Khamis, September 30, 2010

Ain dan Modul di Lambaian - Bahagian 2 (Road To Glory)



Niat asal nak baca beberapa chapter dalam buku Slow Light : Science and Application sebab esok atau lusa; 'supervisor' aku boleh muncul dengan soalan; "Okay; awak nak cerita apa pada saya hari ni--"

Tapi itu cuma niat asal; hakikatnya; aku baru baca satu perenggan hari ini sambil jaga labwork student tadi: Aku tak kira; aku nak sambung juga cerita Ain dan Modul di Lambaian: Apa yang ajaibnya; keyboard laptop aku ni kejap okay; kejap tidak: Maka anda akan nampak tanda noktah (:); tanda koma (;) serta tanda soal (--) yang ganjil: Apa kan daya; momentum menulis datang tiba-tiba:

Dalam bahagian pertama (boleh klik kalau tak tahu atau lupa); aku kata nak tulis pasal
1-Modul paling bodoh aku pernah buat - Kasih Dikasih
2-Modul khidmat pendidikan program Metamorfosis
3-Modul & ketua fasi program Road to Glory
4-Kelahiran program Soul Fusion
5-Majlis Tertinggi Kelab : Unit Modul & Aktiviti - Aku jalan-jalan cari program
6-Dulu aku dan modul Lambaian; sekarang aku dan 'modul Lambaian'

Haih; macam malas pulak: Hahaha: Macam mana ni ya-- Tak nak rasanya jadi;
"Antara ciri-ciri orang munafik ialah apabila berkata-kata (boleh jadi juga menulis kot); mereka berdusta"

Okay; aku tulis apa yang aku suka dulu: Walaupun hakikatnya aku akan suka mana-mana tulisan aku (syok sendiri): Aku nak cerita pasal Road To Glory:

Road To Glory adalah program khidmat pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Kluang; pada tahun akhir pengajian aku (tahun 200607) 3 hari 2 malam: Pengarah program Apek aka Jimmy (KLM Batch 2005); penasihat merangkap network kuat ialah Bad; batch aku (yang deal dengan pengetua sekolah untuk program); kem komanden Azri; sama batch dengan Apek; dan lain-lain MT aku tak ingat: Hehehe: Tak ingat bukan sebab tak penting; tapi sebab semua orang sama je besar influence dalam memori Road To Glory aku; maka aku tak dapat nak bezakan MT dengan fasilitator: (serius membela diri)

Paling aku ingat; aku ketua fasi: Of course lah ingat: Pertama dan terakhir kali aku jadi ketua fasi: Aku takkan lupa peristiwa aku menangis dalam dewan; selepas tu dipujuk oleh adik-adik fasi: Serius ****!

Mana tak nya: (Intro untuk pertahankan diri)
Selepas selesai satu LDK; semua berkumpul dalam dewan; duduk membentuk bulatan kumpulan masing-masing bersama fasi-fasi mereka: Aku dengan comelnya berdiri dan mengawal dewan di depan mereka; yang aku dah tak ingat aku bebel apa ke; buat refreshment apa ke; serius aku tak boleh ingat: Tapi standard tugas ketua fasi lah: Yang aku ingat;

"Okay; kejap lagi kita boleh makan tengah hari di kantin:"
Adik-adik mula bersedia untuk bangun (mereka bersila di atas lantai):

"Kumpulan nombor 1; ::::" ayat arahan aku terhenti:

Sebenarnya aku nak mereka keluar group by group supaya tidak berterabur dan penuh gaya:
Tapi alangkah kecewa dalam hati bila mata aku yang cantik ni memandang hampir separuh dewan bangun dan terus berasakan keluar dewan dengan gembira tanpa aku habiskan ayat aku: Paling dapat mata aku melihat; fasi yang aku panggil 'abang' pun sama excited berdiri dan mengajak adik-adik keluar dewan:

Dalam hati;
"Hello; I am talking to you!"

