Khamis, Julai 23, 2009

Halia Ketuk Bawang Belah

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Pertama sekali, terima kasih kepada yang merindui aku. Sebab korang rindu lah, ada titipan doa secara tak langsung agar aku lulus, dan boleh pulang ke Malaysia dah.. yeehhaa!!! (Jika pernyataan ini salah, jangan nafikan, takut hati gembira ini terguris) Teruskan merindu ya...

Dalam hati ada rasa nak makan nasi lemak. Tapi tak boleh beli kat kedai makcik Senah di pagi hari sebab makcik Senah tiada di sini. Maka, aku perlu masak. Akibat ketidakbiasaan memasak nasi lemak (jangan tanya apa yang aku biasa masak), maka pengesahan cara-cara membuatnya perlu dibuat terlebih dahulu supaya tidak hampa dengan nasi lemak yang terhasil.

Jawapan menarik sumber yang dipercayai, "Jangan lupa, halia ketuk, bawang belah"

Halia ketuk dan bawang belah.

Ehh.. apa kena mengena nasi lemak, halia ketuk dan bawang belah dengan tema blog ini? Blog @Lambaian? Aisehmen.. (fikir Ain, fikir Ain.. goreng, goreng.. goreng sampai hangus Ain.. fikir..)

Di resort rasmi Kelab Lambaian Masyarakat, atau nama yang baru disematkan dalam post sebelum ni, KLM Bayu Resort, oleh Batu Bata (adakah identiti anda harus dirahsiakan? by the way, welcome as one of the contributers.. tepukan yang gemuruh untuk contributer baru kita...!!). Di satu meja kayu dan bangku. Dalam satu program. Ada lah seorang gadis yang sekarang sedang bahagia dan keliru, seorang gadis lain yang sekarang adalah tunangan orang, dan seorang jejaka yang aku kira masih teruna tapi tak tahu status hatinya. hehehe. Berjaga di malam hari. Demi kesejahteraan warga kelab, warga program. Lapar. Nak makan. Salah seorang dari tiga manusia yang komited dengan kelab itu memulakan langkah.

Mari memasak nasi goreng.

Nasi goreng bukan sebarang nasi goreng. Nasi goreng halia!

Err.. ke biasa ja bagi korang? Pada aku masa tu luar biasa lah. Aku? Alamak, kantoi salah seorangnya aku. hahaha...

Nasi goreng itu sangat rasa halia! Akibatnya, sepanjang tempoh berjaga malam itu, angin dikeluarkan semahu-mahunya. Ketika jaga, angin keluar sebagai sendawa. Berkesan, memang berkesan. Tapi ada beberapa minit terlena juga di meja kayu itu, wallahu'alam, keluar angin atau tidak.. malah tak tau angin apa. hehehe..

Apa yang aku hargai sangat-sangat peristiwa nasi goreng halia, yang menjadi trademark jejaka tersebut di mata aku,
"Zaini mana?"
"Ala.. Zaini yang buat nasi goreng halia yang kau makan tu.."
ialah ilmu-ilmu kesihatan yang dia kongsi. Huh, sangat ilmiah. Jaga lah kesihatan. Terutama perempuan ni. Bab angin-angin dalam badan. Nanti susah masa bersalin atau lepas bersalin, sakit-sakit. Masa lepas bersalin tu, jangan pandang remeh petua itu petua ini. Semuanya blah blah blah.. Nasihat disampaikan. Gilak ar, mana budak ni tau macam-macam ni? (Budak lah.. sebab masa tu pandang dia macam junior. hehehe)

Owh, pengalaman dia. Pengalaman dia menjaga orang yang lepas bersalin. Malah pengalaman-pengalaman menarik dia di hospital. Err.. tiba-tiba tak ingat pengalaman macam mana kat hospital tu. Tapi aku memang yakin, aku tertarik untuk menyertai kumpulan dia semasa 'jungle trekking' dalam KLM Bayu Resort tu sebab nak dengar cerita-cerita dia. Memang menarik dan lain daripada yang lain...!

Pengalaman hidup adalah guru terbaik.

Namun tak semua pengalaman kita mampu/berkesempatan untuk timba.

Maka, lunturkanlah ego mendengar dan belajar dari pengalaman hidup orang lain, di samping jadilah pemurah untuk berkongsikan pegalaman hidup kita.

InsyaAllah, hidup di dunia yang berupa pencarian ini akan membantu melengkapkan diri kita sebelum bertemu Dia.

* Surat-menyurat tentang tajuk post kali ini tidak akan dilayan*

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's