Jumaat, Februari 27, 2009

Berita dari UTM

salam semua lambaianis...
petang tadi sy berlegar2 disekitar utm..lebih tepat lagi di sekitar ktc..menuju ke kawasan yang paling mendapat tumpuan di KTC iaitu..>CIMB..hihih...after selesai urusan pemindahan wang...sy menghidupkan motor n terus memulas minyak memecut meninggalkan cimb...

apa yang membuatkan kaki ini menekan brek adalahbila terlihat kelibat seseorang melambai2kan tangan disamping seorang jejaka berdiri disebelahnya memakai baju batik warna oren...

"aku kenal baju batik ni...ya..baju batik yang memperkenalkan aku kepada dunia masyarakat yangs sebenarnya.."...motor ku hentikan sebelah mereka..ade faiz..amin n sorg junior..ala tak ingat pulak namanya...ambil masa untuk chit chat sebelum bertanya mana mereka nak pergi kan..

"nak ke taman muhibbah..ade program kp..jadi fasi jemputan....budak2 star berrtolak esok pagi..."

ringkas je je jawapan faiz..tapi jawapannya cukup membuatkan aku teringat zaman2 muda dulu..huhuhuh...ape2 pun..sekadar ingin menyampai berita dari UTM...KLM akan ada program pada esok dan lusa bertempat di HUTAN BANDAR...PROGRAM STAR...JOM RAMAI-RAMAI kita memeriahkan program tersebut...

p/s maaf..sepatutnya entry hari isnin...

Cerita batch 1999 - Permulaan

Kawan-kawan batch 1999...jom kita imbas kembali

Cerita saya...

Bila diingat semula kenapa saya join KLM adalah semata-mata kerana nak dapatkan merit untuk terus stay kat KTC. Waktu tu saya sedang berlatih untuk perlawanan badminton antara kolej di DSG apabila kawan saya datang dan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai KLM. Bila diberitahu yang kami perlu melalui proses interview saya memang berat hati tapi saya hantarkan juga borang tersebut pada hari terakhir permohonan ditutup. Tak lama selepas itu saya mendapat memo memaklumkan hari untuk interview.

Pada hari interview pun saya masih teragak-agak sampailah saya nampak ada seseorang dari blok saya (S12) menuju ke arah DSG. Saya mengagak yang kakak tu nak pergi interview dari cara dia berpakaian, tambahan pula hari minggu takkan le nak pakai formalkan. Tak silap waktu tu dalam pukul 2 atau 3 petang sebab tak ramai orang. Berbekalkan sedikit semangat saya melangkah ke DSG tempat berlangsungnya temuduga. Ada 2 orang yang menemuduga saya, tapi saya tak ingat sangat siapa sebab waktu tu tengah cuak. Antara soalan yang ditanya ialah kenapa nak join KLM?, antara KP dan KM yang mana lebih minat? dan kenapa tak minat KP?. Waktu tu saya memang jawab ikut sesedap rasa tapi alhamdulillah tanpa diduga saya diterima sebagai ahli KLM. Paling seronok sebab kawan-kawan saya pun ada yang berjaya antaranya Dee dan Kiah. Masa meeting pertama KLM barulah saya tahu rupanya kakak yang saya agak nak pergi interview tu pun ada dan dia adalah Kak Easy.

Program pertama kitorang ialah Program Khidmat Pendidikan dan Khidmat Masyarakat di Kuala Balah, Dabong. Saya tak ingat apa nama program tersebut tapi yang paling saya ingat kami perlu naik sampan untuk ke sekolah rendah dan kemudian naik pula lori (macam yang angkut pendatang haram tu siap ada jaring-jaring macam tu) barulah sampai kat sekolah. Paling kesian bila dapat tahu ada adik-adik kat sekolah tu yang datang ke sekolah dengan menaiki keretapi pukul 5.30 pagi. Tapi mereka nampak bersemangat dan gembira bila menyertai aktiviti-aktiviti yang kami sediakan.

Itulah juga kali pertama saya tahu apa itu psiko-drama. Memang tercengang apabila saya melihat cara psikodrama itu dipersembahkan. Kali kedua saya tercengang bila sesi post-mortem, saya agak tidak faham apa yang diperkatakan dan apabila melihat abang-abang dan kakak-kakak senior menangis memang saya blur. Semasa program khidmat masyarakat pula saya ditempatkan di rumah Mak Shamsiah, agak seronok sebab mak angkat saya tu ada kedai runcit. Tapi tak banyak yang saya ingat waktu KM tu. Cuma dalam perjalanan balik kami dibawa melawat empangan (lupa nama). Sempat le kami mendengar taklimat dan bergambar buat kenangan.

