Sabtu, April 17, 2010

Masa yang dirindui...

Tajuk nak jiwang... hehehe.. toing....!!!

Aku suka sangat projek kisah @Lambaian yang diwar-warkan oleh tulisan Mr amaNi (klik sini).
Tapi kengkangan masa (yang selalu disebut oleh Apek, batch KLM 2005 sebagai kangkangan) membuatkan aku tak sempat termenung untuk menghasilkan sebarang kisah.

Aku rindu masa-masa susah payah menyiapkan bungkusan cenderahati ramai-ramai di dewan-dewan di S01.

Aku rindu hilai tawa semasa bergosip sambil mengecat banner di perkarangan S01.

Aku rindu miting-larut-malam kebiasaannya di kafe kolej 9, selepas dihalau oleh orang sepatutnya (biasanya, JKM) daripada S01 (selepas jam 12 malam).

Aku rindu rasa tegang semasa post-moterm bila ada orang yang marah itu, marah ini, ada orang yang terasa itu, terasa ini. Aku rindu pelukan bermakna semasa salam ukhuwah selepas post moterm.

Aku rindu suasana menguatkan semangat antara satu sama lain apabila ada komen buruk dari pihak sekolah semasa satu-satu khidmat pendidikan sedang berlangsung.

Aku rindu luahan rasa hampa bila ada yang patah hati semasa persediaan satu-satu program.

Aku rindu...

"Aku rasa kita tak boleh berbincang pasal kelab lah.. Asal bincang je, kita macam bergaduh.. Tak sehaluan.."
"Okay, kita jangan berbincang pasal kelab langsung lagi lah lepas ni.."
"Setuju..."
Perbualan, lebih dari 2 tahun lepas.
Dalam hati aku, "I love my friendship more than this club..."


Hmmm...

* Adakah lagu yang berkumandang di blog ini yang membuatkan tulisan aku jadi begini?

Khamis, April 15, 2010

TERBARU: Projek 'Kisah@Lambaian'

Salam Semua,

Setelah berwajah baru, tapi kalau isi masih lama, tentu ianya tidak bermakna apa-apa kan?

Jadi, aku berkira-kira untuk memeriahkan Blog @Lambaian dengan kisah pelbagai, cerita 'legend', asal-usul, kisah disebalik tabir program, cerita-tak-boleh-lupa, personaliti unggul KLM dan sebagainya. Takkan asyik nak kasik Aina je yang kecik hati dengan Ain dengan kisah-kisah beliau kan? Aina mungkin ada juga kisahnya tersendiri kan?

Dengan ini, aku nak menjemput semua. Ye, SEMUA blogger yang berkaitan dengan @Lambaian, agar menyumbang sebuah kisah untuk PROJEK 'Kisah@Lambaian' yang mungkin sedap bagi diri kamu, untuk dikongsikan bersama-sama. Aku bercita-cita untuk menggumpulkan semua kisah ini dan kita bukukan secara cetak dan kokot. Baru seronok bila kita boleh baca buku cerita yang heronya adalah diri kita sendiri, dengan latar belakang yang amat dekat dengan kita. Sapa yang pernah baca 'Sinetron Dramalova The Buku' mesti boleh paham konsep buku ini.

Tak teringin ke mempunyai sebuah buku yang ada nama kamu sebagai penulisnya di rak buku rumah kamu? Disimpan pula bersebelahan dengan buku Ramlee Awang Murshid. Amacam?

Ada ke imbuhan untuk penulis? Aku berani letak RM X00 sebagai modal permulaan. Macam mana imbuhan ini akan dikongsi, akan diperpanjangkan kemudian. Semuanya bergantung kepada sambutan seruan ini.

Mungkin kalian ingin tahu, apa jenis kisah yang boleh dipersembahkan. Aku tak ingin melimitasikan fantasi kamu. Apa yang kamu tulis, kami terima seadanya. Cuma, ia MESTI kisah bersama Lambaian.

Juga, kalian tentu paham tentang penulisan bermutu, pastinya singkatan ala 'sms' serta 'ittew, cnie', titik-titik tanpa tujuan, kaler warna-warni-Azwanali dan sebagainya tidaklah kami harapkan berada dalam kisah kamu jika ianya tidak perlu. Tiada editor yang akan mengedit kisah kamu. Tips untuk kamu, gambar adalah penyedap cerita dan penggunaan 'Nor A' bukan nama sebenar diperbolehkan.

Ada banyak kisah bersama Lambaian yang pernah diceritakan oleh contributor tetap @Lambaian yang boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam blog ini.

Baiklah, penyertaan dibuka sekarang! Terbuka untuk semua, tak kira contributor, partner atau sesiapa sahaja, janji @Lambaian! Aku sendiri akan mempersembahkan kisah aku sendiri dalam masa terdekat.

Tarikh tutup? Buat apa nak tunggu tarikh tutup kalau idea dah ada sekarang?

Sila Log In dengan ID kisahlambaian@gmail.com, passwordnya adalah 'nama blog ini' (sila patuhi penggunaan simbol dan huruf besar). Juga, sila letak label 'Kisah Lambaian' di akhir nukilan kamu. Sekian.

