Isnin, Mei 11, 2009
Susulan Majlis Walimatul Urus Wak & Shidah
Ringkasan majlis, kami sampai agak lewat. Hampir-hampir kepada kunjungan jemputan yang paling akhir. Tapi nasi tetap ada. Lauk tetap ada. Air masih sejuk. Cenderahati tetap diberi. Tema kenduri adalah hijau. K Ezi telah disalah sapa sebab baju seakan ahli penanggah majlis kenduri.
Ramai juga hadirin dari rakan-rakan Lambaian. Dari KL ada Atuk, Eni & Suraya. Dari Skudai ada Azwar, Ude, Ikin, Hanim, Kjan serta 2 lagi yang aku belum kenali secara peribadi. (maaf dan jangan kecil hati). Untuk lebih lanjut, blog Azwar ada liputan yang sama. Semasa dorang masih sibuk bergambar, kami masih makan. Kami tunggu sampai Wak masuk balik duduk di pelamin untuk bergambar.
Kalau kira dari sini, menghampiri 10 orang atau lebih dah bekas ahli Lambaian. Kalau semua dapat datang AGM dan Family Day @Lambaian nanti, korang memang lagi best dan aku dapat kenal lagi 2 yang aku belum kenal itu.
Tak lupa, Wak dan isteri juga dijemput hadir.
Jangan lepaskan peluang menjadi ahli yang turut serta dalam merealisasikan penubuhan rasmi @Lambaian. Anda adalah ahli perintis. Ingat. 6-7 Jun 2009. Port Dickson. Bagi tahu rakan-rakan yang belum tahu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
hoiyeee..!!! adohai.. bila ain nak dapat gi rumah2 orang kawin ni.. eeeee!!!!!
xpe ain.. nanti aku kawen ko dtg la..
habis semua makanan siap paw makanan pada meja sebelah. gila layan diri!
Catat Ulasan