Selasa, Ogos 31, 2010

Ain dan Modul di Lambaian - Bahagian 1

Assalammu'alaikum warahmatullah;

Tanpa menggunakan external keyboard; tulisan kali ini terpaksa menggunakan punctuation yang pelik:
; merujuk kepada koma
: merujuk kepada noktah
-- merujuk kepada tanda soal

Okay--

Jiwa meronta-ronta hendak menulis entah kenapa; tak kira lah orang jemu atau malas nak baca; aku tetap akan tulis: Sebab aku tak tau aku sempat menulis apa-apa lagi atau tidak esok lusa: Maka ada kesempatan; aku cuba untuk memberi; dengan menulis: Aku bukan meminta; aku nak memberi:

Alamak; giler seram intro: Okay; antara sebab lain; aku nak tulis juga sekarang sebab tak tahu nak buat apa: Aku di Promosi Kraf Aidilfitri di Jalan Conlay KL ni: Mak bapak aku tengah buat demonstrasi pembuatan songkok (Paling Atas Enterprise; cewah; iklan sekejap): Nak layan orang beli songkok pun aku bukan tahu tengok kepala orang nak teka saiz nya apa: Apatah lagi nak tolong cari saiz songkok berkenaan di rak yang disusun: Maka aku duduk di pangkin di luar bangunan; menikmati angin yang bertiup sambil dengar lagu raya: Biarlah adik aku yang lebih menjiwai perniagaan songkok itu yang terpacak di booth depan pentas tu: Alang-alang ada laptop dan modem jalur lebar; pantas jari klik untuk new post di blog @Lambaian; salah satu aset yang dibelakangnya bersusun pengalaman suka duka; aku bersama Lambaian:

Merujuk kepada tajuk entri kali ini; aku nak cerita tentang kehidupan aku bersama modul sejak mula aku melafazkan; "aku budak KLM":

Jawatan pertama dalam Majlis Tertinggi yang aku dapat ialah setiausaha Program Dekat Padamu 2: Besar pengalaman dan pengajaran yang aku dapat termasuklah nasihat pengarah program; abang Munir yang berbunyi "Ain jangan lupa simpan duit untuk emergency: Macam abang ni haaa; tengah kopak; sebab komputer dan motor rosak serentak" Tiba-tiba nasihat sebegitu diterima sebelum mesyuarat di kafe abang Win (S01) bermula: Hehehe: Tapi jawatan yang kemudiannyalebih menjadi jiwa aku; ialah membuat modul: Peerrrghh; jiwa tu: Dalam ayat anak-anak muda zaman sekarang; "Asal muka aku je; buat modul: Asal buat modul je; muka aku:"

*Jadi setiausaha tu bukan tak jiwa; tapi memang tak berbakat; sebab tulisan hanya aku sorang je yang paham: huhuhu: leceh! Bak kata Nabil "aku ingat tanskrip zaman bila ni"

********************************

"Okay; korang dah jumpa apa dah--"
"Ni Ain; kita ada jumpa kat internet; macam-macam modul: Kita boleh tengok sama-sama; then pilih"
Sambil si gadis manis bernama Hasnizom menghulurkan sebebat kertas yang tercetak banyak tulisan:
"Wah! Terharu aku; banyak betul"
"Kita tak tahu nak pilih; kita print je semua"

"Okay; tak pe; meh kita tengok sama-sama"


"Haaa; yang ini best Ain: Boleh buat ice-breaking: Nama dia BINGO card"

"Ah ha"
Dalam 4; 5 orang gadis juga mengelilingi timbunan kertas itu dan duduk berbincang; di surau KTC:
"Abang Din mana--"
"Entah; belum sampai lagi"
jawab aku sambil berdeghau darah (ni perkataan universal satu Malaysia kah--)
"Rasanya nampak dia kat bawah tadi" Surau berada di tingkat atas bangunan S01:
"Owh ye ke-- Haaa cepat-cepat; at least ada sikit hasil sebelum dia sampai"
aku mencadang dengan nada cemas: Apsal entah takut sangat aku dengan orang tua yang dipanggil abang Din tu:

