Khamis, Julai 16, 2009

KEAHLIAN @Lambaian

Lama betul tak menulis untuk blog @Lambaian, blog sendiri pun selalu back date hehe sejak kembali jadi separuh pelajar ni memang mood tunggang-langgang sket. Tapi @Lambaian tetap dihati, sepanjang tempoh membisu ni rasanya ada 3 kali En Lilan berpesan pada saya untuk daftarkan semua ahli @Lambaian dengan PAUTM. Maaf sebab lambat membuat langkah susulan.

Seperti yang telah diketahui semua (harapnya), @Lambaian telah ditubuhkan secara rasmi dibawah SIG PAUTM, oleh itu semua ahli @Lambaian diwajibkan menjadi ahli PAUTM. Caranya mudah saja, isi borang keahlian PAUTM dan bayar yuran keahlian sebanyak RM100.00 untuk SEUMUR HIDUP. Disebabkan itu @Lambaian TIDAK AKAN MENGUTIP YURAN KEAHLIAN kerana RM30.00 dari yuran keahlian PAUTM tersebut akan diserahkan kepada @Lambaian nanti.

Jadi kepada yang belum menyertai kami (termasuk Abg Gap, Adam, Sport, Azam, Ayu, Ikin, Ain dan Mai) korang boleh berbuat demikian segera. Emailkan borang yang telah lengkap diisi kepada syilahaizal@yahoo.com dan bank-inkan RM100.00 ke akaun Maybank No. 164490182595 (selepas bank-in sila inform jangan senyap jer). Setiap pertengahan dan akhir bulan (setiap bulan) borang-borang beserta bayaran akan dihantar kepada PAUTM dan resit pembayaran akan diemailkan kepada korang.

KAD KEAHLIAN PAUTM akan siap dalam tempoh 3 bulan. Tetapi korang tidak perlu tunggu selama itu untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PAUTM dan korang juga boleh menyumbang tenaga dan kepakaran jika ada program-program PAUTM yang memerlukan AJK tambahan.

Jangan lupa untuk mengajak kawan-kawan korang yang lain kerana keahlian PAUTM terbuka kepada semua graduan UTM. Sedikit sebanyak kita dapat menyumbang kepada UTM, tempat dimana pertemuan dan persahabatan kita bermula. Mungkin ini juga salah satu cara untuk kita menghargai sokongan PAUTM dalam merealisasikan @Lambaian. Jika korang ada pertanyaan boleh hubungi saya atau Exco @Lambaian yang lain.
; )

Yang lama tak menjalankan tugas,
-Syila -

Selasa, Julai 14, 2009

Yahoo...!!!

Yahoo....!!! Tesis hampir siap.. yeehhaa..!! Esok adalah tarikh akhir untuk aku hantar tesis tu. Kejap lagi aku nak baca buat kali terakhir satu salinan yang aku cetak petang tadi. Esok, kalau jadi, nak tambah satu analisis (bergantung kepada kelogikan hasil analisis pagi esok), cetak, binding (bahasa melayu untuk binding apa ek? jilid?) dan hantar kepada para juri (5 orang beb!)

Lepas tu, seminggu dari sekarang, Selasa depan pula, 'thesis defense'. Ohhoo.. Kalau fikir seram, ya, seram.. Tapi kalau fikir perasaan seronok, haaa.. Yahoo...!! Dah nak selesai!! Ops, jangan seronok-seronok sangat.. huhu.. Doa-doakan yer.. Moga berhasil!! (versi bahasa Indonesia untuk 'semoga berjaya')

Eh, lupa lak..

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Semoga semua sihat-sihat dan tetap iman dan islam masing-masing..

Haa.. sebenarnya, aku duduk usha gambar-gambar semasa bengkel seminggu, minggu lepas. Tengok punya tengok, siap rotate rotate, tertekan butang upload. Alamak, terupload ke web album Lambaian. hehehe.. Maka, aku pun nak la delete gambar yang tidak berkenaan. Kang orang kata aku obses dengan diri sendiri lak kan, upload gambar personal. hahaha..

