Rabu, Mac 11, 2009

Tshirt KLM versi tekini...

Salam buat semua alumni lambaian...

Berita terkini dari meja MT lambaian di KTC...tshirt edisi terkini Kelab Lambaian Masyarakat akan dikeluarkan dalam masa terdekat ni..jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama kita terus mengabadikan kenangan kita pada kelab..beli baju banyak2..bagi yang sudah berkeluarga..beli juga untuk anak-anak anda..pasti comel bila sekeluarga mengenakan pakaian yang seragam..ayuh...

Ahad, Mac 08, 2009

Soul Fusion, Penyatuan Jiwa? (Bahagian 3/3) - Bawa Kisah

Kata Mr WATS lagi...

"Hanya dengan LAMBAIAN aku akan melalui semua ini. Tanpa LAMBAIAN, aku tak mungkin merasai semua ini. Aku bersyukur menjadi sebahagian daripada keluarga LAMBAIAN, kerana terlalu banyak yang aku lalui melaluinya. Sehingga kini, aku terus berbangga untuk berkongsi cerita hikayat keindahan manusia yang tidak pernah melihat kapal terbang, buah epal, mahupun mengenali apa itu KLCC ini, kerana insan-insan istimewa inilah yang menyedarkan aku betapa besarnya tanggungjawab untuk kita mensyukuri nikmat yg ada. Akan terus aku ceritakan pada segenap manusia, selagi aku bernyawa, pengalaman aku ini. Juga akan terus aku angkat nama LAMBAIAN, ke mana jua, atas dasar aku berbangga, pada sebuah kelab yang telah menemukan aku, sebuah penglihatan, melalui mata hati.

Semoga coretan ini, akan menjadi sedikit inspirasi, buat adik-adik KLM di UTM. Teruskanlah bersama lambaian, kerana anda akan menikmati pelbagai lagi keindahan & kenangan, yang akan menyedarkan anda tentang erti sebenar, sebuah kehidupan & kesyukuran.
Salam kenangan buat semua adik-adik & fasi "soul fusion 1 " =)"

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasanya, ada banyak lagi cerita yang mampu ditulis, yang sudi diceritakan, dan yang sangat hendak dikongsi oleh tak kira supersenior, senior malah juga junior dalam pelbagai medium, tak kira blog, forum, atau bual-bual 'meeting larut malam di K9' .. errr.. ada lagi ke aktiviti berembun di kafe k9 ni? huhu..

(untuk pengetahuan yang tidak ketahuan, meeting larut malam ni berlaku apabila meeting di S01 diarahkan bersurai terutama oleh AJK Kerohanian JKM, maka 'meeting' diteruskan di kafe kolej 9 untuk hal-hal berkaitan atau pun terkait)

Selain di ruangan komen di blog, ada juga komen terus ke inbox email.. termasuklah, "kenapa la dok mengimbau-ngimbau ni.. buat rindu je.. huhu" lebih kurang gitu la ayat nya.. ya.. sebab rindu la buat imbauan-imbauan.. tak mahu la rindu sorang-sorang, orang lain pun kena rasa jugak hahaha (kejam la sikit)

Jangan kan cerita perkara yang lepas, yang tak pernah berlaku pun boleh buat teringat kelab tau.. Macam mana? haa.. suatu pagi, tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O kat www.tv9.com, program 'Apa Khabar Orang Kampung'. Tengah syok layan sambil makan buat ceri yang dibeli di pasar Rotterdam,hehehe, "kalau KLM nak buat KM, boleh tengok contoh aktiviti diorang ni..best ni.." (KM=Khidmat Masyarakat) huhuhu.. perbualan indoor dua gadis comel.


haih, banyak lagi la perbualan spontan serupa itu kalau aku nak cerita.. hehe.. tapi payah lak nak cite, kang kompem kene tambah bahagian 4, 5, 6.. hehe..

Bukan sahaja kisah senior nak disampaikan kepada junior KLM.. Bukan sahaja kisah di luar KLM hendak dibawa ke dalam KLM, malah kisah pengalaman dalam KLM juga dibawa keluar KLM dengan bangganya, termasuk kepada bukan warganegara Malaysia dan mampu membuatkan mereka..
"waw.. that sounds amazing.. "
"owh, that make you different" (mungkin lelaki itu merujuk 'you' kepada orang Malaysia yang dikenali. Tak pe la, lembu punya susu, kasi sapi dan sape-sape dapat nama juga lah)
Respon tu aku dapat bila bercerita tentang program Soul Fusion 1.

"hey, you have a lot of games..!!"
"waw, that is really fun, how u know that?"
Ini pula respon apabila aku memperkotakkatikkan mereka dengan macam-macam refreshment yang aku belajar dari Lambaian dan aktiviti lain semasa di UTM.. haha..

Mata, hati, jiwa
Ada mata pandang
Ada hati hayati
Ada jiwa, jangan biar kosong!!!

