Rabu, Disember 05, 2012

Program Symphony of Heart, 8 Dis 2012 (Sabtu) ; Makluman, Jemputan & Permohonan Sumbangan Kewangan

Adik-adik kita dari Kelab Lambaian Masyarakat akan turun padang lagi... 
Kali ini untuk satu program khidmat masyarakat yang butirannya seperti berikut 
Nama Program : Symphony of Heart 
Tarikh : 8 Disember 2012 (Sabtu) 
Masa :  8 pagi - 2 petang

Tempat : Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor

 
Tujuan Program : 
Mendekati & menghiburkan warga emas yang kurang bernasib baik hidup tanpa keluarga disisi. 
Memberi sedikit pertolongan berbentuk tenaga membersihkan kawasan kediaman mereka dan sumbangan kewangan.
 
Ada aktiviti-aktiviti bersama penghuni (48 lelaki, 23 wanita), selain gotong-royong, rewang, tengok cerita lama.. karaoke.. alololo.. sweetnya... 
 
 
Permohonan Sumbangan Kewangan Daripada Warga @LAMBAIAN: 
 
Sumbangan kewangan untuk program DAN Persatuan Kebajikan Nur Ehsan boleh dibuat dengan menghantar wang ke akaun-akaun bank di bawah;
Maybank : 154053341821, Nor Ain Husein
CIMB : 01180065564525, Nor Ain Husein

Selesai penghantaran wang, TOLONG SMS @ emel maklumkan kepada Azwar di ;
No. telefon : 019-7074201 @ Emel : muhamad.azwar@gmail.com

Kalau tak, aku guna buat beli tiket wayang.. lalalala... Nak tanya apa-apa pun boleh tanya Azwar, selaku talian bernyawa antara @Lambaian dengan KLM untuk program ini.

Jasa baik untuk memperpanjangkan @ memperingatkan peluang menyumbang ini kepada kawan-kawan lain juga amat dihargai... Muaaahh!!!

~Ain Cantik~


Selasa, Disember 04, 2012

Lambaian & Konvokesyen UTM ke-49


Lebih kurang dua bulan setengah aku ambil untuk keluarkan liputan yang satu ini. Tentang konvokesyen UTM yang ke-49. Wajar bagi aku (aku rasa) untuk kemaskini blog ini dengan cerita sempena konvokesyen yang lepas, kerana, aku ada baaaanyaaaaak saaaaaangat gambar-gambar sempena kawan-kawan yang raaamaaaaai bergelar graduan dan.. dan.. dan.. ramai juga yang daripada Kelab Lambaian Masyarakat...!!! Owh yeah...!!! Daripada KLM bergelar graduan dan graduan-to-be! =)


Aku tak kira, macam mana kau kata "no picture please... no no no...", Hazwan, aku tak kesah! Hak update blog hak aku! =p

Lebih-lebih lagi sebab sesi  Lambaian bergambar sempena konvokesyen (eerrr... yang diraikan di sini, Azwar je pun warga Lambaian yang grad) dimulakan dengan penuh semangat..


Teruja kan dia? 
Semasa berkumpul di Dataran Kempas, KTC (Adik-adik sekarang panggil Dataran Kempas lagi ke?)


Mulakan dengan sarapan.

Dah sampai!!!
Fatin grad! (berita palsu)

Haaa... Lokasi selepas Dataran Kempas ialah Legoland! Warga sesi photoshoot, Fatin (pengarah KLM semasa), Hazwan, Syamir, Muiz, Nazrin.. (adik-adik tahun 2).. aku yang cantik dan Muni, kawan sama jabatan aku yang grad juga. Muni bukan Lambaian tapi dia boleh masuk dengan kami sebab Muni memang best dan Lambaian pun memang best. Campak la kat mana pun, Lambaian mesti boleh masuk punya la.. tak masuk sama kepala, pasti masuk air. Zzzz....

Merekalah model, merekalah props, merekalah jurugambar...

 
Aku bagi kolaj khas Nazren dan Azwar, sebab gambar kamera Nazren cantik-cantik. Thanks for the photos. Terima kasih tak terhingga juga buat Muni sebab sudi membirahkan diri dengan Lambaian ni, sumbangkan kamera, dan adik-adik yang lain sudi main kamera aku.. Yeah!