Seterusnya, aku ushalah album-album yang ada. Alamak, ada beberapa album yang aku tak pernah usha lah. huhuhu.. sayangnya.. tertinggal kereta api. Antaranya ialah, album Yahoo!! 2. Tengok gambar-gambar tu (awatlah si Nabil asik interframe je), teringat Yahoo! yang aku join dulu, kat Nur Lembah Lenggung. Tengok aktiviti-aktiviti diorang, tengok muka-muka diorang.. eerrr.. diorang lak.. korang.. aku rasa macam nak nyanyi lagu,

rindu itu adalah..
anugerah dari Allah..

=D Lagu Hijjaz tu.

Teruja aku tengok gambar abang Pilo. Pakcik seorang ni senyap je. Fokus pada kerja nampak. Bila lah nak menyengal dengan dia ni kan. hihihi.. Teruja jugak tengok Ummu. Terngiang-ngiang gelak tawamu itu. Cewah. Budak-budak terencat apabila bergambar, seperti Elya, dan bibik. Ops, bibik lak. Tikah Bad (aku pun tak tau asal usul nama Bad di situ). Tengok korang buat flying fox (fox kan?), teringat masa Yahoo!! dulu, ada sekumpulan gadis sunti buat flying fox, semasa aku di kafe uruskan ape ntah, tak ingat. Ale-ale dengar jeritan ala-ala nak halau babun. Kuat dan lama.. Ramai..! Gedebush..!! Tali brek putus. Gadis-gadis itu menghentam tempat 'landing' dengan momentum yang tinggi, akibat inersia juga tidak kurang hebatnya. Maklumlah, inersia berkadar langsung dengan jisim. Err.. terbuka kelas Fizik pulak. Akibatnya, beberapa dahan di tempat landing patah. Nasib baik gadis-gadis itu selamat. Siapa nama gadis-gadis itu? hehehe..

Tengok gambar-gambar korang berair tu (dalam air lah maksud aku), teringat lah operasi merentas sungai Perak. Cis, sangat memenatkan. Aku rasa aku dah penat sangat dah, tapi baru sekerat jalan rupanya. Akhirnya, ada orang tolong tarik je. hahaha.. Tengok gambar batu dan air, teringat situasi batu dan air paling sinonim, di Hutan Rekreasi UTM. Hehehe..

Air terjun tepi gunung,
Tempat orang bermain...
lalalala..

Teringat pulak refreshment ni.

Adohai.

Okaylah. Aku nak baca tesis aku ni. Ini dia link ke album Yahoo!! 2. Buat yang terlepas pandang seperti aku. hehehe.. Layan

http://picasaweb.google.com/lambaianktcutm/Yahoo2

Jumaat, Julai 10, 2009

PERINTIS - Siri Anak-anak

Tak la nak cerita apa pun, cuma ingin berkongsi generasi para @Lambaian yang sudah punya kanak-kanak comel.

Yang bestnya, aku tidak pasti nama penuh kanak-kanak tersebut kecuali Nawal Nur Azmina anak Norazam dan Nurul Yasmin. Sori ye Kiah, ST dan Afzan+Ana. Aku ingat anak ST nama Adam, tu je. Heheh.

Oklah. Layan. Agak-agak bila ye nak boleh tengok pulak anak Sport, Syila, Ikin, Din, Gap (sekadar beberapa nama secara rambang). Hahah.

Ini versi bapa-bapa yang konon masih macho bersama anak gadis mereka.

ST+Isteri dan Adam yang ala-ala serius je.

Kiah + Suami yang relek-relek pon dah ada anak sepasang.

Ini versi ibu dan 2 hero, abah budak-budak ni tak nampak sebab membelakangi kamera.