Aku masa tu sedang memikul tugasan pertama aku berkaitan modul dalam Lambaian sebagai Ketua Khidmat Pendidikan bagi Program Wawasan'05; sebuah program anak angkat; dibantu beberapa gadis batch Haszni (2005) dan seorang senior iaitu abang Din: Selain terlibat dengan Majlis Tertinggi program Wawasan'05; aku secara khususnya perlu menguruskan satu slot khidmat pendidikan di sebuah sekolah rendah yang satu-satunya terdapat di Kg Tanjung Resang itu:

"Aku tak pernah buat modul" mengeluh dalam hati; tanpa membantah tugasan diberi; apatah lagi mengada-ngada menagih simpati senior untuk tunjuk ajar daripada A B dan C:
"Tapi aku pernah jadi fasi" memotivasikan diri sendiri tanpa meninggi diri depan orang lain:

********************************

Sedutan bahagian akan datang;

1-Modul paling bodoh aku pernah buat - Kasih Dikasih
2-Modul khidmat pendidikan program Metamorfosis
3-Modul & ketua fasi program Road to Glory
4-Kelahiran program Soul Fusion
5-Majlis Tertinggi Kelab : Unit Modul & Aktiviti - Aku jalan-jalan cari program
6-Dulu aku dan modul Lambaian; sekarang aku dan 'modul Lambaian'

Haih; entah selesai berapa bahagian lah nampaknya kan:

** Aku selesai menulis jam 2:30 pm; 29 Ogos; sambil dengar dendangan live lagu Pahlawanku rentak Melayu Asli:


Ahad, Ogos 29, 2010

Perpisahan dalam satu Ramadhan

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Berkumandang lagu dendangan kumpulan nasyid Brothers di HotFM semasa aku tengah driving ke tempat kerja, tiba-tiba aku termasuk ke dalam lagu, feel nak lebih. Nak kata nak ke luar negara dalam masa terdekat, macam tak nampak bayang-bayang. Berkedudukan selesa je di UTM ni. Habis yang feel tak memasal ni kenapa pulak?

Segan nak cerita sebenarnya...

Tapi aku cerita je lah.. Bukan tak ramai orang tahu pun.. =p

Aku sebenarnya teringat suasana satu Ramadhan 2007 yang lepas. Kisah Ramadhan lagi.. Masa tu mak bapak aku hantar aku ke KLIA. Dalam kereta ada adik aku. Ke adik-adik ek? hahaha... Makngah, nenek, pakngah, tok itam, nek itam, adik sepupu bagai semua berkumpul kat depan masjid KLIA, tempat parking kereta.

***********************

"Nah Ain, makan nasi ayam mak ngah. Kat sana nanti takut kau tak jumpe pulak"
Masa tu rasa nak lempang laju je mak ngah sebab buat aku rasa lagi sedih! Hehehe...

Okay aku habiskan cerita hal family aku.

Sebenarnya ada satu lagi sudut dalam kotak memori aku ni kereta-kereta lain yang berkumpul di kawasan parking itu. Kereta-kereta itu wujud sebab ada manusia-manusia lain datang untuk hantar diva (diva di situ) ini di KLIA. Manusia-manusia itu adalah keluarga Lambaian. Huhuhu.Terkejut juga ramai-ramai datang. Macam lebih daripada 4 kereta je. Rasa macam nak buat senarai, tapi malas la..

"Abang bukan apa Ain, nak jugak hantar Ain dengan kawan-kawan sebab tak pernah pergi KLIA" kata abang Afiq. Cis! Arrghh tak kira lah apa tujuan diorang, aku tetap terharu dengan kehadiran diorang, hantar aku dan 3 gadis lain di KLIA.

