Rabu, Julai 29, 2009

Al Fatihah

Aku rasa agak terlambat untuk buat posting ni.

Ayahanda tercinta kepada Ahmad Nabil bin Md Nasir (bekas pengarah KLM 2007/2008) telah kembali menemui Penciptanya pada pagi Ahad 26 Julai 2009.

Bersama-sama kita semua menghadiahkan Al-Fatihah untuk roh arwah dan mendoakan arwah tergolong dalam golongan orang yang sejahtera di sana.

Al-Fatihah

Perubahan Tarikh Geli Gelak Lambaian

Pengumuman penting buat semua ahli @Lambaian.

Program Geli Gelak Lambaian yang telah dirancangkan pada awalnya dilaksanakan pada 1hb August terpaksa ditunda kepada satu tarikh baru. Ini kerana kesibukan adik-adik melaksanakan program-program terdekat. Untuk pengetahuan, 2hb August ni ada Mesra dan minggu depan ada program KP di Melaka. Jadi setelah berbincang, program GGL akan ditunda kepada majlis sambutan Hari Raya. Program akan dilaksanakan pada hari Sabtu, bermula dengan GGL pada sabtu siang dan disambung dengan jamuan hari raya bersama @Lambaian pada sebelah malamnya.

Hari sabtu mana... yang itu yang kita tak tau. Tapi dalam bulan Syawal la.

Sorry for any inconvenience caused.


..

Khamis, Julai 23, 2009

Halia Ketuk Bawang Belah

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Pertama sekali, terima kasih kepada yang merindui aku. Sebab korang rindu lah, ada titipan doa secara tak langsung agar aku lulus, dan boleh pulang ke Malaysia dah.. yeehhaa!!! (Jika pernyataan ini salah, jangan nafikan, takut hati gembira ini terguris) Teruskan merindu ya...

Dalam hati ada rasa nak makan nasi lemak. Tapi tak boleh beli kat kedai makcik Senah di pagi hari sebab makcik Senah tiada di sini. Maka, aku perlu masak. Akibat ketidakbiasaan memasak nasi lemak (jangan tanya apa yang aku biasa masak), maka pengesahan cara-cara membuatnya perlu dibuat terlebih dahulu supaya tidak hampa dengan nasi lemak yang terhasil.

Jawapan menarik sumber yang dipercayai, "Jangan lupa, halia ketuk, bawang belah"

Halia ketuk dan bawang belah.

Ehh.. apa kena mengena nasi lemak, halia ketuk dan bawang belah dengan tema blog ini? Blog @Lambaian? Aisehmen.. (fikir Ain, fikir Ain.. goreng, goreng.. goreng sampai hangus Ain.. fikir..)

Di resort rasmi Kelab Lambaian Masyarakat, atau nama yang baru disematkan dalam post sebelum ni, KLM Bayu Resort, oleh Batu Bata (adakah identiti anda harus dirahsiakan? by the way, welcome as one of the contributers.. tepukan yang gemuruh untuk contributer baru kita...!!). Di satu meja kayu dan bangku. Dalam satu program. Ada lah seorang gadis yang sekarang sedang bahagia dan keliru, seorang gadis lain yang sekarang adalah tunangan orang, dan seorang jejaka yang aku kira masih teruna tapi tak tahu status hatinya. hehehe. Berjaga di malam hari. Demi kesejahteraan warga kelab, warga program. Lapar. Nak makan. Salah seorang dari tiga manusia yang komited dengan kelab itu memulakan langkah.

Mari memasak nasi goreng.

Nasi goreng bukan sebarang nasi goreng. Nasi goreng halia!

Err.. ke biasa ja bagi korang? Pada aku masa tu luar biasa lah. Aku? Alamak, kantoi salah seorangnya aku. hahaha...

Nasi goreng itu sangat rasa halia! Akibatnya, sepanjang tempoh berjaga malam itu, angin dikeluarkan semahu-mahunya. Ketika jaga, angin keluar sebagai sendawa. Berkesan, memang berkesan. Tapi ada beberapa minit terlena juga di meja kayu itu, wallahu'alam, keluar angin atau tidak.. malah tak tau angin apa. hehehe..

Apa yang aku hargai sangat-sangat peristiwa nasi goreng halia, yang menjadi trademark jejaka tersebut di mata aku,
"Zaini mana?"
"Ala.. Zaini yang buat nasi goreng halia yang kau makan tu.."
ialah ilmu-ilmu kesihatan yang dia kongsi. Huh, sangat ilmiah. Jaga lah kesihatan. Terutama perempuan ni. Bab angin-angin dalam badan. Nanti susah masa bersalin atau lepas bersalin, sakit-sakit. Masa lepas bersalin tu, jangan pandang remeh petua itu petua ini. Semuanya blah blah blah.. Nasihat disampaikan. Gilak ar, mana budak ni tau macam-macam ni? (Budak lah.. sebab masa tu pandang dia macam junior. hehehe)

Owh, pengalaman dia. Pengalaman dia menjaga orang yang lepas bersalin. Malah pengalaman-pengalaman menarik dia di hospital. Err.. tiba-tiba tak ingat pengalaman macam mana kat hospital tu. Tapi aku memang yakin, aku tertarik untuk menyertai kumpulan dia semasa 'jungle trekking' dalam KLM Bayu Resort tu sebab nak dengar cerita-cerita dia. Memang menarik dan lain daripada yang lain...!

Pengalaman hidup adalah guru terbaik.

Namun tak semua pengalaman kita mampu/berkesempatan untuk timba.

Maka, lunturkanlah ego mendengar dan belajar dari pengalaman hidup orang lain, di samping jadilah pemurah untuk berkongsikan pegalaman hidup kita.