Disebabkan ada banyak kamera, ada beberapa angle untuk setiap aksi.. ah ha...!!! Enjoy....!!!

Tema : Berfikir

 



Dari sudut perspektif yang berbeza pula....


Selebihnya, Facebook aku... Letih aku nak cerita...



Selain Azwar, ada lagi adik-adik yang grad juga termasuklah Izat Lau, Haziq, Erizuan.. Haaa. siapa nak tolong senaraikan? Ni yang sempat aku ambil gambar, Roza, Zianty dan Sya!



Mereka ni antara yang aku kenal sebagai student aku... hahaha.. entah apa la yang mereka dapat belajar daripada aku kan.. yang penting, konvo sudah..

"Eh, Miss!!!", aku jawab, "Woi..!! Kat luar fakulti kot.. tak yah nak miss miss.." Yang penting, mereka pandai main peranan.. Dalam lab, terus tunduk, patuh.. Aku pun buat-buat tak kenal diorang.. Dalam Lambaian, terus, sama-sama sewel.. Haa.. Roza ni la legend wargame, kalau korang nak tau (kiri sekali).

Sekarang, kembali kepada sesi photoshoot khas konvo, di luar UTM. Lepas beraksi sakan di depan pintu masuk Legoland, (pintu masuk je pun...) lapar...  makan!!!


Di mana-mana, pasti nak ada game.. Dasar Lambaian! Ni namanya, game Signature tapi versi meninggi ke atas... (eerrr.. adik-adik sekarang panggil game ni, Signature ke?)


Yeah, mission completed. Legoland, checked! Balik!

Ops! No no no!!! Harapan kami tinggi menggunung. Ada cita-cita nak photoshoot kat Hutan Bandar okay... Tapi, hujan.. Maka, cari bumbung, cari bumbung..!!!!

 Masuk ikut sini! Sini!


 Tempat meletak kenderaan di Plaza Angsana! Aku rasa, aksi tiap sorang sangat cantik dan macho!


 ******************************



Warga Lambaian memang terkenal dengan, fun learning. Belajar bersungguh-sungguh, gembira juga tak terhingga. Ecewah...

See.. how fun is the learning process...


Faham-faham sendirilah ya belajar apa.. eh.. bukan belajar.. masing-masing sudah pakar!

Alhamdulillah, hadiah tak terhingga nilainya diterima, moga jadi salah satu kenangan manis yang hebat, dan pemangkin kejayaan yang seterusnya.. amin... TAHNIAH PARA GRADUAN! Ain, tahun 2014 ya Ain.. mudah-mudahan.. amin...

*Pada 2010, aku ada buat entri tentang konvokesyen juga...http://alumnilambaian.blogspot.com/2010/10/tahniah-konvokesyen-september-2010.html kalau ada masa lebih nak baca.. Dan, pada 2007, aku konvo di UTM, pun ada slot bersama Lambaian... I HEART LAMBAIAN =)

Khamis, November 08, 2012

You and Me : Saya Sayang Kak Ain


“Nama saya Anis…”
“Kak, panggil dia Buntang, kak!”
“Eh, kau apa hal? Kak, panggil dia Kembang, kak!”
“Wah, semua ada nama gelaran nampak…”, aku bersuara di antara 4 hingga 5 orang adik-adik dalam lingkungan umur 10 hingga 16 tahun tu.

“Akak nak jugak nama gelaran? Eh boleh… hehehe..”
“Jap, jap, nama akak siapa?”
“Panggil akak, kak Ain…”, sebelum mereka bagi aku nama gelaran yang bukan-bukan, baik aku bagitahu nama aku (seram menghadapi realiti, hehehe)
“Ok, kak Ain, nak nama gelaran tak? Saya bagi... hehehe...”

Riang suasana di atas sehelai tikar yang terbentang di hujung asrama puteri, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Segamat (PEKAYIS) Sabtu lepas, 3 November. Ketibaan aku dengan Rina, pembantu felo KTC yang mengiringi barisan sukarelawan KLM untuk program yang diberi nama You and Me tak disambut dengan permaidani merah tetapi disambut dengan kaki lima asrama yang ada mozek pecah. Namun, suasana meriah adik-adik berbual dengan aku dan Rina sementara bersiap sebelum Maghrib buat aku lupa kekurangan lantai yang aku tempuh. Maka aku pasti, adik-adik tu boleh melupakan banyak lagi kekurangan lain yang mereka ada. Mereka terlalu gembira.