Pendedahan yang amat baik untuk kenal KLM apabila saya menyertai program tersebut. Dari situ saya mendapat kawan-kawan baru antaranya Kak Easy, Kak Tie, Kak Umi, Kak Edd, Syidah, Zie, Ayen, Kak Yus, Kak Lida, Lina, Alan, Komeng, Wazir, Redzuan, Ina, Amy, Izan, Nani dan lain-lain. Senior-senior KLM pun dah boleh dicam antaranya Kak Yan, Kak Lin, Kak Herda, Kak Watie, Kak Aleen, Abg Arie, Abg Jijoe, Abg Padli, Abg Robin dan ramai lagi.

Bila balik dari program Dabong tu barulah saya tahu apa itu Kelab Lambaian Masyarakat. Dan saya bersyukur kerana dikuatkan semangat untuk menghadiri temuduga tersebut. Kalau tak saya tak akan berpeluang mengenali sahabat-sahabat yang saya ada sekarang dan berkongsi kenangan-kenangan menarik dengan mereka. Mungkin juga saya tak akan tahu apa itu psiko-drama dan post-mortem cara KLM.

Soul Fusion, Penyatuan Jiwa? (Bahagian 1/3)

...I realized with a bad taste in mouth, that the world was far from being ideal. And I wasn't the only one. I could see a number of the facilitators break, their heads bowed slightly, hiding the tears filling up in their eyes....

...Call me weak, but I just didn't have the strength to ask them, " Bila besar nak jadi apa?"...

Apa yang buat ayat-ayat tersebut dizahirkan dalam bentuk tulisan? Apa yang dilalui, dialami, dan dihayati penulis? Bagaimana, mengapa, bersama siapa pengalaman itu ditimba? huhuhu..

Ya, bagaimana, mengapa dan bersama siapa.. Allah telah takdirkan dia, aku, dan ramai lagi insan bertuah belajar tentang kehidupan, dan mendekati Tuhan melalui salah satu kurniaan berupa persinggahan hidup, Kelab Lambaian Masyarakat.

Ayat-ayat tadi dipetik dari
coretan salah seorang dari kita (klik untuk baca coretan penuh), selepas bersama-sama melibatkan diri dalam program, Soul Fusion yang diadakan buat kali kedua, 2008 yang lepas.

Seterusnya, bukan laporan program, cuma perkongsian buat semua tentang apa yang mampu tertanam cantik dalam hati manusia-manusia yang diberi kesempatan menjadi keluarga Lambaian, baik junior, senior, mahupun supersenior. Walaupun Soul Fusion pertama dijayakan Mac 2007, supersenior tetap menyumbang atas terus wujudnya landasan bernama KLM ini..

hohoho.. terasa skema habis dah ayat aku ni.. hehe.. (alamak, hilang keskemaan..)
Tulisan seterusnya, oleh penulis jemputan. siapa? surprise!! .. hehehe.. dipersilakan.. layan...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebuah coretan, seorang insan, yang melalui saat-saat yg terlalu berharga, mensyukuri betapa indahnya nikmat mata hati, kurniaan Illahi..

03 Mac 2007, Satu Kejutan
Kira-kira jam 8 pagi, aku tiba di SKPK Princess Elizabeth, JB. Selangkah aku menjejakkan kaki ke bumi SKPK ini, aku bagaikan mati seketika. Mati melihat adik-adik yg buta & rabun berjalan dengan lajunya utk membuang sampah, tanpa melanggar apa-apa. Berjalan dengan gembiranya sambil ketawa tanpa menyedari ada orang memerhatikan mereka. Adik-adik ini tidak sedar kehadiran aku & kawan-kawan walaupun deruan bunyi enjin bas agak kuat ketika itu. Inilah permulaan sebuah keajaiban yang aku saksikan, keajaiban kuasa Illahi. Langkah terus disusun, aku & kawan-kawan melangkah ke istana adik-adik istimewa ini.


Berkenalan
Slot pertama, sudah mencabar. Tanggungjawab yang diberikan kepada Nabil untuk mengemudi adik-adik ini selaku ketua fasilitator, dilaksanakan dengan cemerlang sekali. Tahniah buat Nabil. Aku bersama dua orang lagi fasi, diberi 5 orang adik fasi. Kesemuanya buta & tidak dapat melihat. Ada 1 nama yg masih dlm ingatan aku iaitu adik Azril (berasal dari Kelantan & sangat cerdik) dan adik-adik lain. Hanya suara yang merapatkan hati-hati kami berlapan, duduk bersama & mengenali satu sama lain hanya dengan bual bicara. Selain itu, sentuhan mesra sesama muhrim jugalah menjadi perapat kasih antara kami ketika itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan baik.

