Lebih daripada 50% masa diluangkan bersama keluarga Lambaian. Okay, nanti aku/orang lain cerita sebahagian demi sebahagian kalau kami rajin. Apa yang aku nak ceritakan sekarang hanyalah bahagian akhir weekend tersebut, iaitu Ahad malam Isnin.
Lepas maghrib, siap-siap untuk ke pasar malam di Sri Putri. Beli makanan.
Aku beli jagung bakar, kak Syila beli jagung rebus. Aku beli apam balik kering, kak Syila beli apam balik basah. Kami ke tasik UTM. Operasi di tasik kali ini, makan-makan sambil bual-bual. Ada Abang Azwar, Abang Sport dan Nadira (sekejap je), Abang Adam, Kak Ezi dan anak-anak mereka, Ammar dan Aqil. Bual-bual yang sangat eksklusif, membuatkan muka dan badan terasa maha panas. Serius, kepanasan yang tak boleh diterangkan dengan mana-mana hukum termodinamik!
Okay, bukan itu juga yang nak aku perincikan.
Ammar dan Aqil susun kerusi-kerusi plastik putih untuk dibuat kereta api semasa di tasik.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYexaqe5RzxCCdk6dVG5UnCeKuAbkmphSs7Cn-Bxw1EvnqsCLs4D_88OwuRTfdC7c1O1t2rp-BEsMhIHFg1w65F0gwtqjTPCzBV8uZREj0781NQlYWATN2d1ii0rbm_yVncznjJKx3cCM/s400/balaiCerap1.jpg)
Ammar pegang kerusi plastik yang sedang aku duduk.
"pegi, pegi..." Ammar cakap kat aku. Aku dengan tergamamnya, bangun. Ammar ambil kerusi itu untuk jadikan kereta api nya 4 kerusi.
"habis, cik Ain nak duduk mana?" tanya abang Adam.
"sini..." sambil Ammar menunjukkan 'kepala' kereta api.
"ala.. cik Ain nak duduk belakang..."
"tak boleh.. tak muat.." jawab Aqil.
Arrgghh..! Nasib baik budak-budak.
1 ulasan:
wahahahaha.. sengal je bbdk ni.. ni mesti trait inheritance dri parents klm diorg ni..runs in the family la katakan..hahaha
Catat Ulasan