************************* 

Sambil seorang adik perempuan melentokkan kepalanya ke bahu aku, “Kak Ain, selama ni banyak orang datang buat program dengan kitorang, tapi ni kakak-kakak fasi datang bermalam dengan kitorang. Kat asrama kitorang lak tu”
“Lar, ye ke, selama ni semua datang, tak tidur sini?”
“Tak, datang pagi, balik petang…  Akak-akak dan abang-abang ni je yang buat macam ni, first time!”
“Ok.. so, suka ke tak ni akak-akak tidur sini? Ke, rasa menyemak?”
“Eh, saya bagitahu kak Ain ni sebab nak cakap saya suka la!”

Gembira dapat menggembirakan orang lain, 
adalah satu bentuk gembira yang amat membahagiakan.

Tahniah warga kerja program YOU AND ME!

Terima kasih juga untuk sumbangan sebahagian daripada warga @Lambaian, untuk sumbangan wang, idea dan doa =)

Okay, balik ke PEKAYIS...
 
Semasa bersiap, keronsang, pin, anak tudung, selendang, jam tangan, losyen, bedak muka, segala apa yang aku sentuh, pakai, semua ditanya satu-persatu. Aku layankan.
“Kak, apa tu?”
“Owh, ni losyen tangan. Nak?”
Seorang demi seorang hulur tapak tangan, minta losyen. Sehinggalah adik berumur  9 tahun datang.
“Kak Ain, nak juga..”
“Nah, gosok ratakan kat tangan… bau.. suka tak?”
“Suka.. Macam bau bunga dekat kubur”
Hurm.. memang, losyen tu bau bunga mawar.
Mata adik kecil itu terlalu jernih untuk aku baca dan faham.

*************************

Mata, telinga dan hati aku bukan saja didekati tulusnya silaturrahim secara terus daripada adik-adik di PEKAYIS, malah juga disentuh oleh barisan staf PEKAYIS.

Tengah hari Ahad, hari kedua program You and Me, PEKAYIS menerima jemputan walimatulurus. Dua buah bas disediakan, dan kami, rombongan dari UTM juga dijemput serta. Ada satu lagi van dan kereta yang bergerak sekali, dan aku naik van yang dipandu oleh Ayah.  Adik-adik dalam van tu berbual meriah dengan seorang warden perempuan, Kak Zana, mereka menyanyi-nyanyi.
“Ayah, pasanglah radio”
“Ayah, tukar lah radio”
“Ayah, tak dengarlah, kuatkan lah radio”
Satu persatu permintaan adik-adik itu dipenuhi. Bila aku terjeling wajah Ayah daripada cermin pandang belakangnya, aku lihat ada sebaris senyuman ikhlas Ayah meraikan setiap kata-kata adik-adik.

Bila tak ada lagu mereka nak nyanyi, satu-persatu refreshment KLM mereka ulang.
“Beruang, beruang, mentadak mentadu beruang, beruang, beruang, mentadak mentadu beruang.. gajah…!”
“Eh, korang, abang yang kurus tu buat gaya gajah kelakar kan!”
"Kak Ain, serius, inilah program yang refreshment best-best!"
 
 ************************* 

Untuk lawatan kali pertama, yang aku bukan fasilitator, malah tak terlibat dengan program pun; mendapat pelukan, senyuman dan tangisan adik-adik semasa nak berpisah adalah hadiah terhebat yang aku dapat hujung minggu lepas. Aku cuba fahamkan, dari mana datangnya rasa sedekat ini.

Aktiviti dan modul, malah isu-isu teknikal hanyalah alat yang disusun ikut logik akal, tapi yang menjayakan program You and Me adalah apa yang ada dalam hati seseorang. Itu yang aku faham. Dalam hati pengarah program, barisan MT program, ketua fasilitator, barisan fasilitator, pengiring dan peneman pengiring (aku lah tu), masing-masing ada niat tersendiri, perjuangan tersendiri, dengan cara masing-masing. Maka dengan apa yang ada dalam hati masing-masing, dengan yakin aku simpulkan, program You and Me, penuh dengan kasih sayang dan kejujuran. 
 