~ salah seorang adik dengan mesin Braille ~

Indahnya suara melaungkan azan & Mengaji
Hampir tengahari, meraka bergegas secepat-cepatnya untuk mandi & solat zohor. Alangkah terharunya aku melihatkan adik-adik yang mengatur sejadah, memasangkan microphone & PA system, seolah-olah mereka melihat semua itu. Seorang adik yg dipanggil Mawi melaungkan azan. Alangkah merdunya suara adik Mawi melaungkan azan. Aku sebak tiba-tiba. Sebak & bangga melihatkan insan-insan istimewa ini terlalu istimewa, dan tanpa rasa kekurangan apa-apa, mereka tetap menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya. Aku mengimamkan solat zohor tersebut. Alhamdulillah, adik-adik ini cukup khusyu' & taat dalam solat mereka. Tatkala selesai berdoa, mereka meraba-raba mencari tanganku utk bersalaman. Tanpa disedari, air mataku mengalir sambil aku tersenyum melihatkan keindahan & ketinggian perilaku & perlakuan mereka. Mereka terlalu indah..

Aku dibutakan
Saat ini, aku dibutakan. Ditutupi mataku dengan kain, dan adik-adik ini membawaku & rakan-rakan berjalan sekeliling sekolah mereka. Mereka umpama pemandu pelancong. Aku tidak sesat sama sekali. Tidak juga aku terjatuh atau melanggar apa-apa tiang. Mereka sangat-sangat sempurna. Mereka melihat dengan mata hati. Sempat aku bertanya, bagaimana mereka mengingati semua jalan-jalan & tempat di sini. Jawab salah seorg daripada mereka, kami melihat dengan mata hati. Aku terharu. Mereka terlalu indah & istimewa.

~ Foto beberapa fasi dan adik-adik (Soul Fusion II) ~

Bersambung...

*** Terima kasih kepada penulis jemputan, Mr WATS, Abang Sport dan Iman (rakan penulis) untuk perkongsian di bahagian ini ***

Selasa, Februari 24, 2009

Berita di @Lambaian

Salah satu tujuan mewujudkan blog @Lambaian adalah untuk menyenaraikan seberapa banyak berita yang panas mahupun suam. Maka jika antara kalangan rerakan yang mengetahui berita terkini rakan-rakan yang lain, seperti kelahiran cahaya mata, pertunangan, perkahwinan, terjumpa pasangan alumni tengah honeymoon, terjumpa rakan alumni bersama alumni lain jalan-jalan pegi taman, ternampak alumni yang tak pernah jumpa sejak keluar UTM, serta apa-apa jua berita lain seperti berjaya ke luar negara bermain salji, ataupun pasir di tengah gurun mahupun meminum air sungai Nil, silalah berkongsi bersama, letak gambar kalau nak lagi glemer, kalau ada blog, tulis dalam blog sendiri, letakkan komen dalam blog ini, nanti kami potong dan edit jadi berita, minta izin sekali untuk kami linkkan blog anda. Apa-apa berita berkaitan anda, kami memang ingin tahu.

Aku mula la sebagai yang pertama. Aku pernah menjejak kaki ke Pekan Baru, Indonesia tahun lepas untuk melihat Pam Minyak Mentah di atas darat. Tengah-tengah hutan. Bukan senang nak tengok mende alah ni kat Malaysia, yang dah terbengkalai adala kat Miri nama Grand Ol Lady. Ada dekat 300 biji mende alah ini di serata daerah ini. Panas tak berita ni? Macam suam je kan. Hahah. Ini contoh ye. Buat pemula. Kongsi-kongsi la pengalaman korang yang lain di luar negara dengan kami. Kurang-kurang, yang lain yang membaca boleh simpan hasrat nak pegi atau cukup sekadar jeles di dalam hati.


Juga kami ingin meletakkan seberapa banyak link blog rakan-rakan alumni yang lain di sini, supaya @Lambaian menjadi portal lengkap dan terkini dalam mengetahui status dan perkembangan ahli @Lambaian yang lain. Caranya, kami akan meminta izin untuk meletakkan link anda di blog ini dengan mengunjungi blog anda nanti. Harap dapat membantu dalam mengimarahkan lagi Blog @Lambaian. Sekian.

