Rabu, Januari 27, 2010

23-24 Januari beberapa @Lambaian

Disebabkan aku ada rasa nak menulis dan seperti ada 'kelapangan', aku mahu bercerita sedikit. Tadi aku adalah berbual dengan abang Mota melalui YM, yang kini berada di Indonesia, bekerja. Abang Mota ni, rasanya sama masukan KLM dengan Abang Yerk. Betul tak? Ke, senior lagi? Aku kenal dia sebelum aku graduated lah yang pastinya. Seorang yang sopan santun, penyayang lagi berkaliber. uhhuummmppp...

Dia sihat alhamdulillah. Dia beritahu, baru je weekend lepas dia balik Malaysia dan dia adalah orang Johor. Apa maksud dia balik johor tanpa aku tahu! (hahaha.. bajet diva)
Maka aku berceritalah dengan ringkas keseronokan melepak (termasuk meeting) bersama @Lambaian dan KLM di UTM pada sabtu dan ahad lepas, yang membuatkan aku rasa "kenapa abang Mota tak bagitahu abang Mota kat Johor!!! kan boleh join kalau tak...!!"


Program yang dimaksudkan dalam perbualan di atas ialah SBL : MSKK.
Okay, apa sebenarnya yang berlaku Sabtu Ahad lepas?

Sabtu (23 Januari) pukul 2 petang, ada perjumpaan MT program SBL di KTC untuk perbincangan dan pengumpulan material program. Semasa ini, aku sedang berada dalam satu talk percuma di P19, UTM, yang telah aku dengar sehari suntuk, untuk memahami dan sekarang aku setuju bahawa kaedah tersebut adalah SYIRIK (rujuk blog ustaz Zaharuddin tentang ramalan berdasarkan tarikh lahir).

Aku dapat join meeting SBL ini pada malamnya, di perkarangan S01, KTC, UTM. Itu adalah meeting kedua selepas minggu sebelumnya di rumah Abang Adam. Meeting pertama dengan abang Sport itu berlangsung dengan agak ganjil sebab aku tak berapa nak dengar banyak suara, terutama suara Spoon (Sport + Cipun). Sampailah 11.30 malam, kami ke Chaou Praya di Pulai, makan-makan. Sampai KTC, hantar dua adik-adik pulang bersama-sama abang Sport yang bercakap sumpah aku tak berapa nak dengar lagi sekali. hohoho..

Ahad (24 Januari) pagi-pagi, setiausaha-sampai-mati-@Lambaian SMS aku, ajak tengok wayang. Ayuh! Sampai je di U Mall Pulai Utama, beli tiket 4, nak tengok Tooth Fairy bersama kak Syila, abang Azwar dan abang Sport yang takut nak kejut abang Azwar bangun tidur. Makan nasi beriyani dulu di Beriyani Best belakang Giant. 12.15 pm, nak tengok wayang dah. Tapi MBO diarahkan tutup, arahan berkabung atas kemangkatan Sultan Johor jumaat lepas (masa beli tiket tu, kaunter MBO buka) .

Kami pun membawa diri ke gerai MBJBT di Taman U untuk cari ABC sedap.
Tapi tutup.
Kami ke UTM, ke K 11 demi mencari suatu penyegar tekak yang bernama jeli ais.
Tapi dah habis.
Di sana kami jumpa awek-awek K 10 (sila ambil perhatian, K 10 ialah kolej siswa sahaja).
Aku, kak Syila, abang Sport dan Azu (abang Azwar yang terkena virus awek K 10) membawa diri ke Mc D KTC (KTC ada Mc D, kelaasss gitu).
Makan.. minum... dan berbincang tentang teori kerelatifan (Fizik).

Plot hidup seterusnya, di Dewan Astana (Dewan Serbaguna KTC) jam 3 petang. Ada mesyuarat KLM. Wah.. aku jumpa adik-adik! Aku terasa amat muda sekali (walau hakikatnya memang muda pun) Bertuah kerana secara tak sengaja aku dapat jumpa adik-adik itu semua..! Aku kenal Izat Lau (pengarah KLM sekarang), Amir dan Fimi (MT KLM sekarang), kenal beberapa adik-adik yang juga adalah student aku yang termasuk Radhi, jumpa Q-gorila-perutnya-besar dan jumpa junior KLM yang sempat aku kenal sebelum aku graduated termasuklah Ayuzi, Nik, Bibik, Ainul, Nabil, Madi, Meon, Faiz.. eerrr... Dah lama seh tak menyewelkan diri buat refreshment.. Tepi tepi depan belakang.. dan ulat bulu...!!!

Dalam pukul 6 petang.. 4 manusia baik yang sama berada di Dataran JB makan steamboat. Macam-macam lah cerita keluar. Kisah survival atok abang Sport dari Indonesia, kisah.. eeerrr.. awat aku tak ingat apa yang dibualkan? Ok, sebab aku adalah sangat banyak ketawa.. sebab tu lupa.. Huh.. Seterusnya, dalam perjalanan pulang ke UTM-lah tercetusnya idea lagu program untuk SBL iaitu... jeng jeng jeng...

Karaoke dalam kereta...

Balik rumah, mandi dan bertukar rupa (baju, seluar dan sebagainya)...

Meeting @Lambaian di rumah abang Adam. Bersama kepok dan cekodok yang digoreng kak Ezi, dan durian yang dibelanja oleh kak Syila. Meeting tentang induksi SBL 30 Januari (di KL) dan 31 Januari (di UTM) nanti. Juga berbincang tentang @Lambaian... Hujung-hujung meeting aku dah nampak bantal dan tilam aku.

Amar (2 tahun) cakap kat aku, dengan tatapan mata yang tajam lagi ikhlas, "jom lah tengok badak air..." (Sejenis video yang ada kartun badak air) Tengah meeting tu, tapi aku tak tahu ayat terbaik untuk menolak. Aku tak tengok video, tapi diselubungi rasa bersalah yang amat sangat. Amar memang ayat power..
Pengalaman aku kelu lidah kerana ayat seorang lelaki! Amar juga berjaya meng-kuda-kan Cik Pok (pakcik Sport). Amar memang hero...!

Pulang ke rumah.

Penat.

Sambil senyum dalam hati (macam mana tu?), I love my weekend with Lambaian =)

Tidur.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

IKLAN LAGI : Jom join SBL...!!! Siapa yang berkelapangan, pi kenduri kawin Bosten Ahad ni.. atau jumpa @Lambaian di induksi SBL di KTC...

Dan.. Salam petang Rabu...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's