Sabtu, Mac 07, 2009

Lambaian Di UTM

salam semua...mula2 nak ucapkan selamat buat semua.n maaf kerana menghilangkan diri buat sektika...nak berkongsi program di utm...minggu lepas klm telah mengadakan program bertempat di hutan bandar..berikut ade beberapa maklumat berkenaan program tersebut

Pengarah : Muhammad Asyraf b Azman

Program : STar V6

Tempat: Hutan Bandar JB

Peserta : 29 orang

Fasi : 6 orang

Rabu, Mac 04, 2009

Kenapa Kami Nak Tubuhkan @Lambaian siri II

Berdasarkan perbincangan atas angin sahaja antara aku dan rakan-rakan, banyak peluang dan perancangan yang aku fikirkan banyak faedah dan boleh membantu antara kita sama-sama bekas Lambaian.

1. Klinik Kerjaya
Buat semua para graduan UTM, tak kisah KLM atau kolej mana sekalipun, bekas Lambaian adalah terdiri dari pelbagai latar belakang dan mempunyai banyak pengalaman yang bermakna untuk dikongsi. Ramai yang ingin berkongsi, tetapi tiada platform. Ini memberi peluang ahli @Lambaian, menyumbang kembali apa yang mereka telah kecapi.

2. Bank Panduan / Rujukan CV
Kadang-kadang, aku ada menerima pelawaan atau permintaan dari pelbagai pihak bertanyakan tentang status pelajar fresh grad atau jurusan tertentu, untuk dipelawa memohon pekerjaan di syarikat mereka atau syarikat rakan-rakan mereka. Aku rasa @Lambaian boleh menjadi bank CV ahli-ahli mereka dan boleh dihantar kepada yang berkenaan. Ataupun jika ada ahli KLM sekarang yang inginkan rujukan, bagaimana membuat format CV yang terbaik atau memenuhi kriteria syarikat yang dipohon. Aku rasa, rakan-rakan aku yang lain dan even senior aku juga mungkin pernah mengalami situasi sebegini. Rugi jika dilepaskan peluang pekerjaan sebegini sebab tiada calon atau kita tidak kenal antara satu sama lain.

3. Pengumpulan Master Modul.
Segala modul-modul di KLM adalah artifak tidak ternilai. Segala games, refresher, modul LDK, modul psiko drama, modul permantapan dsb adalah suatu barangan berharga. Aku tidak tahu status modul-modul sekarang tapi alangkah ruginya jika semua modul ini hanya disampaikan secara lisan tanpa apa-apa rujukan bertulis. Segala ritma, irama, lenggok bahasa dan gaya boleh kita rakamkan semula dalam bentuk audio dan visual. Letak dalam satu server atau portable hardisk. Maka rujukan penuh buat KLM untuk generasi seterusnya selama-lamanya. Alumni-alumni terdahulu mungkin banyak idea lama dan baru untuk disumbangkan. Mungkin kita boleh buat Bengkel Pembangunan Modul KLM.

4. Dokumentasi lengkap ahli @Lambaian
Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk ini. Yang telah kita lakukan adalah mengisi borang keahlian. Tapi aku rasa ini tidak mencukupi. Yang kurang formal yang boleh kita lakukan, sekarang adalah dengan meletakkan blog list bekas Lambaian yang ada. Ramai yang punya blog, tapi belum meletakkan link mereka, aku nak minta izin secara terbuka, kalau setuju, bleh letak komen disini. Aku dah mintak sebelum ini dalam entri lepas, tapi masih nak ulang lagi permintaan ini. Kenapa aku nak dokumentasi ini? Ini adalah pendorong utama dan sumber motivasi adik-adik di KLM sekarang. Mereka suka dan mereka boleh merencana hidup mereka bila mereka tahu dari acuan Lambaian yang sama, sudah ada yang berjaya dan berkerjaya. Apa jua bidang, apa jua kerjaya itu adalah aras penanda untuk mereka.

5. Road Trip @Lambaian
Pot luck dah pernah buat, jamuan makan dah pernah, gathering pun pernah. Aku ada terfikir nak buat Road Trip @Lambaian pula. Mungkin berkumpul di suatu lokasi, konvoi bersama-sama menuju suatu lokasi, sepanjang perjalanan, singgah di tempat / rumah ahli @Lambaian untuk makan-makan dan rehat sebentar sebelum ke destinasi seterusnya. Mungkin untuk jalan-jalan pergi beraya. Takde paksaan atau duit komitment, cukup sekadar isi minyak dan tol, lain urus sendiri. Mungkin menumpang tidur di rumah ahli @Lambaian kalau tidak keberatan. Atau kembali ke kampung yang pernah kita buat Khidmat Masyarakat.

