersemangat menderma. Juga yang hanya menjadi penyokong rakan-rakan lain menderma. Semua memberi kerjasama yang sangat baik dan ikhlas menderma.

Ada juga yang kecewa kerana tidak dapat menderma. Sebab tak menepati kriteria. Kurang berat. Kurang hemoglobin. Sedang/telah mengambil ubat. Didatangi bulan dan takut jarum.

Aku sendiri mendapat beberapa pengajaran berguna untuk tempoh singkat membuat khidmat masyarakat ini. Terutamanya dari segi tenaga kerja, persiapan sebagai penderma, hal ehwal program dan persiapan program.

Program Derma Darah di JUSCO Bukit Indah ini dijayakan oleh 3 sukarela dari ANSARA (1 @Lambaian) dan 11 sukarela dari Hospital / Jab Kesihatan Pontian. Kami berjaya mendapatkan 103 beg darah untuk program sehari ini. Semua kerjasama yang diberikan sangat dihargai dan diharap darah itu akan dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Sekitar gambar program

Beratur sebab tiada kerusi untuk menunggu.

Selasa, Ogos 11, 2009

Alumni Lambaian dan UTM

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Dengan ini, merasmikan, kemaskini pertama blog ini dilakukan dari rumah aku di Melaka. hehehe..

Persoalan yang timbul di fikiran aku sekarang, berbunyi,

Siapakah warga alumni Lambaian (ahli Kelab Lambaian Masyarakat yang telah tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di UTM) yang sekarang berada di UTM untuk tujuan seperti melanjutkan pelajaran atau bekerja?

Yang aku tahu, Abang Azwar selalu penasihat Kelab Lambaian Masyarakat di UTM, yang juga sedang melanjutkan pelajaran (master) di UTM sambil menjadi pembantu felo di Kolej Tuanku Canselor. Abang Pilo yang memegang jawatan pensyarah di UTM (pembantu felo juga kah?). Rakan-rakan huhahuha-ku, gang-gang Kimia dan Fizik yang sedang melanjutkan pelajaran (master) termasuk Hanim, Kejan, Nafisah, Aemy, Rai, Ainul.. eerrr.. Nampaknya aku memerlukan bantuan talian hayat untuk melengkapkan nama-nama tersebut. Apek, Bad.. Hmm.. lagi? lagi?

Sambil-sambil tu, nak bagi tahu, ada lagi yang akan menyertai golongan Alumni Lambaian di UTM hehehe.. (iklan lah pulak)

Daaa...

Rabu, Ogos 05, 2009

Alhamdulillah, selamat dinikahkan - Norfarariyanti

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Tentang salah seorang dari keluarga Lambaian kita, aku panggil dia kak Fara. Kak Fara yang bergurau-gurau comel satu ketika dulu. Haih, tak tertulis aku lah kecomelan dia ni. Kak Fara!! Okay, aku tak nak tulis panjang-panjang. Cukuplah aku bagitahu, ada berita gembira yang nak dikongsikan. Alhamdulillah, kak Fara telah selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya. Cewah.. Suka..!! Suka!!

Kepada yang tak sempat jumpa lagi, kak Fara ni sama generasi dengan Abang Zairi, Abang Black, Abang Afiq dan Kak Ikin.

Semoga kak Fara dan suami selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri, seterusnya membina keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat. Amin..

Boleh rujuk kepada blog salah seorang keluarga Lambaian juga tentang hari bahagia kak Fara tersebut..

Layan, http://zairibaharom.blogspot.com/2009/07/akad-nikah-shawal-norfarariyanti.html

Terima kasih abang Zairi untuk perkongsian tersebut. Dan.. haaa.. ni kira iklan perkhidmatan abang Zairi juga ni. Ada komisen tak?

Ahad, Ogos 02, 2009

Abaikan Email dari syilahaizal

Salam....

Kawan-kawan sila abaikan email dari syilahaizal@yahoo.com dalam tempoh 30jam lepas. So kalau ada yang mintak tolong tu bukan saya.

Maaf atas segala kesulitan. Apa-apa berkaitan pasal keahlian @Lambaian boleh email pada Ikin. Terima kasih.

Rabu, Julai 29, 2009

Al Fatihah

Aku rasa agak terlambat untuk buat posting ni.