Aku diam: Aku terus ke belakang pentas; duduk di belakang sesuatu (tak tahu nak panggil apa): Nasib baik tidak berdrama dengan mencampakkan mikrofon: Dengan bongeknya aku pun menangis: Serius **** sekali lagi:

Ada kumpulan yang tak terus keluar: Aku sangat sayang fasi-fasi kumpulan tu sebab aku dapat sense respect yang diorang beri pada aku: Ada beberapa adik-adik juga dapat sense ketidak-'respect'-an kawan-kawan mereka; dan adik-adik itulah yang pergi jumpa aku dan minta maaf:
"Kak Ain; kami minta maaf; kami tahu kawan-kawan kami tadi kurang ajar: Maybe diorang tak perasan juga kot: Minta maaf ye kak Ain: Jangan lah macam ni kak Ain: Nanti tak best la:"

Serius **** (kali ke-3)

Ini adalah point yang besar kenapa aku sangat anti dengan orang yang bercakap dengan kawan sebelah masa ada orang bercakap dengan mereka di depan: Biasanya ini berlaku semasa induksi program atau program itu sendiri: Tak susah kan nak hormat orang-- Tapi tak susah juga kan nak guris hati orang--
Pada masa depan nanti; jangan berani cakap kat anak kita;

"kurang ajar! mak cakap dengan kau ni!"

jika kita terus tak sedar yang kita sebenarnya telah banyak kali 'kurang ajar' dengan orang sekeliling kita: Peerrrgghh jauh pergi aku ni kan:

Macam biasa; orang yang kenal aku akan tahu; aku bukan manusia jenis cakap belakang: I love; I care; so I share: Post moterm malam tu juga aku buat 'drama':

"Diorang tak perasan kot Ain"; Azri memujuk bila aku tak dapat terus berkata-kata:

Serius ****! (bukan Azri; tapi keadaan masa tu hehehe)

Apa yang aku belajar; sangat besar:
  1. Aku bukanlah ketua fasi yang sudah bagus: Untuk first timer; aku patut terima kenyataan bahawa aku terdedah dengan pelbagai kekurangan:
  2. Aku takkan biadap dengan siapa-siapa yang bercakap dengan mengabaikan mereka: Aku perlu sokong mereka dengan mendengar: Aku perlu hormat mereka dengan memahami: Aku perlu tolong mereka dengan memperbaiki mana kurang melalui teguran cara baik: (kadang-kadang TERtak baik; tapi aku cuba) Itu apa yang kawan-kawan baik aku buat pada aku:
  3. Masalah perlu cepat dikongsi dan diselesaikan untuk elak salah faham dan kurangkan rasa terguris; maka mood akan lebih ceria; hubungan akan jadi lebih akrab; dan program takkan jadi mangsa: (mungkin tak semua setuju; tapi itu pengajaran aku dapat)
  4. Keempat; banyak laaaaaaaa: Sudah-sudah lah tu:

Road To Glory juga membawa aku kepada satu tanggungjawab yang aku tak pernah pikul; iaitu handle slot psiko (orang biasa sebut pasal psikodrama):

Abang Yerk ada pesan semasa sesi briefing sebelum slot tersebut:
"Korang decide nak point outkan pasal apa: Mulakan dengan slow; lepas tu ada klimaks yang buat diorang marah; geram; sedih atau tak puas hati; ikut korang lah: Yang penting kena ada cool down"
Kami semua mendengar dengan tawaduk lagi khusyuk:
"Dan; jangan banyak sangat orang bersuara"
Aku buat muka kosong; menanti ayat diteruskan:
"Hmm; jangan banyak sangat orang bersuara lah senang kata: Habis slot nanti abang Yerk bagitahu kenapa"
Masa dah suntuk:

Pendekkan cerita; walaupun ada orang kata slot tu kurang ummph dek isu kurang universal untuk semua peserta (isu rokok; yang tak merokok tak terasalah kan); slot itu berjaya ditamatkan tanpa sebarang kecederaan fizikal; tapi sedikit kecederaan emosi je: Emosi seseorang cedera sebab saudara terdekatnya meninggal dunia dengan paru-paru yang sangat rosak: Cedera itu cuba dirawat: Sembuh atau tak; wallahu'alam: Semoga roh itu dicucuri rahmat:

*Bila rokok menguasai diri (sumber: google image; hehehe)*

Berbalik kepada pesanan abang Yerk tu; kenapa tak boleh ramai bersuara (lebih daripada 2; 3 orang) ialah sebab; hmmm; alah; korang tahu kot:

