Selasa, Mei 17, 2011

Under Maintenance~ Harap Maklum


Salam,
update 17 May 2011

Setelah dapat feedback yang our blog neh ada kuar gambo pelik2, which is nak tukar background tu, kene amek masa check coding balik satu persatu,
oleh dengan itu, nak bagi cepat settle demi keselesaan para visitor, saya da revert back our blog ke standard design,
so, sekarang neh kalau ada sapa2 nak design kan boleh aje, sbb da pakai standard coding...
tapi kelemahan dia kurang boleh tukar sana sini la,

=)

okay, our page will be update sikit demi sikit, harap bersabar.. maaf la kalau ada pape kesulitan when masuk ke blog neh..

UPDATED:

Koleksi Gambar - this one is auto tau, whenever u all add 1 folder kat picasa web album alumni lambaian, page tu akan auto add new album tu, so xyah susah2 edit nnt

Keluarga kami - ni yang saya update gambar2 dan info yang da diberi pada saya, rakan2 lain, boleh la send email u olz pd sy yek! leh saya update kat link ni

Share kat  mane aje - sekarang u olz leh share mana2 post dalam blog ni kat u olz punye FB, twitter, blog, google buzz and also forward ke email2 rakan~ dgn cara ni, cerita2 dpt di share dgn maks!

have fun!

ada pape nak tambah?

Program Khidmat Masyarakat Lambaian

Dapat saja emel daripada Kak Syila berhubung dengan permohonan sumbangan untuk program adik-adik KLM yang akan datang iaitu program khidmat masyarakat iaitu ;

SISWA@DESA

“JALINAN KASIH, IKATAN MESRA"

yang akan diadakan di Sungai Siput, Perak pada 26 – 30 Julai 2011 nanti; terus aku fikir apa yang aku boleh sumbangkan selain daripada duit- Selain daripada duit lah sebab kalau setakat aku mampu bagi RM 2 tu cukuplah untuk Ijat Lau minum cendol je kan-

Biasalah; sumbangan yang mampu aku beri pertama sekali ialah; CERITA!!! Kalau tak buat malu tahi lalat atas bibir je lah kan-

Kengkangan masa; ruang dan kerja mungkin gagal memberi aku peluang untuk berkongsi cerita tentang program khidmat masyarakat yang pernah aku sertai masa aku buat degree di UTM dulu- (Orang pun belum tentu nak dengar- Tapi ada aku kesah ke? hahaha) Masa aku dan barisan Majlis Tertinggi (MT) program nak mengusahakan program khidmat masyarakat tersebut; iaitu Wawasan'05; macam-macam cerita aku dengar dan sangat nak dengar dan dengar daripada para senior- Bak pepatah Perancis; pengalaman ada guru yang terbaik; tak kira lah pengalaman sendiri atau orang lain- (ye ye je aku pepatah Perancis)-

Cerita abang Pilo buat slot LDK (Latihan Dalam Kumpulan) dalam sampan sampai dia pening-pening lah- Cerita berurusan dengan manusia berkepentingan yang perlu macam-macam protokol lah- Cerita seram; kelakar; semua ada- Tiap cerita pasti ada cantik yang nak di'frame'kan atau lebih hebat; pasti ada pedoman nak disampaikan-

Untuk adik-adik; apa yang mampu aku bagitau; program khidmat masyarakat adalah program besar yang mampu memberi kesan hebat dalam diri kita- Sebab ianya program yang perlukan perhatian yang amat luas dan amat teliti dalam amat banyak aspek dengan amat pelbagai cabaran- Kita lah yang menentukan sehebat mana kesan pada diri kita tu- Dan alangkah indahnya kalau program itu dapat juga memberi makna kepada keluarga angkat atau warga kampung; sebab sebaik-baik kebahagian adalah dengan bahagianya orang lain kerana kita-

Sebelum aku tambah lebih banyak cerita; aku ulang tayang saja cerita tentang Wawasan'05 yang pernah aku tulis di sini- Ada masa kita jumpa face to face; satu lawan satu! Enjoy---

  1. Wawasan'05 : Di Sebalik Tabir (Part 1)
  2. Wawasan'05 : Khidmat Masyarakat Kami (Part 2)
  3. Wawasan'05 : Sayonara (Part 3)
  4. Wawasan'05 : Passion (Part 4)
  5. Wawasan'05 : Air Terjun Tepi Gunung (Part 5)

Lagi cerita Wawasan'05 : 6. Makcik yang Melatah

All the best adik-adik semua! Jangan takut jangan segan; aku ada je kat UTM sanjungan bangsa ni- Chaiyok!!!