InsyaAllah, hidup di dunia yang berupa pencarian ini akan membantu melengkapkan diri kita sebelum bertemu Dia.

* Surat-menyurat tentang tajuk post kali ini tidak akan dilayan*

Rabu, Julai 22, 2009

Program Terkini Kelab Lambaian Masysarakat

Malam semalam telah dijalankan meeting kelab pertama untuk sesi 2009/2010. Pelajar-pelajar kanan, pelajar pasca siswazah dan yang paling penting pelajar baru tahun satu yang baru diterima masuk setelah menjalani proses interview pun menghadiri meeting pertama tersebut. Macam biasalah, kalau ada meeting mesti ada update program terbaru KLM. Dalam list yang diberi semalam ada 5 program yang direncanakan. Tapi mengikut kata pengarah kelab, ada lagi 2 program tambahan yang tak masuk dalam list.

Simbiosis (23 - 26 Julai 2009)
Hari ni hari Rabu. Ptg i ada induksi program Simbiosis. Esok dah start program. Program simbiosis ni adalah program pengenalan adik-adik tahun satu kepada duni kefasilitatoran. Tahun 2 yang tak pernah ada asas kefasilitatoran pun boleh pergi jugak. Selain dari tu, kat program ni, kita nak buat ice breaking antara ahli baru dengan kelab lambaian. Bagi diorang kenal apa itu KLM dan siapa penghuni KLM itu sendiri. Esok, program akan berlangsung di DA. Jumaat ptg kita akan bergerak ke KLM Bayu Resort. Resort milik sepenuhnya oleh KLM.

Percaya atau tidak.. bolos saja dinding itu...!!!

Lambaian Mesra 8 (2 Ogos 2009)
Nama Mesra ni sangan sinonim dengan Tadika Ihsan. Tadika kecik kat KTC tu kan. Kalau diimbas kembali, program Mesra ni pertama kalinya dibuat masa Astana tahun 2002. Masa tu aku dan Moy bergerak untuk membuat sukaneka untuk tadika tu. Sedar tak sedar dah 8 tahun program ni. Apa pun, seramai lebih kurang 30 orang ahli kelab telah diilih sebagai urusetia program.

Khidmat Pendidikan (6 - 8 Ogos 2009)
Khidmat pendidikan yang pertama di luar johor sejak beberapa tahun. Terima kasih kepada Norhafizi Awang atau jek atau kak nogy yang telah menawarkan kepada KLM untuk buat KP. Seramai 111 peserta disertai 25 fasi, 10 urusetia dan 2 pegawai pengiring akan berkumpul di Krubung, Melaka untuk KP kali ni.

Setakat ni je kot dulu program terdekat KLM. Ada satu lagi program yang akan melibatkan Alumni secara rasmi iaitu Geli Gelak Lambaian. Details program ni belum pasti lagi. Masih lagi dalam perbincangan dan pemikiran Adik Faiz. Any updates, aku akan segera memberitahu di sini.

BTW, kalau sesapa nak ushar mana-mana program, roger la ye...


..

Khamis, Julai 16, 2009

KEAHLIAN @Lambaian

Lama betul tak menulis untuk blog @Lambaian, blog sendiri pun selalu back date hehe sejak kembali jadi separuh pelajar ni memang mood tunggang-langgang sket. Tapi @Lambaian tetap dihati, sepanjang tempoh membisu ni rasanya ada 3 kali En Lilan berpesan pada saya untuk daftarkan semua ahli @Lambaian dengan PAUTM. Maaf sebab lambat membuat langkah susulan.

Seperti yang telah diketahui semua (harapnya), @Lambaian telah ditubuhkan secara rasmi dibawah SIG PAUTM, oleh itu semua ahli @Lambaian diwajibkan menjadi ahli PAUTM. Caranya mudah saja, isi borang keahlian PAUTM dan bayar yuran keahlian sebanyak RM100.00 untuk SEUMUR HIDUP. Disebabkan itu @Lambaian TIDAK AKAN MENGUTIP YURAN KEAHLIAN kerana RM30.00 dari yuran keahlian PAUTM tersebut akan diserahkan kepada @Lambaian nanti.

Jadi kepada yang belum menyertai kami (termasuk Abg Gap, Adam, Sport, Azam, Ayu, Ikin, Ain dan Mai) korang boleh berbuat demikian segera. Emailkan borang yang telah lengkap diisi kepada syilahaizal@yahoo.com dan bank-inkan RM100.00 ke akaun Maybank No. 164490182595 (selepas bank-in sila inform jangan senyap jer). Setiap pertengahan dan akhir bulan (setiap bulan) borang-borang beserta bayaran akan dihantar kepada PAUTM dan resit pembayaran akan diemailkan kepada korang.

KAD KEAHLIAN PAUTM akan siap dalam tempoh 3 bulan. Tetapi korang tidak perlu tunggu selama itu untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PAUTM dan korang juga boleh menyumbang tenaga dan kepakaran jika ada program-program PAUTM yang memerlukan AJK tambahan.

Jangan lupa untuk mengajak kawan-kawan korang yang lain kerana keahlian PAUTM terbuka kepada semua graduan UTM. Sedikit sebanyak kita dapat menyumbang kepada UTM, tempat dimana pertemuan dan persahabatan kita bermula. Mungkin ini juga salah satu cara untuk kita menghargai sokongan PAUTM dalam merealisasikan @Lambaian. Jika korang ada pertanyaan boleh hubungi saya atau Exco @Lambaian yang lain.
; )

Yang lama tak menjalankan tugas,
-Syila -

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's