Jumaat, Ogos 20, 2010

Awal Ramadhan - Soul Fusion


Assalammu'alaikum warahmatullah,
Align Center
Alhamdulillah, Allah kurniakan kita hari ke-10 Ramadhan, kurnia yang berupa peluang untuk terus merasa nikmat cinta Allah. InsyaAllah, Ramadhan ini akan terus dilalui dengan kegembiraan yang dijanjikan kepada kita, hamba-hamba yang Allah kasihi. Salah satu kegembiraan yang Allah janjikan kepada orang berpuasa ialah ketika berbuka. Semoga kemanisan berbuka puasa itu dirasai, nak-nak bila dikongsi bersama dengan kawan-kawan yang ikhlas bersahabat atas dasar ukhwah yang suci.



Awal Ramadhan, aku berada di rumah sewa di Johor, berseorangan sebab housemate semua menyambut Ramadhan di kampung halaman masing-masing. Selepas bersahur apa yang ada, selepas solat Subuh, aku kembali ke hamparan tilam di ruang tamu, depan televisyen. Bila tinggal seorang, volume TV sebesar-besar tidak kan. Belum sempat kepala disorongkan bantal, terpandang Ustazah Asni, dalam rancangan Kalamullah di TV3. Ustazah Asni sedang khusyuk menyemak bacaan al-Quran seorang adik lelaki, yang mungkin berumur 10 tahun. Aku tenung kosong wajah adik itu.

" Wah.. Adik ni hafal Quran.. mata tak tengok bawah" (kalau baca Quran kan mata tengok bawah sikit untuk lihat ayat-ayat Quran) aku bercakap dalam hati.
Aku tenung lagi. Kali ini kurang kosong.
"Adik ni macam..."

Kamera zoom ke arah Quran adik itu.
Putih tanpa hiasan dakwat.
Yang ada hanyalah kesepuluh-sepuluh jari adik-adik itu diseretkan sedikit demi sedikit.
Dengan alunan suara yang sedikit tidak dengar celanya, aku sedar, jari-jemari adik itu sedang me'rasa' ayat Quran. Ya, itulah al-Quran dengan tulisan Braille, untuk pembaca Quran yang buta! Adik itu buta!

Secara automatik aku terkenang saat aku melawat SKPK (Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas) Princess Elizabeth, JB tahun 2007. 3 tahun lepas dah. Beberapa lawatan yang dibuat untuk tujuan perbincangan dan pembelajaran bagi merealisasikan program Soul Fusion mengajar aku banyak perkara. Sedang adik-adik itu berlari-lari seperti kanak-kanak normal yang lain, aku duduk memerhati sambil mencari peluang berbual dengan adik-adik yang singgah di tempat aku melabuhkan punggug. Sehinggalah ada yang singgah, duduk dan meletakkan beberapa set kertas yang di'binding' di depan aku.

Aku ambil 'buku' itu, dan cuba berbual.
"Ini buku apa?"
"Ini Quran kak..."

Glup...

"Ini juz..."
Aku tak ingat juzuk berapa yang dibawa adik tu. Tapi aku ingat yang aku diterangkan bahawa 'buku' yang besar dan tebal itu adalah sebahagian al-Quran dalam tulisan Braille. Saiz yang besar itu tak menjadi alasan untuk adik itu membawanya ke hulur ke hilir.. membudayakan al-Quran.. walaupun tanpa nikmat penglihatan macam aku..

Kebanyakan manusia dah ada Quran besar penumbuk pun tak sentiasa bawa apatah lagi hari-hari baca. Tak orang, aku. Semoga Ramadhan kali ini hati lebih dekat dengan al-Quran.

Walaupun aku tak pernah berpeluang hadir semasa mana-mana program Soul Fusion, beberapa lawatan sebelum program itu pun dah cukup banyak menyedarkan aku tentang perkara yang selama ini aku tak ambil berat.

Lawatan pertama ; selesai solat berjemaah di surau pada siang hari (zuhur@asar) ;

Jemaah muslimah saling bersalaman termasuk aku. Adik-adik itu aku perhatikan meraba-raba mencari muka rakan mereka, sebelum yakin kedudukan tangan rakan untuk dicapai. Sah-sah lah muka aku berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada adik-adik tu kan. Maka yang pertama dicapai oleh seorang adik itu ialah kad matriks aku sebab aku dah selak kain telekong yang aku pakai.

"Eh ni. . . . . "
"Ni kak Ain "
Aku pun berteleku cuba menjadi sama tinggi.
Selepas bersalaman adik itu masih rasa ingin tahu tentang benda yang dipegang mula-mula tu.
"Kak Ain, apa ni"
"Ni kad matriks macam name tag. Kak Ain dapat daripada universiti Kak Ain. Bukti kak Ain student universiti tu. "
"Owh. . . . . Kak Ain mesti pandai kan"

Aku aminkan dalam hati.
"Biasa je"
"Saya pun nak jadi pandailah macam Kak Ain"
"Eh mestilah boleh jadi pandai"
Aku senyum dengan harapan nada suara aku memberi gambaran senyuman aku pada adik tu.
"Saya nak belajar pandai-pandai dan nak masuk universiti macam kak Ain"

Glup. . . .

Pada masa tu aku belum cukup pengetahuan tentang masa depan kanak-kanak yang buta. Aku tak tahu apa adik-adik di situ boleh jadi bila dah habis sekolah nanti. Aku tak tahu apa adik-adik tu nak buat habis SPM nanti. Aku tak tahu apa target adik-adik itu ke sekolah pada masa aku hanya membayangkan kertas keputusan peperiksaan SPM PMR dan UPSR. Malah aku tak tahu sama ada harapan adik tu boleh jadi kenyataan atau tak iaitu nak masuk universiti macam aku. Kalau boleh macam mana. Kalau tak boleh pilihan apa yang ada. Aku patut tahu masa tu!

Serius terkilan sebab aku rasa aku tak menjawab kata-kata adik tu.
Pelukan dan ciuman kasih sayang saja aku hadiahkan sambil tahan sebak.
Semoga adik itu sudah dan akan jumpa hala tuju kehidupannya. Mencapai bahagia dalam cita-cita yang ditakdirkan untuknya.

Sehingga sekarang aku sangat yakin bahawa program Soul Fusion bukan program calang-calang. Adik-adik itu mungkin menaruh harapan tinggi pada kakak abang yang datang. Bukan sekadar suka-suka. All the best kepada Majlis Tertinggi Program Soul Fusion 4 yang insyaAllah pada Aidilfitri ini. Semoga pengalaman yang ditimba dapat dibaca sebagai ayat-ayat Allah untuk pedoman dan bekalan.

=)

4 ulasan:

Batu Bata berkata...

Ain.. aku benci ko.. sangat..
Aku nangis do baca entry ni. Aku tak suka ain buat aku cam ni..

anur malati berkata...

akak pernah berprogram dgn adik2 istimewa masa keje dulu. bimbingan IT di SK Pend Khas sek ape, x ingat. tp adik2 kt stu pekak n bisu. Yg paling xdpt lupa, kaedah adik2 mengingat nama org lain melalui gelaran. setiap yg dtg ada gelaran masing2 yg dibuat melalui bhs isyarat.. penuh keinsafan tatkala bergaul dgn mereka..

ayen =D berkata...

Abg Azwar.. padan muka.. memang sengaja jahat macam tu.. sebab tak nak nangis sorang2 hahaha...

kak Anur, thanks for sharing, betul2, insaf =|

fiza berkata...

aku pn nangis jgk huhu
kuatnya smgt diorg kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's