Sabtu, Julai 04, 2009

Setiausaha Dekat Padamu 2

Teruja, berdebar, gembira, takut, malu, semangat.. macam-macam perasaan bertukar-tukar apabila di'lamar' menjadi sebahagian dari MT program Dekat Padamu 2, 2005. (MT = Majlis Tertinggi). Program yang bermotifkan lawatan satu hari ke wad pedriatik Hospital Sultanah Aminah adalah program pertama aku sebagai MT program dalam KLM, sebagai setiausaha. Pertama kali jadi setiausaha ni. neves, seves..

Pengarah, abang Munir yang bermuka tenang, tetapi boleh jadi serabut juga. Ada satu masa tu, semua orang macam serabut nak buat apa, berbincang di DSK, tapi tak seorang pun menulis kecuali aku. Aku menulis apa yang abang Munir suruh aku buat je lah kan. Tiba-tiba, abang Yerk (masa tu aku panggil dia abang Irman lagi) ambil kertas dan pen,
"haa.. cakap balik Munir, biar aku tulis semua flow dan semua kerja.. tengok semua.. baru nampak.."
S
atu ilmu penting untuk aku masa tu. ehehehe.. tentang tugas sebelum, semasa, selepas. tindakan siapa. deadline. keperluan. Terima kasih abang Yerk.

Memandangkan Asmida cuma tinggal bertentangan dengan bilik aku dan Mai je, dia jadi kaunter pertanyaan aku lah tentang kerja-kerja setiausaha ni. Asmida, aku panggil As, adalah setiausaha 2 KLM masa tu (kalau tak silap lah). Sebelum program, kerja buat surat lah yang paling utama kan. Pernah pukul 1 atau 2 pagi. Aku dah baring dah, nak tidur. Abang Munir telefon,
"Ain, abang Munir nak mintak tolong buat surat ni. Esok pagi-pagi nak pergi *** " aku tak ingat dia nak pergi mana.

"owh.. surat apa?"
"eh, ain dah nak tidur ke ni?"
"err.. tak tak.. belum.."
Dah dia kata nak pagi esok, takkan aku nak jawab dah nak tidur kan. hehehe..

Esok, pagi-pagi abang Munir dah ada depan blok kapal, s39 dengan motosikalnya untuk mengambil surat tersebut.

Kisah lain, di DSK, membungkus hadiah untuk hari program. Ada Mai, kak Roza, dan kak Anum. Ada lagi orang lain, tapi kami berempat macam makngah dan joyah berbual, tu aku ingat sangat. Tagline paling aku ingat dan kasi perut tergeliat sekejap, dari kak Roza. Dia respon tentang satu orang yang tak dapat balas sms kerana ketiadaan kredit, iaitu,
"apa lah, kredit pun tak de. kalau gitu pegi jual handphone tu, beli kredit..!"

Pada hari program, juga ada satu tagline yang menusuk ke jantung hati aku. Salah seorang dari wakil penaja, Dewan Bahasa dan Pustaka jumpa MT program di luar bilik perasmian.
"Siapa setiausa? Saya nak jumpa"
Masa tu, ada lah aku ingat muka abang Yerk dan Sina (aku rasa tak panggil Sina ni abang kot) dan kakak abang yang lain. Dengan teragak-agak, aku mengaku aku lah setiausaha.
"ooo.. awaklah ye. saya nak cakap sikit.. ayat awak dalam surat tu, macam kaf lam ye nge la.."
haa? aku sedikit blur.
"oo.. macam dia ni ek?" Sina menunjuk kepada abang Yerk. haha..
"Cik, dia ni budak baru, baru belajar jadi setiausaha.."
"oo.. takpe takpe.. saya tegur je.. boleh belajar lagi.."
huhu.. semangat kakak tu tegur kan. Siap dia cerita-cerita tentang kursus kesetiausahaan lagi. fuh, nasib baik aku tak kena pergi, kalau tak, dah tukar profesion dah aku. hehehe..

"haa.. lagi satu, bukan saya tak nak bagi ucapan.. tapi, kebiasaannya, kalau awak jemput orang luar, atau penaja untuk beri ucapan, awak kene siapkan teks ucapan.." sambil dia memandang aku, yang tercop di dahi, 'saya lah setiausaha'

huh, aku belajar lagi. Terima kasih kakak DBP. Dan terima kasih kakak abang yang ada masa tu, yang men'cover' muka kesian aku agaknya.

