Jumaat, April 17, 2009

Apabila Sampai Masa Makan

Assalammualaikum warahmatullah keluarga Lambaian semua..

Kelab Lambaian Masyarakat, KLM takkan pernah dapat dipisahkan dengan Jamuan Kelab di hujung setiap semester sebagai 'pelengkap' KLM berprogram/beraktiviti. Sampai aku pernah dengar dari mulut senior-senior beberapa kali, KLM kalau bab-bab jamuan, memang tip top/power/laju dan sebagainya. Bermula dengan Jamuan Kelab pertama aku, di perkarangan Dewan Alumni UTM, tema pakaian ketika itu, warna biru. Fuh, nasib baik aku ada baju kurung warna biru kan. Walaupun jamuan 'open air', aku masih berasa jamuan itu vouge. Yang paling aku ingat, ada persembahan pantomin. Pelakon utama Abang Din dan Asmida yang menggunakan suara Kak Aina dan Abang Chuck. Aku suka! Aku suka! hehehe.. Tapi sayang, aku tiada sebarang foto untuk dikongsi. Almaklumlah, masa tu, handphone pun baru ada, apatah lagi lah nak memiliki kamera.

Ya, setiap Jamuan Kelab ada tema pakaian iaitu warna dan konsep. Antaranya:

1. Biru - jamuan semester pertama aku tu
2. Hitam Kuning + Elegance - jamuan yang berpengarahkan Ummu di DSK, UTM
3. Warna-warni + Aidilfitri - jamuan di DSK, sekali gus dengan sambutan Aidilfitri
4. Merah Hitam + Ice & Cold - jamuan di DSG (Dewan Astana)
5. Hijau + Malar Hijau - jamuan di.. err.. apa ya nama dewan tu? dalam bangunan HEP UTM
6. Black & White - jamuan sempena 1 dekad tertubuhnya KLM di dewan Alumni UTM


~Malam Semarak Salju~

~Malam Lambaian Malar Hijau~

Menjadi satu keseronokan jika dapat berpakaian mengikut tema jamuan. Selain menghormati majlis, perasaan secara automatik jadi indah seperti berbunga di taman hati walaupun terpaksa meminjam, membeli atau menempah pakaian. Namun, tidak menjadi satu kesalahan jika tidak berpakaian mengikut tema jamuan. Cuma berkemungkinan menjadi bahan jenaka sehingga beberapa keturunan.

~Pengerusi majlis Malam Lambaian Malar Hijau~

Walaupun gambar agak kabur, aku tetap nak masukkan gambar yang menunjukkan pengerusi majlis sendiri 'tersalah pandang' pakaian beliau di malam jamuan tersebut. Kepada yang berkenaan, jangan marah naa.. nanti kena jual.. hehehe..

Persembahan semasa Jamuan Kelab seolah-olah satu kemestian. Ini turut menjadi faktor penguat kenapa jamuan-jamuan kelab menjadi kenangan yang terindah dan tak dapat dilupakan. Walaubagaimana pun, perubahan bukanlah satu bentuk 'tidak hormat' kepada tradisi tetapi sebagai satu pemberi nafas baru yang menyegarkan. Malam Semarak Salju memulakan sesi permainan (game) dalam Jamuan Kelab (bagi aku, ini ialah pembaharuan di kala zaman aku di UTM).

~Game 'make up make up' di Malam Semarak Salju~

Terasa diri diperkotakkatikan Nad? Semestinya tidak kerana semua keluarga Lambaian sporting dan ceria. Pemenang permainan tersebut ialah pasangan yang memiliki model yang bergaya ala-ala model profesional di pentas peragaan.

~Pemenang, Atok (model) dan Hafizuddin (jurusolek)~

~Makan-makan di meja bulat - Malam Semarak Salju~

Selain menikmati hidangan di meja bulat (gelaran standard untuk meja jamuan), ada juga pelaksana Jamuan Kelab yang memilih untuk makan di atas lantai, persis Kemelayuan. Sesuai dengan tema, Warna-warni Aidilfitri, inilah contoh 'meja bulat' jamuan malam itu.

~Warna-warni Aidilfitri~

~Warna-warni Aidilfitri - di meja untuk mengambil makanan~

Antara perkara penting yang kebiasaannya berlansung serentak semasa Jamuan Kelab ialah pertabalan/pengumuman Majlis Tertinggi KLM (setahun sekali).