Notakaki serius : Agak-agak dalam seminggu dua selepas notis ini, tiada sambutan, aku delete aja blog ini. Aku berkira-kira untuk mempunyai dalam 25 kisah yang pelbagai. Lagi cepat dapat kumpul, lagi cepat jadi buku.

Rabu, April 14, 2010

Simbiosis 1 : orang hilang

kisah ni berlaku semasa simbiosis pertama
pengarahnya En. nabil...tempat kejadian of course hutan kesayangan KLM

malam tu malam untuk berjalan merentas hutan seorang demi seorang....
urusetia pun pilihlah tempat-tempat yang strategik untuk memantau adik-adik agar tak sesat ke pangkal jalan sambil tugasan tambahan mengusik hehe

dalam hutan di balik pokok-pokok...adalah dua manusia memakai tudung bersembunyi dan mencari-cari idea bernas mengenakan setiap peserta yang lalu....

suara-suara sumbang ajak bermain, marilah main dengan akak dik, akak tak ada kawan ni.....minta tolong, tolong akak dikkk........dan macam-macam lagi yang hasilnya bolehlah di banggakan...dengan segala macam ayat keluar, ayat kursi, al-fatihah, selawat, dan di baca dengan sekuat-kuatnya
tidak di lupakan juga ada yang menghampiri untuk bermain bersama...

di akhir-akhir rancangan, timbul idea yang agak kurang bernas dari kepala - sorok seorang peserta!! siapa entah nama adik tu, lupalah....partner ingat tak? roger-roger...
idea penyorokan ini hanyalah timbul semasa di hutan, jadi urusetia lain tidaklah tahu menahu termasuklah en pengarah

dan akibatnya satu kekecohan berlaku....pengarah dan urusetia kelam kelibut mencari adik yang hilang itu....dan apabila di beritahu yang adik itu di bawah jagaan kami, padan muka kena marah haha memang tak boleh lupa kena marah tu, tambah-tambah dengan abg otai itu...

AND....bola itu bulat....next yearnya masa saya pulak incharge, memang hilang betul-betul seorang peserta ni...adoila....masa tu perasaan tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata...
on the spot nabil ckp.... "ha, mcmni la aku rasa thn lepas"

tanya orang di belakang budak hilang, dia kata tadi ada di depan saya....hah sudah.. mana pula budak ni pergi..
a.afiq cakap ' aku mcm nampak orang berjalan terus ke hutan satu lagi'
bantuan-bantuan kecemasan telah dikumpulkan, orang-orang kuat sudah bersedia untuk misi mencari dan menyelamat ke hutan yang satu lagi itu,

alih-alih muncullah si adik yang hilang itu..........

fuh masa tu, bersyukur sangat-sangat dia telah kembali..... nasibku baik, pandai cari jalan balik.....kalau tidak......tak tahu lah apa yang jadi...

p/s : apa yang saya terbuat main-main pada pengarah Simbiosis 1, di bayar cash =)
niat untuk bersukaneka, tidak ku sangka buah cempedak menjadi nangka
PEACE!!

Ditulis secara ikhlas oleh fizah

Selasa, April 13, 2010

Makcik yang melatah

Tersebut al-kisah, suatu masa dahulu~
bersama-sama keluarga Lambaian menimba ilmu..
tau tak tau tak? Wawasan 05? 
menandakan cerita ini sudah berlalu 5 tahun dahulu..
Program anak angkat di Mersing, hasil usaha Lambaian yang telah berhempas pulas untuk menjadikan program ini suatu kenyataan..
of course, ada yang menangis, ada yang kena marah, kena tengking, kena reject, standard la tu beb, tapi bare in your mind, semua itu adalah salah satu proses untuk menimba ilmu yang confirm tiada dalam silibus pembelajaran UTM. Cuba tengok dalam silibus study anda semua, ada tak ilmu berdamping dengan masyarakat setempat? ada tak ada tak? hohoho

Nak dijadikan satu kisah, ada satu slot yang dihadiri oleh penduduk kampung.Waktu malam tak silap saya. ada satu makcik tu, terkenal dengan melatah.. saya yang tak pernah tengok orang melatah, excited la mengusik, yela kan, tak percaya ada orang macam tu, ni mesti dia buat main2 ni.. Ujar diri ku kepada diri ku sendiri.