“Kak Ain, sini kejap”
Aku dekatkan telinga, seorang adik tingkatan 4 mahu berbisik.
“Saya sayang kak Ain”

Terima Kasih Allah, takdirkan aku ikut serta.

Tahniah dan terima kasih, warga You and Me =)




Rabu, Oktober 24, 2012

Program You and Me ; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Segamat (3 - 4 Nov '12)


Assalammu'alaikum....!!!!!

Program terdekat adik-adik Kelab Lambaian Masyarakat, UTM kita ;

Nama Program : You And Me
Tempat : Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Segamat
Tarikh : 3 Nov. (10 pagi) sehingga 4 Nov. (5 petang) 2012

Majlis Tertinggi Program dengan ini mewar-warkan peluang untuk menyumbang kepada program kebajikan untuk anak-anak yatim. Tuan-tuan dan puan-puan boleh menyumbang melalui saya, wakil Pertubuhan Alumni Lambaian Masyarakat, Unit Perhubungan Alumni UTM ;

Maybank : 154053341821, Nor Ain Husein
CIMB : 01180065564525, Nor Ain Husein
No. telefon : 019-7900130
Emel : ayen_usen@yahoo.com

Haaa.. dua-dua tu akaun aku @ Ain @ saya.
Jika tuan-tuan dan puan-puan masukkan sejumlah wang walaupun RM5, TOLONG SMS @ emel saya, maklumkan pindahan wang tersebut. Jangan main-main woooo terguna harta untuk anak-anak yatim ni..

Diharap juga maklumkan bahawa sumbangan itu untuk disalurkan terus kepada :
 (1) pertubuhan tersebut ATAU
 (2) tujuan penggunaan program You and Me ATAU
 (3) kedua-duanya sekali (sila maklumkan pecahannya).


Surah Ad-Dhuha (Ayat 6-11) :
6. Bukankah Dia mendapatimu (Nabi Muhammad SAW) sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu?
7. dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
8. dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
9. sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu Berlaku sewenang-wenang.
10. dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu mengherdiknya.
11. dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan (menyebut-nyebutnya dengan bersyukur).

Wassalam,

Ain

*Surat rasmi daripada pihak KLM akan saya simpan untuk tujuan rekod (selaku Timbalan Setiausaha @Lambaian). Jika perlukan surat rasmi untuk sahkan kredibiliti, sila emel, saya boleh lampirkan surat sokongan.

Saya dahulukan keikhlasan tuan-tuan dan puan-puan dengan TERIMA KASIH dan semoga mendapat rahmat-Nya, amin...

Rezeki itu untuk dikongsi.
Kerana bahagia itu untuk juga bukan milik kita yang hakiki.





Rabu, Oktober 03, 2012

Superhero dalam Lambaian



Image Detail 

Dah berbulan-bulan tulisan ini aku peram. Akhirnya, aku nak siarkan.. jeng jeng jeng..

The Avengers, sangatlah memuaskan hati! Jalan cerita, skrip, aksi, komedi, semua menggembirakan. Nak berlagak sikit, aku tonton masa aku di North Carolina, US, ehem ehem.. =P Tengok wayang di US, tak ada nombor tempat duduk dalam panggung tau. First come first serve. 
Aku tak tahu kenapa, semasa tengok The Avengers, aku teringat Lambaian. Mungkin sebab aku nampak warga Lambaian macam superhero?

Semua warga Lambaian adalah penyelamat, pejuang, berniat mulia walaupun bukan dibayar gaji (sukarela), bukan dipaksa. Setakat korban duit, tenaga apatah lagi masa, perkara biasa. Tahan lasak, tahan maki, tak kira lah penat, banyak kerja, kena kutuk, terasa hati, digagahkan juga untuk bertahan. Menyumbang dengan cara tersendiri. Ya, cara TERSENDIRI.

Macam Iron Man, perangai dia gila-gila. Jadi bahan gelak penonton. Masa dia pengsan, orang suspens tengok dia (filem tak suspens tak best lah kan), bila tiba-tiba dia sedar sebab The Hulk menjerit (tu je lah kan kerja The Hulk, mengamuk, menjerit), Iron Man tanya, "What happen? Did anyone kiss me?". Bongek! Pecah panggung sebab penonton ketawa.