Apa-apa pun; aku takkan lupa Road To Glory yang bagi aku; program yang penuh cabaran (sampai ada adik-adik lari dari sekolah; mak bapak datang; minta tolong kat abang fasi iaitu abang Black lagi; ada adik yang kena 'kacau'; ada toilet yang dikatakan tidak selamat sebab ada 'penjaga'); penuh halangan menarik (jungle tracking yang buat aku rasa aku lah manusia paling slow di dunia) tapi terlalu penuh dengan nilai-nilai kasih sayang bila kakak-kakak; abang-abang; kawan-kawan dan adik-adik saling memberi: Tak lupa juga bermulanya teeeeeeeetttttt; yang terus mematangkan diri: Fuh:

Eh; aku tak cerita banyak pasal buat modul ek-- Okay; bahagian seterusnya ;)

* Peace! Dari Gunung Berlumut; Kluang: On the way nak ke sini hari tu lah tergerak hati nak tulis pasa Road To Glory sebab lalu jalan yang sama =) Walaupun kaki berkobar-kobar nak rasa air yang jernih tapi mengalir perlahan untuk kategori air terjun dek musim kemarau haritu; walaupun jari tangan berkobar-kobar nak buat PEACE!; tapi laksa dalam tupperware takkan aku tinggalkan: Yummy!

Rabu, September 29, 2010

Jemputan Majlis Perkahwinan Reduan (09/10/2010)

Salam semua....

Alhamdulillah seorang lagi alumni kita, Sdra. Reduan Abd. Lah Sani akan menamatkan zaman bujang dan majlisnya akan diadakan pada 09/10/2010 (Sabtu). Kawan-kawan batch 1999 mesti ingatkan?. Jadi menyampaikan amanah daripada Wan meminta saya memaklumkan jemputan ini kepada kawan-kawan semua untuk datang memeriahkan majlis beliau & bakal isteri.

Semua alumni adalah dijemput hadir.


Kebetulan beberapa alumni telah berpakat untuk ke majlis Sdra Zairi yang jatuh pada hari yang sama. Murah betul rezeki kita selalu mendapat jemputan, walaupun lama tak berjumpa ingatan dan persahabatan kita tak terputuskan.
Jadi apa kata kita ambil peluang ini untuk berjumpa dengan Wan dan berkenalan dengan isteri beliau nanti. Maka bakal bertambah lagilah bilangan ahli keluarga @Lambaian kita.
Bagi pihak @Lambaian...terima kasih kepada Wan atas kesudian menjemput kami. InsyaAllah jika tiada aral melintang dapat kita berjumpa disana.
p/s: kepada yang berminat untuk hadir, harap dapat tinggalkan komen supaya senang kami hubungi. Mungkin kita boleh berkonvoi ke sana....


Isnin, September 27, 2010

Jemputan Jamuan Raya KLM & Geli Gelak Lambaian

Salam kawan-kawan...

Semalam saya mendapat panggilan telefon daripada adik Danial wakil AJK Jamuan raya KLM meminta saya uploadkan poster Jamuan Raya KLM di blog @Lambain dengan niat untuk menjemput SEMUA alumni Lambaian Masyarakat hadir ke jamuan tersebut.

Kehadiran kawan2 diharap dapat meriahkan suasana sambil berkenal-kenalan dgn adik2 junior kita. Kesian diorang, mesti dah bosan asyik jumpa muka yang sama jer hehe...


Ini pula email yang diterima dari adik Naimah. Juga jemputan kepada ahli2 @Lambaian ke aktiviti seterusnya sehari selepas jamuan iaitu Program Geli Gelak Lambaian (GGL).
Berdasarkan pengalaman (pada yang tertanya2...GGL ni apa menda?) GGL lebih kurang macam sukaneka le jugak, aktiviti bersuka ria untuk eratkan hubungan sesama kita.

Harapnya kawan2 yang berada berdekatan pada kedua-dua hari kejadian jangan malu2 untuk datang.

Adik-adik KLM semuanya ramah-tamah belaka...ada juga yang pemalu tapi kalau tak tegur pun diorang akan senyum. So senior2 yang nak datang tapi rasa segan, jangan risau paling kurang pun korang akan dapat sebuah senyuman....
Last skali, jangan lupa maklumkan kehadiran korang, sms pun takpe bagitau nama & bil yg akan hadir bersama korang nanti ke no yang tertera pada poster diatas.
Atas kesudian korang hadir bagi pihak @Lambaian, kami dahulukan ucapan ribuan terima kasih.
p/s: Terima kasih kpd Danial, Naimah, AJK Jamuan & AJK GGL atas kedua-dua jemputan dari kami @Lambaian.

