Khamis, November 08, 2012

You and Me : Saya Sayang Kak Ain


“Nama saya Anis…”
“Kak, panggil dia Buntang, kak!”
“Eh, kau apa hal? Kak, panggil dia Kembang, kak!”
“Wah, semua ada nama gelaran nampak…”, aku bersuara di antara 4 hingga 5 orang adik-adik dalam lingkungan umur 10 hingga 16 tahun tu.

“Akak nak jugak nama gelaran? Eh boleh… hehehe..”
“Jap, jap, nama akak siapa?”
“Panggil akak, kak Ain…”, sebelum mereka bagi aku nama gelaran yang bukan-bukan, baik aku bagitahu nama aku (seram menghadapi realiti, hehehe)
“Ok, kak Ain, nak nama gelaran tak? Saya bagi... hehehe...”

Riang suasana di atas sehelai tikar yang terbentang di hujung asrama puteri, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Segamat (PEKAYIS) Sabtu lepas, 3 November. Ketibaan aku dengan Rina, pembantu felo KTC yang mengiringi barisan sukarelawan KLM untuk program yang diberi nama You and Me tak disambut dengan permaidani merah tetapi disambut dengan kaki lima asrama yang ada mozek pecah. Namun, suasana meriah adik-adik berbual dengan aku dan Rina sementara bersiap sebelum Maghrib buat aku lupa kekurangan lantai yang aku tempuh. Maka aku pasti, adik-adik tu boleh melupakan banyak lagi kekurangan lain yang mereka ada. Mereka terlalu gembira.

************************* 

Sambil seorang adik perempuan melentokkan kepalanya ke bahu aku, “Kak Ain, selama ni banyak orang datang buat program dengan kitorang, tapi ni kakak-kakak fasi datang bermalam dengan kitorang. Kat asrama kitorang lak tu”
“Lar, ye ke, selama ni semua datang, tak tidur sini?”
“Tak, datang pagi, balik petang…  Akak-akak dan abang-abang ni je yang buat macam ni, first time!”
“Ok.. so, suka ke tak ni akak-akak tidur sini? Ke, rasa menyemak?”
“Eh, saya bagitahu kak Ain ni sebab nak cakap saya suka la!”

Gembira dapat menggembirakan orang lain, 
adalah satu bentuk gembira yang amat membahagiakan.

Tahniah warga kerja program YOU AND ME!

Terima kasih juga untuk sumbangan sebahagian daripada warga @Lambaian, untuk sumbangan wang, idea dan doa =)

Okay, balik ke PEKAYIS...
 
Semasa bersiap, keronsang, pin, anak tudung, selendang, jam tangan, losyen, bedak muka, segala apa yang aku sentuh, pakai, semua ditanya satu-persatu. Aku layankan.
“Kak, apa tu?”
“Owh, ni losyen tangan. Nak?”
Seorang demi seorang hulur tapak tangan, minta losyen. Sehinggalah adik berumur  9 tahun datang.
“Kak Ain, nak juga..”
“Nah, gosok ratakan kat tangan… bau.. suka tak?”
“Suka.. Macam bau bunga dekat kubur”
Hurm.. memang, losyen tu bau bunga mawar.
Mata adik kecil itu terlalu jernih untuk aku baca dan faham.

*************************

Mata, telinga dan hati aku bukan saja didekati tulusnya silaturrahim secara terus daripada adik-adik di PEKAYIS, malah juga disentuh oleh barisan staf PEKAYIS.

Tengah hari Ahad, hari kedua program You and Me, PEKAYIS menerima jemputan walimatulurus. Dua buah bas disediakan, dan kami, rombongan dari UTM juga dijemput serta. Ada satu lagi van dan kereta yang bergerak sekali, dan aku naik van yang dipandu oleh Ayah.  Adik-adik dalam van tu berbual meriah dengan seorang warden perempuan, Kak Zana, mereka menyanyi-nyanyi.
“Ayah, pasanglah radio”
“Ayah, tukar lah radio”
“Ayah, tak dengarlah, kuatkan lah radio”
Satu persatu permintaan adik-adik itu dipenuhi. Bila aku terjeling wajah Ayah daripada cermin pandang belakangnya, aku lihat ada sebaris senyuman ikhlas Ayah meraikan setiap kata-kata adik-adik.

Bila tak ada lagu mereka nak nyanyi, satu-persatu refreshment KLM mereka ulang.
“Beruang, beruang, mentadak mentadu beruang, beruang, beruang, mentadak mentadu beruang.. gajah…!”
“Eh, korang, abang yang kurus tu buat gaya gajah kelakar kan!”
"Kak Ain, serius, inilah program yang refreshment best-best!"
 
 ************************* 

Untuk lawatan kali pertama, yang aku bukan fasilitator, malah tak terlibat dengan program pun; mendapat pelukan, senyuman dan tangisan adik-adik semasa nak berpisah adalah hadiah terhebat yang aku dapat hujung minggu lepas. Aku cuba fahamkan, dari mana datangnya rasa sedekat ini.

Aktiviti dan modul, malah isu-isu teknikal hanyalah alat yang disusun ikut logik akal, tapi yang menjayakan program You and Me adalah apa yang ada dalam hati seseorang. Itu yang aku faham. Dalam hati pengarah program, barisan MT program, ketua fasilitator, barisan fasilitator, pengiring dan peneman pengiring (aku lah tu), masing-masing ada niat tersendiri, perjuangan tersendiri, dengan cara masing-masing. Maka dengan apa yang ada dalam hati masing-masing, dengan yakin aku simpulkan, program You and Me, penuh dengan kasih sayang dan kejujuran. 
 
“Kak Ain, sini kejap”
Aku dekatkan telinga, seorang adik tingkatan 4 mahu berbisik.
“Saya sayang kak Ain”

Terima Kasih Allah, takdirkan aku ikut serta.

Tahniah dan terima kasih, warga You and Me =)




5 ulasan:

MrsNotSoCool berkata...

bestnye.. sayu je hati baca entry nih.. kalau la ditakdirkan akak n hubby pegi dulu macamana la yer anak2 akak..

rindduuuu sangat zaman berprogram nih..rindu sesangat..

fiza berkata...

aku rindu akan rasa itu...

noorafzan.blogspot.com berkata...

touching la ain..
sob sob.
rindu gak zaman nih..

Afiq Zainal berkata...

=) mampu letak simbol senyum ni je....sebab semua memori masuk balik dlm kotak fikiran ni...

ayen =D berkata...

thanks for reading and dropping comments.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's