Antara usikan saya dengan Makcik tu (lebih kurang la dia cakap macam tu, tak ingat la beb):

Bila dikata "Makcik, yeke??"
Makcik tu pula spontan jawab dengan penuh aksi: "Eh engkau iye la iye la ewah" 
Bila dikata "Makcik tipu!"
Makcik tu balas dengan penuh aksi jugak la: "Eh aku tipu engkau, iye aku tipu Eh!"
Bila dikata "Makcik!! Lipas!!"
Makcik dengan gaya nak ultraman kot: "Mana lipas mana? Eh engkau lipas eh"

Dan 1001 lagi usikan, yang mana of course saya tak puas hati, kenapa jadi macam tu, saya naik penat pikir, so malas nak layan mak cik tu, kesian anak dia tenangkan mak dia.. ehe, minta maaf ye makcik. Masa tu, Ada KLM'ianz yang sambung usik makcik tu, saya dengar je la, and saya duduk dekat dengan makcik tu. So, memerhati sambil berfikir~

Yang best nya, makcik ni, kalau di usik,
"makcik! tumbuk dia makcik!!"
Makcik dengan gaya superwoman gagah perkasa, buat gaya menumbuk: "nah engkau! aku tumbuk eh tumbuk!"
"makcik tendang dia makcik!!"
"aku tendang kau nah!" sambil angkat2 kaki dia
"Makcik cubit makcik!!"
"cubit cubit aku cubit eh!" sambil buat gaya nak cubit
Tapi Alhamdulillah dia sekadar membuat gaya, tiada la adegan-adegan keganasan yang sebenar dari makcik tu

Kemudian.. JENG JENG JENG
ada la seorang peserta program ni, yang pasti seorang jejaka, bawa Tin Biskut. lalu depan makcik tu,
TANG!!! terjatuh kan tin biskut depan makcik tu. Makcik tu apa lagi:
"HIYARKKK!! eh! aku tendang!!"


sekelip mata, terkedu saya, makcik tu tendang saya?? saya tak bersalah okayyy, dah tak mengusik dah makcik tu okaayyy
"makcik! kenapa makcik pukul saya? saya tak buat apa2 pun.." saya mengaduh sambil menggosok kaki saya yang kesakitan ditendang super-makcik itu..
"Pukul? eh pukul engkau eh!"
PANG! makcik tu tampar saya pula, saya terkedu buat kali ke dua, peserta-peserta yang lain dah terburai gelak kan saya, merah muka saya kena tampar dengan super-duper-makcik tu

"Makcikkk!! Sakit la makcikkkk" 
tatkala makcik tu nak mem-praktik-kan bakat-bakat terpendam dia lagi, saya terus cabut lari, anak dia pula jadi mangsa,, penat juga anak dia nak tenangkan mak kesayangan dia..


Pengajaran: Jangan pandai2 mengacau kebahagiaan warga emas yang kuat melatah, mereka banyak ilmu terpendam

Baik korang ngaku, siapa yang jatuh kan tin biskut tu?
uuu...

Isnin, April 05, 2010

Wawasan'05 ; Passion (Part 4)

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalammu'alaikum semua...

Alhamdulillah, cukup lagi 10 jari ini untuk menari hip-hop di atas papan kekunci bagi menyempurnakan kehendak hati yang hendak menulis, serta keperluan jiwa yang menganggap berkongsi pengalaman itu satu amanah. Terima kasih Allah atas kewarasan dan kelancaran yang Engkau beri. Terima kasih Allah atas setiap pengalaman yang Engkau hadiahkan kepada aku melalui insan-insan terpilih dalam Lambaian ini. Sebab pengalaman itu paling tidak pun, sangat mendewasakan akal dan hati ini.

Mengalami satu tempoh masa bila tenaga fizikal, ruangan minda, hati dan jiwa ini ditumpukan untuk menjayakan sesuatu matlamat sangat tak boleh aku lupa. Nak nak bila matlamat itu dikongsi dengan ramai orang, yang bukannya kenal selama 10 tahun, tapi cuma 1 hingga 5 tahun saja. Dari mana datang keserasian matlamat itu? Dari mana datang kekuatan untuk sama-sama meneruskan tumpuan itu? Dari mana datang ketabahan menghadapi semua cabaran dalam perjalanan itu? Aku pun tak tahu. Bila duit poket kering, tapi tanpa ragu-ragu dikeluarkan duit dari poket sendiri yang lain semata-mata untuk 'gerakkan' perjuangan itu, dari mana datang kesanggupan itu?

"We have the same passion."

Aku rasa itulah jawapannya, yang baru sangat aku dengar daripada abang Sport semasa program Star yang lepas. Abang Sport ditanya "Apakah benda ter baik yang abg sport dapat dari KLM?" dan jawapan lengkapnya ialah, "Jumpa dengan orang yang sama passion... susah tu.. background lain... tapi semangat sama.."


Tak mustahil bila semua kesanggupan sama-sama dalam setiap langkah dalam menjayakan Wawasan'05 akhirnya menyaksikan tangisan terharu tuan pengarah apabila ucapan di depan warga Lambaian di DSK tiba-tiba terhenti. Bukan tangisan selepas selesai program, tapi sebelum program bermula!

Ops.. ini bukan rahsia kan?

"Terharu sebab tak sangka benda itu (program) akan jadi. Susah-susah, akhirnya jadi juga programnya", jawapan terus daripada tuan punya badan, baru kejap tadi.

Maka, terlerailah persoalan di kepala beberapa manusia yang masih runsing kenapa tuan pengarah berhenti berucap masa tu. Bukan sebab semput ye..

Peace!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's