Selasa, September 21, 2010

Jemputan ke Program Soul Fusion 4

Salam buat rakan-rakan di @Lambaian.

Saya memperpanjangkan jemputan ke program Soul Fusion 4 yang bakal diadakan pada hari Sabtu dan Ahad ini di Sekolah Kanak-Kanak Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru. Butir-butir program dapat dilihat seperti di dalam kad jemputan seperti di bawah:






Untuk sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran, bolehlah dipanjangkan kepada:

Syahirah di nombor 0194523908.

Jumpa di sana...!!!


..

Rabu, September 15, 2010

Pengumpulan Sumbangan untuk Program Soul Fusion IV 25-26 Sept 2010

Salam semua yang membaca.

Untuk alumni @Lambaian yang sejahtera dan sering mengambil berat tentang hal ehwal yang berlaku dalam Kelab Lambaian Masyarakat kita di UTM sekarang. Di sini aku sebagai wakil dari @Lambaian ingin memperpanjangkan permohonan dari Jawatankuasa Soul Fusion IV yang memohon bantuan sumbangan dari @Lambaian untuk melancarkan program mereka dan juga memberi sumbangan kewangan kepada pelajar-pelajar SK Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor Bahru.

Seperti yang sedia maklum, program ini adalah satu khidmat kemasyarakatan yang berbentuk pendedahan dan pendekatan untuk kanak-kanak kurang upaya penglihatan berinteraksi dengan pelajar-pelajar universiti yang datangnya dari Kelab Lambaian Masyarakat.

Dengan itu, untuk segala sumbangan ikhlas yang kalian ingin salurkan, berikut adalah butir-butir yang boleh dihubungi untuk Jawatankuasa Penaja Soul Fusion IV, sila berhubung terus dengan mereka.



Di blog ini adala 5-6 kali juga cerita tentang program Soul Fusion yang lepas-lepas dan pengalaman yang dikongsi dari beberapa alumni lain yang pernah turut serta dalam program ini. Boleh ketip untuk mengimbas kembali kisah-kisah tersebut.

1. Berdua Lebih Baik
2. Awal Ramadhan - Soul Fusion
3. Bila besar nanti nak jadi apa?
4. Soul Fusion 3 - Masih Ada Yang Sayang
5. Soul Fusion - Penyatuan Jiwa? 1, 2, 3


Kini, kamu juga berpeluang untuk turut serta menyumbang di dalam program ini.

Program ini 25 & 26 September 2010. Yang ingin menyumbang dari jauh, boleh hubungi Saudari Penajaan yang disertakan di atas. Kalau boleh secepat mungkin untuk memudahkan urusan mereka.Yang ingin turut serta, boleh tinggalkan komen disini. Nanti ada la yang akan folo up.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sekian.

Jumaat, September 10, 2010

Salam Aidilfitri 1431h ... !





Fuh, aku stay up tau semata-mata nak post selamat hari raya ni.. hehehe.. Jemput beraya ke rumah ye, roger-roger lah kalau lalu Melaka.. dan...

pssst... pssttt...dengar cerita ada Jamuan Raya KLM di KTC 2 Oktober ni.. so, selamat mencari info di Group KLM di Facebook!!!! Dan jom buat kecoh raya!

Sekali lagi, Selamat Aidilfitri, have a fun and the best Eid!

Jumaat, September 03, 2010

Akibat benci kakak menjelang Syawal

Sempena kehadiran Syawal yang tak lama ja lagi neh, meh sini nak habaq cerita yang mungkin ada sikit2 motivasi buat diri dan anda semua~ sila baca dengan penuh perasaan, kalau nak buat mimik muka menghayati pun boleh~

p/s: watak2 yang ada tiada kaitan dengan siapa2 dalam @Lambaian ye


SALLEH (bukan nama sebenar) merupakan antara tokoh korporat yang dikenali ramai di ibu negara. Walaupun dia baru berusia lingkungan awal 30-han tetapi memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat.


Dia menjadi rebutan kerana idea-ideanya yang bernas sekaligus dapat mentadbir syarikat dengan cekap.

