Selasa, Mei 17, 2011

Program Khidmat Masyarakat Lambaian

Dapat saja emel daripada Kak Syila berhubung dengan permohonan sumbangan untuk program adik-adik KLM yang akan datang iaitu program khidmat masyarakat iaitu ;

SISWA@DESA

“JALINAN KASIH, IKATAN MESRA"

yang akan diadakan di Sungai Siput, Perak pada 26 – 30 Julai 2011 nanti; terus aku fikir apa yang aku boleh sumbangkan selain daripada duit- Selain daripada duit lah sebab kalau setakat aku mampu bagi RM 2 tu cukuplah untuk Ijat Lau minum cendol je kan-

Biasalah; sumbangan yang mampu aku beri pertama sekali ialah; CERITA!!! Kalau tak buat malu tahi lalat atas bibir je lah kan-

Kengkangan masa; ruang dan kerja mungkin gagal memberi aku peluang untuk berkongsi cerita tentang program khidmat masyarakat yang pernah aku sertai masa aku buat degree di UTM dulu- (Orang pun belum tentu nak dengar- Tapi ada aku kesah ke? hahaha) Masa aku dan barisan Majlis Tertinggi (MT) program nak mengusahakan program khidmat masyarakat tersebut; iaitu Wawasan'05; macam-macam cerita aku dengar dan sangat nak dengar dan dengar daripada para senior- Bak pepatah Perancis; pengalaman ada guru yang terbaik; tak kira lah pengalaman sendiri atau orang lain- (ye ye je aku pepatah Perancis)-

Cerita abang Pilo buat slot LDK (Latihan Dalam Kumpulan) dalam sampan sampai dia pening-pening lah- Cerita berurusan dengan manusia berkepentingan yang perlu macam-macam protokol lah- Cerita seram; kelakar; semua ada- Tiap cerita pasti ada cantik yang nak di'frame'kan atau lebih hebat; pasti ada pedoman nak disampaikan-

Untuk adik-adik; apa yang mampu aku bagitau; program khidmat masyarakat adalah program besar yang mampu memberi kesan hebat dalam diri kita- Sebab ianya program yang perlukan perhatian yang amat luas dan amat teliti dalam amat banyak aspek dengan amat pelbagai cabaran- Kita lah yang menentukan sehebat mana kesan pada diri kita tu- Dan alangkah indahnya kalau program itu dapat juga memberi makna kepada keluarga angkat atau warga kampung; sebab sebaik-baik kebahagian adalah dengan bahagianya orang lain kerana kita-

Sebelum aku tambah lebih banyak cerita; aku ulang tayang saja cerita tentang Wawasan'05 yang pernah aku tulis di sini- Ada masa kita jumpa face to face; satu lawan satu! Enjoy---

  1. Wawasan'05 : Di Sebalik Tabir (Part 1)
  2. Wawasan'05 : Khidmat Masyarakat Kami (Part 2)
  3. Wawasan'05 : Sayonara (Part 3)
  4. Wawasan'05 : Passion (Part 4)
  5. Wawasan'05 : Air Terjun Tepi Gunung (Part 5)

Lagi cerita Wawasan'05 : 6. Makcik yang Melatah

All the best adik-adik semua! Jangan takut jangan segan; aku ada je kat UTM sanjungan bangsa ni- Chaiyok!!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's