Ayahanda tercinta kepada Ahmad Nabil bin Md Nasir (bekas pengarah KLM 2007/2008) telah kembali menemui Penciptanya pada pagi Ahad 26 Julai 2009.

Bersama-sama kita semua menghadiahkan Al-Fatihah untuk roh arwah dan mendoakan arwah tergolong dalam golongan orang yang sejahtera di sana.

Al-Fatihah

Perubahan Tarikh Geli Gelak Lambaian

Pengumuman penting buat semua ahli @Lambaian.

Program Geli Gelak Lambaian yang telah dirancangkan pada awalnya dilaksanakan pada 1hb August terpaksa ditunda kepada satu tarikh baru. Ini kerana kesibukan adik-adik melaksanakan program-program terdekat. Untuk pengetahuan, 2hb August ni ada Mesra dan minggu depan ada program KP di Melaka. Jadi setelah berbincang, program GGL akan ditunda kepada majlis sambutan Hari Raya. Program akan dilaksanakan pada hari Sabtu, bermula dengan GGL pada sabtu siang dan disambung dengan jamuan hari raya bersama @Lambaian pada sebelah malamnya.

Hari sabtu mana... yang itu yang kita tak tau. Tapi dalam bulan Syawal la.

Sorry for any inconvenience caused.


..

Khamis, Julai 23, 2009

Halia Ketuk Bawang Belah

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Pertama sekali, terima kasih kepada yang merindui aku. Sebab korang rindu lah, ada titipan doa secara tak langsung agar aku lulus, dan boleh pulang ke Malaysia dah.. yeehhaa!!! (Jika pernyataan ini salah, jangan nafikan, takut hati gembira ini terguris) Teruskan merindu ya...

Dalam hati ada rasa nak makan nasi lemak. Tapi tak boleh beli kat kedai makcik Senah di pagi hari sebab makcik Senah tiada di sini. Maka, aku perlu masak. Akibat ketidakbiasaan memasak nasi lemak (jangan tanya apa yang aku biasa masak), maka pengesahan cara-cara membuatnya perlu dibuat terlebih dahulu supaya tidak hampa dengan nasi lemak yang terhasil.

Jawapan menarik sumber yang dipercayai, "Jangan lupa, halia ketuk, bawang belah"

Halia ketuk dan bawang belah.

Ehh.. apa kena mengena nasi lemak, halia ketuk dan bawang belah dengan tema blog ini? Blog @Lambaian? Aisehmen.. (fikir Ain, fikir Ain.. goreng, goreng.. goreng sampai hangus Ain.. fikir..)

Di resort rasmi Kelab Lambaian Masyarakat, atau nama yang baru disematkan dalam post sebelum ni, KLM Bayu Resort, oleh Batu Bata (adakah identiti anda harus dirahsiakan? by the way, welcome as one of the contributers.. tepukan yang gemuruh untuk contributer baru kita...!!). Di satu meja kayu dan bangku. Dalam satu program. Ada lah seorang gadis yang sekarang sedang bahagia dan keliru, seorang gadis lain yang sekarang adalah tunangan orang, dan seorang jejaka yang aku kira masih teruna tapi tak tahu status hatinya. hehehe. Berjaga di malam hari. Demi kesejahteraan warga kelab, warga program. Lapar. Nak makan. Salah seorang dari tiga manusia yang komited dengan kelab itu memulakan langkah.

Mari memasak nasi goreng.

Nasi goreng bukan sebarang nasi goreng. Nasi goreng halia!

Err.. ke biasa ja bagi korang? Pada aku masa tu luar biasa lah. Aku? Alamak, kantoi salah seorangnya aku. hahaha...

Nasi goreng itu sangat rasa halia! Akibatnya, sepanjang tempoh berjaga malam itu, angin dikeluarkan semahu-mahunya. Ketika jaga, angin keluar sebagai sendawa. Berkesan, memang berkesan. Tapi ada beberapa minit terlena juga di meja kayu itu, wallahu'alam, keluar angin atau tidak.. malah tak tau angin apa. hehehe..