Sehabis program, masih ada tugas yang perlu dibuat. Antaranya, buat sijil peserta program dan laporan program. Pasal laporan. Hmm. Siapa nak ajar aku buat laporan program?
"kene tengok contoh-contoh laporan program kot Ain"
, seseorang menjawab.
Ntah macam mana, ale-ale aku dah ada di bilik JKM KTC. Bertemankan Ajan, rakan KLM yang juga merupakan ahli JKM, kami mengambil beberapa stok laporan program. Aku rasa macam nak nangis,
"betul ke aku kene tengok laporan-laporan ni? takkan la tak de beberapa helai kertas yang menceritakan tentang, panduan-membuat-laporan-program? huhu.."
Lebih syahdu lagi pada masa tu, abang Munir duduk di sofa dalam bilik JKM tu sambil baca surat khabar! Nape abang Munir tak tanya ain buat apa??!! eeeee.. hehehe.. (geram-geram manja je)

Tapi tak pe, terima kasih As, Ajan dan abang Munir. Aku belajar cara mengkaji, mencari, merancang dan berdikari dengan cara-cara korang tersendiri. Ilmu tu aku pakai untuk segala kerja aku, baik proposal, laporan, modul dan segala macam kerja dalam hidup aku. Sampai sekarang. Terima kasih.

Tak selesai dengan memeras otak untuk laporan program, terutama bahagian "masalah, tindakan dan cadangan" dengan bantuan rakan sebilik setia, Mai, aku kena buat sijil program. Ntah macam mana, sijil diputuskan untuk berbahasa Inggeris. Yeah.. dah siap.. aku serahkan semua sijil tu kepada abang Munir. Pengarah program yang sempat mengingatkan aku tentang sesuatu iaitu, "segala-galanya memerlukan duit, tapi duit bukanlah segala-galanya" ketika dia ditimpa masalah kekurangan duit akibat motosikal dan komputernya rosak. huh.

Dalam satu program pendidikan dengan kelab KTC yang lain, abang Munir datang sebagai wakil JKM. Dia panggil aku ke luar dewan sementara aku agak free. (aku pun ada)
"Ain, abang Munir nak cakap sikit"
"haa.. apa dia.. kenapa macam suspens je.."
"sijil yang ain buat tu kan.. ada salah.."
"ooo.. ye ke.. apa dia ek.. huhu.. takpe2.. ain betulkan.. "

"hmm.. camne nak cakap ek.. banyak tau ain.. "

"huhu.. ye la, apa, cakap lah.."

"untuk sijil peserta.. ruang, for participating as tu kan.. sepatutnya tulis participant.. bukan participator ain.. "

wwwwuuuuuaaaaaa...........!!!
"haa? ye ke? hahaha.. malu malu.. hoho.. wah.. banyak tu.. huhu.. ain betul kan.. "


Hohoho.. itu lah jadinya manusia yang terkocoh-kacah buat keje. hmm.. tak lah kocoh kacah sangat.. Aku tanya beberapa orang jugak lah. hahaha.. Entah la.. takpe la.. cubaan dan pengajaran. Maka ada la 'scene' aku dan Mai duduk di lantai bilik, menampal perkataan 'participator' itu dengan 'participant', menggunakan kertas sijil yang sama. Tampalan dibuat dengan kertas sijil lebih yang sama. Tampalan tu timbul, dok gelek pulak supaya terpenyek sikit. Haih, memang tak de kerja cari kerja la tu namanya. huhu..

Apa-apa pun, pengalaman menjadi setiausaha Dekat Padamu 2 ni satu pengalaman pertama yang sangat hebat. Jadi, tak mustahil lah kalau ada junior yang mintak tunjuk ajar aku over-over, aku blur over-over, (yang over-over je okay!) aku cop kan hati aku, bahawa "haih, manjanye lah kamu.." oppsss... (semoga tak jadi isu.. kah kah kah..)