Bagaimanapun berbeza bila Salleh telah berisiteri. Idea-ideanya seolah-olah semakin tumpul. Satu demi satu jawatan yang pernah disandangnya terlepas. Dia seolah-olah tidak lagi mendapat kepercayaan banyak pihak.

Paling menyedihkan syarikat yang merupakan hasil titik peluhnya sendiri ketika masih bujang turut berdepan dengan pelbagai masalah.

Syarikat yang dulu lebih 50 pegawai kini hanya lebih kurang 10 sahaja. Itu pun sering keluar masuk, yakni bekerja sebulan atau dua bulan mereka berhenti. Datang pegawai baru pun masalah sama.

Pendek kata tidak kekal lama. Kalau bekerja enam bulan sudah dikira cukup baik. Ada saja masalah yang menyebabkan mereka hantar notis berhenti.

Oleh kerana Salleh tidak tahan memikirkan masalah syarikatnya yang makin meruncing, ada mencadangkan supaya dia ke Mekah. Salleh akur dengan cadangan rakannya itu lalu menunaikan umrah untuk mencari ketenangan.

Dia membawa isteri Soleha (bukan nama sebenar) serta tiga anaknya. Mereka menginap di hotel yang diuruskan oleh pihak agensi.

"Ketika di hotel barulah terbongkar bahawa Salleh terlalu ikut telunjuk isteri. Apa saja isterinya cakap dia tidak berani bangkang," dedah ustaz Bakar mengenai peristiwa yang berlaku kira-kira tiga tahun lalu itu.

Sewaktu di tanah suci, Soleha komplen makanan di hotel itu tidak menyelerakan. Setelah tiga kali tukar menu masih juga tidak sesuai dengan selera Soleha. Sudahnya pihak agensi sudah enggan melayan karenahnya lagi.

Dia membebel setiap kali ambil makanan. Ada saja yang tidak kena. Sedangkan Salleh serta anak-anaknya langsung tidak ada masalah.

"Allah beri kita rezeki dan sedap hanya di halkum sahaja. Kalau lepas halkum dah tak rasa apa-apa kelazatan lagi.

Kalau setiap kali makan rasa sedap berpanjangan sudah tentu banyak restoran tutup," akhirnya ustaz Bakar terpaksa masuk campur,

"Tapi ustaz kita bayar tambang termasuk penginapan serta makan minum. Tak kan pihak agensi nak beri makan lebih kurang saja," balas Soleha dengan geram.

"Puan perlu ingat, kita semua datang ke sini sebagai tetamu Allah. Bermakna atas keredaan Allah juga kita berkumpul di sini. Kita datang bukan sekadar hendak melancong atau hendak membeli-belah," ustaz Bakar juga bertegas.

Soleha diam seketika. Dia enggan melawan cakap ustaz Bakar lagi. Mungkin baru menyedari kesilapannya sehingga lupa tujuan sebenar menunaikan umrah.

Salleh yang berada di sisi isterinya tidak bersuara. Dia sedar isterinya mengada-ngada tetapi tidak berani menegumya.

Kalau dia masuk campur sudah tentu semakin kecoh. Ada baiknya tutup mulut.

"Saya minta maaf banyak-banyak ustaz dengan karenah isteri saya tadi," tiba-tiba Salleh bersuara setelah isteri serta anak-anaknya beredar agak jauh sedikit.

"Tak mengapa. Saya dah berdepan dengan macam-macam perangai manusia bila sampai di sini," kata ustaz Bakar.

"Sebenamya saya sendiri pun tak berapa seronok dengan sikap dia macam tu," ujar Salleh yang terkilan dengan isterinya.

"Saya faham perasaan encik. Sebab itu saya kata pelbagai perangai manusia di Mekah. Mungkin Allah tidak mengizinkan isteri encik rasa nikmat makanan di sini. Boleh jadi ada kesilapannya tetapi encik tidak tahu."

"Sebenamya ustaz, nampak saja saya bahagia. Mempunyai syarikat serta berkedudukan tinggi, tetapi pada hakikatnya hidup saya terkongkong. Saya tidak boleh tegur atau kritik isteri, pasti dia melenting," dedah Salleh mengenai masalahnya.

"Maksudnya rumahtangga sentiasa bergolak?"

