Isnin, September 07, 2009

Sekitar Iftar JB - 5 Sept 09

Sedikit gambar-gambar yang sempat di ambil ketika berlangsungnya majlis berbuka @Lambaian bahagian JB. Dihadiri oleh 40 orang kesemuanya.

Semua hadirin yang datang telah memenuhkan segala ruang Restoran Baboo's ini. Kiranya malam itu, makanan yang disediakan adalah khas untuk Majlis Berbuka @Lambaian sahaja.

Yang lebih menggembirakan bila ahli paling senior seramai 4 orang iaitu Abg Gap, Kak Wati + Suami dan 3 anak gadis, Kak Shila & Kak Umi juga datang memeriahkan agenda makan kali ini. Sedikit sebanyak memberi semangat yang mana kalau dijejak sorang-sorang, pasti yang lain pon akan turut datang untuk memberi sokongan buat @Lambaian.


Makanan yang disediakan memang rasa secukupnya. Cukup segala rempah dan perisa. Cuma skil memasak masing-masing sahaja yang membezakan sedap ke tak sedap. Kesabaran dan kelaparan juga diuji sebab harus menunggu giliran untuk makanan siap dimasak. Memang memenuhi kehendak dan menyelami pengertian Ramadhan yang sepenuhnya.

"Sepanjang aku puasa dah setengah bulan ni aku tak pernah masak sendiri, hari ini kene pulak masak sendiri?" - Gap

"Meh sini aku try, berapa bintang rasa masakan ko ini" - Pilo, sambil menculik sekeping dua daging panggang orang lain, masak sendiri malas.

"Masak jela apa yang ada, agak-agak lapar lagi kita pergi kedai lain makan sekali lagi" - K Umi.

Hadirin yang bekeluarga kebanyakannya balik lebih awal. Aqil dan Ammar dua-dua dah terlena penat bermain dan makan. Yang masih bujang trang-tang-tang balik lambat sikit. Bila bulan dah cukup penuh mengambang baru semua pakat bersurai agaknya. Sayang sebab agenda memperkenal setiap hadirin yang datang tidak dilakukan dan bergambar beramai-ramai juga tiada. Cuma adik-adik KLM yang datang untuk menjemput secara peribadi tiap senior @Lambaian untuk ke majlis Jamuan Raya & GGL adalah dihargai. Juga terima kasih untuk kad jemputan program Soul Fusion hujung minggu ini.

Sekian dahulu laporan dari kaca mata aku. Aku rasa orang lain tulis laporan lagi sedap kot.

Boleh ke blog K Umi untuk versi dia.
Untuk versi orang lain, nanti kalau ada yang muncul, aku link kan sekali.

Jumpa lagi semua @Lambaian masa Sambutan Raya & GGL2, bulan Oktober nanti di KTC.

5 ulasan:

biskutrajin berkata...

marinated sirloin yg sungguh sodaaapp

ayen =D berkata...

wah.. teruja tengok gambar dan baca cerita.. mesti happening habis kan.. takpe2.. nanti jumpe.. :D

kak shila dan kak umi.. ain pernah jumpe ker?
wah.. banyak jejak kasihan nak buat ni.. yang atas2.. malah yang adik2.. kueng2..

Kotak Hijau berkata...

bangi punye bile mau upload

Batu Bata berkata...

ain.. kak sila dgn kak umi tu abg azua 1st time jumpa. sangat seronok kak umi dan ka sila datang. termasukla kak wati dan gap. diorang ni semua sama batch..

ikien aizad berkata...

a'ah mcm ade keinginan jugak sebenarnye nak ajak bergambar beramai-ramai,
tapi bile pusing2 tengok semua mcm sibuk
memasak,membakar & sibuk merasa masakan org lain pun ade..keke..

next time,bergambar tu acara wajib k..:-p

pak cik baboo tu tak pecaya kelab kite ade dari batch tahun 1998 sampai la skang ni..haha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's