Notakaki amANI: aku ada la nampak si A dengan si B jalan-jalan pegi taman, juga si C dan si D makan di kedai sama-sama, dorang ni ada apa-apa ke? Eh jap, dorang ini bukan alumni lagi, habis sem ni baru jadi alumni. Huhuh. Panas kan?. Ziraniza yang nak kahwin itu, sila war-warkan jemputan anda supaya alumni berdekatan boleh hadir ke majlis anda. Emel la kad yang telah discan satu buat panduan kami di sini.

Sabtu, Februari 21, 2009

Jejak Kasih Keluarga @Lambaian (Bahagian 3/3)

Tercetusnya.. perkenalan.. kemesraan.. dan lain-lain an an an..totemodai suki.. doraemon..
via siber ni.. Tu bagi aku la.. Bagi yang di Skudai, KL, masing-masing biasa je jumpa rasanya.. Terutama orang-orang kuat yang menjayakan, 'Ada Apa di Desaru' (AADD), 2-3 Ogos 2007. huhu.. Walaupun aku sekadar berbincang dari kejauhan dengan teknologi internet, membantu pun sikit sangat, tapi orang kata chemistry tu kuat la.. cewah.. Bekerjasama dengan orang-orang yang banyak juga aku tak pernah jumpa lagi. Misteri gitu..

Sampailah hari yang dinanti-nanti, jumpa la satu demi satu makhluk-makhluk itu. Pengecaman dibuat hanya melalui memori yang dirakam masa tengok gambar-gambar di Friendster diorang.
"haa.. ni Ain kan.." Abang Azwar
"eh, mana satu kak Loneliness ek.." Afzan
"eh, dah makin kurus..!! " Kay.. hahaha..

Sebelum tu bertolak sama-sama dari Dataran Kempas, KTC, UTM, dan seterusnya, dari depan rumah Abang Adam. Kat rumah pengarah KLM ke-3 tu, bersama bekas timbalannya yang kini timbalan rumah tangga nya.. dok tanya Amar.. Aqil..
"katak mana katak? katak?"
"kakak mana kakak? kakak?"

maka terjadi la kekeliruan antara gambar katak dan kakak hahaha..

okay-okay, back to the topic,

Di Desaru, dengan air laut yang berombak tinggi.. beraktiviti la semua orang.. termasuk la junior-junior yang masih di UTM.. no hal lah.. Lambaian punya pasal.. muda ke.. tua ke.. (ops, senja).. layan.. Mula la keluar refreshment yang klasik yang dirindui ramai (seperti mabule ewa, mabule ewa, mabule.. twit twit twit ewa... dengan kepakan manja Abang Pilo), dan juga yang moden tak kurang hebatnya (Seperti, angkat tangan kanan gelek gelek gelek, turun tangan kanan, gelek gelek gelek dengan gelekan lentik Madi).

~ Kredit kepada Kak Ikin, dan foto oleh Abang Pilo ~


Sebelum barbeque, berlansung lah mesyuarat pertama yang agak formal, berkaitan rancangan penubuhan Alumni KLM secara rasmi. Membincangkan serba sedikit tentang tujuan, flow penubuhan, sampai la membentuk AJK Penaja Alumni Lambaian Masyarakat. Kesungguhan seorang demi seorang sangat jelas, tak kurang juga dengan ke'sengal'an seorang demi seorang yang membolehkan wujud suasana mesra walaupun baru pertama kali jumpa. hmm.. tak tau nak tulis macam mana lagi nak tunjukkan harapan, kesungguhan, dan kerjasama tu.. semua nya macam, magic.. huhu..

Lepas AADD, semakin serius la perbincangan dan tindakan tentang penubuhan rasmi @Lambaian ini, yang masih kita sama-sama doakan kejayaannya, insyaAllah... Selain matlamat-matlamat berhitam putih, tidak kurang juga tujuan-tujuan lain cuba dicapai dengan perhubungan yang tak putus-putus, seperti aktiviti membirah bersama yang pelbagai..

Aktiviti menjejak insan-insan keluarga Lambaian akan diteruskan.. Usaha gigih akan terus disokong rakan-rakan.. Sokongan akan terus ditunjukkan dengan kerjasama melalui pelbagai cara, termasuk la kewangan, idea, masa, tenaga.. Walau dengan keluarga, kerjaya, kesibukan masing-masing, masih ada ruang untuk Lambaian.. Kenapa? Aku mungkin tak faham 100% untuk orang lain, tapi bagi aku, ruang itu wujud sebab.. hmm.. i just.. hmm.. i love Lambaian.. and.. i love what i have from Lambaian.. alhamdulillah, syukur tak terhingga, Allah beri 'hadiah' ni..