Dah cukup kot 5 lagi perancangan dan idea baru. Sekurang-kurangnya aku dah nukilankan di sini. Boleh dijadikan rujukan buat para pemegang jawatan kekal @Lambaian nanti. Ini juga adalah salah satu cara untuk menarik minat bekas Lambaian yang lain yang belum mengisi borang, kami bukan buat dahulu pikir kemudian.Tapi, apa pun, tiada paksaan.

Selasa, Mac 03, 2009

Soul Fusion, Penyatuan Jiwa? (Bahagian 2/3) - Nama Program

"soul fusion, apa yang kau faham maksud dia?"

tanya aku pada beberapa kawan-kawan aku yang best. Ini antara respon yang aku dapat :

"pencantuman hati"
"penyatuan jiwa"
"menyatukan hati"
"pelakuran jiwa"
"jiwa kacau"

hehe... maksud tersurat dan tersirat 'soul fusion' tu pernah dihurai oleh Hazwan, pengarah Soul Fusion 1, tapi aku tak ingat full version lah.. huhu.. Abang Kacak tak nak tolong aku ker? =p

fuh.. Nama Program.. satu keputusan yang boleh tahan rumit untuk dibuat, atau boleh tahan simple untuk diputuskan.. Kalau nama tu mampu menusuk terpacak cantik dalam kalbu, dengan kesan yang mantap, program yang bermakna, Nama Program tu akan jadi terlalu indah untuk diulang-ulang dan dikenang.. kenangan terindah gitu.. for me, penting Nama Program ni.. Contoh nama-nama program KLM ;

- Jentayu - 2000
- Sirih Pulang ke Gagang - 1998
- Aidilfitri Bersamamu (di Rumah Barakat, JB) - 2004
- Sayang Disayang (Khidmat Pendidikan SMKT tanjung putri) - 2005
- Dekat Padamu (1 hingga 4, di Hosp Sultanah Aminah, JB)

- Mesra (dah 5 kali kot.. dengan Tadika Ihsan, UTM Skudai)

- Star (program pemantapan ++ Fasi KLM) - 2006,07,08,09

-
Yahoo!! (program dalaman KLM) - 2006,07
- Secangkir Kasih (di Rumah Seri Kenangan, JB) - 2007
- Geli Gelak Lambaian (program dalaman KLM) - 2009

~ Dekat Padamu 2 - 2004, Pengarah : Syed Munir ~

~ Yah0o!! - 2006, Pengarah : Khairul Nizam @ Black ~

ada siapa-siapa nak share tentang nama-nama program lain? terutama zaman dulu-dulu? hehehe..

okay.. cukup tentang nama-nama program, kembali kepada Soul Fusion, berkaitan coretan Mr WATS, sambungannya...

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Golden Ball
Aku menentang adik-adik istimewa ini dalam perlawanan yang dipanggil golden ball. Aku dibutakan. Juga rakan-rakan sepasukanku. Dalam perlawanan ini, loceng diletakkan di dalam bola. Hanya pendengaran membantu kami untuk menjaringkan gol. Nyata, nikmat pendengaran yang dimiliki adik-adik ini, bukan tandingan kita. Aku gembira dapat merasai peritnya melihat dunia yang gelap & hanya berbantukan telinga untuk mendengar. Adik-adik ini terlalu hebat dan telah menewaskan kami dalam perlawanan itu. Apapun, saat itu terlalu istimewa buatku.

Lunaknya Suara
Sebelum pulang, kami dihiburkan. Adik-adik ini menyiapkan pentas dan semua kelengkapan dengan sendirinya untuk majlis penutup. Seorang adik bernama Amira jika aku tidak silap, menyanyikan lagu "berdua lebih baik", nyanyian Acha Septriasa. Aku percaya, jika Acha mendengarnya, dia akan tersembam ke bumi melihatkan keistimewaan adik ini. Tampil pula adik Mawi dengan lagunya. Mereka cukup bersemangat menghiburkan kami. Inilah kelebihan mereka. Allah mungkin tidak memberi mereka nikmat penglihatan, namun nikmat-nikmat lain buat mereka, terlalu indah & istimewa.

Perpisahan
Pulangnya aku ke UTM, aku terkenang saat-saat aku diajar menggunakan Baille & segala kenangan terindah buatku di SKPK ini. Program soul fusion ini yang diarahkan oleh saudara Hazwan, telah memberikan impak yang cukup bermakna & besar dalam hidup aku. Disini, aku mengenal erti syukur, memiliki 2 biji mata yg sihat utk melihat, keindahan alam ciptaan Illahi. Namun, aku pasti, adik-adik istimewa itu, mereka juga gembira memiliki mata hati yg sempurna untuk melihat melalui hati mereka yg terlau suci & murni. Sehingga kini, aku tidak mampu melupakan program ini. Program yg aku iktirafkan sebagai program terbaik yg pernah aku sertai seumur hidup aku.Hanya airmata yang menitis, tatkala aku melangkah, meninggalkan insan-insan istimewa ini.

Bersambung...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's