++ Kalau kata-katamu itu tidak bermakna buat orang lain, jadikan lah kata-katamu itu bermakna untuk diri kamu sendiri+++

Jumaat, Jun 26, 2009

Biskut KLM

Assalammu'alaikum warahmatullah..

Haaa.. tengah buat apa tu? makan biskut ek? huhuhu.. tak? aku lah yang makan biskut.. malas masak lagi ni.. hmm.. asalnya aku 'parking' atas katil dan ambil laptop ni untuk tulis tentang tajuk lain, (ada dua tajuk dalam kepala ni) Tapi ale-ale jadi cerita biskut pulak, sempena dengan sarapan hebat pagi ceria aku ni. hohoho..

Generasi sezaman dengan aku mungkin ingat. Generasi lain zaman, aku tak pasti samada hal yang akan diceritakan ini juga berlaku pada zaman kalian.

Kalau ada perjumpaan sempena program atau program itu sendiri, akan ada slot yang dinanti-nanti, slot Kudapan. Kudapan, makan-makan lah tu. Kalau makan ringan-ringan, akan ada satu tin empat segi. Kuboid. Tinggi dari lantai ke lutut aku. ke, lutut As? Mungkin lutut Bad? hehe...
Penutup tin tu bulat. Kena 'ompel' untuk buka penutup tu.

Kemudian, kerumunan langau.. eh, kerumunan manusia bernama ahli Kelab Lambaian Masyarakat akan memasukkan tangan masing-masing yang kurus atau comel untuk mengambil isi tin itu. Isi tin itu pun berbentuk kuboid. Warna coklat, macam kadboard pun ada. Berlapis-lapis. Rasa manis. Rasa coklat. Itulah dia, wafer (ke, wafel?) berperisa coklat. Yang sangat sinonim dengan acara kudapan semasa bersama dengan keluarga KLM sezaman aku. Sampai lah dah beberapa kali dah acara kudapan, kalau nampak tin-saiz-biskut-lambak-taman-U, rasa dah boleh agak biskut apa yang ada dalam tu. Dan, dengan penuh yakin, biskut itu diberi nama, Biskut KLM.

(teringat abang Sport tanya, "junior memang panggil KLM ek? kenapa diorang tak panggil Lambaian macam kitorang ek? zaman siapa yang start panggil KLM ni?" hoho, aku pun keliru. Sebab kadang-kadang aku dengar/sebut Lambaian, dan kadang-kadang KLM. Aku di zaman manusia-dua-alam. hahaha)

Istilah 'Biskut KLM' semacam serasi dengan perasaan gembira, rasa dipunyai, teruja dan yang utamanya, kenyang. eerrr.. Kenyang tu satu perasaan ke? "saya rasa kenyang.." haaa... sejenis perasaan rasanya.. :D

Aku pun tak pernah beli 'Biskut KLM' tu. Ale-ale je biskut tu yang diagih-agihkan dalam perjumpaan. Antara situasi yang aku ingat, kat s01, ( dah macam bangunan gerakan KLM tu), Hutan Rekreasi UTM (dah macam resort KLM), dan ada juga di luar UTM sempena program luar (siap bawa bekal tin tu).

Kepada yang membeli tin-tin 'Biskut KLM', terima kasih banyak-banyak. Kepada yang memberi nama 'Biskut KLM' pun, caya lah nama tu. Terasa macam penjenamaan semula pula. Kepada yang ingat dan pernah makan 'Biskut KLM' tu, terfikir tak apa yang aku terfikir sekarang? hohoho.. dan kepada yang blur tentang 'Biskut KLM', nanti aku jumpa biskut tu kat Taman U, aku beli, aku ambil gambar dan tunjuk ye.

Bon Apetit! (betul ke ejaan ni?)

Pesanan 'penaja' : Jangan lupa baca doa sebelum dan selepas makan. Kalau tak nanti setan jadi sihat dan montel.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's