Ini lah rumusan, hasil dari sedikit pengalaman, ingatan dan penghayatan AKU tentang, macam mana boleh keluarga @Lambaian dijejak.. priceless..

Sekapur sirih, sekapur tulis;
Terima kasih Abang Adam, Kak Syila, Abang Sport, Kak Ezi, Abang Black, Kak Ikin, Abang Zairi, Mai, Fizah, atas bantuan bahan dan sokongan, termasuk lah semua watak-watak yang disebut dan dipaparkan dalam post untuk tujuan mengimbau keindahan ukhuwah yang mula terjalin yang kekal sampai sekarang. Thanks buat semua pembaca dan pemberi komen dengan apa cara sekali pun. Thanks buat semua ahli Kelab Lambaian Masyarakat kerana menjadikan KLM sehingga KLM yang kini.. dan insyaAllah, @Lambaian secara rasminya nanti..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Yang Maha Bijaksana, sebaik-baik perancang setiap satu kejadian..

Jumaat, Februari 20, 2009

Langkah Pertama Untuk Menyertai @Lambaian Secara Rasmi

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, @Lambaian akan ditubuhkan dibawah ‘Special Interest Group (SIG)’ Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUTM). Oleh itu langkah pertama yang perlu kita ambil untuk menjadi ahli @Lambaian secara rasmi adalah dengan menjadi ahli PAUTM dahulu.

Dibawah Perlembagaan PAUTM, pihak ‘SIG’ tidak dibenarkan mengutip Yuran Keahlian daripada ahli-ahli mereka tetapi mereka boleh mengutip yuran tahunan/bulanan/aktiviti dan sebagainya mengikut keperluan dan persetujuan ramai. Berdasarkan perbincangan dengan En. Lilansah, Setiausaha Agung PAUTM, beliau menjelaskan apabila anda membayar yuran keahlian PAUTM sebanyak RM100.00 (SEUMUR HIDUP), pihak PAUTM biasanya akan mengembalikan RM30.00 dari yuran keahlian tersebut kepada SIG terbabit (disini merujuk kepada @Lambaian) melainkan pihak SIG terbabit bersetuju menyerahkan semua jumlah tersebut untuk kegunaan PAUTM.

Oleh kerana Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pertama @Lambaian telah ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, pihak AJK Penaja telah bersetuju pada mesyuaratnya bertarikh 03/01/2009 untuk alumni-alumni Kelab Lambaian Masyarakat (KLM) yang berminat untuk menyertai @Lambaian mendaftar sebagai ahli PAUTM dahulu.

Kami akan membantu untuk memudahkan anda mendaftar sebagai ahli PAUTM, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah di bawah:-

1. Download dan lengkapkan borang keahlian PAUTM (disediakan di sebelah kanan anda). Tampal atau sertakan bersama gambar anda (digalakkan) apabila menghantar borang tersebut kepada
syilahaizal@yahoo.com

2. Bayaran RM100.00 perlu dimasukkan ke akaun Bank Islam Nik Norsyilawati Shaban (wakil AJK Penaja) No. Akaun 14032020216913 dan selepas itu sila smskan nama penuh, jumlah bayaran dan waktu transaksi dilakukan (jika masa sms dihantar agak lama selepas transaksi) ke 017-3819789. Anda akan menerima pengesahan penerimaan dari wakil AJK Penaja dalam tempoh 24 jam selepas sms anda diterima. Pastikan anda menyimpan resit transaksi sebagai rujukan dan pengesahan.

3. Pada setiap hujung bulan (buat masa sekarang dari Februari hingga April), wakil AJK Penaja akan menghantar borang-borang beserta bayaran penuh untuk bulan tersebut kepada PAUTM untuk diproses. Setiap borang yang telah dihantar kepada PAUTM akan dimaklumkan di blog ini untuk makluman anda.

Nota: Jika anda ingin membuat bayaran secara ansuran bulanan (dalam tempoh Februari hingga April) sila maklumkan kepada wakil AJK Penaja dahulu. Borang anda hanya akan dihantar kepada PAUTM untuk diproses setelah pembayaran penuh dilakukan.

4. Kad keahlian yang telah siap beserta resit akan diserahkan kepada anda pada AGM akan datang (sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa).