"Aku ingat lagi Ain, masa on the way nak hantar korang kat KLIA tu kan, aku cakap kat abang Pilo, kalau lambat tak sempat hantar Ain dengan Mai, siap abang Pilo!" cerita Fizah baru-baru ni. Macam baru je Fizah cerita, kalau tak masa trip ke Batu Layar haritu, mungkin semasa di hutan program Simbiosis V. Fizah, ko sayang aku dan Mai rupanya. *blink,blink*

Haaa. Mai ada sekali: =) Kami kan pakej. Satu, percuma satu.

"Kitorang berbuka KFC..."
Aku rasa ini aku dengar daripada penumpang kereta yang dipandu abang Zairi. Ke, sahur sebenarnya?

Dan macam-macam dialog lagi yang aku dengar dan ingat.

Tak lekang dari ingatan juga ramai-ramai keluarga Lambaian terpaksa menunggu, memerhatikan aku membuka beg BARU gedabak besar aku yang dipunggah semula sebab terlebih berat. Huahuahua.. Stok yang konon takut tak jumpa kedai, tak cukup makan, semua terpaksa dikurangkan. Memang yang memerhati dapat tengoklah stok ketupat segera yang terpaksa ditinggalkan, makanan dalam tin.. Macam banyak juga lah. Nasib baik tinggalkan, kalau tak, kapal terbang tu tak mampu terbang agaknya =p

"Dah lah, pergi cepat, aku tak nak nangis, semalam dah puas nangis.."
Mak aku cakap masa salam, peluk, cium, sebelum blah.. Keluarga Lambaian dok tengok drama sebabak yang berlangsung. Aku babai-babai semua, tengok muka sorang-sorang, happy lah rasa, teruja terharu tengok ramai-ramai melambai. Kurang lah sedihnya. Ye lah, nak terbang jaaaauuuhhhh tu.. Habis penuh sepanjang pagar besi tingkat atas aku tengok semasa turun ke tingkat bawah menggunakan eskelator dengan diorang jer. Fuyoh, ramainya.. keluarga, saudara-mara.. Kawan-kawan Lambaian juga yang lebih dan havoc, macam selalu...

***********************

"Eh korang! Ain telepon aku lah! Waahh.. Ain kau betul ke kat Poland ni? Eh korang! Ain telepon aku dari Poland lah wei...!"
Excited aku dengar suara Apek yang excited bagitahu budak-budak blok dia (KTC) masa aku telefon, dari asrama aku di Warsaw. Aku rasa tu bukan drama. Hehehe.. So kerinduan aku untuk bergosip pasal keluarga Lambaian sangatlah terubat dek layanan si Apek.

Selain Apek, Lambaian batch 2005, banyak je lagi keluarga Lambaian yang aku call, atau dalam istilah yang lebih tepat, bergayut, termasuklah abang Pilo yang sangat macam abang, As yang tak macam kakak, dan lain-lain yang tak pernah buat aku menyesal topap VOIP aku yang tak lah mahal pun, untuk berbual macam meeting-larut-malam di Kolej 9. Perbezaan benua bukan halangan. Cewah. Jauh di mata... tapi dekat...

***********************

Mana tak nya lagu nasyid di atas buat aku feeling bukan main kan. Hmm.. Okay Ain, STOP!

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

***********************

Hargailah sebuah pertemuan sebelum sebuah perpisahan...
We will miss someone when he/she is missing...
Cayolah cakap den..

Rabu, Ogos 25, 2010

Lambaian Memang Havoc - Malam Pengenalan Kelab, 2010




Alamak.. ada siapa-siapa perasan tak post ini yang hanya ada gambar, tapi tiada tulisan? Sebelum ini? Tak de kot.. hohoho.. Aku punya kerja lah tu, edit gambar, upload, tapi tak siap tulis lagi. This post was automatically posted, mengikut schedule yang tak pasal-pasal aku buat buat, sebagai salah satu teknik mendisiplinkan diri. Malangnya, tak terkejar.. huhuhu.. Tu yang ada beberapa jam post ini keluar gambar sahaja, tanpa tulisan. Faham? Tak faham, abaikan..