Isnin, Mei 09, 2011

Cerita Bergambar SBL2011 (Bahagian 1)


~ Dari kiri; Ammar; Nawalnur; Aqil~

Bismillahirrahmanirrahim-

Gambar di atas adalah barisan peserta program Sehari Bersama @Lambaian : Mai Sembang Kerjaya dengan Kami 2011 (SBL2011)- Sangat comel!!!! Kecik-kecik lagi dah semangat dengar talk- Okay; sah-sah aku tipu- Mereka adalah anak-anak fasilitator program SBL2011; 16 April lepas- Sekali lagi; comel!!!

~Amir tanya soalan ke; jadi fasilitator tu?~

Gambar kedua adalah LDK (Latihan Dalam Kumpulan) bagi Stesen Akademik; iaitu ceciter ceciter tentang kerjaya dalam bidang akademik- Barisan fasilitator ada tutor Fakulti Sains ; UTM (Mai); guru bahasa Inggeris (kak Ayu)- manusia matematik hahaha; iaitu Ajan; yang tengah buat Master dalam Matematik sambil kerja dengan Public Mutual; dan yang tiada dalam gambar; Bad (Master di FKE) dan Usop (Pensyarah Mekanikal di UniKL)-


~Adik-adik muka kyusuk dengar talk; harap-harap masuk la~

~Okay; yang ni aku tak sure masuk ke tak; tapi aku sure mereka alert kamera~

~Kasihnya ayah; sanggupkah berpisah; dan kasih anaknya; berkorban nyawa~

Ini dia; abang Adam kita; dengan anak ketiganya; Ayman! Presiden Pertubuhan Alumni Lambaian Masyarakat kita- Komited! Sebagai 'abang Adam' dan sebagai 'abah'- Senior Lubricant engineer. Bahagian seterusnya nak sangat aku kongsikan ucapan penutup abang Adam- Tunggguuuuuuuu~

~Abang Azwar kongsi cerita; Forum Kerjaya; moderatornya abang Yerk (kiri)~

Forum selama satu jam ini menyentuh pelbagai bidang kerjaya (dari kiri) ;
  1. moderatornya abang Yerk : Penguasa Kastam : Jabatan Kastam Diraja Malaysiadari Oil n Gas
  2. Abang Azwar pernah kerja sebagai Oil & gas turnkey project engineer : Libra Perfex Precision Sdn. Bhd. (Petronas licensee, TNB licensee)- Dah habis Master dari UTM ni; tengah jalan-jalan cari life- hehehe
  3. Usop ; Pensyarah Mekanikal di UniKL
  4. Kak Ikien; Software Engineer di Panasonic; Senai-
  5. Kak Ayu; guru Bahasa Inggeris di Pasir Gudang-
Cita-cita; pengalaman dapatkan kerja; dan macam-macam isu lagi disampaikan- Termasuklah; belajar bidang lain; kerja bidang lain- How and how--

~Pengarah program : Nabil; tutor Fakulti Pendidikan UTM~

Haaaa- ini tuan pengarah; siapa mau pengarah seterusnya dan dinasihatkan oleh Nabil ini untuk SBL tahun depan???

~Majlis penutup yang paling banyak buat aku gelak seumur hidup aku dalam banyak-banyak majlis penutup~

Majlis penutup di petang Sabtu itu meriah- Kalau tak meriah bukan Lambaian namanya- Okay; aku kenalkan; Dari kiri; Amir (Pengarah KLM sekarang); Nabil (pengarah program); abang Sport (Pengarah SBL pertama = penasihat SBL2011; Senior Software Engineer di Nokia Siemens Network); Abang Gap (Fasilitator); Senior Financial Executive : Public Bank Berhad) dan abang Adam (Presiden @Lambaian; Senior Lubricant engineer)

Fuh~

~Majlis persandingan kak Ikien & abang Black di Rumah Alumni UTM hari Sabtu lepas~

Ini dia; kak Ikien (Norashikin Aizad) dan abang Black (Khairul Nizam); kedua-duanya @Lambaian kemasukan tahun 2003 kahwin!!!! Dan gambar yang datang; most of them are @Lambaian members!!! Weeeheee~! Ini pun bukan semua yang datang ada dalam gambar! Weehheeee~!!!!

Ops! Lari tajuk!!! I am sorry! Very excited!!!!

*** Nantikan Cerita Bergambar SBL (Bahagian 2) dan Terima Kasih Cinta Ikin & Nizam ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's