5. Jika ada pertanyaan atau kesulitan berhubung dengan perkara ini sila rujuk kepada wakil/mana-mana AJK Penaja @Lambaian untuk keterangan lanjut dan bantuan.


BERITA BAIK….

Kepada ahli-ahli KLM yang telah menamatkan pengajian dan sedang menunggu majlis konvokesyen, anda berpeluang menjadi ahli PAUTM dengan hanya membayar yuran keahlian sebanyak RM10.00 SAHAJA untuk SEUMUR HIDUP. Kami akan memaklumkan butiran lanjut berkaitan perkara ini sebaik sahaja kami mendapat maklumat dan pengesahan dari pihak PAUTM.

Anda juga digalakkan untuk mengajak kawan-kawan anda (termasuk yang bukan alumni KLM) untuk menyertai PAUTM.

Rabu, Februari 18, 2009

Hasil Survey Menetapkan AGM @Lambaian

Berikut merupakan hasil survey yang telah dijalankan sepanjang Januari 2009 mengenai penetapan tarikh dan lokasi untuk kita sama-sama menubuhkan @Lambaian secara rasmi. Seramai 16 responden telah mengemukakan pendapat daripada lebih kurang 70 ahli @Lambaian yang mempunyai rekod dengan kami, dihantar terus ke inbox emel responden dan melalui forum KLM di frenster.

1. Pilihan antara AGM sahaja ataupun AGM+Mini Gath

AGM+Mini Gath (
93.75%)
AGM (6.25%)

2. Tarikh pilihan

Mini Gath+AGM: 6-7 Jun 09 (56.25%)
Mini Gath+AGM: 7-8 Mac atau 2-3
Mei (18.75)
Mini Gath+AGM: 22-23 Ogos (12.50%)
Mini Gath+AGM: Weekend (6.25%)
AGM: 8 Mac (6.25%)

3. Venue / Lokasi

Mini Gath+AGM: Sekitar Lembah Klang (Selangor/KL) (
47.83%)
Mini Gath+AGM: Johor (13.04%)
Mini Gat+AGM: NS (13.04%)
Mini Gath+AGM: Pulau (Langkawi/Tioman/Cherating) (13.04%)
AGM: KL (4.35%)

4. Harga siling per pax dewasa

Mini Gath+AGM: RM >80 untuk program (6.67%)
Mini Gath+AGM: RM 80 untuk program (
60%)
Mini Gath+AGM: RM 100 untuk program (20%)
Mini Gath+AGM: RM >150 untuk program (6.67%)

Berdasarkan pendapat seperti di atas, kami akan menggerakkan tenaga untuk mendapatkan satu lokasi bagi menjayakan Mini Gath+AGM di sekitar Lembah Klang pada 6-7 Jun 2009.

Harga penyertaan RM80 seorang dewasa akan menjadi panduan memilih lokasi, tetapi ini juga atas budi bicara pihak penganjur berdasarkan kepada kemudahan fasiliti yang disediakan dilokasi terbabit.

Kami ingin rakan-rakan terus menghubungi dan menggalakan bekas-bekas Lambaian yang lain agar turut mengisi borang keahlian supaya kami dapat menghubungi mereka untuk memberi surat/emel jemputan menghadiri program ini. Borang boleh dimuat turun dari capaian di sebelah kanan blog ini.

Pada sesiapa yang berminat menjadi AJK Mini Gath, sila offer diri sendiri. Pada yang mempunyai kenalan, pautan, rangkaian lokasi program di Sekitar Lembah Klang yang berpatutan, boleh bagi pendapat untuk kami selidik.

Ahad, Februari 15, 2009

Kursus Pra Perkahwinan Islam Edisi KLM 2009

KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM
28 FEB & 1 MAC 2009 (SABTU & AHAD)
0800 - 1800 (SABTU)
0800 - 1700 (AHAD)
DEWAN ASTANA KOLEJ TUANKU CANSELOR UTM
RM80.00 (PELAJAR)
RM100.00(STAF UTM)
RM120.00(LAIN-LAIN)

ANJURAN
KELAB LAMBAIAN MASYARAKAT KTC

DENGAN KERJASAMA
MJ AL USRAH MANAGEMENT &
PUSAT PEKHIDMATAN KELUARGA ISLAM RUMAH KENANGAN
JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR

SIJIL DIBERI SELEPAS KURSUS...!!!

TERHAD KEPADA 150 ORANG PESERTA SAHAJA...