Okay, kembali kepada niat asal. Owh.. sebelum tu, aku telah siasat tentang penggunaan perkataan 'havoc' di kalangan muda-mudi Melayu zaman sekarang yang menjana idea untuk aku letak perkataan tersebut di tajuk post kali ini. Aku dapati, dalam Bahasa Inggeris, maksud sebenarnya lebih kurang macam porak-keranda.. eh, porak-peranda. Sepatutnya suasana negatif. Contoh, masa korang dalam kelas sekolah rendah, cikgu ada mesyuarat, maka, keadaan dalam kelas adalah havoc. Sepatutnya negatiflah (tapi masa aku jadi anak murid, aku rasa itu positif je..). Betul tak wahai cikgu Bahasa Inggeris? Walaubagaimanapun (cewah..), 'havoc' pada post ini adalah bermaksud seperti kebanyakan fahaman anak Melayu (mungkin anak Malaysia, campur Cina, India sekali), iaitu MERIAH.

"Engkau, kalau pergi booth orang, tak buat onar tak boleh ek?"
"Biasalah... Lambaian..."

Dialog antara Abang Azwar dan Anis Sabri semasa di Dewan Astana, semasa malam pengenalan kelab di Kolej Tuanku Canselor (KTC), 19 Julai lepas, yang diceritakan semula kepada aku. Aku tak dengar dialog ni di tempat kejadian sebab aku tengah luruskan pinggang di rumah. Ahakz...

Tengok gambar-gambar di atas, terutama yang pertama sekali, baru aku ingat yang aku pernah ada satu azam. Nak kumpulkan semua kad matriks program aku, dan senior Lambaian, untuk dijadikan tatapan di blog ini. Tapi, aku tak dapat sumber tambahan lagi melainkan kad matriks yang dalam simpanan aku. Ingat nak tengok juga revolusi kad matriks program Lambaian. Amacam? Zaman sekarang punya kad matriks ni, aku rasa dah canggih-manggih dah. Macam-macam design. Maklumlah, ramai yang berbakat dan mahir menggunakan benda ajaib di dunia yang ke-8 (Adobe Photoshop).

Gambar ke-2 tu, kain rentang, atau yang selalu dipanggil sebagai banner. Hmm.. banyak juga cerita di keliling banner yang aku boleh imbas semula. Contoh, hal pertama kali makan pisang goreng di Johor (aku rasa lah) dengan keluarga Lambaian semasa mengecat banner program Ulik Mayang (Khidmat Masyarakat di Terengganu) di Dewan Serbaguna, iaitu Dewan Astana sekarang. Program ni tak jadi last minute selepas segala banner, cenderahati siap sedia.. Cabaran betul buat Majlis Tertinggi kan.. Hmm.. Cerita lain.. Tapi, tak terbuat pula kerja-kerja yang patut aku buat dalam kepala aku ni karang. Huh.. Nanti-nanti lah aku tambah.. Abang Adam pun dah pernah cerita pasal satu banner (boleh klik kalau tak pernah baca).

Gambar ke-3 tu pula sebahagian daripada warga Lambaian yang memeriahkan suasana. Dah lah sudut untuk Lambaian dua kali ganda lebih besar daripada kelab lain, (kenapa, aku tak tahu), manusia-manusia berbaju oren pula meriah semacam. Tak ke havoc?

Okaylah.. penat.. nanti sambung..

Isnin, Ogos 23, 2010

Berdua Lebih Baik

Lihat awan di sana
Berarak mengikuti
Pasti dia pun tahu

Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus ku jalani

Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu

Bila sendiri
Hati bagai langit

Berselimut kabut




Lagu ni, memang musik (ada bunyi Indonesia sikit) dan liriknya menceriakan. Hati berbunga-bunga, rasa nak melompat girang. Kan? Dah la Acha tu comel kan..

Sekarang, cuba 'masuk' dalam lagu ini, dengan mengimbau kembali seorang adik perempuan kecil comel, menyanyi dengan suara yang indah. Comel sangat. Adik itu membuat persembahan depan kakak-kakak dan abang-abang Lambaian yang datang cuba menggembirakan semua adik-adik yang ada dalam program Soul Fusion, Mac 2007. Adik kecil berwajah suci itu berdiri di hadapan orang lain tanpa dapat melihat mereka.