~Warna-warni Aidilfitri - barisan MT KLM berpengarahkan Nabil di hadapan meja VIP~

Jamuan Kelab juga tidak dapat dipisahkan dengan cenderahati untuk dijadikan simpanan warga Lambaian. Paling menyayat hati jika cenderahati itu adalah 'hasil tangan' warga Lambaian sendiri secara gotong-royong, sakit-sakit tangan memotong kertas yang tebal, berjaga hingga lewat malam bagi menyempurnakan semua cenderahati dan dititikberatkan agar menepati tema. Bukan harga menjadi timbangan, kerana semua cenderahati ada sentimental value.

~Cenderahati - Malam Semarak Salju~

Pernah aku ceritakan tentang Malam Sedekad Lambaian Gemilang Bersama, tetapi sekadar merajinkan diri meletakkan gambar jamuan tersebut sekali lagi, jamuan terakhir KLM yang aku hadiri sebagai pelajar UTM Skudai.


Owh yaa... terdapat dua gambar Jamuan Kelab yang berlaku sebelum penglibatan aku dalam Lambaian. Untuk tatapan warga Lambaian yang merindui zaman-zaman muda.. dipersembahkan..

~Jamuan Raya KLM 1999~

~Jamuan Raya KLM 1999~

Seronoknya rasa apabila sampai masa makan =D

12 ulasan:

fiziskandarz berkata...

hoho itu muka saya!! itu muka saya!!

~ fiza berkata...

merah hitam bkn ice+cold ler ain... tp fire n ice hehe
11 april 2009 satu lg pembaharuan di buat, jamuan julung kalinya(xtaula klu dlm lipatan sejarah kelab dh penah buat kt ctu) di adakan di taman tropika tasik utm
tp dgn lara hatinya sy xdpt mngejoinkn diri huhu
dgr citer ramai alumni turun... kak ayu, a.sina, usop, keluarga amani, a.mazlan(btl ke?)
ni antara nama2 y di ceritakn kpd saya la...
a.adam...citer la sket jamuan tu mcmmn hehe

uih..pjg berjela plak...sowi~~

ziraniza berkata...

ehh asal jd nor lak nih? pelik tul~~ sopan ayu berbudi bahasa jdnya hihi

ayen =D berkata...

wah.. suka nye ada muka dia.. ngeh3.. abang adam bg gambar tu..

oo.. fire + ice.. apa ke jadah lah klu ice+cold kan.. ngeh3.. betul2.. silap2.. thanks nor.. (nor? hahaha :P)
supervisor aku pun panggil aku Nor per..

haaa.. nak cite psl jamuan haritu, cite la.. tu pun kalau ada org yang sudi la.. hoho..

piza, ko ni, kawan2 ko mmg sopan ayu per.. :P

zairibaharom & ekinkhalil berkata...

wah..makan2..nyum2..=)

Adam Ruslan berkata...

::nor::
emm ini nor ke fizah jugak? alumni yang ada adalah seperti yang dikatakan, termasuk juga Bad, Ikin, Sport serta geng-geng yang membuat Master.

Nak cerita ke nak komen? Dah ada sedikit sebanyak dalam forum frenster dah rerasa.

Gambar semua pada Bad. Cemana nak dapat ek?

::fiziskandar::
Thanks for memeriahkan suasana. Tolong isi borang bleh? huhu.

Buat adik2 & rakan2 lain, fizi+iskandar adalah pasangan yang kedua-duanya bekas Lambaian. Sama batch dengan aku. Sori kalau over expose sket Gik. Huhu.

ziraniza berkata...

abg adam...itu ialah sy -fizah-..huhu xtau mcmmn blh jd nor plak hehe ttibe je jd nor....bkn slh ibu mengandung~~

ayen =D berkata...

oo.. fiziskandar dua2 Lambaian.. salam kenal.. slalu usha gambar jer :D

tu la, ain ada gambar2 ni je la.. junior2 tak nk share gambar2, nk buat cmne kan.. hahaha :P
(sori ar, aku memang belajar dan bekerja dengan laser ;))

Friction berkata...

Alamak! Cermin mata gelap biru siot... haha... the good ol days.

fiziskandarz berkata...

adam >> thanx for the intro.. macam artis la pulak.. tweet! borang apa nak kena isi nihs? :O

ayen >> salam perkenalan :)

sport >> weh hang tulun add blog aku kat blog list adakah buleh kah?

Adam Ruslan berkata...

::fiziskandar::

borang pada panel belah kanan. untuk alumni lambaian, secara rasmi menjadi ahli alumni UTM dibawah SIG @Lambaian.

aemi berkata...

still dpt dirasakan lauk2 black n white nite..eheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

@Lambaian's