Sabtu, Februari 07, 2009

Jejak Kasih Keluarga @Lambaian (Bahagian 2/3)

Satu demi satu SMS aku dan Ummu layan, sambil menyesakkan kepala Mai dan As juga. Ada yang tanya lebih lanjut pasal jamuan, yang bagitahu nak datang, tak nak datang, yang ucapkan "all the best", yang tak reply pun ada juga.. huhu.. petang jamuan, ada Kak Syail datang awal (ke, kakak lain? hoho), sama-sama tolong masa kemas-kemas Dewan Sri Kempis lagi.. eh, Kempas.. best best..

Berlangsunglah, jamuan semester 2 sesi 2003/04 bertemakan elegance. Tak silap aku, ada seorang senior tu datang lambat sikit. "Dia study kat Jepun diorang kata.." (ke, nak ke Jepun) "oo..eh?" aku jawab sambil dalam hati aku, lantak la siapa pun (hahaha), aku nak makan bersama orang belakang tabir (Ummu & Usop) dengan apa makanan yang tinggal. huhuhu..
Terima kasih kakak abang semua yang datang dan yang tolong menjejak kakak abang!! (aku baca-baca balik, semacam je maksud 'kakak abang' ni.. xpe, korang faham kan? hehehe)

okay, balik pada tahun 2007 balik..

Di kafe kendalian Abang Win S01, Kolej Tuanku Canselor, pertemuan pertama aku dengan Abang Azril (bersama Ecah, Abang Black dan Nabil), antara orang penting dalam mengasaskan KLM, 'Kelab Lambai Melambai' ini. Banyak yang dibualkan, dari kisah dia, zaman mewujudkan kelab, susah payah mencari duit untuk program (di saat orang ramai tak terdedah lagi dengan khidmat masyarakat), kebanggaan dia kerana kelab masih wujud (ada gak kelab yang dah pupus), dan semangat-semangat yang dia suntik dengan idea-idea dan bantuan untuk program serta keterujaan dia berkumpul dengan supersenior Lambaian. Fuh, ajaib sungguh makhluk yang aku baru kenal tu, aku tak mampu mencelah dan memotong cerita best dia yang macam-macam, melainkan dia tanya soalan kat aku!! (hehe, jangan marah ye Abang Azril) Bertambah lekat dalam hati aku, Lambaian tempat berkumpulnya orang-orang yang hebat!! Ya, hebat!!

Keyakinan dalam hati dengan kehebatan keluarga Lambaian tak pernah padam walau beribu konflik sekalipun menyiat hati aku yang kadang-kadang macam tisu pun ada juga. kuang3... Rupa-rupanya ada satu makhluk lain yang menguatkan diri, dan kuatkan hati-hati ini, UKHUWAH...!
Ukhuwah tu tak terhenti walaupun selepas hari-hari konvokesyen, Ogos 2007, yang juga dimeriahkan KELUARGA LAMBAIAN!!

~Tamat belajar di UTM bukan tamatnya ukhuwah Lambaian~

Then, sepanjang setahun aku di negara yang benderanya terbalikkan bendera Indonesia, iaitu tahun pertama aku jauh dari KLM secara fizikal, hati aku tak pernah jauh dari keluarga yang ajar aku macam-macam ni. Bak kata TV9, dekat dihati.. hehehe.. Dari kejauhan itulah, aku dapat tahu, keluarga Lambaian iaitu supersenior, senior, dan junior yang masih di UTM dok pakat nak berkumpul di Port Dickson. Pergh!! jeles, jeles..!!! Tak pat datang pun tak pe la, dapat dengar cerita dan tengok-tengok gambar pun rasa best sangat..!! gosip-gosip.. huhu.. takpe, ada jodoh, dapat la aku jumpa semua..


~Port Dickson, 29-31 Disember 2007~

Lepas tu, kemeriahan keluarga Lambaian, termasuk super-supersenior bukan saja di alam yang berpijak di bumi nyata, tapi juga merebak ke alam siber. yooohhooo!!!

Ukhuwah diteruskan, sehinggalah tercetusnya...

Bersambung...