"Bukan bergolak, tetapi isteri saya terlampau garang," luah Salleh teragak-agak.

Barulah ustaz Bakar faham Salleh takutkan bini. Patutlah bila isterinya komplen mengenai menu yang tidak menepati citarasanya dia tidak berani tegur. Dia macam menurut saja.

Di hadapan isteri, Salleh tak ubah seperti tikus dengan kucing.

Kakitangan syarikatnya tidak tahu dia takutkan bini.

Lagipun, Soleha jarang ke pejabat suaminya. Pentadbiran syarikat di bawah genggaman isterinya. Salleh hanya menjalankan sahaja sedangkan semua arahan daripada wanita itu.

Walaupun syarikatnya makin meruncing dan berdepan dengan kehancuran, Salleh masih tidak berani bersuara. Di bimbang kalau isterinya tahu, bukan hendak mengaku kesalahan diri sendiri, sebaliknya menuding balik pada dirinya.

"Saya tidak mahu masuk campur rumahtangga encik. Ia merupakan urusan Allah mempertemukan jodoh antara encik berdua.

Nasihat saya kalau boleh jangan terlalu tunduk pada isteri.

Suami merupakan ketua rumahtangga dan tidak kena kalau mengikut perintah isteri.

"Saya hanya mahu masuk campur mengenai syarikat encik yang makin merosot. Saya yakin ada yang tidak kena telah encik lakukan. Cuba ingat balik mungkin telah mengecewakan ibu bapa atau orang lain," terang ustaz Bakar.

"Tapi saya dah tak ada ibubapa ustaz. Kedua-dua telah meninggal beberapa tahun lalu."

"Begini sajalah! Malam nanti buat tawaf serta solat hajat depan kaabah. Minta petunjuk apa yang telah encik lakukan," nasihat Ustaz Bakar lagi.

Malam itu kira-kira pukul dua pagi Salleh melakukan tawaf.

Setelah selesai menunaikan solat hajat dia mohon Allah beri petunjuk mengenai apa kesilapannya sehingga satu demi satu syarikatnya gulung tikar.

Kesungguhan serta keikhlasan Salleh, Allah memperlihatkan kesilapannya selama ini. Tanpa berselindung tokoh korporat itu menemui ustaz Bakar.

Antara kesilapannya kerana terlalu mengikut telunjuk isteri, sehingga telah mengecewakan kakak kandungnya.

Soleha sememangnya kurang senang kalau kakak Salleh bertandang ke rumah mereka. Lebih-lebih lagi ketika menjelang syawal. Dia mensyaki kakak iparnya itu ingin minta bantuan kewangan daripada suaminya.

Salleh pula kerana terlalu takutkan isteri, dia layan kakaknya acuh tak acuh sahaja. Hendak bantu bimbang isterinya marah. Sudahnya dia biarkan saja pulang ke kampung tanpa memberi sedikit wang belanja.

"Memang ramai di kalangan masyarakat kita mengabaikan kakak kandung. Sebenarnya jika tidak mempunyai ibu, kakak sebagai pengganti ibu. Doa kakak mustajab sebagaimana doa ibu," terang Ustaz Bakar.

"Saya mengaku banyak buat salah dengan kakak kandung saya," Salleh mengakui kesilapannya.

"Balik ke tanah air nanti, jangan lupa berjumpa kakak. Layan dia sebagaimana ibu. Minta dia doakan dan mudah-mudahan syarikat encik akan kembali menyerlah."

Salleh akur dengan nasihat ustaz Bakar. Sebaik saja kembali ke tanah air, orang pertama yang ditemuinya adalah kakak kandungnya.

Salleh juga tidak mengabai kakaknya lagi. Dia berniat jika syarikatnya pulih akan membawa kakak serta abang iparkan ke Mekah. Dalam waktu sama dia tidak lagi mengikut telunjuk isterinya.

Doa Salleh dimakbulkan Allah Tidak sampai setahun syarikat yang hampir bankrap kembali pulih. Hutang piutang telah dapat dilangsaikan. Dia juga tidak lagi naik turun mahkamah kerana pelbagai kesalahan berhubung dengan kewangan.

Malah kini dapat pula membeli beberapa syarikat gergasi lain.®


Sumber: Variasi

testing

Testing lagi ni, lalala

Khamis, September 02, 2010

Blog @Lambaian dalam status 'Under Maintenance!'


