Assalammualaikum semua,
Memandangkan beberapa orang juga yang telah menunjukkan minat nak tahu tentang 'track study & career' aku, dan kebanyakan mereka adalah dari keluarga Lambaian, maka aku teruskan niat perkongsian tersebut dengan cara 'mematerikannya' di sini. Mungkin ada yang rasa nak ambil tahu, nak tanya orang tapi takut digosipkan dengan aku ke kan.. hehehe..
Sambil-sambil cari kerja terutama yang sedang semester akhir sekarang, boleh juga cuba-cuba lihat peluang sambung belajar yang ada. Lihat-lihat saja, tak rugi pun kan.
Selepas dapat 'gang' yang ada rasa nak cari peluang sambung belajar (semasa dalam semester akhir), kami jumpa pensyarah jabatan Fizik (jabatan kami lah kan). Kami.. err.. takkan nak cerita terperinci kot.. Ini kena buat macam sesi bual mesra sambil hadir ke kenduri kahwin macam kat rumah kak Aina dulu ni.. hehehe..
Dimudahkan cerita (mudah la sangat kan) :
1. Cari peluang sambung belajar @ bagitahu, "saya nak sambung master". Kalau boleh, jumpa face to face pensyarah tu, tunjuk minat.. kenapa face to face? supaya pensyarah tersebut nampak kesungguhan dan dia pun sungguh-sungguh nak tolong dan bukakan peluang / carikan peluang. Dia juga mungkin lebih tahu apa yang sesuai dengan pasaran Malaysia dan kemampuan kita. Kalau luar negara, dah boleh berbalas email dengan ringkas, mesra, kerap.. walaupun berbau ceria, tetapi masih profesional! Nampak bagus juga penting, kerana kita memang nak jadi bagus! (cewah, terasa macam dalam buku Dr HM Tuah pulak)
2. Buat permohonan. Sentiasa peka dengan segala tarikh mati (deadline.. hahaha) selalu ikut naik (follow up.. hehehe :P ) ya, birokrasi, pengurusan.. sistem.. semua tu kengkangan di luar kawal. tawakkal...! Tapi semua yang diuruskan MANUSIA pasti diuruskan dengan cara yang MANUSIA suka juga. Be nice and humble but agresif..
3. Duit? Cari tajaan!
3(a) Pergi macam-macam cabang.. Dengan panduan dari pensyarah tersebut, kami ke pejabat MARA, hantar email ke tabung-tabung apa ntah, aku pun dah tak ingat. Tapi peluang ada, kena cari. termasuklah, zakat dari MSI, UTM. Ustaz Naim MSI kata, siapa lagi kita nak salurkan wang ni terlebih dahulu kalau bukan dari kalangan kita-kita? (orang yang nak menuntut ilmu, perlu wang, boleh terima zakat)
3(b) Kalau program master yang ada biasiswa dia, pohon! Contoh, program master aku sekarang memang ada biasiswa dia sendiri. Tak la semewah KPT bagi, tapi okay lah kan daripada tak de. Dan tak diikat!
3(c) Kalau rasa nak jadi pensyarah, mohon tutor/pensyarah. Boleh dapat tajaan dan sekali gus jaminan pekerjaan.
4. Semua ni, kena cekap! Cekap tu maksudnya, cari peluang tu biar luas. Biar macam-macam, nanti boleh pilih. Memohon juga biar banyak. Dapat tak dapat lain cerita. Tapi semua mesti memohon sungguh-sungguh dan diatur baik-baik. Kewangan juga harus diuruskan dengan segera. Ada banyak cara, cari duit dulu baru cari peluang sambung atau dapat peluang dulu baru cari duit. Semua tu ada baik buruk. Jangan buang masa hanya untuk berfikir dan membuat keputusan, tapi bertindaklah dengan cekap. Serabut? Buat secara kumpulan. Bagi tugas baik-baik.
5. Bila sampai masa untuk buat pilihan, tanya la kepada yang lebih tahu apa yang lebih baik untuk kita, Pencipta kita.
Kalau aku, macam-macam dibuat.. Maksud aku, aku dan kawan-kawan aku. Ya, dalam usaha tu semua, ada berlaku beberapa pertukaran 'gang'. Semua tu pilihan masing-masing. Terima seadanya, insyaAllah, 'tempat' akan datang kita juga akan terima kita seadaanya.
haa.. pasal apa yang aku buat,
1. aku mintak master di UTM, dah buat sikit pun (by research). gunakan segala kesempatan yang ada untuk belajar..
2. sambil-sambil tu, mohon duit zakat MSI, UTM. untuk yuran awal. dan, masih pening kepala untuk wang sara hidup. tu yang ke tabung-tabung lain dan MARA tu.
3. dalam masa yang sama, merapatkan hubungan dan menguruskan permohonan masters, Optics in Science and Technology, program Erusmus Mundus dengan coordinator Warsaw University of Technology, Poland. Klik sini untuk website program tersebut.
4. memohon tutor di BEBERAPA ipt. termasuk UTM.
5. masalah, kerana gagal dapatkan biasiswa Erusmus Mundus, dateline dah terlepas. duit lagi.. huh..
6. follow up permohonan tutor. sampailah dapat dah tawaran Erusmus Mundus tu, maka, haa.. ini lah dia senjata utama kami sekarang! Follow up dengan ayat, "tarikh program ni dah dekat! kalau tak da tajaan, kami memang tak dapat nak pegi.. Tak dapatlah UTM nak ada 'hubungan' dengan Poland dan program Eropah ni" ayat mesti power.. hehehe.. (betul lah kan 'senjata' tu?)
7. senjata tu menjayakan operasi follow up. kemudian, dapat tutor UTM. ada pilihan lain.. pilih..
9. selesaikan amanah yang telah dipilih.. menjadi staff UTM dan mengikuti program master Erusmus Mundus tersebut.
begitu la ceritanya..
apa yang dilalui tak la semudah yang diceritakan.. tak senang nak senang.. tak masuk lagi mulut orang-orang kan.. dugaan-dugaan tambahan, sampingan, besar-besaran, kecil-kecilan..
penting untuk berada di tempat yang betul pada masa yang betul.. jumpa orang yang betul.. dan, rezeki pemberian Allah..
apa yang penting juga untuk aku sampaikan, kesibukan dalam waktu-waktu genting, di saat kocoh-kocoh menguruskan pelbagai 'peluang' itu, kemahiran menangani stress, masa, kewangan, kemahiran komunikasi, dan macam-macam lagi kemahiran generik lain. Bila dah masuk soal keluarga, kawan, pegangan.. Aku yakin, selain sokongan keluarga, kawan-kawan, pensyarah terlibat, apa yang aku belajar dalam Lambaian juga banyak menjadikan diri aku hari ini.
okay.. kalau ada yang berminat nak tau pasal program master yang aku ambil sekarang, aku akan ringkaskan lain kali, insyaAllah...
sebarang pendapat dan pertanyaan dialu-alukan..
~ Ain ~
1 ulasan:
tahniah ayen!!gambatte ayen!!yeay!!=)
Catat Ulasan