*Tulisan ini adalah merujuk kepada apa yang dilalui dan difahami oleh penulis dengan segala pancaindera sempurna namun terhad. Maka, sebarang percanggahan dengan pengetahuan pihak lain adalah berkemungkinan. hehehe... *

Jejak Kasih Keluarga @Lambaian (Bahagian 1/3)

Macam mana boleh keluar perkataan ALUMNI Lambaian? @Lambaian? (@Lambaian merujuk kepada, Alumni Kelab Lambaian Masyarakat secara tidak formal)

Kerana Malam 'Sedekad Lambaian Gemilang Bersama', pada tarikh keramat 7 April 2007, berkumpullah mereka yang rasa mempunyai Kelab Lambaian Masyarakat dan rasa dipunyai Kelab Lambaian Masyarakat di Dewan Alumni, UTM, Skudai dengan tema 'Black & White' yang mungkin mengambil tema sempena nama pengarah majlis malam itu, Black.. hehehe..
Aku ingat lagi, terkocoh-kocohnya katering menyiapkan hidangan atas pelbagai kesulitan lain yang malas aku nak cerita di sini. Dan aku memang tahu setiap apa yang jadi di antara katering tersebut dengan malam itu, sebab aku adalah MT Makanan (Majlis Tertinggi Program) atau nama glamornyer, 'orang dapur'. okay, tu bukan cerita utama. hehehe..

Telah dipastikan, penyambut tetamu dah sedia, dengan borang-borang yang dah disiapkan oleh orang bertanggungjawab, dan cenderahati-cenderahati yang dirancang rapi, yang aku simpan baik punyer kat rumah aku kat Melaka. Seorang demi seorang tetamu besar datang dengan ceria dan vouge. Aku kata semua yang hadir ialah 'tetamu besar', sebab apa lagi yang lebih bermakna buat Majlis Tertinggi Program kalau bukan kehadiran? Kemudian... Err.. Aku sememangnya tak mampu cerita apa yang jadi pada hidup setiap hadirin, dan juga apa yang jadi setiap saat dalam dewan, sebab aku memang sibuk di dapur dan ke dewan sekali sekala untuk pastikan aku juga ada sweet memories untuk malam itu. Antaranya;

- Rakan semeja makan simpankan makanan untuk aku yang terpaksa makan lambat sedikit. Thanks Mai, Piyah, As, Ajan
- Melayan kakak abang yang nak tomyam lebih lagi, nak nasi lagi, nak air lagi. Tak kurang juga yang nak pulangkan hidangan sebab dapat ikan lebih berbanding meja sebelah. hahaha..
- Ada game bercerita dengan menyambung-nyambung perkataan dengan tiga perkataan saja, dimenangi oleh Syed Munir yang berwajah YB masa tu.
- Tiba-tiba ada anak kecil 'berlari-lari' di depan dewan.
- Sampai lah ke sesi mengemas meja bulat beralaskan cadar putih.
- Dan kes istimewa aku, post moterm bersama katering, sampai lah ke 'meeting larut malam' dengan ahli meeting tetap di kafe Kolej 9 sampai keluar embun jantan.

Banyak sangat aku nak cerita, dan mungkin tak semua orang boleh faham, tapi itu betul-betul kenangan terindah, bekerja dengan kakak abang, kawan-kawan, junior-junior yang really enjoy every single moment walaupun saat-saat perselisihan yang membawa kepada satu hadiah iaitu lebih memahami satu sama lain. cewah...



kredit kepada Piyah


Macam mana mereka semua boleh berkumpul malam tu? Aku dok fikir-fikir lagi. Mestilah usaha ramai orang sebelum Malam Sedekad Lambaian Gemilang Bersama tu. Tapi, sebelum itu.. hehehe.. Jom!! Imbasan Kembali Anugerah Juara Lagu.. eh, silap, imbasan kembali, jamuan KLM pertama aku sebagai MT Programnya, bertemakan, hitam kuning, bersama pengarah, Ummu.

"abang Din ada contact senior-senior kan?"
"ada, ada.. Atok ada.. Akak-akak ni semua ada gak ni"
"ooo.. okay-okay... lagi ramai lagi best"
"betul ni nak ajak semua?"
"ye, kita ajak ramai-ramai.. leh kenal yang dah sakses-sakses"
"wah.. best ni.."
"ok, thanks abang Din!!"
(dialog tidak tepat 100% hohoho...)

bersambung...

*Tulisan ini adalah merujuk kepada apa yang dilalui dan difahami oleh penulis dengan segala pancaindera sempurna namun terhad. Maka, sebarang percanggahan dengan pengetahuan pihak lain adalah berkemungkinan. hehehe... *

Selasa, Februari 03, 2009

@Lambaian Header Design

The header is a bit boring. I need help in getting an appropriate image to put as a background for the top header of this blog. If you want to help, just get an appropriate image and crop it to size, about 660x150 pixels and send to me at nadzrul@gmail.com. 

Thank you!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's