Apa yang aku hargai sangat-sangat peristiwa nasi goreng halia, yang menjadi trademark jejaka tersebut di mata aku,
"Zaini mana?"
"Ala.. Zaini yang buat nasi goreng halia yang kau makan tu.."
ialah ilmu-ilmu kesihatan yang dia kongsi. Huh, sangat ilmiah. Jaga lah kesihatan. Terutama perempuan ni. Bab angin-angin dalam badan. Nanti susah masa bersalin atau lepas bersalin, sakit-sakit. Masa lepas bersalin tu, jangan pandang remeh petua itu petua ini. Semuanya blah blah blah.. Nasihat disampaikan. Gilak ar, mana budak ni tau macam-macam ni? (Budak lah.. sebab masa tu pandang dia macam junior. hehehe)

Owh, pengalaman dia. Pengalaman dia menjaga orang yang lepas bersalin. Malah pengalaman-pengalaman menarik dia di hospital. Err.. tiba-tiba tak ingat pengalaman macam mana kat hospital tu. Tapi aku memang yakin, aku tertarik untuk menyertai kumpulan dia semasa 'jungle trekking' dalam KLM Bayu Resort tu sebab nak dengar cerita-cerita dia. Memang menarik dan lain daripada yang lain...!

Pengalaman hidup adalah guru terbaik.

Namun tak semua pengalaman kita mampu/berkesempatan untuk timba.

Maka, lunturkanlah ego mendengar dan belajar dari pengalaman hidup orang lain, di samping jadilah pemurah untuk berkongsikan pegalaman hidup kita.

InsyaAllah, hidup di dunia yang berupa pencarian ini akan membantu melengkapkan diri kita sebelum bertemu Dia.

* Surat-menyurat tentang tajuk post kali ini tidak akan dilayan*

Rabu, Julai 22, 2009

Program Terkini Kelab Lambaian Masysarakat

Malam semalam telah dijalankan meeting kelab pertama untuk sesi 2009/2010. Pelajar-pelajar kanan, pelajar pasca siswazah dan yang paling penting pelajar baru tahun satu yang baru diterima masuk setelah menjalani proses interview pun menghadiri meeting pertama tersebut. Macam biasalah, kalau ada meeting mesti ada update program terbaru KLM. Dalam list yang diberi semalam ada 5 program yang direncanakan. Tapi mengikut kata pengarah kelab, ada lagi 2 program tambahan yang tak masuk dalam list.

Simbiosis (23 - 26 Julai 2009)
Hari ni hari Rabu. Ptg i ada induksi program Simbiosis. Esok dah start program. Program simbiosis ni adalah program pengenalan adik-adik tahun satu kepada duni kefasilitatoran. Tahun 2 yang tak pernah ada asas kefasilitatoran pun boleh pergi jugak. Selain dari tu, kat program ni, kita nak buat ice breaking antara ahli baru dengan kelab lambaian. Bagi diorang kenal apa itu KLM dan siapa penghuni KLM itu sendiri. Esok, program akan berlangsung di DA. Jumaat ptg kita akan bergerak ke KLM Bayu Resort. Resort milik sepenuhnya oleh KLM.

Percaya atau tidak.. bolos saja dinding itu...!!!

Lambaian Mesra 8 (2 Ogos 2009)
Nama Mesra ni sangan sinonim dengan Tadika Ihsan. Tadika kecik kat KTC tu kan. Kalau diimbas kembali, program Mesra ni pertama kalinya dibuat masa Astana tahun 2002. Masa tu aku dan Moy bergerak untuk membuat sukaneka untuk tadika tu. Sedar tak sedar dah 8 tahun program ni. Apa pun, seramai lebih kurang 30 orang ahli kelab telah diilih sebagai urusetia program.

Khidmat Pendidikan (6 - 8 Ogos 2009)
Khidmat pendidikan yang pertama di luar johor sejak beberapa tahun. Terima kasih kepada Norhafizi Awang atau jek atau kak nogy yang telah menawarkan kepada KLM untuk buat KP. Seramai 111 peserta disertai 25 fasi, 10 urusetia dan 2 pegawai pengiring akan berkumpul di Krubung, Melaka untuk KP kali ni.

Setakat ni je kot dulu program terdekat KLM. Ada satu lagi program yang akan melibatkan Alumni secara rasmi iaitu Geli Gelak Lambaian. Details program ni belum pasti lagi. Masih lagi dalam perbincangan dan pemikiran Adik Faiz. Any updates, aku akan segera memberitahu di sini.

BTW, kalau sesapa nak ushar mana-mana program, roger la ye...


..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's