Salam semua, macam yang anda lihat terpapar bersama2 darah kaler pink ala-ala ungu di atas nih, 
yaa,,, nak maklumkan pada semua warga @Lambaian yang Blog ini dalam proses pembikinan wajah baru, nak pakai kan dia botox, susuk, make-up sikit..
aaaa uummm... apa lagi,

Ok, ni nak habaq mai, nak membina blog kesayangan kita semua ni boleh aja, tapi tu la, ketandusan idea-idea superb dari anda semua, mai la mai la, 
meh comment and bagi cadangan apa yang patut kita tayangkan dengan riang-rianya di blog ini~

hiduplah blog demi @Lambaian!
Oh YeaHH!!

UPDATED:
  1. New layout (image slider, links, widget, etc)
  2. Connected to FB (@Lambaian fanpage) - Sila click LIKE button kat bottom of this blog if mahukan diri anda di update dgn new post dari blog ni
  3. Lagu (yang mana kalau mau senyap sunyi melayan perasaan, leh lah di stop/pause) ^__^
  4. @Lambaian dah ada twitter, so, blogger2 yang lain yang nak tau update @Lambaian, leh la follow twitter @Lambaian

Ucapan akhir Ramadhan

Salam sepertiga akhir Ramadhan buat semua warga Lambaian;
  1. daripada kumpulan pengasas Kelab Lambaian Masyarakat,
  2. barisan penggerak di awal perjuangan Lambaian,
  3. warga Lambaian yang pernah menyumbang walau sesaat mengimarahkan meeting-kelab,
  4. apatah pagi warga Lambaian yang sentiasa memperbaiki perjuangan kelab,
  5. sehinggalah kepada warga Lambaian yang masih ambil berat dengan cara masing-masing terhadap Kelab Lambaian Masyarakat, baik warga @Lambaian sendiri,
  6. mahupun adik-adik yang masih mempertahankan hasil usaha selepas lebih sedekad.

Semoga amal baik sepanjang hidup terutama sepanjang bergelar warga Lambaian diterima-Nya.
Semoga amal buruk sepanjang hidup terutama dengan nametag "saya budak Lambaian" mendapat keampunan-Nya.
Bukan amal baik & buruk terhadap masyarakat saja, tapi kebaikan ikhlas dan salah silap terhadap sesama warga Lambaian juga.




Semoga keampunan daripada-Nya diperoleh, semoga kemaafan daripada sesama warga Lambaian juga dapat diraih.

Di kesempatan ini, saya nak minta maaf banyak-banyak untuk salah silap yang nyata atau tidak, sengaja atau terbuat, terhadap semua kakak-kakak, abang-abang, kawan-kawan dan adik-adik yang saya kenal di alam nyata atau alam maya.

*******************************

Sekadar berkongsi :

Firman Allah Surah Al-Hujuraat ayat 12 yang bermaksud;
" Hai orang-orang yang beriman, jauhila kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Umar R.A berkata janganlah kamu berperasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik.

Riwayat At-Tabrani : "Dari Haritha bin an-Nukman berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku 1)Kepercayaan sial 2) Hasad dengki 3)Prasangka. Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tatayur hendaklah dihapuskan.

sumber : ayat Quran tu dah di-check kebenarannya, hadith tu dapat dari internet (tak usaha check lebih pun, tapi ambillah pengajarannya) Google je pasal sangka buruk tu, berlambak penerangan. Sob sob sob...

***********************************

Haaa.. ni bukan mengumpat a.k.a gosip-gosip je tau.. baru buruk sangka pun dah DOSA!! Banyak aku buat ni.. huhuhu.. Ain, Ain... Sorry you allz!!! Terutama yang aku ajak dengar sangka-sangka buruk aku, hahaha.. Semoga kita tak buat lagi ye.. Mari kita hapuskan sangka buruk kita tu..
Sangka kawan tu tak ikhlas la, sangka kawan tu saje nak glamor lah, sangka kawan tu tak berusaha 100% la, sangka kawan tu tak ambil berat dan kononnya kita lah yang usaha dan caring lebih.. sangka kawan tu do nothing padahal kita penuh penat lelah (padahal kawan tu dah all out dah) semua tu sangka buruk pe... insaf yuk~!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's