Lihat awan di sana
Berarak mengikuti
Pasti dia pun tahu

Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus ku jalani

Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu

Bila sendiri
Hati bagai langit
Berselimut kabut


Aku tak dengar live persembahan adik itu, tapi selepas Nabil bercerita pada aku tentang persembahan tersebut.. Hmmm... Semoga jauhlah daripada hati yang bagai langit berselimut kabut tu..


Tahukah you allz, kalau kita melawat Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth, JB, you allz akan dapat lihat adik-adik yang cacat penglihatan itu sentiasa jalan berdua-duaan, berpimpin tangan dengan rapat, mengikut jejak kawan dengan dekat? Seorang daripada mereka yang kebiasaannya berada sedikit ke belakang adalah adik yang buta manakala yang 'memandu' jalan adalah adik yang buta separa. Buta separa maksudnya masih nampak samar-samar atau sekadar cahaya. Tahukah you allz?


** Maaflah, mode Soul Fusion (padahal apa je aku terlibat kan..)


Jumaat, Ogos 20, 2010

Awal Ramadhan - Soul Fusion


Assalammu'alaikum warahmatullah,
Align Center
Alhamdulillah, Allah kurniakan kita hari ke-10 Ramadhan, kurnia yang berupa peluang untuk terus merasa nikmat cinta Allah. InsyaAllah, Ramadhan ini akan terus dilalui dengan kegembiraan yang dijanjikan kepada kita, hamba-hamba yang Allah kasihi. Salah satu kegembiraan yang Allah janjikan kepada orang berpuasa ialah ketika berbuka. Semoga kemanisan berbuka puasa itu dirasai, nak-nak bila dikongsi bersama dengan kawan-kawan yang ikhlas bersahabat atas dasar ukhwah yang suci.



Awal Ramadhan, aku berada di rumah sewa di Johor, berseorangan sebab housemate semua menyambut Ramadhan di kampung halaman masing-masing. Selepas bersahur apa yang ada, selepas solat Subuh, aku kembali ke hamparan tilam di ruang tamu, depan televisyen. Bila tinggal seorang, volume TV sebesar-besar tidak kan. Belum sempat kepala disorongkan bantal, terpandang Ustazah Asni, dalam rancangan Kalamullah di TV3. Ustazah Asni sedang khusyuk menyemak bacaan al-Quran seorang adik lelaki, yang mungkin berumur 10 tahun. Aku tenung kosong wajah adik itu.

" Wah.. Adik ni hafal Quran.. mata tak tengok bawah" (kalau baca Quran kan mata tengok bawah sikit untuk lihat ayat-ayat Quran) aku bercakap dalam hati.
Aku tenung lagi. Kali ini kurang kosong.
"Adik ni macam..."

Kamera zoom ke arah Quran adik itu.
Putih tanpa hiasan dakwat.
Yang ada hanyalah kesepuluh-sepuluh jari adik-adik itu diseretkan sedikit demi sedikit.
Dengan alunan suara yang sedikit tidak dengar celanya, aku sedar, jari-jemari adik itu sedang me'rasa' ayat Quran. Ya, itulah al-Quran dengan tulisan Braille, untuk pembaca Quran yang buta! Adik itu buta!

Secara automatik aku terkenang saat aku melawat SKPK (Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas) Princess Elizabeth, JB tahun 2007. 3 tahun lepas dah. Beberapa lawatan yang dibuat untuk tujuan perbincangan dan pembelajaran bagi merealisasikan program Soul Fusion mengajar aku banyak perkara. Sedang adik-adik itu berlari-lari seperti kanak-kanak normal yang lain, aku duduk memerhati sambil mencari peluang berbual dengan adik-adik yang singgah di tempat aku melabuhkan punggug. Sehinggalah ada yang singgah, duduk dan meletakkan beberapa set kertas yang di'binding' di depan aku.

