Assalammualaikum warahmatullah..
Semoga kita semua dalam redha-Nya dalam setiap gerak geri...
Mengimbau kembali.. sebahagian dari pengalaman yang mematangkan.. secangkir kenangan...
17 Ogos 2007, giliran malam menggantikan siang, berkumpullah sejumlah muda-mudi di Dewan Astana bagi persiapan terakhir untuk satu hari bersama sekumpulan insan lain di luar kampus keesokannya. Merapatkan ukhuwah sesama sendiri, mensenarai-akhirkan segala butiran aktiviti, membungkus hadiah sebagai buah tangan dan menenangkan jiwa untuk menyerahkan fikiran dan hati sepenuhnya bagi setiap amanah.
Setiap simpati yang sepatutnya menitiskan air mata disimpan rapi dalam jasad muda demi kelihatan ceria di hadapan warga Rumah Seri Kenangan, sehari suntuk 18 Ogos 2007 itu.
Selain beramah mesra secara rawak, menyelami hati dan 'warming up' perhubungan antara yang kesepian dan yang sudi mengisi kekosongan, pelbagai aktiviti bersama disusun dan dijayakan agar senyuman lebih lebar terukir di bibir mereka yang sedang dimamah usia. Dari memancing 'hidupan laut kertas' dan memasukkan benang ke dalam jarum yang bersuasana seperti sukaneka sehinggalah ke acara penyampaian hadiah untuk semua yang turut serta, telatah mereka tak ubah seperti anak-anak, yang manja, mahukan perhatian, mahu diraikan.. Benar, hidup ini umpama roda. Tak kurang yang benar-benar mengikut arus 'roda', ada juga yang berwajah hambar, mengharapkan perhatian lebih daripada itu... bukan dari anak-anak yang tidak pernah dikenali, tapi dari anak-anak yang dibesarkan dengan jari jemari sendiri.
Besar sungguh kesanggupan anak-anak muda asing itu, yang datang berbual bertanya khabar, mendengar cerita, memujuk agak sabar, memotongkan kuku, dan menahan sebak sepanjang hari tersebut walau tak kurang juga yang berusaha keras menangkis 'layanan terlalu mesra' warga tua lelaki yang kurang 'malu'nya. Kehidupan sebenar pakcik-makcik di rumah kebajikan itu tersingkap sedikit demi sedikit.
Samada menimbulkan keinsafan yang lebat,
kemarahan-buat-si-tidak-bertanggjawab yang sarat,
atau kekaguman atas ketabahan yang hebat,
semuanya adalah pengalaman yang berharga sangat..
untuk dikenang sepanjang hayat..
dibuat pedoman agar diri tak menjadi manusia yang lupa darat..
Ceria sepanjang hari.. 'sporting' dikata orang.. semuanya mampu memberi kesan pada hati yang terbuka untuk belajar daripada apa yang dilihat.
Bertambah lagi satu 'banner' program Kelab Lambaian Masyarakat, bertambah lagi kad matriks program untuk kenangan.. bertambah lagi bekalan untuk terus 'berkhidmat'.. sempena program Secangkir Kasih, jasa kusemai, kasih kutuai..
Mampukah kita buktikan bahawa semua kasih yang disemai (oleh ibu bapa kita) mampu dituai (daripada kita)?
(klik sini)--untuk diskusi di Friendster, KLM's Group sehabis program
*ALAMAK, friendster dah tutup..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan