Sabtu, Mei 16, 2009

Lagu Program (Episod : Jadilah warga yang berguna)

Assalammualaikum warahmatullah..

Selamat pagi.. selamat tengahari.. selamat petang.. atau selamat bersengkang mata di malam hari..

Holla semua warga Lambaian..! Semua dalam kehangatan persiapan mengendalikan AGM DAN persiapan menghadiri AGM.. yeeehaaa!! (aku rasa hangat dari internet je.. huhuhu) tak kurang juga kehangatan menyokong dari kejauhan, dari tempat kerja, atau dari rumah mak/mak mertua dengan baby di luar/di dalam perut. hehehe..

Soalan hari ini.. (macam hari-hari aku bagi soalan je kan) Adakah anda biasa dengan istilah, "Lagu Program"?

yeah... aku biasa.. =D ada program-program Lambaian yang aku libatkan diri semasa dalam hayat sebagai pelajar UTM 'berlagu'. aahhhaaa..

Bila masa terdengar atau ternyanyi satu Lagu Program, haaa.. bedeessssuuuppp.. "eh, ni lah lagu program sekian sekian sekian .." huhu..

Lagu Program yang dimaksudkan, ialah lagu yang kira ala-ala lagu tema la.. orang kata, OST.. haaa.. sebab, ada juga lagu yang menjadi 'trademark' secara tidak rasmi, seperti lagu "Berdua Lebih Baik" dari Acha yang dinyanyikan oleh seorang adik di program Soul Fusion 2007, yang memberikan impak syahdu bagi sesetengah orang. sob sob sob..

okay, akibat tak cukup tenaga, masa, dan sumber untuk menyenaraikan semua Lagu Program dalam ingatan atau pengalaman sendiri mahupun orang lain (senior/junior), maka, aku memetik salah satu daripada Lagu Program yang berirama comel (bagi aku) dan membawa mesej bermakna kepada yang rasa mesej itu bermakna.. layan..

Layan lagu sikit.. (Klik lah ya 'link' ini, tak tahu nak masukkan video youtube la.. hahaha..)

Remaja
Album : See You D IPT
Artis : Unic

Remaja
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

chorus :
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

(Ingatlah remaja semua)

okay.. maksud tersirat? haaa.. mencapah-capah ni.. apa yang penting??? (kejee.. sameee.. kata wonderpets.. hehehe.. ) semoga kita semua menjadi warga yang berguna sebagai salah satu usaha mendapat keredhaan dari Dia.. amin..

apa lagi ya Lagu Program yang you all ingat? ;)

wassalam...

p/s terima kasih Mai untuk pendapat anda.. muaaahh.. ;)

in focus ---> PERINTIS @Lambaian 2009 dan susulan PERINTIS (isu bayaran dan kehadiran)

all the best!!

1 ulasan:

hanimndroid berkata...

semua tentang kita!

~ada cerita tentang aku dan dia
~dan kita bersama
~saat dulu kala
~ada cerita tentang masa yang indah
~saat kita berdua
~saat kita tertawa

camtulah lirik nya... lagu ni slow melow je, mmg xsyok masa nyanyi kat program, sbb slo, dan 1st time dgr.

tp bila dah tua2 ni, ish, mengusik kalbu mengintai kenangan tuhhhhhh....

perghhhhh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's