Gila-gila dia, sampai Captain America (CA) pernah tegur dia dalam suasana tegang, "adakah kau rasa semua perkara boleh buat gurau?". Sebab Iron Man memang suka buat lawak @ kedengaran kurang serius. CA memang nampak skema habis. Iron Man sakitkan hati CA dengan mulut lajunya, lepas tu CA sindir Iron Man; yang Iron Man hanya ada kuasa bila masuk dalam pakaian besi dia. Tanpa pakaian besi Iron Man, dia (Tony Stark) hanyalah lelaki pendek dan tak gagah, kalau nak dibanding dengan CA yang badan mantap tak hingat (sangat mantap!)

*Haaa.. betapa besinya Iron Man ni kan*
http://www.chud.com/wp-content/uploads/2012/08/Chris-Evans-The-Avengers-Captain-America-2.jpeg

*Dan betapa skemanya CA ni.. masa ni dia dok belasah punching bag tu, gagah, gagah! *

Walaubagaimanapun, ada satu situasi, bila masa kapal terbang mereka diserang, akhirnya CA dan Iron Man bekerjasama menyelamatkan bahagian kapal yang terkena serangan. Iron Man boleh terbang dengan teknologi pakaian besi dia, jadi dia pergi 'pegang' bahagian yang rosak tu daripada tertanggal. Jadi CA ni lah yang kena tengok bahagian litar elektrik sistem bahagian tersebut. Bila Iron Man bagi arahan dengan jargon-jargon berkaitan elektronik dan teknologi, CA tak faham, lalu cakap, "Can you speak English please?" (CA kuat tapi tak sepandai Iron Man dari segi teknologi-teknologi ni). Apabila saling memerlukan, perselisihan faham tolak tepi.

Jadi, apa yang boleh aku fikirkan dalam hal ni, CA tetap kapten, ketua. Kepakaran dia disamping berbadan sasa dan serius dalam berbincang, dia pakar memberi arahan, mengagihkan tugas walaupun ada kelemahan, lemah teknologi. Iron Man pula, personaliti dia memang selalu menghiburkan hati, tak gagah tak apa, perlukan pakaian besi untuk beraksi tak apa, asalkan dia ada kepakaran tersendiri yang diperlukan oleh semua superhero lain.

Teringat masa perlawanan akhir, semua superhero ni pandang CA, tunggu arahan. CA dengan yakin, pantas dan tegas beri arahan kepada semua, termasuklah Iron Man, Thor, Perempuan Cantik (tak tahu nama), pemanah hebat tu (pun tak tahu nama) dan akhir sekali, dia bagi arahan pada The Hulk "Hancurkan semua!!!". Arahan menepati kepakaran para pejuang dan minat barisan superhero. Nak harap Iron Man bagi arahan? Huh, mengarut lebih je nanti dia tu.

*Inilah Thor dengan tukul yang hanya dia mampu angkat tu, disamping si Cantik, ahakz..*

Ada yang buat kelakar, The Hulk tu raksasa, hanya berbekalkan seluar pendek dia yang tak jahanam-jahanam walau berlawan seganas mana sekalipun, tapi dia lah yang mendapat tepukan gemuruh dalam panggung masa aku menonton sebab dia hempas je si penjahat tu, adik kepada Thor (apa ntah nama) sampai orang tu lembik. Serius superhero!

Tapi bolehkan kita tentukan superhero yang mana satu yang menjayakan misi, menewaskan usaha adik kepada Thor tu? Bolehkah kita nafikan sumbangan mana-mana superhero dalam misi tersebut? Mampukah kita memperlekehkan kepakaran dan minat mana-mana superhero? Bolehkan kita abaikan mana-mana superhero dalam kejayaan tersebut dek kelemahan yang mereka ada?

Kekuatan yang semua superhero itu ada ialah, ikhlas berjuang demi SATU MATLAMAT. SATU! They have same passion!

Dalam Lambaian, aku yakin, kita semua adalah superhero. Accept others to be accepted. Respect others to be respected. Sayangi agar disayangi. Tidak dicinta manusia di dunia, cinta Ilahi kita damba. Jangan terkilan terlalu lama, air mata terguris hanya sia-sia; sebab kalau dah cinta dunia Lambaian, hati kita tak akan ke mana-mana.

Silaturrahim superhero dalam Lambaian, sama-samalah kita menghargainya.

Wassalam.

Ain =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's