Aku ambil 'buku' itu, dan cuba berbual.
"Ini buku apa?"
"Ini Quran kak..."

Glup...

"Ini juz..."
Aku tak ingat juzuk berapa yang dibawa adik tu. Tapi aku ingat yang aku diterangkan bahawa 'buku' yang besar dan tebal itu adalah sebahagian al-Quran dalam tulisan Braille. Saiz yang besar itu tak menjadi alasan untuk adik itu membawanya ke hulur ke hilir.. membudayakan al-Quran.. walaupun tanpa nikmat penglihatan macam aku..

Kebanyakan manusia dah ada Quran besar penumbuk pun tak sentiasa bawa apatah lagi hari-hari baca. Tak orang, aku. Semoga Ramadhan kali ini hati lebih dekat dengan al-Quran.

Walaupun aku tak pernah berpeluang hadir semasa mana-mana program Soul Fusion, beberapa lawatan sebelum program itu pun dah cukup banyak menyedarkan aku tentang perkara yang selama ini aku tak ambil berat.

Lawatan pertama ; selesai solat berjemaah di surau pada siang hari (zuhur@asar) ;

Jemaah muslimah saling bersalaman termasuk aku. Adik-adik itu aku perhatikan meraba-raba mencari muka rakan mereka, sebelum yakin kedudukan tangan rakan untuk dicapai. Sah-sah lah muka aku berada di kedudukan yang lebih tinggi daripada adik-adik tu kan. Maka yang pertama dicapai oleh seorang adik itu ialah kad matriks aku sebab aku dah selak kain telekong yang aku pakai.

"Eh ni. . . . . "
"Ni kak Ain "
Aku pun berteleku cuba menjadi sama tinggi.
Selepas bersalaman adik itu masih rasa ingin tahu tentang benda yang dipegang mula-mula tu.
"Kak Ain, apa ni"
"Ni kad matriks macam name tag. Kak Ain dapat daripada universiti Kak Ain. Bukti kak Ain student universiti tu. "
"Owh. . . . . Kak Ain mesti pandai kan"

Aku aminkan dalam hati.
"Biasa je"
"Saya pun nak jadi pandailah macam Kak Ain"
"Eh mestilah boleh jadi pandai"
Aku senyum dengan harapan nada suara aku memberi gambaran senyuman aku pada adik tu.
"Saya nak belajar pandai-pandai dan nak masuk universiti macam kak Ain"

Glup. . . .

Pada masa tu aku belum cukup pengetahuan tentang masa depan kanak-kanak yang buta. Aku tak tahu apa adik-adik di situ boleh jadi bila dah habis sekolah nanti. Aku tak tahu apa adik-adik tu nak buat habis SPM nanti. Aku tak tahu apa target adik-adik itu ke sekolah pada masa aku hanya membayangkan kertas keputusan peperiksaan SPM PMR dan UPSR. Malah aku tak tahu sama ada harapan adik tu boleh jadi kenyataan atau tak iaitu nak masuk universiti macam aku. Kalau boleh macam mana. Kalau tak boleh pilihan apa yang ada. Aku patut tahu masa tu!

Serius terkilan sebab aku rasa aku tak menjawab kata-kata adik tu.
Pelukan dan ciuman kasih sayang saja aku hadiahkan sambil tahan sebak.
Semoga adik itu sudah dan akan jumpa hala tuju kehidupannya. Mencapai bahagia dalam cita-cita yang ditakdirkan untuknya.

Sehingga sekarang aku sangat yakin bahawa program Soul Fusion bukan program calang-calang. Adik-adik itu mungkin menaruh harapan tinggi pada kakak abang yang datang. Bukan sekadar suka-suka. All the best kepada Majlis Tertinggi Program Soul Fusion 4 yang insyaAllah pada Aidilfitri ini. Semoga pengalaman yang ditimba dapat dibaca sebagai ayat-ayat Allah untuk pedoman dan bekalan.

=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's